Lelongan Sabtu lepas tidak membawa apa2 hasil. Heheheh.. semua unit Penara called off dan unit di Kajang yang aku ingin bida untuk client juga called off. Bri juga tidak berjaya membawa hasil bila tewas di lelongan Etika Auctioneers. Sebenarnya, sebelum aku buat bank draft pada pukul 4 petang, sebelum bank tutup, aku dah call pihak pelelong untuk mengetahui status unit2 tersebut, dan pihak pelelong kata semua unit tersebut masih aktif untuk lelongan. Pagi Sabtu sebelum aku keluar dari rumah, aku cuba call pihak pelelong, sehinggalah dalam perjalanan ke tempat lelongan, panggilan tidak berjawab, tiada orang dipejabat mungkin.. Jadi, aku tak dapat pastikan pagi itu unit masih aktif untuk lelongan, sehinggalah aku sampai ke tempat lelongan. Sesampai di tempat lelongan, kecewa lagi.. Berjumpa Nija dan Mutt yang juga ingin membida tempat yang sama, yang juga kecewa. Tewas sebelum bertarung. Kita dah cuba, tapi belum berhasil lagi.
Untuk hari ini, aku ke Ehsan Auctioneer untuk satu unit hot area yang aku rasa akan memberikan tentangan sengit. Rupanya tak sengit langsung. Bujal bernasib baik dapat satu unit di sini pada harga yang di kira murah. Sebelum2 ini, unit blok D kalau tak cecah 75 k ke atas, memang tak block D la.. Tapi hari ini berjaya di bida pada harga 65k sahaja. Tahniah!! Bujal dah tanya bila nak pecah rumah.. Hehehh.. Esok lusa la Bujal. Yang sengit dan memberikan tentangan pada hari ini adalah unit2 di Rawang. Unit Pangsapuri Lili dan Sri Semarak yang dahulunya atap rosak, keadaan tidak terurus, telah diberi nafas baru oleh kerajaan dengan membaiki bumbung dan di cat semula. Maka, kesemua (lebih dari sepuluh) unit2 di situ yang dilelong oleh pihak Eon Bank pada harga rizab 6k habis dibeli oleh peminat2 kawasan Rawang, hari ini. Harga2 yang di bida sekitar 7-9k secara purata dan kesemuanya perlu berlawan, tiada yang dapat pada harga rizab. Menarik..
Esok aku akan ke PAH pula untuk membida satu unit di Kajang. Percubaan kedua Asri (bukan Asrimiat) untuk membida di kawasan Kajang. Percubaan pertama dahulu, called off. Sebelum ini aku pernah survey area Kajang ini, dan pernah juga masuk tengok unit dengan kebenaran penghuni. Mengikut POS, keluasan unit adalah 1012sqft. Memang aku tengok dalaman, agak luas. Tapi baru2 ini, Asri ke sana lagi untuk survey unit yang akan di bida esok, dan sempat berbual dengan orang dari maintenance office. Katanya, keluasan 1012sqft adalah termasuk parking space (128sqft). Kalau begitu, keluasan sebenar unit adalah 884sqft sahaja. Aku sendiri pun tak pasti. Kalau betul, ini first case yang aku jumpa. Tak pernah aku jumpa kes keluasan unit adalah termasuk kawasan parking sekali. Kalau betul, next time kena semak keluasan sebenar unit untuk unit2 yang aku tak biasa.
Dah lama aku tak cerita tentang pakej2 pinjaman baru untuk pelabur hartanah. Esok lusa mungkin aku akan cerita. Pakej pinjaman hartanah yang sesuai untuk buat flipping. Aku rasa mungkin juga dah ramai yang tahu. Nak tahu ke?
*Hari ini, 26 May, hari jadi anak aku Noura yang ke 4 tahun. Selamat Hari Jadi untuk Noura.