Sunday, May 6, 2012

Cerita Lelong Bulan April 2012

Aku belum bermula untuk lelongan May. Sekarang cuma preparation loan document dan kerja2 post auction untuk rumah2 yang dimenangi bulan Feb sehingga April dan kerja2 survey.  Lelongan bulan April, aku bermula pada 5 April dengan membida satu unit landed property di Taman Bunga Negara dengan harga reserve 200k. Lelongan di High Court Shah Alam. Bila sebut High Court Shah Alam, ramai agent yang mengeluh, disebabkan setiap kenaikan adalah tinggi. Kebiasaannya begitulah sekarang. Macam unit yang aku bida ini, walaupun harga reservenya 200k, bidaan pertama bermula dari 230k dan setiap kenaikan adalah dalam gandaan 20k. Gila.. Tapi yang lebih gila, bila terdapat 13 pembida, dan pada bidaan pertama, seorang agent terus membida pada harga 300k. Penyudahnya, tiada orang lain yang nak bida, dan harga mati pada 300k. Kalau tengok pada condition rumah, memang banyak yang nak kena repair. 300k dikira tidak berbaloi pada kebanyakan pembida. Petangnya pula, aku ke Ng Chan Mau untuk membida satu unit servis apartment di Shah Alam yang di buka pada harga 200k. Mulanya aku ingat aku single bidder. Tak ramai yang turun di Ng Chan Mau pada 5 April, disebabkan terdapat banyak lelongan lain, seperti di Jalan Riong yang terdapat lebih banyak property yang menarik. Bila lelongan bermula, rupanya 2 bidder. Dari 200k, setiap kenaikan 2k, Brader X kalah lagi, pada harga 234k. Market value sebenarnya, lebih kurang 280k. Agak rugi juga, bila cuma ada dua bidder dan masing2 melawan dengan kenaikan yang agak banyak. Kalau dapat tahu lebih awal, mungkin kenaikan tak tinggi.

7 April pula aku ke Lelongan Mega CIMB. Sudah kedengaran rungutan dari agent2 lain yang tidak menyukai lelongan Mega CIMB. Sebabnya, walaupun harga reserve yang ditawarkan adalah rendah, tetapi.. ya.. ada tetapinya di sini.. tetapi.. harga belinya tinggi. Tinggi yang menyamai harga pasaran dan kadang kala melebihi harga pasaran. Antara factor penyumbang masalah ini, pada aku.. factor lelongan yang di buat pada hujung minggu, boleh menarik pembida sendiri ke tempat lelongan. Juga, promosi yang dilakukan oleh CIMB dan agent juga. Aku cuma masuk satu unit sahaja untuk Brader X. Unit di Desa Pandan, lelongan oleh Ng Chan Mau. Aku datang pukul 11 pagi sebab lelongan Ng Chan Mau bermula pukul 11.30 pagi. Terdapat 2 unit di Desa Pandan yang di lelong. Tingkat 1 dan Tingkat 4. Aku bida unit tingkat 4, kononnya tiada pembida lain dan boleh dapat harga rendah. Unit di tingkat 1, terdapat 4 pembida, dan harga dari 120k naik kepada 153k. Unit tingkat 4 pula, pada mulanya terdapat 2 pembida. Pembida seorang lagi, berbudget rendah. Aku bersetuju untuk buat kawtim bersyarat. Rupanya 3 pembida. Dari harga 100k, naik kepada 108k. Tidak lah tinggi sangat, tapi sebenarnya dah menghampiri market value. Kalah. Unit paling hot pada hari itu, landed di Taman Sri Kenari, Kajang. 16 pembida, dari 190k, naik kepada 272k.

Hari2 seterusnya banyak unit yang called off sehinggalah 14 April, aku masuk membida untuk 3 unit. Satu untuk Brader X, satu untuk Norman yang turut hadir, dan satu untuk Husaini yang hadir juga. Lelongan Bank Muamalat yang di adakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, bersama Ehsan dan Ng Chan Mau. Lebih kurang 120 unit yang di lelong, tetapi tidak ramai yang hadir. Ini di sebabkan, tidak banyak property yang hot, apatah lagi a few property yang hot seperti landed di Bangi yang sudah called off. Untuk Brader X, bernasib baik apabila berjaya mendapat satu property di Puncak Alam pada harga reserve 19.3k sahaja. Kemudian tiba giliran Norman pula untuk membida unit di Puchong. Norman sebenarnya dah lama tahu tentang hartanah lelong. Aku pernah berjumpa dengan dia sekitar tahun 2009 lagi. Tapi baru sekarang nak menceburkan diri. Pertama kali masuk lelong, membida sendiri, dan survey pun aku survey sekali dengan dia. Sebelum ini, kawasan yang sama, aku pernah bida untuk Brader Yob, tapi tewas pada harga 118k. Aku expect harga akan naik melebihi 115k juga kali ini. Ye la.. market value dah melebihi 140k, unit pun kosong tak berpenghuni. Rupanya dapat pada harga reserve, 97k. Beginner’s luck. Husaini pula, terpaksa membida dengan 6 pembida lain, untuk satu low cost flat yang terkenal di Pantai Dalam. Dari harga 75k, naik kepada 99k. Tidak bernasib baik pada percubaan pertama.

Minggu berikutnya, aku bercuti 4 hari ke Langkawi sempena tiket Air Asia RM15.00 yang aku beli tahun lepas. Pun begitu, masih ada lelongan yang perlu di hadiri, lalu aku wakilkan pada Brader Remy dan Brader Kechik. Tewas kesemunya.. hahahah.. Kalau cukup waktu untuk berbuat sesuatu, dan situasi yang tepat, mungkin Brader Asyraf, Cengkok dan Brader X boleh menang.

23 April pula, aku turun ke Cahaya Auctioneer untuk membida satu unit untuk Brader Husaini. Husaini mencuba nasib untuk kali yang kedua. Satu unit low cost di area Jln Klang Lama. Suasana di Cahaya Auctioneer agak meriah juga. Ramai. Aku budget ramai yang masuk Unit di Ampang. Unit yang aku pernah cerita masa bulan January yang lepas. Masa bulan January yang lepas, unit2 di Ampang ini, baru dapat kunci. Dalam masa yang sama, unit2 untuk dilelong pun mula keluar. Batch pertama lelong menunjukkan harga beli dari lelong sekitar 120-130k. Masuk bulan February sehingga kini, trend harga semakin meningkat. Di lelongan Cahaya ini, dengan lebih 20 pembida, dari 90k naik kepada 150k. Untuk unit di Jln Klang Lama pula, aku check market value, sekitar 85k. Mulanya, ada lebih kurang 6-7 pembida, yang aku dapat tahu. Bila lelongan bermula, rupanya ada 13 pembida. Bidaan pertama pun, ada seorang agent dah angkat pada harga 85k. Aku tak angkat pun. Harga terus meningkat, dengan setiap bidaan dalam gandaan 5k. Harga melepasi 100k.. dan mendapat tepukan gemuruh. Dari 100k.. naik melepasi 110k.. melepas 120k.. melepasi 130k.. gila apa low cost nak bida lebih 130k.. ahh.. memang gila. Harga mati pada 140k sebenarnya, untuk unit ground floor, low cost apartment di Jln Klang Lama. Belum ada rezeki untuk Brader Husaini untuk lelongan yang kedua ini. 

24 April sehingga 30 April, sambung lain kali pula.



Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com