Saturday, May 30, 2009

Lawatan ke rumah Uncle Dodi..

Selesai acara lelongan tadi, sebenarnya aku dapat terus kontrak lelong daripada Mewah Auctioneer. Mereka telah menyiapkan terus kontrak tersebut.. cuma, belum dimatikan stem lagi. Matikan stem kena buat sendiri. Akupun tak kisah, sebab pejabat Mewah Auctioneer terletak di Rawang. Kalau aku nak collect kontrak di Rawang pun agak leceh. Uncle Dodi agak teruja untuk melihat unit yang baru di menangi.. lantas, selepas selesai lepak di Pelita, kami cargass ke lokasi hartanah tersebut. Tak jauh pun dari KLCC. Turut follow selain Uncle Dodi dan aku ialah Tuanbri dan Wan Azmi, manakala Wida dan adiknya turut join sesampai kami di sana. Konon2 sessi buka rumah ramai2.. Dengan siap semua peralatan untuk buka rumah, kami menuju ke rumah tersebut. Tapi..





Rumah tersebut masih diduduki.. oleh penyewa. Pelajar dari kolej berdekatan. Sebenarnya mereka baru menyewa di situ 2 minggu yang lalu. Mereka tahu, berdasarkan notis lelongan yang diletakkan di hadapan unit dan di sekitar kawasan, yang unit tersebut akan dilelong, tapi owner lama telah memberi jaminan yang owner akan settlekan masalah tersebut dengan pihak bank. Tapi bila kami telah membeli unit tersebut hari ini, mereka nampaknya bersetuju untuk menyewa terus dengan kami. Mereka serumah ni, selain dari pelajar, juga artis underground band metal. Nama kumpulan mereka Espada yang kononnya membawa maksud pedang dalam bahasa Spain. Aku tak tahu bahasa Spain beb.. Kalau nak tengok gambar2 yang lebih banyak.. nantikan gambar dari Uncle Dodi.

Selain melihat unit tersebut, kami beramai2 ke pejabat pengurusan yang buka pada hari Sabtu. Sempat check maintenance dan lain2 hal berkaitan. Staff di situ sebenarnya menunggu untuk lelongan seterusnya untuk beliau sendiri masuk membida. Nampaknya, hajat tak kesampaian, Uncle Dodi dah masuk dulu.. heheheh..


Balik dari KL.. singgah ke Puchong. Rumah Wakata. Hari ini Wakata cuci rumah sendiri. Aku dan Pie datang untuk pasang kipas dan lampu. Rumah dah bersih. Ada beberapa benda lagi yang perlu di baiki. esok Wakata nak cuci rumahnya yang di Block C pula.. Aku dah flat.. nak tidurrrr... Bulan May mencatatkan kejayaan yang lebih baik dari Bulan April.


* 3 June sehingga 9 June.. aku balik JB. Adik lelaki aku kahwin. Cuti beb.. urusan lelongan akan di uruskan oleh Tuanbri. Kalau ada sesiapa nak register untuk lelongan.. masih boleh email/call/sms aku.


Previous Post
Next Post

11 comments:

  1. haha.. artis underground dok nyewa unit tu...

    satu solution pun tak kurang hebat.. tengok rocker band 1 solution dok beraksi

    http://farm3.static.flickr.com/2462/3578223761_eb65af5f72_d.jpg

    gambar2 penuh bleh klik sini:
    http://www.flickr.com/photos/jalanjalan/sets/72157618922265587/

    tapi ada yang takleh upload hehehe..contoh gambar dekat pelita masa pie makan ngan afrina wow!..

    ReplyDelete
  2. @faris & geng... jgn lupa take a break... fresh2 kan diri anda...:)

    ReplyDelete
  3. woww...faris balik jb..best nih ...x jemput aku g majlis kawin adik ko ke??heheh...kalau ade masa jom TT...

    ReplyDelete
  4. wow..heavy metal dok umah uncle dodi..dashyat la...hehe

    tahniah 1Selesai atas performance memberansangkan..teruja wa tengok. ALhamdulillah. Tumpang happy utk kawan2 semua.

    ReplyDelete
  5. waaaaa.....tiga org jejaka tgh posing maut......tahniah...lepas ni nak usha condo ni plak la

    ReplyDelete
  6. tiga jejaka tu nak bagi nama kumpulan apa agak2 ye..bagus ye posing..lipan bara ok gak ..

    ReplyDelete
  7. best gile beli rumah dapat artis...

    ReplyDelete
  8. yang penting, artis tersebut menjalankan tanggungjawab sebagai penyewa. btl tak? cenggitu baru best!

    ReplyDelete
  9. @Jeguk : Kenduri kahwin adik aku dan Kenduri akikah anak aku sekali.. jemput datang.. nanti aku up topik. Cuti lama sikit.. budget nak pergi Singapore sekali.. Nanti kita TT la..

    ReplyDelete
  10. nak join TT kat jb bole ker

    ReplyDelete