Wednesday, August 11, 2010

The Third, The Bandung and The Next Bandung

Selamat berpuasa semua. Seperti yang kebanyakan korang dah tahu, isteri aku dah selamat melahirkan anak ketiga, yang juga baby girl bulan July yang lepas. Yea.. sekarang aku dah ada team the power puff girls (Kalau lelaki mungkin jadi 3 stooges pulak..). Ketua dia si budak Noura. Anak ketiga ni, aku namakan dia Hannah Elsa Arianna. Suka betul aku namakan anak aku nama panjang2 ni kan.. hahahah.. A few weeks ago, aku ke Bandung dengan family aku, without my wife. Dia dah 37 weeks, tak boleh fly. Jadi, dia terpaksa tinggal, lagipun, waktu aku pergi tu, ada gap 2 weeks sebelum dia due to deliver. Aku ingat sempat la kot aku bershopping2 di Bandung. Hari pertama sampai Bandung, check in dulu di Aston Braga. Aku dapat rate yang bagus, bila aku book di AsiaRooms. Publish rate untuk condotel 3 bedroom adalah rp3.9M atau lebih kurang RM1400.00, aku book di AsiaRooms dapat USD150 per night sahaja, atau dekat2 RM500.00. Lepas check in, makan dulu di restoraan nasi padang sebelah Rumah Mode, kemudian ke Rumah Mode. Rumah Mode ni, menurut ceritanya, destinasi wajib singgah kalau bershopping di Bandung. Lama juga di Rumah Mode ni, sampai dekat nak maghrib. Aku beli baju untuk anak2 aku je. Kemudian balik hotel. Aston Braga ni, yang bagusnya, kat bawah ada shopping complex. Tak banyak kedai, tapi nak makan senang. Panggung wayang pun ada, tapi cerita Indonesia la. Aku try jalan2 sekitar Aston Braga, tak banyak kedai yang buka waktu malam. Banyak kedai tutup. Rokok murah.. 1/3 dari harga rokok kat sini.. heheh. Since takde apa nak buat malam2, balik hotel je la.



Hari kedua, pagi2 dah gerak ke Gunung Tangkuban Perahu. Ramai betul pelancong yang ke Gunung Tangkuban Perahu. Peniaga kecil pun ramai nak jual cenderamata. Aku decide untuk turun ke ke bawah, kawah Domas. Kena pakai satu ranger dengan bayaran rp300k. Penat jugak, walaupun jaraknya cuma lebih kurang 1.2km. Lepak di bawah rendam kaki dalam air panas gunung berapi sambil diurut oleh peniaga kecil yang follow sekali turun sambil nak jual barang, heheh. On the way balik, ikut jalan lain yang lebih landai. Tak penat sangat. Selesai di Gunung Tangkuban Perahu pun dah pukul 2 petang, pergi makan dulu. Di Bandung ni, makanan tak mahal sangat. Walaupun ke restoran yang nampak macam grand, tapi untuk 7-8 orang makan, tak sampai seratus pun. Macam2 makanan boleh didapati, dari restoran minang, sunda, jawa, semua sedap dan tak mahal. Round2 sekitar pergi ke Kampung Daun, petik strawberry, tengok ladang teh, akhirnya balik ke hotel. Sampai di hotel pun dah pukul 8 malam. Gi carik makan kat bawah je lah, pun ada restoran nasi padang. Wife aku call, dia kata petang tadi ada bleeding sikit, tak sedap hati, lalu dia duduk dengan kakak dia di Bandar Tasik Selatan. Akupun tak sedap hati jugak.. pukul 5 pagi wife aku call, katanya dah selamat beranak.. hahahah… kelam kabut aku. Bersalin awal pulak. Alhamdulillah semua ok.. walaupun aku patutnya ada 3 hari lagi nak duduk di Bandung, pagi2 dah ke airport nak beli tiket balik KL. Aku nak booking online tak boleh, jadi terus beli di Airport sahaja. Untuk perbelanjaan balik naik flight aku, Noura n Yasmine kena dekat RM800.00.. hahahah.. dulu booking free seating, sekarang kena bayar RM800.00 pulak. Flight aku petang, jadi, round2 kejap di Pasar Baru dan pergi makan di Restoran Sri Raya, masakan padang. Pukul 3 aku dah lepak airport. Penyudahnya, tak sempat aku nak jalan2 kat Bandung. Tinggallah adik beradik aku dan mak bapak aku terus bershopping di Bandung.


Anak ketiga aku ni orang KL, lahir di HUKM. Dia lahir tak sempat ke labour room pun. Masa pukul 4 pagi tu, wife aku dah rasa nak bersalin, terus biras aku hantar ke HUKM. Masa nak daftar sambil check darah tu la, wife aku bersalin, tak sempat nak ke labour room. Senang betul dia nak keluar. Petang tu wife aku dah boleh keluar, jadi dia tunggu aku di rumah kakak dia je. Since sekarang ni tak banyak lelongan, kejap2 aku balik Sungkai. Sebab aku bosan duduk rumah sorang2, aku bawak Yasmine. Noura malas nak ikut aku, dia suka duduk kampong, panjat pokok, bagi makan ayam, tengok monyet, babi hutan pun ada. Kat belakang rumah mertua aku banyak betul haiwan liar.


Pagi2 buta semalam, tengah aku surfing2, aku masuk website AirAsia, ada promo baru.. hahahah.. last free seating promo aku tak dapat nak booking sebab traffic yang terlalu teruk. Kali ni traffic ok, sebab dia baru upgrade hari tu. Jadi, untuk memuaskan hati aku, aku book lagi sekali ke Bandung tahun depan.. hahahah.. untuk 5 orang.. aku anak beranak je la.. lepas tu pagi2 buta tu aku message kat adik beradik aku, kalau2 diorang nak join lagi. Tahun depan aku ambil hujung bulan July, dekat2 nak puasa tahun depan. Kira shopping raya tahun depan. Pukul 6 pagi, pukul 8 pagi, masih banyak promo seat ke Bandung lagi. Masuk pukul 10 pagi, terus habis, untuk tarikh yang aku nak pergi tu. Family aku masih nak repeat ke Bandung, so, adik aku suggest dia turun ikut Jakarta, dia follow tarikh sama macam aku. Total booking yang aku buat hari ini, 21 orang akan ke Bandung.. hahahah.. dengan family aku, family adik ipar aku, kawan2 adik aku, semua nak ikut sekali, nasib baik seat banyak, walaupun turun ikut Jakarta. Aku ingat nak buat style book seat untuk Hannah, macam aku selalu buat, rupanya dah tak boleh. AirAsia boleh detect, dan akan ada message error masa aku booking, akhirnya terpaksa book as infant, kena RM100.00 pergi balik. Kalau dapat book seat lagi murah..


Cerita lelong?? Ada la 2-3 lelongan yang aku turun bulan July dan awal August, tapi tak membuahkan hasil. Harga yang dibida masih tinggi. Lelongan Mega CIMB yang lepas pun client aku kalah untuk kali yang ke.. 5 ke 6.. tak ingat dah… hhahah.. rilek Asri.. belum ada rezeki.. Minggu depan ada a few unit yang menarik untuk dibida, kita tengok macam mana nanti, Adakah rezeki berpihak kepada client aku..

Previous Post
Next Post

17 comments:

  1. patut la lama 'menyepi'
    -congrats
    -selamat berposa
    -nak duit raya dtg rumah :)

    ReplyDelete
  2. mmg syiok g bandung.. p skali mcm kena acara wajib tahunan plaks hehehe...

    congrates on the new powerpuff girl :)

    ReplyDelete
  3. jeles aku ngan kawan aku yang sorang ni..ke bandung ke keje...aku nk join gak la bley? hehe

    ReplyDelete
  4. Tuan,
    Salam dan selamat berpuasa. Tahniah kerana tambahan satu lagi ahli keluarga.. Lain kali jangan dok jalan jauh-jauh bila isteri nak bersalin... he

    ReplyDelete
  5. salam sifu fariz :)

    tahniah di atas kelahiran cahaya mata yang ke-3 :D

    ReplyDelete
  6. tahniah bro...


    beshla noura n yasmeen ade geng
    baru.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Tahniah bro for the new girl..:)

    ReplyDelete
  8. tahniah beb....
    sila listkan nama anak anda..susah nak igt semuanyer..hahaha...

    bandung mcm besh jerkk..aku ada gak gi tengkuban perahu nie..tp atas jer ler..bleh turun rupanyer..

    tp bandung besh jerkk..sejukkk jerkk...cuma org cakap dulu lagi sejuk

    ReplyDelete
  9. Tahniah bro,

    Smoga dmurahkan rezeki dgn kehadiran org baru..

    ReplyDelete
  10. tahniah for the new baby girl.

    -mutt

    ReplyDelete
  11. salam.. sila visit blog saya..
    http://asyukrij.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. lama x tgk noura.. sweet sgttt..yasmine pun da beso..tup2 ade yg 3rd plak.. mmg power puff gurls..hee..

    selamat hari raya. maaf zahir batin..

    ReplyDelete