Tuesday, June 2, 2015

Cerita Tentang Projek Tanah

Hampir setahun aku tak update blog, memang aku dah jadi low profile sekarang. Turun lelong pun dah jarang2. Adalah juga menang untuk kawan2, tapi tak banyak dah. Total dari Januari sampai awal bulan Jun ni, tak sampai 10 kot menang untuk kawan2. Semalam aku turun Seremban High Court bid untuk brader Joe pun, tewas, untuk satu unit landed pada harga reserve 37k, tewas pada harga 49k. Jadi, apa yang selalu aku buat sekarang?


Bermula dari tahun lepas, aku ada minat baru. Minat untuk membeli tanah. Tanah lelong, tanah subsale, semua boleh. Tapi kebanyakan deal yang aku pergi tengok, adalah tanah lelong. Bulan September tahun lepas, aku start survey tanah. Bermula dengan tanah di Langkawi. Site visit bersama Braim dan Malau, sambil trip bujang ke Langkawi. First flight ke Langkawi, sampai dan terus ke Pejabat Tanah untuk semak lokasi hartanah. Disebabkan lokasi yang tidak menarik, aku tak jadi bida tanah tersebut. Sepatutnya Hafiz Kamaruddin turut serta dalam trip bujang ke Langkawi tersebut, tapi dia tak dapat ikut. Sekembalinya dari Langkawi, team members berempat ini menubuhkan pakatan sulit untuk membincangkan benda2 tak berfaedah. Cita cita memiliki tanah masih diteruskan dari masa ke semasa. Tanah Batu 14, tanah Langkawi, tanah Puchong, pelbagai lokasi di cari, tapi masih belum berkenan. Atas kapasiti ingin memiliki tanah secara individu, terdapat kekangan dari segi modal dan saiz tanah. 

Dalam masa yang sama juga, aktiviti bersama rakan2 pelabur lain seperti Brader Joe, Nasir Kia, Samsul Brunsfield, Hanan, Cengkok diteruskan, cuma, kalau aku jumpa satu, dia akan tanya hal rakan2 lain. Atas idea group berempat tadi, di kembangkan menjadi group baru yang lebih ramai. Maka semakin banyaklah cerita cerita tak berfaedah di bincangkan. Dari masa ke semasa, group kongsi gelap ini ditambah pemain2 baru agar lebih banyak idea2 baru muncul. Maka dari idea mendapatkan tanah secara individu, di tukar kepada memiliki tanah secara beramai ramai. 


28 Feb 2015 mesyuarat pertama ahli2 kongsi gelap The Real Underground Investors, membincangkan hala tuju kumpulan, dan kesepakatan dicapai untuk mencari projek berskala kecil untuk kumpulan. Projek pertama, yang di fikirkan sesuai, adalah membeli satu lot tanah kediaman, di bina satu unit banglo dan di jual. Lokasi tanah yang ingin di beli, sememangnya sesuai dari satu hal, tetapi lebih banyak ketidaksesuaian di lihat, maka, projek tersebut, tidak di teruskan. 


Seterusnya hujung April dan awal bulan May, ada 2 lot tanah yang kita berminat untuk membida. Tanah yang pertama, satu lot tanah berkeluasa 2 ekar, terletak di tepi highway. Berdasarkan semakan yang di buat, tanah tersebut terlibat dengan pengambilan tanah untuk pelebaran highway, maka jumlah yang tinggal, agak memberikan kesan. Tak jadi masuk membida. Pun begitu, ada orang lain yang membida tanah tersebut, dengan lebih 10 bidder, dari harga 640k, naik lebih 1 juta. Tanah yang kedua pula, Satu lot tanah yang memiliki beberapa buah kediaman yang diduduki, dan mempunyai kaveat. Atas dasar tidak mahu terlibat dengan permasalahan mendatang, kami tidak masuk membida juga. Tanah ini juga, mempunyai beberapa pembida dengan harga reserve 650k, naik kepada 800k++. 

Ada satu lot tanah yang di lelong pada 12 May, terletak di Pasir Panjang, Port Dickson yang turut menarik perhatian aku. Pada harga RM299,700 dengan keluasan 17 ekar, atau RM1.00 satu kaki persegi. Untuk kes tanah ini, baru aku belajar membuat semakan yang lebih penting. Lokasi tanah telah dikenal pasti. Terletak di kawasan kampung, berdekatan sekolah , Kolej dan pelbagai kemudahan lain. Aku sangkakan, asal status pertanian, dan di kelilingi kawasan rumah kampung, maka bolehlah kalau kita nak beli, dan kemudian tukarkan syarat kepada kediaman. Rupanya ada satu faktor lain yang perlu di semak. 11 May, aku buat site survey sekali lagi, dan lokasi tanah disahkan, terletak dalam kawasan Kolej Uniti. Zoning tanah di sahkan Zon Pendidikan. Atas faktor Zon Pendidikan ini, group members terpaksa tt semula untuk membincangkan pro dan kontra Zon Pendidikan ini. Walaupun bank draft dah buat, kami sebulat suara, tak jadi masuk membida juga. Keesokannya, ada 4 pembida untuk tanah ini, dan terlelong pada harga 915k.


Dari masa kesemasa, kita meneruskan aktiviti survey tanah, mencari deal2 baru. Banyak projek terpaksa di KIV kan dulu untuk memberi ruang tanah lelong. 2 Jun, ada satu tanah pertanian dengan Zon Kediaman di Dengkil. Dengan 2 kali site visit, semakan di pejabat tanah, semakan di Majlis Perbandaran Sepang, beberapa kali perbincangan termasuk 2 malam sebelumnya, kami meneruskan niat untuk membida. Inilah baru kali pertama, kami akan masuk membida atas semangat berpasukan. Walaupun lelongtips mencatatkan hit yang tinggi untuk tanah ini, aku tak gentar. 


Di hari lelongan, aku datang awal. Semalamnya, pelelong bagitahu, hartanah masih aktif. 9.30 pagi register. Aku sorang je yang register. Tapi kemenangan belum boleh disahkan lagi. Pihak lawyer tak sampai sampai lagi. Pukul 10 lebih, baru lawyer sampai, dan lelongan di teruskan. Akhirnya, atas semangat berpasukan, kami berjaya membida sebidang tanah. Atas semangat berpasukan, kami akan meneruskan projek ini, untuk menuai hasilnya. Tahniah kepada semua ahli The Real Underground Investors. Kejayaan pertama untuk kita!!

Previous Post
Next Post

22 comments:

  1. Mari komen, blog sudah updata
    1st

    Joefizi

    ReplyDelete
  2. Menitik ayer mata aku dpt baca blog ngko yg dh bersawang ni.. blog yg byk bagi ilmu..

    ReplyDelete
  3. Hampir tertido dah aku baca blog ni...kipidap...pariss

    ReplyDelete
  4. Bagus blog ni..
    Nak tanye tt. Ape beza lelongan di markamah& dengan lelong di luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelongan mahkamah... Hartanah yang sudah bergeran. Lelongan luar atau LACA adalah lelongan hartanah yang gerannya masih atas nama pemaju.

      Delete
  5. Salam en faris. Saya baru berumur 25thn. Err mungkin xbaru tapi baru berjinak ingin membeli rumah sendiri. Kerana tahu2 lah zaman skrg sewa pn dh mcm beli. Baik beli. Tp masalah di sini. Kata bank saya hanya layak membuat pinjaman xlebih dr 250k. Utk harga tu susah nk jumpa rumah yg baik keadaannya. Jadi browse banyak2 saya nampak banyak rumah lelong. Yg harganya jauh lg murah dr market value. Sayang kalau saya lepaskan peluang. Ingin sgt membeli rumah tu. Tapi takut sbb belum pernah ada pengalaman dlm bidang hartanah ni. Apa lagi bidding.. Ada x tips dari en faris utk saya yg cetek ilmu ni. Harap en faris atau sesiapa di sini dpt memberi pendapat kpd saya. Thanks. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. 25 tahun... Masih muda. Baru beberapa tahun di alam pekerjaan. Belibikut kemampuan dulu. Kalau layak 250k, tak semestinya kena beli yg 250k. Cuba cari yang below 200k, monthly payment 1k ke bawah. Kalau ada keinginan utk menjadi pelabur hartanah, kena cari yg murah lagi. Tapi... Utk hartanah 250k ke bawah dalam kawasan kl, kebanyakannya hanyalah low cost flat. Cuba cari sekitar selangor, melalui lelong.

      Delete
  6. anak sy baru saja ke bahagian pinjaman perumahan kerajaan di putrajaya... katanya pinjaman perumahan kerajaan tidak akan diluluskan jika beli rumah lelong... kenapa? apakah maklumat ini benar... cer kasi pencerahan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pinjaman kerajaan, untuk rumah lelong hanya dalam keadaan tertentu. Yang saya dengar antara syaratnya, rumah yang dilelong, pinjaman kerajaan juga. Tapi itu yg saya dengar lah. Saya pun tidak mengetahui proses pinjaman rumah untuk kakitangan kerajaan.

      Delete
  7. yess.update ler selalu bro faris.selalu buka blog nih since 5 years lepas.good luck utk projek tanah.

    ReplyDelete
  8. asalamualaikum tuan..sy bru mengikuti blog ni.teruja sy dgn pengalaman tuan dlm pelaburan hartanah..sy ingin berjinak2 dgn rumah lelong..modal cash tak lah besar mana..dh survey sedikit sbyk info tentang rumah lelong ni.cuma blm ada kekuatan n confident nk terjun..ada x tuan buat seminar or coaching or brainstorming dlm masa terdekat?kalau ada sy berminat nk join..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf bro, saya memang takde buat seminar atau coaching. Hala tuju dah ke arah lain bila dah tua2 ni. Sekarang saya lebih selesa invest sendiri dan invest bersama rakan2... Dan sekali sekala turun lelong untuk rakan2...

      Teruskan menambah ilmu... Menambah rakan2... Dan jangan takut memulakan langkah yang pertama. Semoga berjaya.

      Delete
  9. Assalamuaikum tuan. Saya baru saja terjumpa blog tuan. Rasa kerdil sangat sebab saya baru nak berjinak2 dengan pelaburan hartanah. Seperti yang tuan tahu, sekarang ni orang ramai berlumba-lumba mahu membeli Rumah Lelong. Banyak pakar2 hartanah yg muncul. Pada pendapat tuan, apakah masih berbaloi untuk saya teruskan niat mahu melabur dalam bidang hartanah? Nasihat yang saya selalu dengar adalah mengelak Dari pelaburan yang trending? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belilah rumah sama ada lelong, subsale atau projek baru. Trending atau tidak bukan masalah utama. Yang penting harga, jenis hartanah dan lokasinya sesuai. Nak bezakan yang self claimed pakar atau mmg pakar, susah juga kadang2 bila kita tak kenal. So, kenalilah dulu pakar2 tersebut.
      - nasihat dari bukan pakar.

      Delete
    2. Saya dah memastikan Hafiz Rimau sebagai seorang pakar dan mengambil nasihat dari dia. InsyaAllah kita akan bertemu satu hari nanti, tuan.

      Delete
  10. Banyak ilmu yg dicurah kan oleh tuan farid...terima kasih sangat2 atas perkongsian dlm blog ini .sangat bermanfaat untuk semua. Sye pun berjaya beli rumah lelong 3thn lepas. Sekarang ingat nak buat cimb homextra topup loan untk rumah tu. Boleh rekomenkan banker yg tn.kenal untuk submit permohonan homextra nie...terima kasih tuan

    ReplyDelete
  11. Memang seronok jika ada wang untuk membeli lot tanah dan membina sebuah banglo atasnya. Juga di tepi tanam beberapa pokok durian jadi boleh sambil rehat di banglo dan sambil makan durian. Bagus.....

    ReplyDelete