Monday, December 20, 2010

Masalah dengan penghuni

Masalah dengan penghuni
Masalah mengeluarkan penghuni setelah urusan pembelian rumah lelong selesai sememangnya satu tugas berat terutamanya jika melibatkan tuan rumah asal. Mahu atau tidak, jika kita telah meneruskan pembelian, hati kena kering, penyelesaian perlu di cari, penghuni perlu dikeluarkan. Ada pelbagai masalah yang telah di bincangkan sebelum ini. Sekarang, aku sedang berusaha menyelesaikan kes di FD, TM, VM, PV dan AT.

Kes TM dan VM baru mula. Nampak seperti tiada masalah untuk kes VM. Kes VM ni Kak Aida punya. Heheheh.. lepas dia sewakan, penyewa tak call dan tak masukkan sewa dah 5 bulan. 5 bulan duduk free.. bestnya. Penyewa foreigner kulit hitam. Baru petang tadi aku dapat jumpa dia. So far dia nak duduk situ lagi dan akan mula bayar ansur2 untuk bulan2 yang dia tak bayar. Sejauh mana dia akan mula membayar.. mengikut katanya, dia akan bayar 3 bulan sewa sebelum penghujung tahun ini. Dengan tunggakan maintenance hampir mencecah 3k, maintenance office masih tidak potong bekalan air. Bila aku tanyakan bila mereka nak potong air, kata mereka minggu ini.

Kes TM pula, penghuninya adalah tuan rumah. Bekalan air telahpun dipotong, kerana tunggakan maintenance mencecah lebih kurang 7k. Pemotongan telah dilakukan lama dulu. Mungkin juga lebih daripada setahun. Akupun tak tahu macam mana keluarga ini survive. Aku dah berjumpa dengan isteri tuan rumah (sembang kat tingkap je), dan minta tuan rumah menghubungi aku. Masih belum call lagi. Dia bagi alasan tak ingat no talipon suaminya. Masih nak duduk free, mungkin. Loan belum disburse. Masih ada masa.

Kes AT dah berjalan labih kurang 6 bulan. Pemilik baru dah mula bayar installment 2 bulan. Penghuni juga adalah tuan rumah asal. Kalau mengikut persetujuan, dia akan keluar sebelum 1hb Disember, tapi masih memberikan alasan seperti rumah sewa baru ada masalah dan parents sakit. Disebabkan kelewatan dia keluar, aku dah minta dia bayar sewa untuk bulan ini. Sedang menunggu dia masukkan duit sewa dan menunggu bila dia nak keluar.

Kes PV pula, pembeli baru selamat membida pada harga reserve 89k dan rumah memang cantik. Rumah pramugara, seperti yang aku ceritakan sebelum ini. Masalahnya, penghuni yang juga tuan rumah asal, sebenarnya tidak mahu melepaskan unit ini, kalau boleh. Panjang ceritanya yang diceritakan pada aku dalam pertemuan one to one. Di pendekkan cerita, dia masih mahukan rumah tersebut. Dia telah mengkaveatkan unit tersebut atas nama anaknya, dan sekiranya langkah tersebut tidak berjaya menghalang urusan pembelian diteruskan, dia ingin membeli semula dari pemilik baru kemudian dengan menggunakan nama anaknya yang masih belajar di Universiti. Sama ada benar atau tidak, atau valid atau tidak urusan dia mengkaveatkan unit tersebut, akan kita pastikan melalui pihak peguam yang telah memulakan urusan.

Kes FD ada pusing2 sikit. Sebenarnya unit telahpun terlelong dan dibeli oleh seseorang. Menurut cerita pembeli tersebut, dia telah menyewakan unit tersebut sebaik sahaja unit di beli, dan kemudian terdapat masalah dalam proses tukar nama. Unit terlelong semula dan di beli oleh pembeli baru. Sekarang, pembeli baru telah pun menyelesaikan semua urusan, dan loan telah pun selamat disburse. Disebabkan FD menguatkuasakan pemotongan bekalan air untuk unit yang mempunyai tunggakan yang banyak, unit ini telah pun di kosongkan. Tunggakan melibatkan jumlah lebih 5k. Kemudian, sebelum loan disburse, pembeli baru telah menyelesaikan segala tunggakan untuk membolehkan air disambung kembali. Aku dan pembeli baru pun pergilah membuka rumah. Tiba2 ada orang pulak. Entah bila dia tau kita dah sambungkan air, aku pun tak tau. Katanya dia kawan kepada owner lama (owner asal). Lebih kurang satu minggu kemudian, penghuni tidak lagi tinggal di situ, dan menurut katanya, kami boleh collect kunci dari owner asal tersebut. Bila kami hubungi owner asal tersebut, dia pulak yang duduk di situ. Katanya dia nak duduk di situ dan mahu menyewa. Tak boleh. Seboleh-bolehnya kami mahu penghuni keluar supaya kami boleh menyewakan kepada orang lain. Kami bagi tempoh seminggu untuk dia keluar, tapi dia masih berdolak dalik dengan alasan menunggu surat bank dan maintenance untuk dia kosongkan rumah tersebut. No such letter exist. Pihak bank dan maintenance office tidak akan mengeluarkan surat sedemikian. Tempoh satu minggu bakal berakhir beberapa hari lagi. Tadi dia call minta sambung lagi 2 minggu.

Susahkan? Sebab2 yang menjadi susah, aku kena berulang alik ke unit tersebut dengan harapan penghuni ada di rumah. Selalunya mereka susah nak buka pintu walaupun aku tahu mereka ada di rumah. Ya.. seperti, sebelum aku ketuk pintu, ada dengar bunyi TV dan suara kanak2, tiba2 lepas ketuk pintu, suasana jadi senyap. Call?SMS? Jarang mendapat balasan. Itupun kalau ada nombor. Untuk kes2 seperti ini, sebenarnya aku dah mula menjalankan sesuatu. Kita akan mulakan operasi memotong air dan seterusnya memotong bekalan api. Itu langkah2 terakhir sekiranya pemilik masih berdegil dan tidak melayan atau mahu berbincang. Untuk mereka menjadi penyewa, amat2 tidak digalakkan. Sedangkan bayaran bulanan dengan bank yang sepatutnya lebih murah dari kadar sewa pun, mereka tidak dapat jelaskan, malahan tunggakan maintenance juga di biarkan jadi beribu2 (Dalam kes AT mencecah 20k), inikan pula nak suruh mereka menyewa dengan kita? Penat…

*Kami akan mula menjual tikar getah mulai minggu hadapan. Brand Maslino. Boleh collect di office atau boleh dihantar terus ke rumah. Catalogue dan harga akan di keluarkan minggu hadapan.