Monday, September 15, 2008

assalamualaikum..

Assalamualaikum dan salam permulaan untuk semua. Aku tujukan blog ini untuk diri aku sendiri, keluarga aku, dan kawan2 sekalian. Sudah lama aku berhasrat untuk mengarang artikel yang bermanfaat untuk pembelajaran dan pengetahuan semua. Pada aku, apa yang baik, di kongsikan bersama agar sama-sama berjaya dan berpengetahuan. Sama ada di realisasikan atau di praktikkan, itu soal yang kedua, kerana kita perlu sedar setiap orang ada factor kekangan yang mungkin terdiri daripada factor kewangan, masa, pengetahuan yang terbatas atau lain2 kekangan yang tidak dapat dielakkan. Blog ini lebih menjurus kepada teori dan praktikal dalam pelaburan hartanah , perancangan kewangan dan aktiviti semasa aku sebagai orang baru dalam pelaburan hartanah. Aku rasa penting untuk aku blog kan semua untuk tujuan pengetahuan, case study, pengalaman dan ingatan aku di masa hadapan.

Asas untuk aku berkongsi pengalaman, kerana dalam dunia pelaburan hartanah aku tak mampu untuk memiliki semua hartanah. Mungkin, untuk sepanjang hidup aku , aku Cuma perlukan 20-30 buah hartanah untuk di pegang, disamping untuk aku jual beli dalam lingkungan 20-30 buah juga, jadi mungkin sepanjang hidup aku, aku mungkin Cuma perlukan lebih kurang 50-60 buah hartanah sahaja, berbanding pasaran hartanah yang mempunyai banyak, terlalu banyak, untuk kita pilih, untuk pelbagai tujuan. Pelbagai teknik yang pelabur hartanah gunakan dalam menjana keuntungan, sama ada bersifat jangka pendek atau jangka panjang. Bila aku cakap aku tak mampu memiliki semua hartanah, ianya bukan disebabkan factor kewangan aku yang terhad semata-mata. Ia juga melibatkan keterbatasan pihak bank dalam meluluskan pinjaman bila ia mula melibatkan hartanah ke 7 atau mungkin hartanah ke 10 dan ke atas.

Pandangan, perkongsian pendapat, perbezaan pendapat amat dialu alukan supaya kita sama-sama dapat manfaat dari pengetahuan yang dikongsikan. Blog ini juga kesinambungan dari friendster blog aku. Aku dapati pembaca yang tiada akaun friendster tak boleh beri komen atau beri pendapat, oleh sebab itulah, aku buka blog baru untuk tujuan interaksi bersama. Perkongsian ilmu dan pendapat adalah percuma, tetapi penyediaan kewangan dan tanggungan risiko adalah milik peribadi dan kita perlu mengira, memikirkan dan mendalami apa tindakan kita supaya kita tahu apa yang kita tanggung, dan semoga kita tidak di bebani masalah kewangan kelak. Memang seronok mendengar, mengetahui dan membaca kisah2 orang lain yang Berjaya, tetapi setiap kes tak semestinya sama. Sebab itulah kita perlu merancang dan mengira risiko yang terlibat supaya kita mampu menanggungnya.
Previous Post
First

7 comments:

  1. tahniah sifu faris dgn blog baru ni..harap dapat mmberi byk input..

    ReplyDelete
  2. saya ni silent reader...terima kasih dan tahniah buat master sifu faris. bagus untuk rujukan mereka2 yg baru dalam pelaburan hartanah/perancangan kewangan. saya mesti pilihhh..

    ReplyDelete
  3. faris,adanya blog ni tepat pda masanya.aku mmg dok tunggu cerita2 hartanah dr ko pulak.semoga ada ilmu2 baru leh kita kongsi..

    ReplyDelete
  4. saya pun silent reader gak.. terima kasih kerana menyokong

    ReplyDelete
  5. bro buatlah workshop atau seminar ..insyaAllah ilmu macam ini tak boleh disia siakan ...sebarkanlah semoga anak2 melayu dapat berdiri teguh membina martabat ekonomi masing2 ...saya cadangkan sangat2 bro buat bengkel atau training kepada newbies especially anak2 melayu kita ...

    ReplyDelete
  6. salam,

    akhirnya...khatam jugak sy baca blog anda.... mmg penuh informasi yg berguna utk saya...tahniah dan terima kasih atas usaha anda... keep up the good work bro...

    ReplyDelete