Friday, September 23, 2011

Cerita Tentang Percutian : Minimakan Risiko Bila Membeli Tambang Penerbangan Murah


Topik percutian adalah topic hujung minggu blog aku bila aku rajin. Cerita santai bagaimana mahu bercuti mengikut pengalaman aku. Boleh juga dikatakan percutian budget, kerana selalunya aku memperuntukkan lebih kurang RM1000.00 atau kurang untuk tambang perjalanan dan penginapan, dan selalunya tempoh percutian aku 5H4M atau 4H3M. Aku bukan Travel Agent dan belum ada cita2 ke arah itu lagi. Dalam 3 hari yang lepas, sejak Air Asia buat promosi tambang murah, blog aku ada kena tempias sikit dari traffic yang mencari info tentang AirAsiaGo dan Air Asia. Jadi, aku rasa aku akan teruskan cerita tentang percutian sikit2.

Dari apa yang aku ceritakan dari topic yang lalu, selalunya pembeli2 tambang murah Air Asia membeli tiket penerbangan antara 5-12 bulan sebelum penerbangan. Macam sekarang, beli sekarang untuk penerbangan bulan May sehingga Oktober 2012. Ada banyak kebarangkalian yang boleh berlaku sebelum kita akan pergi bercuti. Sebagai contoh, pernah berlaku demonstrasi jalanan yang hebat di Bangkok sehingga mengakibatkan rusuhan dan penutupan airport Survanabumi. Juga wabak H1N1 menular di seluruh Asean. Pernah berlaku letusan gunung berapi di Indonesia, dan Bandung turut merasa kesannya. Sanggup tak kita pergi bercuti kalau tempahan sudah di buat? Atau kisah biasa, dah booking tapi tak dapat cuti, mungkin berlaku sesuatu di tempat kerja sehingga percutian di batalkan, atau mungkin baru bertukar kerja dan tak dapat cuti, atau mungkin juga, tarikh percutian sangat hampir dengan tarikh due untuk bersalin. Pelbagai lagi situasi boleh wujud di mana kita boleh membatalkan percutian kita, lantas menghanguskan duit yang telah di bayar untuk percutian kita. Jadi, bagaimana cara mudah untuk kita kurangkan risiko duit hangus atau meninimumkannya kalau tak dapat bercuti tapi tempahan telah dibuat?


Begini caranya.. meh abang nak cerita.
Pertama sekali yang akan kita tempah adalah tiket penerbangan. Tiket penerbangan yang aku tempah sekarang adalah basic, tanpa ada apa2 add on. Hanya flight ticket semata2. Sekiranya anak di bawah umur 2 tahun, juga aku tidak akan tempah dahulu. Tempahan untuk anak dibawah umur 2 tahun di kira add on, kerana tidak melibatkan seat. Buat masa sekarang, aku akan tempah 4 tiket dengan tempat duduk. Bila sudah hampir dengan tarikh penerbangan, barulah aku akan add on benda2 lain, seperti tempahan untuk anak di bawah umur 2 tahun (RM50.00 one way), bagasi (RM25.00 untuk 15kg), makanan (Diskaun 20% kalau tempah awal dan confirm dapat) atau lain2 add on yang difikirkan sesuai, seperti booking nombor seat, insurance, fast lane dan lain2. Katakan booking basic ke KL-JB bulan May 2012 untuk 4 orang pergi balik, RM140.00. Kalau tak jadi pergi, kita rugi RM140.00 sahajalah. Tapi kalau kita dah booking flight campur hotel itu ini, dah bayar semua lebih kurang RM600.00, sekali tak jadi pergi, hangus lah duit kita. Cerita refund atau cancel hotel booking aku tak pernah buat lagi. Tapi aku pasti, akan melibatkan sedikit kerenah birokrasi bila nak dapat refund. Aku cuma pernah minta refund dari Hotel Berjaya Redang sebab double charge aku. Aku dah bayar online sebelum pergi, tapi kat sana diorang kata tak received, itu cuma nak confirmkan sahaja, diorang tak tolak account aku, jadi di sana sana aku bayar lagi. Aku tanya kalau betul double charge, berapa lama process nak dapat refund, katanya 2 minggu sahaja. Balik KL memang betul double charge, dekat 2 bulan baru dapat refund. Itupun aku collect cheque sendiri di BTS.


Kedua, bila kita dah confirm pergi, dan dah beli add on pada tiket penerbangan kita, baru kita tempah hotel. Sepanjang masa, apa yang aku lihat, dari masa ke semasa, akan ada promosi hotel2. Kita cuma perlu target lokasi mana yang kita nak pergi, specifically, hotel2 yang berdekatan, harga yang ditawarkan dan buat perbandingan harga hotel tersebut melalui website hotel tersebut (kalau ada), telefon atau emailkan pertanyaan harga, dan semak dari AirAsiaGo, Latestays.com dan Laterooms.com. Dari situ kita tahu julat harga. Dari masa ke semasa, bila kita dapati harga sangat murah untuk tarikh percutian kita, masa itulah kita buat tempahan. Sebagai contoh, Hotel di Bangkok, aku akan pilih menginap di Sukhumvit Road, kerana mudah mendapatkan makanan halal dan memudahkan pergerakan (hampir dengan stesen MRT). Antara hotel yang menjadi pilihan aku adalah Woraburi Sukhumvit yang terletak di Sukhumvit Rd Soi 4. Semakan untuk tarikh 25 Sept 2011 menunjukkan harga dari website hotel sendiri RM105.00, AirAsiaGo.com RM113.98, Latestays.com RM117.50 dan di Laterooms.com RM107.61. So benchmark yang aku letakkan, harga untuk satu malam adalah RM105.00. Tapi aku pernah booking di sini dengan rate RM65.00 satu malam, dan aku booking 2 minggu sebelum bercuti. Di Langkawi pula aku akan menginap di Pantai Cenang. Harga satu malam kalau direct booking atau walk in terus untuk Aseania Hotel adalah RM175.00-RM225.00, tapi paling murah aku pernah dapat RM100.00 satu malam.


Jadi, kesimpulannya, kalau ikut langkah yang aku buat di atas, kita dah kurangkan risiko dan juga dapat berjimat. Hal2 transportation dan makanan adalah bergantung pada skill google masing. Aku selalu google untuk dapatkan maklumat2 berkaitan, supaya tidaklah terpinga2 sangat bila dah sampai di tempat orang. Cuma ada risiko lain pula. Harga add on untuk Air Asia boleh berubah. Harga untuk bagasi 15kg 2 tahun dahulu RM20.00 tapi setahun yang lalu dah naik menjadi RM25.00. Itu kenaikan kecil, tak jadi masalah besar. Risiko lain, kalau kita bersikap tunggu dan lihat, sebagai contoh nak tempah hotel di Woraburi Sukhumvit, kadang2 disebabkan kita nak tunggu betul2 murah, kadang2 kita tak booking2 sampai last minute. Sekali hotel penuh, ataupun dah 3-4 hari lagi nak pergi, harga masih tak mencapai seperti apa yang kita harapkan, habis bila nak booking?? Hahahah.. pernah jadi pada aku sebenarnya. Nak booking Hotel di Cihampelas, Bandung, dah dapat harga murah, tapi aku tak booking2 lagi. Akhirnya promosi tamat atau pun hotel dah penuh, harga jadi mahal balik. Terpaksa aku booking hotel lain. Itu cerita lain. Nanti2 aku cerita.


Nota tambahan untuk tempahan di Laterooms.com
Bila melakukan booking, sila semak terms and condition. Ada yang diletakkan tanda advance purchase, ada yang tidak. Bila diletakkan tanda advance purchase, bermakna bayaran penuh diperlukan. Semak juga cancellation policy. Ada yang dinyatakan ‘Your reservation is an advance purchase rate and a credit card is required to charge full pre-payment at the time of booking. This is non refundable and non transferable’. Sebab ada kes pembeli tak semak syarat2, dan sebenarnya dia buat test booking sahaja sebab dia ingat boleh cancel kemudian, tiba2 dapat email dari pihak Laterooms.com yang payment tak dapat di tolak dari credit card dan kemudian pihak Laterooms.com juga menelefon pembeli untuk confirm tempahan dan confirmkan payment. Tapi dalam kes ini, nasib baik tempahan boleh cancel punya. Jadi, Selamat bercuti.

1 comments:

ojah said...

nice tip.. dah terkena, nak book teruja book semua.. abis2 kansel semua hangus huhuhuhu :P

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com