Tuesday, June 2, 2015

Cerita Tentang Projek Tanah

Hampir setahun aku tak update blog, memang aku dah jadi low profile sekarang. Turun lelong pun dah jarang2. Adalah juga menang untuk kawan2, tapi tak banyak dah. Total dari Januari sampai awal bulan Jun ni, tak sampai 10 kot menang untuk kawan2. Semalam aku turun Seremban High Court bid untuk brader Joe pun, tewas, untuk satu unit landed pada harga reserve 37k, tewas pada harga 49k. Jadi, apa yang selalu aku buat sekarang?


Bermula dari tahun lepas, aku ada minat baru. Minat untuk membeli tanah. Tanah lelong, tanah subsale, semua boleh. Tapi kebanyakan deal yang aku pergi tengok, adalah tanah lelong. Bulan September tahun lepas, aku start survey tanah. Bermula dengan tanah di Langkawi. Site visit bersama Braim dan Malau, sambil trip bujang ke Langkawi. First flight ke Langkawi, sampai dan terus ke Pejabat Tanah untuk semak lokasi hartanah. Disebabkan lokasi yang tidak menarik, aku tak jadi bida tanah tersebut. Sepatutnya Hafiz Kamaruddin turut serta dalam trip bujang ke Langkawi tersebut, tapi dia tak dapat ikut. Sekembalinya dari Langkawi, team members berempat ini menubuhkan pakatan sulit untuk membincangkan benda2 tak berfaedah. Cita cita memiliki tanah masih diteruskan dari masa ke semasa. Tanah Batu 14, tanah Langkawi, tanah Puchong, pelbagai lokasi di cari, tapi masih belum berkenan. Atas kapasiti ingin memiliki tanah secara individu, terdapat kekangan dari segi modal dan saiz tanah. 

Dalam masa yang sama juga, aktiviti bersama rakan2 pelabur lain seperti Brader Joe, Nasir Kia, Samsul Brunsfield, Hanan, Cengkok diteruskan, cuma, kalau aku jumpa satu, dia akan tanya hal rakan2 lain. Atas idea group berempat tadi, di kembangkan menjadi group baru yang lebih ramai. Maka semakin banyaklah cerita cerita tak berfaedah di bincangkan. Dari masa ke semasa, group kongsi gelap ini ditambah pemain2 baru agar lebih banyak idea2 baru muncul. Maka dari idea mendapatkan tanah secara individu, di tukar kepada memiliki tanah secara beramai ramai. 


28 Feb 2015 mesyuarat pertama ahli2 kongsi gelap The Real Underground Investors, membincangkan hala tuju kumpulan, dan kesepakatan dicapai untuk mencari projek berskala kecil untuk kumpulan. Projek pertama, yang di fikirkan sesuai, adalah membeli satu lot tanah kediaman, di bina satu unit banglo dan di jual. Lokasi tanah yang ingin di beli, sememangnya sesuai dari satu hal, tetapi lebih banyak ketidaksesuaian di lihat, maka, projek tersebut, tidak di teruskan. 


Seterusnya hujung April dan awal bulan May, ada 2 lot tanah yang kita berminat untuk membida. Tanah yang pertama, satu lot tanah berkeluasa 2 ekar, terletak di tepi highway. Berdasarkan semakan yang di buat, tanah tersebut terlibat dengan pengambilan tanah untuk pelebaran highway, maka jumlah yang tinggal, agak memberikan kesan. Tak jadi masuk membida. Pun begitu, ada orang lain yang membida tanah tersebut, dengan lebih 10 bidder, dari harga 640k, naik lebih 1 juta. Tanah yang kedua pula, Satu lot tanah yang memiliki beberapa buah kediaman yang diduduki, dan mempunyai kaveat. Atas dasar tidak mahu terlibat dengan permasalahan mendatang, kami tidak masuk membida juga. Tanah ini juga, mempunyai beberapa pembida dengan harga reserve 650k, naik kepada 800k++. 

Ada satu lot tanah yang di lelong pada 12 May, terletak di Pasir Panjang, Port Dickson yang turut menarik perhatian aku. Pada harga RM299,700 dengan keluasan 17 ekar, atau RM1.00 satu kaki persegi. Untuk kes tanah ini, baru aku belajar membuat semakan yang lebih penting. Lokasi tanah telah dikenal pasti. Terletak di kawasan kampung, berdekatan sekolah , Kolej dan pelbagai kemudahan lain. Aku sangkakan, asal status pertanian, dan di kelilingi kawasan rumah kampung, maka bolehlah kalau kita nak beli, dan kemudian tukarkan syarat kepada kediaman. Rupanya ada satu faktor lain yang perlu di semak. 11 May, aku buat site survey sekali lagi, dan lokasi tanah disahkan, terletak dalam kawasan Kolej Uniti. Zoning tanah di sahkan Zon Pendidikan. Atas faktor Zon Pendidikan ini, group members terpaksa tt semula untuk membincangkan pro dan kontra Zon Pendidikan ini. Walaupun bank draft dah buat, kami sebulat suara, tak jadi masuk membida juga. Keesokannya, ada 4 pembida untuk tanah ini, dan terlelong pada harga 915k.


Dari masa kesemasa, kita meneruskan aktiviti survey tanah, mencari deal2 baru. Banyak projek terpaksa di KIV kan dulu untuk memberi ruang tanah lelong. 2 Jun, ada satu tanah pertanian dengan Zon Kediaman di Dengkil. Dengan 2 kali site visit, semakan di pejabat tanah, semakan di Majlis Perbandaran Sepang, beberapa kali perbincangan termasuk 2 malam sebelumnya, kami meneruskan niat untuk membida. Inilah baru kali pertama, kami akan masuk membida atas semangat berpasukan. Walaupun lelongtips mencatatkan hit yang tinggi untuk tanah ini, aku tak gentar. 


Di hari lelongan, aku datang awal. Semalamnya, pelelong bagitahu, hartanah masih aktif. 9.30 pagi register. Aku sorang je yang register. Tapi kemenangan belum boleh disahkan lagi. Pihak lawyer tak sampai sampai lagi. Pukul 10 lebih, baru lawyer sampai, dan lelongan di teruskan. Akhirnya, atas semangat berpasukan, kami berjaya membida sebidang tanah. Atas semangat berpasukan, kami akan meneruskan projek ini, untuk menuai hasilnya. Tahniah kepada semua ahli The Real Underground Investors. Kejayaan pertama untuk kita!!