Selamat berpuasa kepada rakan2 dan pembaca2 semua. Alhamdulillah, telah masuk hari kedua berpuasa hari ini. Walaupun berpuasa, kerja tetap kena buat. Unit Casa Subang telah dikosongkan penyewa, dan kini sedang mencari penyewa baru. Aku dan CtFarazila sudah mula mengiklankan unit ini untuk dijual dan dalam masa yang sama boleh juga untuk disewa. Jika ada yang berminat untuk membeli unit ini, boleh email pada aku atau Ctfarazila. Harga jual memang below market price dan apt ini memang senang mendapat penyewa. Hari ini, aku, CtFarazila dan Ijam mencuci apt ini setelah ditinggalkan kotor gila oleh bekas penyewa. Tengahari baru siap cuci.
Lebih kurang pukul 3 petang, aku dan Macha Bri ke unit FD yang dimenangi client Satu Solution, Rizal, minggu lepas. Setelah unit dimasuki, kelihatan ada sedikit barang2 didalam rumah. Kami tinggalkan notis kepada penghuni untuk menghubungi kami. Malam tadi, penghuni tersebut menghubungi aku. Dia minta tempoh pada kami untuk dia keluar dari unit tersebut. Owner yang duduk sendiri. Dalam masa terdekat, kami akan berjumpa dengan dia. Dia nak tunjukkan tempat parking dan perbincangan lanjut. Dari perbualan dengan owner, nampak baik orangnya. Jadi, boleh bertolak ansur. Lagipun kata Rizal, sekarang ni pun bulan puasa, kesian nak suruh owner lama keluar sekarang.. heheh. Kita bagi tempoh sikit.
Settle urusan di FD, petangnya aku ke VM pula. Bird nak letak barang2 ke rumah sewanya, tapi tak boleh masuk sebab takde kunci grill. grill baru pasang semalam. Lagipun aku nak buka satu lagi unit yang client Satu Solution, Zoehairi, menang minggu lepas. Bird nak buat fully furnish untuk unit ini. Waktu pun dah pukul 6 petang, aku pergi settlekan rumah yang perlu dibuka. Bird follow. Bulan puasa ni, tenaga aku kurang. Nak buka mangga pun ambil masa yang lama. Perlukan bantuan Bird untuk buka mangga. Bila mangga dah berjaya dibuka, nak buka tombol pun menghadapi masalah. Tenaga aku dah habis, misi gagal. Esok baru sambung balik buka unit ini, heheh..



Semalam.. aku ke BTS untuk lelongan CIMB. Hanya satu unit yang perlu dibida. Unit di Cyberjaya. Tewas untuk kali ini. Harga yang bermula dari 184k, naik kepada 208k. last price yang aku angkat pun dah 206k. Hebat2 harga bidaan sekarang. memang susah nak dapat harga sedap2 sekarang untuk rumah lelong. Selesai lelongan, ke pejabat peguam untuk Algu sign Loan Agreement. Lebih kurang 45 minit baru selesai sign Loan Agreement. Loan Agreement untuk Islamic memang tebal. Semalam juga Satu Solution ada buat interview untuk staff Satu Solution. Jawatan kosong masih open dan kami akan adakan sesi interview lagi Sabtu hadapan. Unit Astaria client Satu Solution juga ada orang tengok beberapa hari ini, tapi masih belum sangkut.


Jumaat yang lepas.. ada rakan kita yang masuk unit PH di Pandan Perdana. Harga RP 83k naik kepada 115k dengan 11 orang pembida. Tewas. Harga agak tinggi. Dulu, puding_melo dapat RP 91k sahaja. Melihatkan harga2 bidaan sekarang.. memang dah tak berapa sedap. Teruskan usaha untuk mencuba. Yakin boleh!!


Malamnya, singgah ke rumah VL Wida+Peruzz untuk berjumpa tenant. lama juga unit ini nak dapatkan tenant. Akhirnya disewakan pada harga RM550.00. Penyewa cat semual beberapa bahagian rumah, kepada warna putih. Terdapat beberapa pembaikan yang penyewa buat sendiri dan rail langsir pun penyewa pasang sendiri. Nampak agak handy penyewa ini, jadi.. aku rasa Wida dan Peruzz tak perlu risau kalau ada apa2 kerosakan minor, yang penyewa boleh baiki sendiri. Kemudian makan di William sambil perbincangan untuk masa depan Satu Solution. Hari ini, ketam takde. Ingatkan nak makan Chilli crab.. hampa.

