Friday, December 21, 2012

Lelongan Pertengahan December 2012


18 Dec yang lepas, aku turun semula ke LO Sepang untuk membida 4 lot tanah kediaman yang terletak di area Bangi Lama. Pada harga sekaki lebih kurang RM8.50, 4 lot dengan keluasan sekitar 9,000- 10,000 sqft setiap satu akan di bida untuk member aku Apit. Pukul 8.00 pagi baru aku keluar rumah. Sebelum pukul 9.00 dah sampai LO Sepang. Dari maklumat awal, mungkin ada pembida lain. Hits di Lelongtips tak banyak, tapi ada orang lain yang dah buat carian tanah. Aku dah bersedia nak lawan. Sesampai di bilik lelong, ada 2 unit kediaman dan 5 lot tanah yang akan dilelong hari ini. Ada 4-5 orang yang dah sampai. Mungkin kena lawan juga nampaknya. Bila aku register dengan pelelong untuk 4 lot tanah ini, pelelong kata tiada pembida lain. Lega.. 4 lot di menangi untuk Apit dengan harga reserve 77k, 85k, 85k dan 88k. Misi membawa pulang 4 lot tanah, berjaya. Apit yang masih di London sampai hujung tahun, sanggup call aku nak tahu result. Balik nanti kita celebrate Apit oi.. hahahah

20 Dec pula, secara teorinya aku ada 3 lelongan yang perlu dihadiri di 3 tempat lelong yang berlainan, pada waktu pagi. High Court KL, PAH dan Ehsan. Kaki2 aku yang lain pula, macam Kechik, Yob dan Izwan, tak free. Tinggallah Remy untuk tolong aku. Remy ke PAH untuk lelongan Public Bank, aku ke Ehsan untuk lelongan Bank Islam dan client aku Pn Norfarizan, yang juga adik Samsul Brunsfield, terpaksa ke High Court KL sendiri, walaupun tak biasa pergi lelongan High Court. Petang 19 Dec aku dah check semua unit yang akan dilelong esok, semua masih on. Pagi2 Farizan sms aku tanya mungkin dah called off kot, aku check dalam lelongtips, memang dah marked aborted. Tiada rezeki lagi untuk Farizan. Di Ehsan, tak berapa ramai yang datang ke tempat lelongan. Unit yang paling hot pun di Rawang. Hanya 7 unit yang terjual dengan 5 daripadanya reserve price. Hari ini aku masuk untuk Brader X lagi. Last Brader X menang pada bulan Mei yang lalu. Masa tu aku ingat Brader X akan bercuti panjang dari membeli, mungkin tahun depan baru start balik. Rupanya aku salah. Bulan Oct dia dah roger aku semula untuk masuk lelong untuk abang dia. Ada a few yang dia berminat, tapi semua nya called off. Unit yang aku bida untuk Brader X hari ini, pernah cuba di bida bulan Mac dulu, tapi called off. Bulan Okt yang lalu, masuk lelong semula, pada harga reserve yang sama seperti bulan Mac, tapi Brader X belum nak masuk lagi. Kali ini, masuk dengan budget RP sahaja RM61.2k, dan akhirnya, menang pada harga RP juga. Lelongan di PAH, tewas.

Hari ini, kononnya secara teori, aku ada 3 lelongan di 3 tempat yang berlainan, waktu petang. Satu di PAH, satu di NCM dan 2 di Ehsan. Di Ehsan, Remy punya, jadi, dia turun sendiri. Di PAH dan NCM, Cik Nuzul yang punya, aku kena turun di PAH dan mungkin adik Remy boleh tolong turun ke NCM. Pagi2 aku call pelelong untuk confirmkan status unit yang akan dilelong. Unit di PAH dah called off, jadi, aku akan turun sendiri ke NCM. Unit di NCM ini pun sebenarnya, aku anggap akan called off juga. Rekod dari 2010 menunujukkan unit ini dilelong setiap 4 bulan sekali. Sudah 6 kali dilelong berkesudahan called off, aku dah nampak lelongan kali ke 7 juga akan called off. Cuma ianya called off lambat. Aku dah sampai tempat lelongan baru tahu called off. Lagi pun aku memang nak ke Ehsan untuk collect auction contract, jadi, tak jadi masalah pun kalau called off.

Di Ehsan, aku temankan Remy sahaja lah untuk 2 unit yang dia masuk. Taman Mas Sepang dengan RP 78.8k dan Putra Perdana dengan RP 75k. Semalam Remy turun lelongan Cahaya Auctioneers, untuk unit di Taman Mas, dan tewas. Dari RP 70k naik kepada 93k. Hari ini, unit di Putra Perdana, Groundfloor, dengan RP 75k sahaja, cuma ada 2 pembida sahaja. Agak mengejutkan, bila cuma ada 2 pembida sahaja. Seriously, unit Putra Perdana ini, biasanya ada 8-9 pembida, kadang2 sampai 12 pembida. Harga menang pula, sekitar 95k ke atas dan kadang2 terbabas 110k ke atas juga. Tapi hari ini, 2 pembida sahaja. Dari 75k, pelelong menaikkan ke 77k dan akhirnya, Remy menang pada harga 81k. Unit Taman Mas pula, ada 4 pembida. Tak boleh kawtim. Kena lawan. Dari 78k Remy dan Halim bertarung ganas sampai mencecah 90k. Akhirnya, Halim yang menang pada harga 100k. Remy masih akan bertarung lagi minggu hadapan, diharapkan ada kemenangan lagi.

Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat depan, serta Isnin 31 Dec, aku masih akan turun membida untuk client dengan lebih dari 10 unit lagi di cari untuk belian penghujung tahun. Diharapkan aku akan menang lagi, walaupun dan 8 unit di menangi bulan ini… 

Monday, December 17, 2012

Cerita Lelong Disember 2012


Lelongan bulan Disember untuk aku bermula pada 3 Dec, untuk membida satu unit di Bangi. Unit ini pernah di lelong beberapa bulan yang lalu, dan menurut cerita ,dibeli oleh tuan rumah asal, menggunakan nama wifenya. Pada harga 230k, harga akhir, 340k dengan 18 pembida. Hari ini, aku turun membida lagi dengan budget yang lebih besar dari 340k, dengan harapan boleh menang. Lebih kurang 14 pembida yang turut membida, termasuk Atok. Dari 230k, harga meningkat dengan setiap kenaikan 2k. Dengan budget sekitar 360k, aku kalah pada harga 370k. Last aku angkat 368k.

Sebelum
Lelongan berlangsung
Selepas
4 Dec pula, aku turun ke Sepang Land Office untuk membida sekeping tanah berkeluasan 7500sqft, pada harga reserve RM66,900.00. Di lelongan terdahulu, pada harga 74k, tiada pembida. Aku sampai awal, sebelum 8.30 pagi aku dah sampai. Lelongan bermula pukul 10.00 pagi. Sebenarnya aku tak pernah sampai di Sepang Land Office, sebab itu aku gerak awal. Rupanya, tidaklah jauh sangat, dan jalan pun tak jam. Kalau mengikut POS nya, lelongan di adakan di Bilik Gerakan, dan menurut kaunter pertanyaan, Bilik Gerakan terletak di tingkat satu. Jadi, aku pun usha Bilik Gerakan, dan turun breakfast dulu. Awal lagi. Unit ini aku bida untuk member aku, Apit. Dari maklumat awal, dijangkakan ada pembida lain yang akan turun juga, jadi, Apit nak turun juga tempat lelongan. Sementara menunggu Apit, aku kembali semula ke Bilik Gerakan. Jam baru pukul 9.15 pagi. Sesampai di Bilik Gerakan, ada 2 orang tua yang turut sampai di situ. Dia kata orang lain tak sampai lagi, dan dia ajak aku pergi minum dulu. Rupanya depan Bilik Gerakan tu, ada bilik lain yang menyediakan breakfast. Ada ramai lagi orang tua lain. Tapi, aku tau, ada satu lelongan sahaja untuk hari ini, berdasarkan papan notis di bawah. Takpe, aku get in the crowd, dengar diorang sembang. Cerita pasal parti, pasal calon pilihanraya.. heheh lepas tu diorang ajak aku masuk Bilik Gerakan semula. Wah, ada 10 orang ni, macam mana nak kawtim. Ada sorang pakcik ni ajak aku duduk dengan dia, boleh tengok kertas kerja, gerak kerja untuk minggu ini, katanya. Ah… aku dah salah bilik. Rupanya ini mesyuarat mingguan Tok Penghulu. Patutpun ada breakfast.. heheh.. Aku turun balik ke kaunter pertanyaan untuk bertanya bilik lelongan. Rupanya belakang kaunter pertanyaan je. Ok, tempat dah tahu, dekat2 pukul 10.00 baru ke bilik lelongan dengan Apit, tapi ada satu bidder lain yang dah menunggu. Setelah berbincang, Apit masuk membida untuk menang harga “reserve”.

Awal bulan tak banyak lelongan yang diadakan, jadi, aku pun balik kampong lagi. Hantar si budak Noura yang nak duduk kampong dengan sepupu2 dia. Balik dari kampong, settlekan urusan2 rumah lelong, dan sempat berjumpa rakan2 yang dah lama aku tak jumpa. Macam.. Junny. Dah lama aku tak jumpa Junny. Baru2 ini dia buka office di Subang Bestari, dan jemput aku untuk majlis pembukaan office baru dia, tapi aku  tak dapat pergi, sebab clash dengan majlis adik aku kahwin. Kebetulan hari ini, aku hantar bapak aku ke Subang Bestari, ke rumah kawan dia, so aku pun jenguk la office baru Junny. Belum ada staff lagi, baru start interviewing candidates dan juga bercadang nak ambil Siti ex Ram Reza. Office pun luas dan boleh buat bilik seminar juga. Most of my clients masa 3-4 tahun dulu yang aku introduce pada Junny, still enggage dengan Junny. Good luck to you Junny.


Lepak dengan Bri juga. Kalau aku ada di area Bandar Sri Permaisuri, mesti aku roger Bri. Selalunya dia takde. Ada sekali tu, aku roger dia pukul 9 malam kat Kayu Nasi Kandar, sebab aku jumpa client, pukul 12 malam baru dia roger aku balik, tanya mana aku, dia cari kat Kayu Nasi Kandar takde pun. Pukul 12 aku pun dah balik Bri. So, hari ni dia ada pulak. Banyak yang disembangkan. Perkembangan terbaru masing2. Aku masih main rumah lelong, tanpa ada apa2 perubahan besar, sedangkan Bri dan Junny dah menceburi bidang seminar, JV, Subsale dan lain2 lagi. Untuk aku, kalau sebulan, average number between 40-50 unit yang aku bida untuk mostly existing clients, dan kadang2 boleh cecah 70-80 unit, untuk membeli 10-20 unit untuk client, menceburi cabang lain bukanlah satu option yang bagus untuk aku. I’ve been there, dapat ramai client dan complain pun banyak. So, biarlah aku buat apa yang I’m good at, which is auction property. Bri baru2 ini kena complain lagi, tapi tak bercadang untuk defend diri dia di blog. So, apa yang Bri cerita pada aku, ianya tentang penyewa lama yang menyewa dengan rate lama yang rendah, dan beberapa bulan kemudian keluar. Penyewa baru pula masuk dengan rate yang lebih tinggi. Mungkin owner tak tahu dengan penukaran penyewa dan kenaikan rate sewa ini, dan beranggapan penyewa yang sedia ada, menyewa dengan rate yang lebih rendah. Duit sewa tak masuk lagi, disebabkan Bri nak tolak kos2 berkaitan seperti repair dan lain2. Owner dapatkan no penyewa dari Bri dan berhubung terus dengan penyewa. Owner dapat tahu rate sewa lebih tinggi, dan disebabkan miscommunication dengan Bri, owner ingat Bri bagi sewa yang berlainan untuk dia dan penyewa, dan minta penyewa bayar rate yang lebih rendah, dan berhubung terus dengan owner untuk urusan sewa bulan2 seterusnya. So, pada aku, it’s about miscommunication, bukan sebab isu sublet atau makan duit yang baru berapa ringgit sebulan itu. Bila jadi macam ni, owner pun rugi juga. Bri pun memang tak bercadang nak cerita kat blog, so, let it be. Dah settle dah pun kan..


15 Dec, lelongan Mega CIMB. Dari bulan ke bulan, lelongan Mega CIMB sentiasa dan terus mendapat sambutan hangat. Hari ini aku keluar rumah pukul 8.30 pagi. Lelongan bermula pukul 11.00 pagi dan pukul 3.30 petang baru lelongan tamat. Sepatutnya hari ini ada 8 unit yang patut di bida di Lelongan CIMB dan lelongan Bank Muamalat. Remy dah standby nak pergi bidding untuk client aku, di lelongan Bank Muamalat. Halfway through, aku dapat tahu unit di lelongan Bank Muamalat dah called off. Remy yang dah separuh jalan, tak jadi pergi. Client aku Pn Azleena pun, dah sampai tempat auction, kecewa bila unit yang dia nak masuk pun called off last minute. Di lelongan Mega CIMB pun, ada yang called off last minute, tinggallah 3 unit sahaja untuk di bida. Aku sampai pukul 9.00 lebih sikit dan register dulu. Pukul 10 pagi aku pergi breakfast dengan Rodi. Menghampiri pukul 11.00 pagi baru masuk tempat lelongan. Lelongan Ng Chan Mau bermula pukul 11.00 pagi. Unit2 panas bermula dahulu. Unit2 yang kurang panas di kemudiankan. Aku masuk satu unit untuk Radzuan di area Sri Kembangan. Dengan budget yang agak tinggi, menghampiri 100k, aku yakin boleh menang. Bila tiba giliran aku membida, ada 2 pembida sahaja. Harga reserve bermula dari 55k. Orang sangat ramai dan pelelong juga kesuntukan masa untuk menghabiskan lelongan tepat pada waktunya. Bila nama pembida kedua dipanggil, tiada sambutan. Mungkin tak dengar atau dah lari ntah kemana mana pembida lagi satu itu. Pelelong tidak dapat menunggu dan memberikan kemenangan kepada aku, pada harga 58k. Kira ok la tu. Nasib baik yang tidak dijangka.



Kelakar tak tempat auction ni? 

Sementara menunggu lelongan PAH yang bermula pada pukul 1.00, aku layankan dulu lelongan2 lain. Ramai kawan2 lain yang datang pada hari ini. Shahril Sidek, Rodi, Zam Lokman turut sama turun ke lelongan ini. Bila lelongan PAH dimulakan, unit2 panas bermula dahulu. Unit paling panas adalah Vista Komanwel. Unit ini pernah terlelong dahulu, pada harga 370k dan kini terlelong semula pada harga reserve yang sama, 145k. Sebelum ini, aku membida untuk client, dengan budget below 300k. Kali ini, Radzuan nak masuk dengan budget lebih sikit dari 300k. Walaupun aku tahu, harapan tu agak tipis, tak salah nak cuba. Kalau sebelum ini pembidanya lebih kurang 40 orang, kali ini, jumlah pembidanya, lebih kurang 45 orang.  Dari 145k, dengan setiap kenaikan 5k, akhirnya harga mati pada 360k. Aku kalah.  Unit seterusnya, lama lagi. Jadi, aku lepak luar dulu, lepak dengan Shahril Sidek dan kawan2. Lepak lebih kurang setengah jam, masuk balik bilik lelongan pun, unit yang aku nak bida, masih jauh lagi. Kali ini untuk Hafizie. Unit di Shah Alam dengan harga reserve 40k. Bila lelongan unit ini bermula, ada 8 pembida. Pelelong terus letakkan harga 47k untuk bidaan pertama dengan 1k setiap kenaikan. Aku sambut. Pembida lain angkat untuk 48k, aku sambut lagi untuk 49k, bila harga dah cecah 50k, aku tak sambut lagi dah. Akhirnya harga mati pada 57k. Jadi, hari ini, menang satu lagi, yang boleh dikatakan bernasib baik.



Esok, aku turun ke lelongan pejabat tanah untuk membida 4 lot untuk member aku Apit, lagi. Apit yang sedang bercuti di London untuk 2 minggu, memberikan tugas berat untuk aku laksanakan esok. Kita tengok, berjayakah aku membawa balik kesemua 4 lot tersebut untuk Apit, esok.. 

Wednesday, December 12, 2012

Cerita Lelong Bulan Nov 2012



Lelongan hartanah diadakan hampir setiap hari kecuali Ahad. Itu standard. Tapi pernah juga lelongan diadakan pada hari Ahad, masa zaman ekonomi gawat, sampaikan pelelong terpaksa adakan lelongan hari Ahad, disebabkan terlalu banyak hartanah yang dilelong. Kalau bukan di pejabat pelelong, lelongan akan diadakan di Pejabat Tanah atau Mahkamah. Aku jarang turun lelongan pejabat tanah atau Mahkamah. Kadang2 lupa procedure dan ada juga perubahan procedure. Juga disebabkan aku jarang menang di lelongan Pejabat Tanah dan Mahkamah. Macam, lelongan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kalau kita beli pada harga lebih dari harga reserve, lebihan tersebut, kita tak perlu bayar masa itu. Lebihan tersebut akan dimasukkan kedalam jumlah baki harga pembelian, dan boleh dijelaskan 120 hari kemudian, bila kita nak jelaskan baki harga pembelian tersebut.

Lelongan bulan November untuk aku bermula pada 3 Nov. Lelongan CIMB Mega Auction. Kebiasaannya diadakan pada Sabtu pertama setiap bulan. Lelongan CIMB Mega Auction adalah sesuatu yang sesuai dengan namanya, Mega. Kehadiran ramai orang, sangat ramai. Selain dari pembida yang ingin membeli rumah, ada acara lain yang dinamakan Home Fiesta, dimana ada speaker jemputan yang memberikan talk secara percuma, dan booth2 penganjur yang terlibat secara tidak langsung dalam bidang  hartanah, seperti floor depot, majalah hiasan rumah, kedai perabot dan lain2. Dari segi pengiklanan, pun agak mega juga. Selain di hoskan oleh pelelong yang terkenal, Ng Chan Mau dan Property Auction House, pihak CIMB sendiri pun meletakkan flyer di branch dan medium pengiklanan lain. Jadi, suasana agak berbeza sedikit dengan lelongan hari biasa. Dari segi harga reserve vs harga menang, memang jauh berbeza jika dibandingkan lelongan hari biasa di pejabat pelelong. Sebagai contoh, unit di area Puchong, tingkat 4 (atas sekali) yang dilelong pada harga sekitar 20k+, kalau lelongan hari biasa dipejabat pelelong, kebarangkalian untuk dapat pada harga reserve agak tinggi. Tapi, di CIMB Mega Auction, dah lebih dari 3 kali aku tengok, termasuk hari ini, harga naik melebihi 40k. Yang harga reserve 26k atau 17k, sama sahaja, semua naik ke 40k. Yang paling hot hari ini, satu unit di USJ 15, Apt Goodyear, dari 135k dengan 80 pembida. Naik kepada 280k. Unit2 lain dengan jumlah pembida melebihi 10 orang, juga banyak. Kebarangkalian dapat pada harga reserve price, memang rendah. Contoh lain hartanah yang mempunyai lebih 10 pembida, dan harga naik tinggi, seperti Pangsapuri Seri Puteri, Taman Ukay Perdana, dari 108k naik kepada 148k. Taman Desa Tasik, dari 90k naik kepada 158k. Taman Bukit Angkasa, dari 78k naik kepada 138k.

Dilelongan CIMB ini, aku masuk 4 unit. 3 kalah 1 menang. 1 menang tu pun, diperolehi dengan harga yang lebih tinggi, tapi masih di bawah harga pasaran. Flat di Taman Desa, dari 50k naik kepada 78k. Untuk Cengkok, aku bida 2 unit untuk dia. Apt Di Balakong dari 65k naik kepada 85k, kalah. Dan Taman Bukit Angkasa dari 78k kepada 138k, kalah juga.

9 November pagi, aku dah gerak ke JB sebab esoknya, adik aku kahwin. 10hb hari majlis adik aku kahwin, ada juga kawan2 yang datang. Sempat jumpa Zulkipli dan Jeguk yang datang sama2. Dah lama tak jumpa diorang. Bukan diorang je, geng2 lain pun yang main property since 2007, dah lama aku tak jumpa. 14 November sempat balik KL untuk turun auction lagi. Untuk Hafizie dan Zulkipli. Untuk Hafizie satu unit di seksyen 24 Shah Alam, dan untuk Zulkipli, satu unit di Larkin, JB yang dilelong di KL. Both sempat register, tapi masa tengah tunggu lelongan bermula, unit di Larkin called off pulak. Cuma tinggal satu unit, di Seksyen 24 Shah Alam, dari 67.5k, naik kepada 78k. Kalah. Aku sambung cuti, untuk ke Utara pula, ke majlis belah lelaki di Parit Buntar, dan seterusnya aku ke Penang untuk bercuti. Lepak di Hydro Hotel Batu Feringghi sampai Sabtu, kemudian balik kampong wife aku di Sungkai.

Minggu berikutnya, banyak called off, sampailah ke hujung bulan. Jadi, dari lebih kurang 30 unit yang patut dibida, kebanyakannya called off. 27 Nov, aku turun ke Wisma MPL untuk membida satu unit di Cyberia, dengan harga reserve 198k. Menariknya, cuma dua pembida sahaja, aku dan Izwan Latiff. Well, muka2 pembida lain di Cyberia dah takde agaknya. So, kata sepakat di capai, untuk memberikan kemenangan kepada Izwan. Kawan2 tak payah lawan.. Esoknya, 28 Nov, aku turun untuk membida satu unit di Seksyen 15 Shah Alam, untuk Cengkok dengan harga reserve 90k. Aku jangkakan, ada saingan. 90k.. murah.. saingan sebelum ini, kalau tak cecah 100k, tak sah, tapi, another luck untuk Cengkok, unit ini dimenangi pada harga reserve, 90k. Heheheh..

Sampai ke 30 Nov, unit2 lain yang patut dibida, semuanya called off. Jadi, bulan Nov, aku cuma berjaya menang 2 unit sahaja untuk client aku. It’s better than nothing. Dah menghampiri separuh dari bulan Disember, baru satu kemenangan dicatatkan. Lelongan berikutnya, 15 Dec ini, Lelongan Mega CIMB dan banyak lagi starting 18 Dec ini. Dijangkakan, aku boleh menang 4-5 unit lagi untuk bulan ini. Itu nanti aku cerita, bila dah menang.

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com