Wednesday, February 29, 2012

Lelongan 28 February. Ambank Hong Leong dan RHB.

Bulan February adalah bulan yang sibuk bagi aku. Hampir 40 unit yang aku masuk lelong untuk client, Cuma 3 kemenangan untuk bulan ini. Pun begitu, dalam situasi sekarang, 3 kemenangan lebih baik berbanding bulan2 sebelum ini. 3 kemenangan ini pun bukanlah hartanah yang hot, sebab itu boleh menang. Hari terakhir aku turun lelong adalah semalam. Aku turun ke Ehsan, lelongan Ambank untuk membida satu unit di Seksyen 16 Shah Alam. Aku sampai last minit dan beberapa minit selepas itu lelongan di mulakan. Hartanah yang mempunyai ramai pembida adalah satu unit di Sg Long dengan 12 pembida. Dari 26k naik kepada 48k. Unit yang aku nak bida, mempunyai 3 pembida. Dari harga 44k naik kepada 56k. last aku angkat pada 55k. Hartanah di Sri Angsana Hilir dengan harga reserve 53k terjual pada harga reserve, dan Flora Damansara Block D dengan harga resrve 90k juga terjual pada harga reserve. Selesai lelongan Ambank, aku turun ke Ng Chan Mau, untuk melihat Brader Remy masuk satu unit di pangsapuri di Kajang. Juga ada 3 pembida, dari harga 75k naik kepada 85k dan brader Remy juga tewas.

Di Property Auction House, Brader Joefizi yang baru balik umrah, turun membida sendiri untuk satu unit di Seksyen 15, Shah Alam. Unit di Seksyen 15 ini memang selalu masuk lelong, dan selalu juga called off. Kalau ada unit lelong di sini, memang Brader Joefizi akan masuk. Kali terakhir dilelong adalah bulan November yang lepas, dengan 2 pembida sahaja. Aku yang turun bida di Hotel Istana, dan tewas pada harga 114k. Kebiasaan kalau masuk lelong, memang 2-3 orang sahaja, kebiasaannya lah. Dari Nov sehingga ke bulan February, ada lebih kurang 5-6 unit yang masuk lelong, tapi semuanya called off. Semalam, lelongan diteruskan, tetapi, menarik 12 pembida. Dari harga 80k, akhirnya harga jatuh pada 131k. Brader Joefizi kalah lagi untuk kesekian kalinya. Seksyen 15 pun hot sekarang.

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com