Tuesday, August 11, 2009

Caveat

Bukan dalam mood bercuti lagi.. mood bercuti dah lama habis, cuma malas nak update blog. Tak banyak cerita yang menarik untuk di kongsi sepanjang minggu lepas. Mood dan feeling untuk blogging pun kurang. Cuma aku revise balik kerja yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini. Dah lebih kurang 6 bulan sejak aku melibatkan diri sebagai agent hartanah, hasilnya memang bagus.. tersangat bagus. Cuma aku kerja terlalu kuat , pushing to the limit. Jadi seminggu dua yang lepas aku slow down.. heheh. Tumpuan kepada kerja2 rumah2 client yang belum selesai. Listing lelong pun aku tengok gitu2 je..


Jeguk ada tanya aku tentang caveat, dan caj2 berkaitan. Pengetahuan aku masih limited tentang caveat. Dalam urusan rumah lelong, caveat dibenarkan untuk rumah yang telah mempunyai title. Perletakan caveat ke atas sebuah unit adalah untuk secure kepentingan bank. Dalam kes rumah lelong, kita mengejar masa dan kalau boleh dalam kebanyakan kes, kita nak bank disburse loan cepat untuk mengelakkan penalty interest jika extand dilakukan. Kalau harga rumah setakat below 100k, mungkin tak berapa terasa dengan jumlah penalty interest yang mungkin setakat 3-4 ratus sebulan extension, tapi kalau rumah harga 200k, boleh cecah 1k sebulan untuk penalty interest. Kos untuk meletak caveat di kawasan Lembah Kelang adalah dalam range RM300++ dan jika termasuk kos lawyer, akan jadi RM700++. Apa sebenarnya caveat? Caveat diletakkan oleh pihak berkepentingan untuk mengelakkan rumah dijual/dilelong semula. Dan pejabat tanah pula membenarkan caveat diletakkan untuk rumah yang telah mempunyai title. Bank tak boleh sesuka hati disburse loan kalau urusan pindah milik nama belum tentu boleh dilakukan atau belum selesai. Dan, bila urusan pindah milik nama selesai, caveat akan dikeluarkan semula. Basically, charges untuk meletak caveat berbeza mengikut pejabat tanah, bukan mengikut harga rumah. Jadi, harganya adalah tetap. Pejabat Tanah Subang mungkin 320.00 dan Pejabat tanah Kajang mungkin 300.00, tak jauh beza, tapi dalam range 300.00 dan lawyer akan caj lebih kurang 200.00 untuk kos meletak caveat dan 200.00 untuk kos menarik balik caveat. Sebab itu total sum lebih kurang 700.00. Tapi di JB Jeguk kena RM130.00++ sahaja.


Title rumah aku

Tapi dalam kes rumah baru/subsale, ada juga pihak pemaju yang meletakkan caveat. Aku tak berapa pasti alasan sebenar, tapi lebih kepada untuk mengelakkan interest. Kos yang terlibat juga tetap sama. Tapi, sekiranya satu rumah mempunyai 2 nombor title, kos untuk meletakkan caveat akan berganda. Jarang berlaku, tapi ada. 2 nombor title sahaja, geran masih tetap satu. Benda ni agak complicated. Bila rumah sendiri kena baru tau. Rumah Flora Satu Solution juga ada 2 nombor title.


Kerja2 renovation office Satu Solution sedang berjalan. Tak lama lagi siap. Jawatan kosong untuk kerani am dan despatch pun Satu Solution dah iklankan. Aku dah mula dapat beberapa pertanyaan. Zaman google, kita boleh check bakal2 staff dengan menggoogle mereka. Hehehehhe...

Antara yang menarik minggu lepas, Syamoi belanja makan sebab homextra dah disburse. Bertempat di Restoran Sabak, Taman Melati. Makan Steamboat/BBQ. Terima kasih Sifu Moi.






Baru cashkan Account Nuffnang. Setahun punya blogging, baru dapat RM150.00.. Hehehhe..
Previous Post
Next Post

19 comments:

  1. hit punye banyak dpt rm150 je setahun? patutle website aku dulu stgh tahun ada 50 sen je hahaha

    ReplyDelete
  2. Homextra.. saya mesti piley...

    p/s: tuah, cover skit...

    ReplyDelete
  3. bro..maknanya caveat ni alternative for extension ke?

    ada ada title maksud ko strata title? kalu master title guana?

    soklan last, pernah ke jumpa rumah lelong yg ada kaveat condition?ada dlm POS?

    ReplyDelete
  4. tq syamoi.. anda mmg jejaka yg kacak.. hikhik... (k.aida, sila jgn jeles.hikhik)

    ReplyDelete
  5. aku takde blog n kamera jek..kalau tak....korang tau lah faris punya jurus makan streamboat lagi tinggi dari aku...

    berbalik pada caveat...member aku baru beli rumah..rumah dilelong semula pas 5tahun caveat abis. 1st lelongan...org tuh beli..tgk2 kene topup rm20k utk tanah berlebihan...org tuh tak puas ati..gaduh2..letak caveat..taun 2004. maybe tak setel gak kot.2009 rumah dilelong semula....

    so...caveat nie bertahan berapa lama acceli?

    ReplyDelete
  6. @ Wakata : Title kalau sudah dikeluarkan, dinamakan individual title, kalau masih belum dikeluarkan, master title. kalau status master title, tak boleh buat caveat. Dan untuk lelongan awam pula, kalaupun berstatus title individu, ianya belum perfect atas nama pemilik asal, sebab itu dilelong di lelongan awam. kalau title telah pun perfect, masuk lelongan pejabat tanah atau mahkamah. aku tak pernah kena kes yg ada caveat. colleague aku di Kim pernah. Mereka main property yang juta2. Dalam POS takde. Kena check kat pejabat tanah, sebab caveat diletakkan di pejabat tanah.

    ReplyDelete
  7. tumpang tanye, biasenye berapa minimum kita letak sewa untuk harga sesebuah apartment. contohnye, kalu kita beli apartment nilai 100000, berapa minimum sewa kita letak untuk make sure kita tak rugi? (lepas tolak maintenance fee)

    ReplyDelete
  8. ape effect kalu property tu ade caveat?

    ReplyDelete
  9. @Tuah : Blog TBR kan ada.. heheh
    Caveat tahan 6 tahun.. dalam masa 6 tahun tak boleh jual/beli. kalau beli rumah yang ada caveat, kena prepare cash. bank tak bagi buat loan. Lepas settle cash, urusan pindah milik nama boleh buat kemudian.

    @Anon : Berapa minimum sewa, bergantung pada market kawasan tersebut dan boleh di upkan dengan semi/fully furnish. Kalau harga rumah 100k, loan 30 tahun, monthly payment mungkin 450.00 dan maintenance fee mungkin 100.00, jadi.. monthly cost dah 550.00, kalau market rate 600.00-650.00 masih untung sikit.. tapi kebanyakan apt2 dalam range 100k, sewanya sekitar 650-750 untuk unit kosong. Apapun, kena provide more details untuk calculation yang lebih tepat.

    ReplyDelete
  10. Salam Faris, apa syarat2 nak jadi agent hartanah bedaftar..hehe

    ReplyDelete
  11. aku tgkk perutt tuahh.. camm tgh pregnant 3 bulan .. hahhaha ..

    ReplyDelete
  12. bagus betul penerangan faris satu per satu ..tahniah..keep it up.
    aku baru sampsi umah 1 a.m dr opis...tp sebab addicted ngan blog sifu2 aku bukak gak internet...
    hehehe...at least aku dh tahu sikit 2 pasal kaveat

    ReplyDelete
  13. betul, cari pekerja kena la memilih.. yg penting decide nak yg bagus ke yg cun? haha..

    all the best..

    ReplyDelete
  14. ada gak private caveat.
    contoh isteri takut suami dier jual sesebuah hartanah milik bersama, isteri letak la caveat. sbb isteri ada kepentingan ke atas rumah tu.

    ReplyDelete
  15. reassessment ape pulak yer.. saya ade problem sikit lah pasal umah auction.. ade sesiape boleh tolong advice ke.. saya boleh kasik detail.

    ReplyDelete
  16. very good info regard to caveat from faris dan rohaniah noor. aku pun x berapa paham sgt mende apa kaveat tue, dh baca ni paham lerr skit.
    cayalah sifu moi, rasa mcm nk berguru pasal home extra la pas ni. lepas ni ko boleh tambah rumah.

    ReplyDelete
  17. tumpang tanya.kalo umah tu ada master title, so ada masalah ke nk beli? byk prosedur ke? atau kena tunggu owner tu buat title individu baru bole proceed beli...tq


    -remy

    ReplyDelete
  18. @Remy : Rumah masih master title tak susah. procedure dan kos pun lebih rendah dari rumah sudah bertukar ke title individu. tak perlu nak tunggu kepada title individu.

    ReplyDelete