Friday, October 4, 2019

Grabcar Monopoli Perkhidmatan E-hailing? Tunjukkan Kepada Malaysia Yang Grab Menyumbang Sesuatu Untuk Anda Terus Kekal Relevan Grab!!



Berita semalam menyatakan MYCC mencadangkan Grab didenda sebanyak RM86 juta atas tindakan memonopoli pasaran ehailing. Berita hari ini pula , MyCar bersetuju Grab telah memonopoli pasaran dan menyukarkan pemain ehailing lain untuk bersaing.



Apa sebenarnya yang Grab telah lakukan sebagai tindakan monopoli?

@ Grab menguasai pasaran pelanggan dengan penggabungan dengan Uber setahun yang lalu. MyCar sebagai pemain ketiga terbesar ketika itu masih belum mampu bersaing, dan sekarang, walaupun menjadi pemain kedua terbesar, dengan jumlah download pelanggan sebanyak lebih dari 1 juta, masih belum benar2 menampakkan kemunculannya.

@ Grab melaksanakan sistem auto accept untuk mencantas salah laku penggodam sistem mode player dan memaksa pemandu yang kerap menolak tugasan untuk terus menerima tugasan. Penyelesaian 2 dalam 1.

@ Tiada pesaing sama taraf, membuatkan Grab mempunyai kuasa untuk menentukan harga tambang. Harga tambang yang lebih murah untuk meraih pelanggan, dan menyakitkan pemandu yang terpaksa menerima tugasan secara auto accept, menerima tempahan yang murah untuk tempoh perjalanan yang lama akibat jarak atau akibat kesesakan jalan di waktu puncak.

@ Monopoli harga rendah, boleh menyebabkan pemandu terpaksa memandu lebih jam untuk mencapai target harian mereka. Saya pernah ke Indonesia, Filipina dan Vietnam dimana rata2 pemandu Grab memandu lebih 12 jam sehari, malah ada yang sampai 16 jam sehari, semata2 untuk mencapai target trip harian. Mereka sudah menjadi hamba Grab. Zombie. Kita mahukan kualiti hidup yang lebih baik, seiring dengan pendapatan yang baik, bukan mengejar wang semata2.



Penyelesaian Padu

Grab tidak perlu menjadi kejam dan pelanggan dan pemandu tidak perlu tertunggu2 pemain kedua sama taraf seperti Gojek untuk menjadi penyelamat dan penstabil market, yang belum tentu boleh menjadi penyelesai masalah. Saya berikan penyelesaian padu untuk Grab.

@ Pemberian insentif itu perlu, untuk menarik minat pemandu meneruskan pemanduan, menghantar pelanggan ke destinasi masing2. Grab tidak hanya perlu beroleh pendapatan dari sumber tambang semata2. Sebagaimana sistem Google AdSense yang tidak meminta bayaran dari publisher seperti blogger atau youtuber, malah membayar untuk setiap iklan yang diketik atau berdasarkan impression, dan membayar publisher dalam nisbah 68:32 dari setiap apa yang di bayar oleh pengiklan, Grab juga berupaya mendapatkan dana besar dari pengiklan. Gunakan dana pengiklanan untuk memajukan sistem insentif untuk pemandu. Kalau pemandu perlu menjadi papan iklan, lakukan sahaja. Baju seragam yang penuh iklan disana sini seperti sesetengah jersi kelab bola sepak tempatan, iklan dikereta didalam, luar dan atas kenderaan, atau iklan interaktif didalam kereta.

@ Auto accept hanyalah sistem yang memaksa. Pemandu grab bukanlah pekerja tetap Grab yang perlu di paksa untuk menerima tugasan atau di hukum dengan acceptance rate yang rendah. Pemandu grab faham mereka perlu capai tahap yang baik rating, acceptance dan cancellation yang bagus. Tetapi mewajibkan auto accept bukanlah penyelesaian yang tuntas dalam memerangi mode user atau acceptance yang rendah dari pemandu untuk jarak perjalanan pendek atau tambang yang rendah. Ianya berbalik kepada sistem insentif. Walau 10 back to back job bernilai RM5, tapi dengan insentif RM30 atau lebih, setiap jam untuk waktu puncak, saya rasa ramai yang boleh menyambut permintaan pelanggan.

@ Ramai pemandu Grab yang selesa untuk menggunakan insentif mingguan sebagai top up dan kutipan harian sebagai gaji harian mereka. Grab patut kekalkannya. Sebagai contoh, kalau purata kutipan harian pemandu Grab sekitar RM300 sehari, 20% top up bernilai RM60 sehari dan bekerja 6 hari seminggu, memberikan angka perlu top RM360.00 seminggu. Grab patut memikirkan cara untuk memberikan nilai insentif sebanyak RM400 seminggu untuk majoriti pemandu. Dan wang insentif ini patut datang dari pelabur, dalam bentuk pengiklanan atau dari cabang perniagaan Grab yang lain, sepertimana yang terdapat didalam applikasi Grab. Dan pemandu Grab, boleh menyebarkan maklumat untuk menggalakkan pelanggan menggunapakai servis2 lain yang terdapat di dalam applikasi Grab. Ianya situasi menang2. Pengiklanan dari mulut ke mulut.



@ Pemberian insentif lebih Mesra Reward Points patut diperluaskan untuk lebih ramai menikmatinya. Bukan hanya untuk mereka yang mencapai penarafan tertentu. Berikan kelebihan untuk mereka yang mencapai jumlah online tertentu dan mencapai jumlah trip tertentu. Pemandu yang bekerja keras perlu dihargai. Sistem rating tidak berada dalam kawalan pemandu.

@ Bertolak ansur dalam sistem rating pelanggan/pemandu. Grab tidak boleh memandang terlalu serius setiap aduan pelanggan dan setiap penarafan pelanggan terhadap pemandu. Berikan peluang untuk pemandu berdasarkan track record majority nya sebagai pemandu. Kalau 500 trip pemandu tiada masalah dan selalu mendapat penarafan yang bagus, kenapa kadang kala baru satu aduan, pemandu terus dihukum. Bertolak ansur dan berlapang dada dalam memberikan peluang akan memberikan kesetiaan dari pihak pemandu.

Kembalikan kegemilangan Grab untuk anda terus menjadi kesukaan ramai seperti suatu masa dahulu.

* Berikan pendapat tambahan anda yang realistik agar Grab boleh berubah menjadi lebih baik.

Previous Post
Next Post

0 comments: