Sunday, May 31, 2009

Satu Solution @ Work

Tengahari buta Bri call aku.. dia takde kunci mangga DM Eezone. Ada prospect nak tengok DM sekarang katanya.. akupun cargass ke DM. Patutnya nak ke VM dahulu.. sesampai di sana.. prospect pun tak sampai lagi. Prospect sampai.. nampak macam dia kurang berminat.. takpe la.. kami cargass pergi blok sebelah. Sambil tu pergi buang sofa lama..





Di blok 4.. Survey rumah client yang baru menang 3 hari yang lalu. Kami tengok dari luar sahaja sebab pintu tiada tombol dan nampak seperti tak dapat di buka tanpa tools. Aku tak bawa tools.. dalam kereta. Tengah usha2 sambil ambil gambar, datang budak2 (Adik angkat Bri). Dia ajar bri macam mana nak buka pintu tu.. ok.. Bri dah belajar teknik buka pintu baru dengan adik2 dia.. Masuk dalam rumah.. nampaknya rumah tidak pernah diduduki secara sah sejak dahulu. lampu kipas tiada, wiring masih ada. Dinding masih bersih. Cuma .. rumah ini di jadikan stor tempat simpan barang2.. oleh jiran sebelah. Adik2 Bri kata nanti jiran tu clearkan.. nampak macam tak banyak kos baik pulih yang terlibat. cuma masukkan elektrik.. pasang grill.. pasang lampu kipas.




Gerak ke Ampang.. tempat pertama, Mutiara Indah. Buka rumah Wan Azmi.. elektrik masih ada. Air telah dipotong kot.. Nak mencari lift satu hal la tempat ni.. aku ingat kat groundfloor ada lif.. tawaf satu blok .. haram tak jumpa.. rupanya di tingkat satu..







Bersebelahan dengan Mutiara Indah.. Emerald.. Rumah Wan Azmi juga.. takut2 nak bawak cutter.. bawak beg kecik je.. heheh.. lain kali boleh datang lagi bawak cutter..









Saturday, May 30, 2009

Lawatan ke rumah Uncle Dodi..

Selesai acara lelongan tadi, sebenarnya aku dapat terus kontrak lelong daripada Mewah Auctioneer. Mereka telah menyiapkan terus kontrak tersebut.. cuma, belum dimatikan stem lagi. Matikan stem kena buat sendiri. Akupun tak kisah, sebab pejabat Mewah Auctioneer terletak di Rawang. Kalau aku nak collect kontrak di Rawang pun agak leceh. Uncle Dodi agak teruja untuk melihat unit yang baru di menangi.. lantas, selepas selesai lepak di Pelita, kami cargass ke lokasi hartanah tersebut. Tak jauh pun dari KLCC. Turut follow selain Uncle Dodi dan aku ialah Tuanbri dan Wan Azmi, manakala Wida dan adiknya turut join sesampai kami di sana. Konon2 sessi buka rumah ramai2.. Dengan siap semua peralatan untuk buka rumah, kami menuju ke rumah tersebut. Tapi..





Rumah tersebut masih diduduki.. oleh penyewa. Pelajar dari kolej berdekatan. Sebenarnya mereka baru menyewa di situ 2 minggu yang lalu. Mereka tahu, berdasarkan notis lelongan yang diletakkan di hadapan unit dan di sekitar kawasan, yang unit tersebut akan dilelong, tapi owner lama telah memberi jaminan yang owner akan settlekan masalah tersebut dengan pihak bank. Tapi bila kami telah membeli unit tersebut hari ini, mereka nampaknya bersetuju untuk menyewa terus dengan kami. Mereka serumah ni, selain dari pelajar, juga artis underground band metal. Nama kumpulan mereka Espada yang kononnya membawa maksud pedang dalam bahasa Spain. Aku tak tahu bahasa Spain beb.. Kalau nak tengok gambar2 yang lebih banyak.. nantikan gambar dari Uncle Dodi.

Selain melihat unit tersebut, kami beramai2 ke pejabat pengurusan yang buka pada hari Sabtu. Sempat check maintenance dan lain2 hal berkaitan. Staff di situ sebenarnya menunggu untuk lelongan seterusnya untuk beliau sendiri masuk membida. Nampaknya, hajat tak kesampaian, Uncle Dodi dah masuk dulu.. heheheh..


Balik dari KL.. singgah ke Puchong. Rumah Wakata. Hari ini Wakata cuci rumah sendiri. Aku dan Pie datang untuk pasang kipas dan lampu. Rumah dah bersih. Ada beberapa benda lagi yang perlu di baiki. esok Wakata nak cuci rumahnya yang di Block C pula.. Aku dah flat.. nak tidurrrr... Bulan May mencatatkan kejayaan yang lebih baik dari Bulan April.


* 3 June sehingga 9 June.. aku balik JB. Adik lelaki aku kahwin. Cuti beb.. urusan lelongan akan di uruskan oleh Tuanbri. Kalau ada sesiapa nak register untuk lelongan.. masih boleh email/call/sms aku.


Penamat Lelongan Kelam kabut bulan May. Kemenangan!!





Lelongan kelam kabut di teruskan untuk hari yang terakhir.

Keputusan hari ini :

Standard Chartered : Condo di Melaka. Pie menang. RP 62k, menang at 86k
Bank Islam : Condo Gurney Hights. Uncle Dodi menang RP at 166k
Ambank : Apt di Bandar Sunway. Haniff menang. RP67k, menang at 89k
Ambank : Apt di Kajang. Khairul menang. RP 57k, menang at 97k
Ambank : Apt di Sentul. Ken tewas. RP 67k, last price 102k.
Eonbank : Apt di Kajang. Wan azmi tewas. RP 88k, last price at 108k.
Eonbank : Penara. Called off.

Bermula pagi tadi, lepas bangun tido pukul 8.00 pagi.. siapkan semua dokumen untuk lelongan hari ini. Mandi manda.. pukul 9.00 gerak. Tempat pertama, jumpa Kak Aida untuk mintak sign, jumpa dengan Wan Azmi sekali untuk pass ic Mawi. Terus gerak ke KL menuju ke Hotel Equatorial.. pass dokumen lelongan kak Aida pada Pie. Jam pukul 10.20 pagi. Lelongan Bank Islam bermula pukul 10.30pagi. Eerrkk.. aku sampai di Ehsan pukul 10.35pagi. Parking depan bus stop.. nasib laaa kalau kena saman… Sampai di kaunter, register unit Gurney Heights. Auctioneer cakap.. kami memang tengah menunggu awak.. heheh.. aku nampak aku sorang je bidder untuk unit ini. Dah tau dahh.. RP.. tak suspend dah.. Cuma tunggu giliran sahaja..

Bri hantar sms.. LP menang at 89k..
Mawi sms wan azmi pulak.. SR sold at 95k.. (sebenarnya 97k)..



Lepak di Pelita..
Pie bagitau dia menang at 86k..
Lepas ni nak gerak ke Gurney heights dahulu..

Semalam punya cerita…

Masih kelam kabut. Paginya patut ada lelongan Penara. Called off juga.
Keputusan semalam..



Cyberia. Tewas. RP 171k. Last price 200k++
SR Kajang. Khairul menang at 97k.
Apt di Cheras. RP31k, Pokli menang at 45k.

3 tempat lelongan yang berlainan. Aku ke Tancorp, Bri ke Ehsan dan colleague aku dari Kim ke PAH. Selesai lelongan, masa untuk berehat sebentar. Aku ke puchong untuk buat bank draft lelongan 30 May.

Recharge my energy..



Ambil Bri di office. Gerak ke Putra Perdana, inspect rumah yang dah siap wiring.
Selesai di Putra Perdana.. TT sampai pukul 2 pagi di RJ.


Esok lelongan.. ic Mawi.. Wan Azmi tak collect lagi..
Authorized letter kak aida nak kena sign.. Standard Chartered mintak..
Aaahh.. tak sempat buat malam ni.. esok pagi kena settlekan..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com