Tuesday, March 30, 2010

Cerita Lelong Lagi..

2-3 hari lepas, aku kurang sihat. Melepak sahaja di rumah. Lagipun tiada acara lelongan yang perlu di hadiri. Semakin lama, makin kurang rumah2 lelong yang sedap2 untuk di beli. Ini tak bermaksud tiada langsung. Cuma dah berkurang. Masih ramai lagi investor yang belum dapat beli untuk suku pertama tahun ini. Tak capai lagi target mereka. Tapi ada juga dalam masa 2 bulan ini dah beli 4 biji rumah. Wwwoo.. cargass.. Aku cerita sikit synopsis minggu lepas. Hari Selasa minggu lepas, client SS menang 2 unit hartanah di lelongan Maybank. E.Farhan meneruskan pembelian ke 4 beliau untuk sebuah unit apt di Kajang. Beliau datang sendiri untuk membida. Aku datang sekali kerana ada urusan dengan pelelong. Untuk kedua-dua client SS, lelongan adalah untuk sesi kedua, iaitu sesi di mana pihak bank tak cover langsung tunggakan maintenance. Lelongan sessi kedua sepatutnya bermula pada pukul 3.30 petang. Pukul 2.00 petang aku dah sampai, tapi lepak sorang kat Secret Recepy layan listing. Pukul 3 aku ke NCM. Bri sampai pukul 3.15. Jam menghampiri 3.30 petang, E.Farhan tak sampai lagi. Ni memang teknik dia. Teknik last minute. Dia baru nak buat bank draft pukul 3 petang tadi.. hehhehh.. aku check dengan pelelong, unit yang E.Farhan nak bida, dah ada orang lain register dahulu. Aku beritahu mereka, pembida aku on the way. Kalau sempat, aku akan register. Lebih kurang pukul 3.30 petang baru E.Farhan sampai, di bus stop depan Megan Avenue. Aku rushing ambil bank draft dan registerkan untuk dia, sementara dia cari parking. Nasib baik sempat register. Jadi, bila aku tengok registration untuk unit ini, ada 2 pembida sahaja termasuk E.Farhan. Cari2 pembida kedua itu, tak jumpa. Lawan saja lah.. nasib menyebelahi beliau, bila bidaan bermula, pembida seorang lagi itu, angkat sekali sahaja. Jadi.. menang pada kenaikan 2k sahaja. Untuk seorang lagi client yang SS wakili melalui Bri, menang pada harga reserve untuk apt di Damansara Damai. Selesai lelongan, lepak2 dengan geng investor, kemudian aku jumpa pelelong. 5 Surat tawaran Tiara Beach Resort melalui tawaran direct nego dengan pihak bank telah kami perolehi. 4 unit studio dan satu unit 2 bilik ditawarkan pada harga 70-80k. Buat masa ini Bri masih dalam perbincangan dengan pembeli yang berminat untuk meyambut tawaran tersebut. Kami ada masa sehingga 5 April sahaja untuk menyambut tawaran. Untuk hari ini, keputusan memihak kepada pembida kami, menang 2-0.

Esoknya pula.. aku ke Wisma MPL untuk lelongan Ambank. 2 unit yang bagus dan hot perlu di bida. Heavyweight contender SS, Nija, bersedia untuk bertarung, untuk apt di Shah Alam, manakala Ikhwan dalam percubaan kedua mendapatkan hartanah lelongan di Puchong setelah tewas minggu lalu. Sebelum lelongan unit di Shah Alam, agent2 terlibat sedang mencari pembida untuk unit ini. Dari perkiraan awal, mereka kata ada 3 pembida. Mereka cuba nego, tapi Nija tidak mahu nego untuk masa ini. Beliau mahu mendapatkan juga unit di Shah Alam ini. Dari harga 130k, dengan market value sekitar 160-170k, seorang pembida cuba juga nego dengan kami. Beliau juga mahukan unit ini, bersungguh-sungguh. Bila lelongan bermula, rupanya ada 4 pembida. Pertarungan sengit. Harga mati pada 168k. Nija tewas.. heheh.. Ikhwan juga tewas, bila harga reserve bermula pada 91k naik pada 110k. Aku nampak muka2 biasa yang membida unit di Puchong ini. Nampaknya mereka mula mengumpul unit2 di Puchong ini. Keputusan 0-2 pagi ini.. heheh.. Petangnya pula, Bird yang bersemangat untuk membida unit di Shah Alam, di kecewakan lagi bila unit tersebut called off. 0-3 untuk hari ini.. Heheheh.. Petang2 sikit aku dan Bri ke pejabat pelelong di hadapan Maju Junction. Sembang2 dengan pelelong, dia kata dia ada baca satu blog pasal seorang agent yang macam hebat jugalah.. pagi petang pegi auction, menang banyak.. gila sibuk.. dia kagum jugalah dengan agent ni, aku pun tak tau sape agent tu.. Macha Bri kot. Heheheh.. jadi, aku dan Bri akan propose a few targeted area untuk pihak pelelong tolong cari, dan minta dari pihak bank.. dan di lelong di pejabat beliau sahaja. Kita akan cuba, kalau ada.

Hari ini, Bri sibuk nak closekan acc SS untuk tahun lepas. Closing acc la konon.. Jadi, akupun tolong closekan acc untuk acc dengan lawyer dan acc dengan pelelong. Datang pulak Din tolong sibuk.. Pukul 2 pagi baru balik rumah. Pasal accounting atau audit, itu bukan bidang aku.. jadi.. Bri kena settlekan la.. hahah. Ahh.. member aku An bising pasal blog aku asyik cerita pasal lelong sahaja. Akupun perasan pasal tu, once a while aku akan mula semula cerita hal2 basic tentang pelaburan hartanah. Walaupun sekarang makin ramai blogger hartanah, itu bukan sebab untuk aku tidak merancakkan lagi dengan story from my side. Apapun, kalau ada sebarang pertanyaan, boleh kemukakan. Aku akan cuba jawab. Ok geng.. esok pagi ada 2 biji rumah aku nak pergi pecah dengan Bri. Petang nak closing acc lagi..

Saturday, March 20, 2010

Lelongan Resolution Alliance Hari Ini..

Pertamanya, aku ucapkan tahniah untuk adik lelaki aku dan member kita Jeguk yang baru dapat baby semalam. Adik ipar aku, Anizah, selamat melahirkan baby boy seberat 3kg di Hospital Sultanah Aminah JB pukul 10.00 pagi semalam. Anak saudara aku, di beri nama Marhakiem. Isteri Jeguk juga selamat melahirkan baby girl di Hospital Sultan Ismail JB semalam juga. Anak ke tiga Jeguk. Rezeki dia untuk dapat baby girl setelah 2 yang pertamanya boy.

Untuk hari ini, aku ke lelongan Resolution Alliance bertempat di Hotel Equatorial KL. Lelongan di tempat2 lain juga berlangsung, seperti lelongan CIMB di Renaissance Hotel dan Eon Bank di Ng Chan mau, cuma tiada client SS yang masuk lelongan tersebut. Selain itu, member kita di JB, Zulazhan juga masuk membida untuk satu unit apartment di JB. 2 unit yang perlu di bida di lelongan Resolution Alliance ini. Pada awalnya, unit di Shah Alam, terdapat 2 pembida dari SS dan unit di Pandan juga ada 2 pembida, satu dari Bri dan satu dari Izwan. Semalam baru Izwan confirmkan yang pembidanya cancel disebabkan risau tentang tunggakan maintenance yang agak tinggi.

Untuk unit Shah Alam, member aku Maarip mencuba nasib kali pertama membida setelah 2 percubaan awal sebelum ini, unit2nya called off. Selain dari Maarip, heavyweight contender Nija juga mahu membida unit Shah Alam ini. Untuk unit di Pandan, Farid Adam yang kecundang minggu lepas di Lelongan Mega RHB mencuba nasib sekali lagi. Lelongan bermula untuk unit di bawah Ehsan, dengan style unit2 pembida terbanyak jalan dulu. Setelah sekian lama, lot 15 tidak dipanggil, kami rasakan unit di Pandan tersebut akan menang reserve price. Dan tekaan kami benar, bila farid adam di umumkan pembida tunggal, menang pada harga reserve 90k. Tahniah. Selesai unit2 di bawah Ehsan, bermula unit2 lelongan di bawah Ng Chan Mau. Unit terhangat merupakan lot kilang dengan RP 600k yang mempunyai 45 pembida menurut kata Mr Foo. Dari harga 600k, dengan setiap kenaikan 10k, percuma 2 aircond, harga akhir jatuh pada 790k. Untuk unit di Shah Alam, rupanya hanya ada 2 pembida iaitu Maarip dan Nija. Hasil pertarungan, Nija menang pada harga 96k. Heheheh.. Selesai lelongan, Jeguk sms aku, mengatakan Zul menang harga reserve untuk unit di JB tersebut. Dengan 3 unit yang kami masuk, 3 kemenangan di catatkan. Tahniah semua…

Friday, March 19, 2010

Lelongan Sepanjang Minggu Ini..




Mood datang dan pergi. Banyak benda boleh di tulis.. Cuma mood tiada. Bila kerja sendiri.. motivation drive datang dari diri sendiri.. Moral kejap naik, kejap jatuh.. Turun auction ada kalah, ada menang. Persaingan semakin sengit dari hari ke hari. Lelongan Mega RHB dan seminggu berlalu. Mega konon.. hahah.. punya la banyak unit yang called off. 90% unit yang client aku nak masuk called off. Tinggal 2 sahaja, dan yang 2 ini pun tewas. Percubaan pertama Ikhwan untuk masuk membida, tewas. Carjunk yang telah mengharungi beberapa kekalahan sebelum ini, masih kecundang juga. Kecundang bergaya. Jadi, kita semua akan cuba lagi..





Hari Rabu yang lepas, tutun TT dengan Peruzz, Pie, Bujal dan rakan baru. Macha Bri yang bernostalgia rindukan TT, aku ajak turun taknak pulak.. kecoh betul Macha Bri ni.. TT macam biasa, sembang pasal rumah lelong. Bujal yang belum benar2 teruja, aku dah bagi nampak jalan sikit. Jalan yang selangkau sedikit dari pemikiran orang ramai untuk menjarakkan persaingan. Aaahh.. teknik biasa je. Simple… tapi boleh pakai. Pie dah lama aku tak jumpa.. dah macam rockstar.. rambut panjang. Mentang2 la kerja sendiri sekarang. Aku kalau rambut panjang, macam bouncer. Serious. Dulu2 masa berat aku cecah 100kg dengan rambut panjang, gerund jugak orang nak tegur aku. Dah lama tak buat aktiviti ramai2 kan. Main paintball pun dah takde buat. Korang ada nak buat aktiviti ke? Layan main paintball pun sedap jugak, boleh tembak Pie yang kalau main paintball, suka main sorok2 nampak muncung paintball gun je. Sama la dengan Peruzz sekali. Tak hero langsung. Balik TT pun dah pukul 2 pagi. Esoknya nak turun auction.





Khamis, aku turun auction di Pejabat Tanah Bangi. Ada 2 auction yang aku kena hadir. Macha Bri tiada di KL, pergi bercuti di TBR. Jadi, kena minta tolong Izwan untuk bida bagi pihak client. Lelongan Pejabat tanah, di atas kertas sepatutnya bermula pukul 9.30 pagi. Pukul 8.30 pagi aku dah tiba. First time turun lelongan pejabat tanah. Sebelum ini cuma di lelongan awam dan mahkamah sahaja. Aku agak, sama macam lelongan mahkamah, strict, kena sampai awal, masukkan bank draft dalam kotak dan menunggu waktu lelongan dimulakan. Rupanya lebih simple. Ramai yang berkumpul di perkarangan ruang legar pejabat tanah sementara menunggu. Kata mereka, sama ada buat di ruang legar ini, atau di dalam bilik di tingkat atas. Ada juga beberapa orang yang naik ke atas. Aku follow. Tak ramai pelelong yang aku kenal. Rupanya pelelong menghantar wakil2 pelelong yang mukanya jarang aku nampak. Macam unit yang aku nak bida, dari Leong Auctioneer, wakil pelelongnya nama Deleon, Indian. Akupun tak pernah nampak dia sebelum ini. Pukul 9.30 pagi, baru ramai nak ke atas. Ramai. Penuh bilik lelongan. Masa tu baru semua serahkan bank draft dan IC kepada pelelong. Lebih kurang pukul 10.00 pagi baru start. Ramai juga yang dapat reserve price. Unit yang aku bidakan untuk client aku, ada 5 orang. Dari reserve 105k naik kepada 115k. Sekali bidaan naik 5k. Tewas.. heheh. Lagipun, market value tak jauh sangat dengan reserve price.





Lebih kurang pukul 10.30 pagi, kerja aku di pejabat tanah dah selesai, aku gerak ke Tancorp. Izwan kata lelongan belum bermula lagi. Patutnya bermula pukul 10.00 pagi. Tancorp.. memang biasa lambat2 ni. Sebelum aku sampai ke Tancorp, aku dah tau, ada 5 pembida untuk unit di Shah Alam ni. Kalau area hot Shah Alam.. pembida aku, muka2 biasa la.. Cuma sekarang, ada yang dah berkompromi untuk bagi giliran kalau nak masuk lelong. Untuk hari ini, Samsul Brunsfield dan Bird membida untuk unit Brunsfield. Samsul Brunsfield tak dapat turun disebabkan ada hal keluarga di Penang. Sesampai aku di tancorp, lelongan pusingan pertama baru selesai. Ini lelongan maybank, memang biasa ada pusingan pertama dan kedua. Pusingan pertama untuk kes yang Maybank tanggung outstandingnya, dan pusingan kedua untuk kes yang Maybank tak tanggung langsung sebarang outstanding. Seperti dijangka, Samsul Brunsfield menang untuk unit Brunsfield ini. Maka, bertambah lagi unit2 beliau di Brunsfield ini. Selepas ini, kita mungkin ada Renza atau Nija Persanda, Nija Nerville dan lain2 lagi. Macha Bri, walaupun sedang mengumpul unit Magna, orang tak panggil dia Bri Magna, sebab nama Macha Bri lebih sesuai dengan beliau.

Esok pagi, aku akan ke lelongan Resolution Alliance pula. Kita tengok apa cerita pulak esok..

Thursday, March 11, 2010

Lelongan Bank Islam 11 Mac 2010



Hari ini aku ke lelongan Bank Islam yang di buat di Jln Riong, Bangsar. Susah betul nak cari parking space. Sepatutnya ada 3 unit yang perlu di bida, tapi 2 telahpun called off. Putra Ria, Bangsar memang selalu called off. Member aku, Maarip yang bercadang nak masuk bertarung untuk unit Putra Ria ini telah pun survey unit tersebut semalam. Kedua-dua unit diduduki oleh owner, dan menurut kedua-dua owner, bayaran telah pun di jelaskan pada pihak bank, maka, sepatutnya unit akan called off. Benar nampaknya. Untuk satu lagi unit yang di bida, satu Condo di Kota Damansara. 2 client aku yang masuk untuk unit ini. Satu aku wakilkan dan satu lagi hadir sendiri. Samsul yang selalu main area Shah Alam, hari ini masuk area Kota Damansara. Walaupun baru lepas menjalani pembedahan dan masih bertongkat, tetap mahu hadir sendiri untuk membida. Memang pembida tegar. Seingat aku setiap kali lelongan yang beliau masuk, memang beliau akan hadiri sendiri. Harga reservenya memang melampau murah berbanding market value. 145k reserve price vs 220k market price. Aku dan Bri telah pun survey unit ini 2 hari yang lalu. Condo yang hanya 4 tingkat dengan kadar sewa semasa untuk unit kosong sekitar 1k sebulan. Disebabkan harganya teramat murah, aku jangkakan akan ada persaingan. Memang benar, terdapat 9 pembida untuk unit ini. Dari 145k, harga akhir 173k.


Untuk lelongan mega RHB Sabtu ini, Satu Solution tidak mempunyai banyak unit untuk di bida. Sekitar 10 unit sahaja. Itupun disebabkan beberapa unit telahpun called off dan angka 10 itu juga dijangka akan berkurangan lagi menjelang esok. Mungkin juga ada beberapa lagi yang akan called off. Ini berdasarkan survey yang telah dilakukan, owner mengatakan mereka telahpun membuat pembayaran, dan unit sepatutnya called off. Masalah RHB, dari apa yang aku selalu lihat di lelongan Mega, RHB mempunyai terlalu banyak unit yang hebat2, hot area, dan reserve price yang murah, akhirnya kebanyakan unit2 tersebut called off. Apakah mereka terlalu mudah mengambil tindakan untuk melelong rumah? Mungkin juga.. dan pemilik rumah semestinya mahu menyelamatkan rumah mereka, dan terpaksa membayar kos2 berkaitan (legal fee dll) untuk menyelamatkan rumah mereka dari dilelong. Aku sudah jarang untuk memberikan lebih tumpuan pada lelongan Mega RHB kerana nama dan unit-unitnya sahaja yang gah.. tapi memang sukar untuk mendapatkan harga terbaik. Tak dinafikan, aku juga pernah mendapat harga terbaik dari lelongan Mega RHB suatu ketika dahulu, tapi itu dahulu.. sekarang cerita lain.


Untuk minggu hadapan sehingga akhir March, aku kenalpasti ada lebih dari 20 unit yang agak bagus untuk di bida. Cuma.. kebanyakannya dari lelongan Maybank. Jadi, sebelum membida atau memulakan langkah untuk survey atau apa sahaja langkah awal, perlu semak berapa kali unit telah di bida dan berapa tunggakan maintenance untuk unit apartment. Maybank tidak akan absorb maintenance charges sekiranya unit telah lebih dari 3 kali di lelong, dan jika mereka absorb sekalipun untuk unit yang telah dilelong kurang dari 3 kali, mereka hanya akan absorb sehingga 10% dari reserve price.

Saturday, March 6, 2010

Lelongan 5 March


Hampir 2 minggu tak update blog, best betul rasanya. Tak ramai yang bising. Aku tiada idea sebenarnya. Balik2 cerita sama. Cerita tentang lelong. Aku cuba untuk menulis.. tapi ditongsampahkan. Kadang2 rasa bersalah.. sebab tiap2 hari ada pengunjung setia yang masuk blog aku. Jadi, untuk tidak menghampakan peminat dunia hartanah lelongan, aku teruskan berblogging. Semalam aku ke PAH untuk membida 2 unit hartanah. Satu di Pandan Perdana, satu di Bandar Sri Permaisuri. Tak banyak unit untuk dilelong pada. Kehadiran pembida pun tak ramai. Bri dan Bird turut hadir. Lelongan bermula untuk unit Pandan Perdana. Dengan RP 65k, 3 pembida. 2 daripadanya client Satu Solution. Sebenarnya, kalau cuma 2 pembida dari SS sahaja yang masuk, kami dah setkan siapa pemenangnya atas persetujuan both bidder. Tapi disebabkan ada orang lain masuk, tiada deal berlaku. Aku pegang satu paddle dan Bri pegang satu paddle. Harga mati pada 73k dimenangi oleh E.Farhan. Ini merupakan unit ketiga yang dimenangi oleh E.Farhan dalam masa terdekat. Pantas betul membeli. Unit seterusnya, Condo di Bandar Sri Permaisuri. Lebih kurang 7 pembida yang berminat untuk unit ini. Dari harga RP 121k, harga mati pada 139k. Tak tinggi sangat, tapi Bird yang JV dengan E.Farhan taknak budget tinggi untuk unit ini. Bird tewas untuk unit ini. Tak mengapa, minggu depan boleh masuk yang lain. Selesai lelongan, macam biasa, lepak2 minum dengan Bri dan Bird. Pelelong PAH pun dah kenal betul dengan Bri. Gelaran Hero diberikan pada Bri. Katanya, memang selalu sangat nampak muka Bri di lelongan PAH, tak kira di Jln Ampang atau di hotel. Teknik Bri memang berkesan. Lelongan payah nak bermula kalau Bri takde, hahahaha..

SS baru nak bermula untuk bulan March ini. Minggu depan akan bermula listing2 menarik untuk dilelong. Untuk 13 march, dijangka ramai yang akan masuk lelong. Ingatan seperti biasa dari aku, Mega Auction RHB, kita boleh merancang, membida dan berusaha, tapi belum tentu boleh dapat pada harga rendah. Itu kebiasaan yang berlaku pada Mega Auction RHB. Kepada yang berminat untuk mendapatkan hartanah lelong RHB 13 March nanti, aku kena submit registration selewat-lewatnya hari Selasa depan. Itu untuk registration bagi pihak agent.
Antara yang menarik berlaku sepanjang aku tak update blog, minggu lepas aku turun membida untuk satu unit hartanah di Bangi. Unit landed di Bangi dengan RP 140k. Dengan hanya 4 pembida, harga akhir adalah 185k di menangi oleh E.Farhan juga. Aku mewakili client aku Zaidie, E.Farhan turun sendiri membida, member Pie, Atok dan seorang pembida lain. Aku tak berapa perasan Atok, lepas lelongan baru berbual, sebab Atok duduk di bahagian hadapan masa lelongan. Kalau tau awal2 boleh la settle. Yang membida tinggi juga adalah Atok dan E.Farhan.

Rumah Cyberia Wida pun dah selamat diselesaikan. Awal February lalu, unit Cyberia ini disewakan secara short term untuk seorang student dari Iran yang membawa rakan-rakannya bercuti di Malaysia. Pada awalnya, penyewa mahu menyewa selama 2 minggu, dan mungkin akan menambah sekiranya perlu, tapi tidak melebihi 1 March. Sepatutnya, dari Malaysia, Iranians ini akan ke Phuket, Thailand pula untuk bercuti. Disebabkan itu, Wida telah mula mengiklankan unitnya pada pertengahan Feb dan mula mendapat beberapa serius booking dari potential tenant. Salah seorang potential tenant, adalah foreigner dari India yang bekerja di Cyberjaya. Di sebabkan dia nak sangat2 menyewa di sini, jadi, Wida setuju sewakan unit ini pada expat ini. Duit booking di terima, dan sepatutnya 28 Feb aku patut ambil kunci dari short term tenant dan serahkan pada expat, tapi Iranians ni ada flight problem. Diorang tak jadi nak ke Phuket sebab duit dah habis spend di Malaysia, mostly di Bukit Bintang katanya, hehheh.. jadi, diorang balik terus ke Iran pada 1 March. Banyak betul benda aku kena settlekan untuk rumah ni, tapi semua dah selesai.

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com