Kelebihan menggunakan asb sebagai sandaran kepada od adalah, dividen tidak diganggu. Setiap awal tahun kita akan tetap menikmati dividen berdasarkan nilai sijil kita, dan bank tak sentuh dividen asb kita. Dividen tersebut juga sebenarnya boleh di masukkan kembali ke dalam akaun od kita, untuk cover int yang di charge oleh pengunaan od. Apa yang bank buat sebenarnya ialah, simpan sijil asb kita, dan bank akan bukakan current akaun untuk kita, dan akan bagi kita duit bersamaan 95% dari nilai sijil kita. Overdraft ini adalah duit yang bank peruntukkan untuk kita, sama seperti credit card credit limit, sebab tu akan ada 6.75% pa charges bila digunakan. Kalau tak diguna tiada charges, kalau guna, charges terus dikira secara harian sehingga di bayar.
Sekiranya kita memilih untuk simpan di asb sahaja, tanpa dicagarkan untuk mendapatkan od, kita boleh keluarkan di bank juga, tapi kita akan hilang dividen tahunan. Dengan adanya od/asb, kita tetap akan menikmati dividen, dan ada akses untuk emergency funds atau untuk kegunaan pelaburan dan lain2 hal. Cara lain untuk dapatkan od, kita boleh cagarkan fix deposit, tanah, rumah, dan lain2 asset yang kita ada. Unit trust jugak termasuk dalam asset, dan boleh di cagarkan. Kadar int dan margin of finance yang dikenakan adalah berlainan bagi setiap asset yang di cagarkan.
Kad kredit, adalah tools yang kedua dalam penggunaan perancangan kewangan dan sekarang, wujud kredit card yang tiada annual fee, di samping rebat tunai 2-5% untuk penggunaan petrol. Mudah sahaja sebenarnya, apa yang kita belanjakan tiap2 bulan, kita boleh gunakan kredit card, seperti bayaran bil api, bil air, minyak petrol, barang dapur, dan apa2 yang boleh guna kredit card. Bila sampai statement, kita boleh bayar sebelum due date menggunakan funds dari akaun od. Sebaiknya, kita perlu bayar penuh, jangan bayar 5% sahaja.. sebab kalau kita tak guna kredit card pun, kita akan bayar full amount juga untuk semua bill2 tersebut.. sekurang kurangnya, kita dah melengahkan pembayaran untuk servis yang kita dah guna, at least 30-50 hari. Yang terakhir, apa juga incoming funds yang kita dapat kita perlu letakkan dalam akaun od, seperti gaji, pendapatan sewa rumah dan lain2.
Apa yang kita dapat dari cara ini? Kita menjimatkan interest kredit card cari 18% kepada 6.75% sahaja sekiranya kita menggunakan akaun od dan terdapat outstanding dalam akaun od. So, kredit card kita kekal full amount after the full payment dan kita tiada komitmen dengan kredit card.
Apa juga loan yang kita ada, kita boleh consolidatekan ke dalam akaun od jika kita mahu. Kita boleh bayar semua loan yang kita ada guna od, kalau kita ada personal loan atau loan kereta, kita boleh bayar habis (kalau od limit mencukupi). Kalau dibandingkan dari segi int rate, int rate personal loan dan auto loan adalah lebih tinggi dari int od ni sebab int PL dan auto loan adalah fix rate, sedangkan int od adalah daily rest. Untuk jangkamasa panjang, kita akan jimat int yang banyak. dan bila kita dumpkan dividen asb ke dalam akaun od, sebenarnya, kita tak dikenakan apa2 int dari akaun od pun. Interest dah di cover oleh dividen asb. dan perbelanjaan kita boleh dikatakan zero interest, dan kita dah menjimatkan perbelanjaan dengan tidak melibatkan interest yang tak sepatutnya. Kesimpulannya , dengan cara ini, kita membeli masa untuk membayar apa yang telah kita gunakan tanpa interest.
Funds dari OD ni juga boleh digunakan untuk tujuan pelaburan. Tapi kita juga perlu mengambil kira tentang od interest charge sekiranya kadar BLR naik melebihi apa yang dividen asb tawarkan. Apa yang penting, kita tetap mempunyai simpanan dalam asb, dan dalam masa yang sama kita boleh gunakan funds dari akaun od dengan kadar interest yang rendah berbanding personal loan atau credit card.
Good info faris..skang lebih jelas aku tgk menatang OD ni...hehehe..gud job!!
ReplyDeletebagus topik ni.. byk sgt maklumat n lebey detail..time kasey sifu faris sudi kongsi ilmu ni...teruskan menaip topik menarik..sumbangan anda amat kami hargai..hehehe
ReplyDeleteSalam mahaguru faris..
ReplyDeleteboleh tak kalau sifu terangkan camne proses legal membeli rumah lelong?Proses bidding mmg sy faham, cuma yang saya tak tau, lps menang lelong tu..
Andaikata saya menang lelong umah harga RM 80k..apa step2 yg seterusnya ex apply loan.lawyer etc..cost bagaimana pula?
saya harap en faris dapat buat satu topik yang detail mengenai proses ni..fyi, saya ingin membeli satu rumah lelong..kalo menang, saya mau tahu apa prosedur seterusnya...
info en faris mmg amat berguma..terima kasih :)
sejak bila pulak aku jadi mahaguru ni khamis oi.. inyaallah nanti aku create topic utk process rumah lelong tu.. kalau tak hari rabu.. hari khamis la..
ReplyDeletekorang ni.. kalau semua topik menarik aku nak cerita terus.. bulan depan blog ni dah takde citer baru la.. kasi paham dulu topik2 yang ada.. praktikkan ilmu tu.. then move on to next level.. bak kata man.. benda ni buka skim cepat kaya.. go slow.. nak laju2 pun nak buat apa..kasi kukuh dulu dengan apa yang ada.. savings.. back up.. kalau ada rumah investment.. maintain dulu.. kalau confident boleh proceed.. go on.. risiko tanggung sendiri..
ReplyDeletesaya ni od blum ade, modal tu dah ada, about 200k, cuma nak tau proses nak mengodkan asb, rasa2 mkn masa brape lama nak apply od?nak balik m'sia tak lama agi,kira balik buat od...boleh settle tak 1 month?
ReplyDeleteBoleh
ReplyDeleteInsyaallah boleh. Approval ambil masa 1 minggu, disbursement dalam masa 2 minggu. Asalkan dah approved, kira ok, walaupun awak dah ke oversea semula, kerana disbursement akan masuk ke current akaun, boleh check online.
ReplyDeleteSalam Faris, hehe bagi can aku iklan kat entri lama ko boleh?
ReplyDeleteUntuk download OD Tracker - tool untuk manage OD dan interest.. silalah melawat ke blog saya.. EmasdanTanah.com
Wida
http://www.emasdantanah.com
Nota pelaburan emas dan hartanah