Thursday, November 17, 2011

Cerita Lelongan Hong Leong Bank 16 Nov




Dalam masa 2 minggu ni, banyak kali aku turun auction untuk membida (of course membida.. takkan jadi ulat pulak). Banyak betul unit yang aku masuk untuk client, satu pun tidak mendatangkan hasil. Budget dah cukup bagus pun, ada orang lain yang berbudget lebih tinggi. Apartment di Bandar Kinrara, developernya Talam Corp pun harga lelong naik boleh tahan sekarang, cecah 116k. Apartment di Damansara Perdana, dengan keluasan 750sqft yang biasa boleh dibeli harga bawah 70k pun dah melepasi harga 80k. Itu semua cerita minggu lepas. Mana boleh give up. Semangat kena kuat. Semalam aku turun auction lagi. Membida satu unit Condo di Taman Maluri dengan harga reserve 140k. Yang peliknya, 13 Okt yang lepas unit tersebut telah dilelong dengan harga reserve yang sama. Menurut pembida aku, Brader Farhan, management office kata memang dah terjual, tapi pembidanya let go semula. Jadi, semalamnya, dengan 13 pembida yang membida unit ini, harga permulaan ditetapkan 160k dengan setiap kenaikan 10k, aku Cuma mampu angkat sekali sahaja pada 170k. Selepas itu harga terus melonjak melepasi 200k dan akhirnya mati pada 260k. Brader Remy yang membida satu unit di Puchong juga hampa bila tewas. Awalnya Brader Remy ingatkan dia single bidder, rupanya ada pembida last minute yang sempat register.



Hari ini, sepatutnya aku membida 4 unit. Semalam dah buat semakan dengan pelelong dan semuanya masih on. Bank draft  14k semalam nak kena cancelkan dulu, dan buat bank draft baru.Cuma paginya aku ke sekolah anak aku dahulu. Bukan untuk ambil RM100.00 pemberian kerajaan yang kebanyakan pelajar sekolah rendah dapat hari ini, tapi untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah pra-sekolah si budak Noura. Hadiah tempat ke lima pencapaian peningkatan terbaik Kelas Ceria. Kelas Ceria tu nama kelas dia. Rupanya semua budak pra-sekolah tu dapat hadiah. Ada macam-macam kategori, termasuklah kategori peningkatan terbaik. Hadiah berupa Tupperware dan pencil box. Seronok si budak Noura dapat naik pentas ambil hadiah. Tengahari sikit baru aku ke bank buat bank draft. Termasuklah bank draft brader Cengkok yang nak masuk satu unit di Puchong dengan harga reserve 72.9k, yang baru dia transfer pada aku pagi tadi. 


Banyak betul halangan nak buat bank draft tengahari tadi, sampai aku terlupa bank mana yang aku patut bank draft. Akupun call Farhan untuk dia check di website Ng Chan Mau. Sebab aku confuse sama ada Eoncap Islamic atau Hong Leong Bank. Bila di semak di website Ng Chan Mau, dah takde. Itu petanda dah called off. Akupun call Ng Chan Mau dan confirmed unit dah called off. Dari empat, tinggallah 3 yang aku kena bida. Pukul 2.20 petang baru siap buat bank draft, terus gerak ke Ng Chan Mau. Lelongan Hong Leong Bank bermula pada pukul 3.30 petang. Pukul 3.00 petang aku dah sampai. Di sana berjumpa dengan Brader Remy yang akan membida satu unit di Puchong, untuk menebus kekalahan semalam. Brader Yeob yang akan membida satu unit di Kota Damansara yang called off  akhirnya, dan satu unit di Ampang dengan harga reserve 135k, untuk menebus kekalahan 3 unit Sabtu yang lalu. Orang sangat ramai di Ng Chan Mau hari ini. Sepatutnya ada 120 unit yang di lelong, tapi kebanyakannya called off.  Pelelong terpaksa hadkan kemasukan orang ramai ke bilik lelongan dengan pembida untuk Federal Auctioneer di benarkan masuk dahulu.

5 unit yang tinggal untuk aku, Remy dan Yeob akan bida. Izwan pun ada juga, membida unit di Puchong, sama dengan aku. Banyak juga pembida Federal Auctioneer yang dapat harga reserve. Brader Remy bernasib baik dapat harga reserve 75.6k hari ini, menebus kekalahan semalam. Berikutnya unit terhangat hari ini. Apartment di Puchong dengan harga reserve 72.9k. 23 May yang lalu, aku pernah mendapatkan satu unit di sini pada harga reserve 89.1k untuk Brader Cengkok. 30 Oct tahun lepas aku pernah dapatkan satu unit di sini juga untuk Brader Wan pada harga ‘reserve ‘100k.. Ada beza antara reserve yang Cengkok dapat dengan ‘reserve’ yang Wan dapat. Sendiri faham. Untuk hari ini, ada 10 pembida. Mustahil nak dapat harga ‘reserve’ hari ini. Harga dimulakan pada 75k dan setiap kenaikan 1k. Lelongan bermula laju sehinggalah angka melepasi 100k.. melepasi 110k.. melepasi 120k.. 130k.. dan pertarungan mula slow. Aku dah lama menyerah kalah pada angka 105k. Harga melepasi 140k.. dan akhirnya mati pada 141k.. Agak gila juga harga 141k untuk unit di Puchong ini. Apatah lagi unit ini Bumi Lot.

Lot berikutnya yang aku masuk adalah satu unit di Serdang dengan harga reserve 36k. Brader Farhan yang pernah membeli satu unit lelong disini, masih berminat untuk membeli unit disini. Unit di Serdang ini, market yang niche. Tak ramai orang tahu dan berminat. Alhamdulillah, dapat pada harga reserve juga. Di teruskan pula untuk unit yang aku bida untuk Brader Joefizi. Sebenarnya, Brader Joefizi dan Farhan ni, tiap2 bulan aku akan pergi bid untuk diorang. Cuma jarang menang. Dari focus utama Seksyen 15,  Shah Alam, Joefizi berubah arah ke Seksyen 17, Shah Alam pula hari ini. Seriously,  lebih dari 10 unit2 di Seksyen 15 yang aku cuba bida untuk Joefizi, Cuma satu percubaan yang berjaya bulan April yang lalu, dengan kemenangan reserve price. Yang lain, berakhir sama ada called off atau kalah, termasuklah kekalahan Sabtu yang lalu, untuk unit di Seksyen 15 itu. Tapi hari ini dia bernasib baik. Menang harga reserve juga.  Brader Yeob yang kembali aktif semenjak dua menjak ni, tak bernasib baik bila unit di Ampang melonjak dari 135k ke 174k. Lebih kurang harga market sebenarnya. Jadi, 3 kemenangan reserve price untuk hari ini. Dah lama tak rasa kemenangan berganda macam ni. Puas jugak la. Heheheh..  

Jumaat ini mungkin aku turun lelongan lagi, mungkin tidak. Tapi, minggu depan, aku akan turun lagi. Itupun kalau tak called off lah. RHB Bank kan senang nak called off. Jadi.. aku nak membuta puas2 dulu… penat. 

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com