Apt ni sebenarnya untuk kediaman aku sendiri. Sebelum ni aku cuma menyewa di Bandar Puteri. Apt ni jugak boleh generate cash dalam lingkungan 60k untuk aku bila direfinancekan semula. Harga reserve pada 2007 adalah 65k dan aku menang pada harga bidaan 73k. Setelah kontrak siap, aku terus submit pada RHB dan dalam masa seminggu, loan approved dan aku terus sign letter offer dan lantik lawyer. Tempoh yang diberikan adalah 120 hari dan di sebabkan title individu dah keluar, disamping urusan maintenance bertukar tangan kepada Joint Management Committee, urusan pindah milik agak mengambil masa, tetapi pihak bank pelelong meluluskan extension 3 bulan. Tempoh akhir adalah penghujung bulan June 2008, tetapi rupa2 nya pihak lawyer tidak menyelesaikan urusan pindah milik sehingga June 2008 tersebut.
Sebenarnya, as lawyer, diorang sepatutnya advice aku apa yang aku tak buat lagi, apa yang mereka perlukan dan apa yang patut aku bagi pada mereka. Bila aku call, developer dan lawyer, diorang cakap still under process, takde masalah. Tiba2 masuk bulan august yang lepas, aku dapati rumah yang aku beli ni nak kena auction semula. Bila aku tau macam tu, terus la aku call Anuar Hong, dan diorang boleh cakap patutnya dah settle dah semua ni, pastu nanti dia check and revert back later that day, tapi haram tak call pun. Esoknya aku pergi pejabat dia, barulah dia bagitau diorang dapat surat reauction tu pada 29 July 2008. so, kenapa tak bagitau kat aku?? Apa masalah diorang ni yang tak pernah nak update pada aku any latest progress bila aku tanya?? Aku tak expect diorang akan call aku untuk update status selalu, tapi bila ada something important macam ni, bagi tau la. Bila aku yang call diorang, then janji nak call balik, tapi tak call pun, sampailah rumah tu nak kena reauction. Nasib baik aku tahu awal, dan alhamdulillah aku pun ada budget untuk masuk balik reauction. Target aku, kena bid sampai menang. So, misi hari ini adalah bid sampai menang.
Kenapa aku nak sangat apt ni? Sebab aku nak duduk sini la.. di samping market value yang agak tinggi berbanding reserve price. This time around aku akan apply loan under cimb dan akan apply pakej home extra untuk dapatkan the difference between purchase price dengan market value. Ini mungkin pakej home extra aku yang ke tiga. Pakej home extra aku yang pertama adalah apt aku di flora damansara , yang kedua di puchong juga, dan yang ke tiga yang ini. Kalau ketiga tiganya setel, aku ada cash in hands dalam 130k. Sepatutnya kalau ikut perancangan awal, once loan disburse dari rhb aku akan refi terus kepada cimb, tapi bila dah jadi macam ni, aku kena apply loan cimb terus.
Berbalik kepada cerita asal kita, pagi tadi aku datang ngan opis mate aku , Din. Din sekarang nak join aku buat property investment jugak, dia datang hari ni jadi supporter aku. Selain daripada tu, peruzz dan kawan dia dari rawang dan sepul besut pun datang jugak nak bagi support. Pie sampai lebih kurang pukul 11 pagi. Nasib baik Pie datang, sebab dia kenal salah sorang pembaca blog dia, Ruru. Ruru sebenarnya nak bid rumah ni juga, dan setelah Pie explain situation aku, Ruru pun tak jadi bid rumah ni. Bila sampai turn rumah aku, ada 2 bidder lain yang masuk juga.
Reserve prive utk rumah ni back to previous amount, 65k. Salah satu bidder tu, tak lawan pun selepas aku angkat untuk 66k, mungkin dia nak rumah tu on RP only. Lagi sorang bidder ni, lawan.. dan disebabkan misi aku hari ni ialah bid sampai menang, memang laju aku akan paddle bid tu. Bila sampai 70k, mamat sorang lagi tu dah teragak agak untuk melawan.. tapi dia gagahkan juga untuk melawan.. tapi dia stop at 79k. once aku angkat untuk 80k, dia surrender. Alhamdulillah, selamat rumah aku. Walaupun harga yang aku dapat ni lebih tinggi dari dahulu, dan walaupun aku kerugian 7.3k disebabkan last auction amount forfeited, secara positif aku tak anggap aku dalam kerugian. Aku anggap 7.3k tu kos sewa aku duduk di situ since last year sampai 4-6 bulan kemudian (sebab aku akan masih duduk free lagi sehingga loan disburse).
Since harga yang aku dapat juga 80k, aku masih ada peluang untuk ambik pakej home extra untuk dapatkan lebih kurang 50k. moral daripada kes aku ni, kena cari lawyer yang efficient dan reliable.
sudah ada blog ka..
ReplyDeletetahniah bro..
congrates faris..nasib baik ruru x lawan skali..hehehe!!
ReplyDeletegood lesson..kasi report sama itu lowya.
ReplyDeleteooo itu mcm ka ko nyer cite ngan ruru aritu.. nie yg aku hangin ngan some lawyer ni, x pasti dia or kerani dia yg cam kayu.. service dia tu bkn free, kita byr tp cmni jdnya.. apa kata kita kasi heboh psl lawyer yg lembab cmni, share among us jgn guna khidmat diorg, baru diorg tau kot..
ReplyDeleteanyway, agak2 ada x lawyer firm yg cover semua bank? klu ada kn senang, boleh jd appointed lawyer kita...
tu la.. respek la kat ruru.thanks ruru ( bg pihak sifu faris )
ReplyDeletebiar btol cam tu....terkezut baca pasal sifu faris.....maafla tak up to date...tapi sekurang2nya banyak pengajaran saya dapat.
ReplyDeleteLawyer firm ini memang celaka, maaf kerana kasar, tapi saya pun mangsa . harap sahabat2 sekalian jgn lantik firm ini . Memang menyesal, rumah beli sejak march sampai september pun masih tak dapat ambil kunci, asyik cakap processing.
ReplyDeletesaya pun dah terkene dgn company anuar hong ong nie. rumah berharga rm250k leasehold. dorang charge saya utk snp rm6.4k dan loan agreement rm6.4k. padahal member yang beli rumah rege rm248k leasehold, snp baru rm4k++. saya betul2 terkene dengan anuar hong & hong ini. kaveat charge dalam snp, dan dimasukkan sekali dalm bill loan. bukan 1, tapi 2 item kaveat.
ReplyDeleteyeah, same with me. anuar hong have lousy service and make my agreement delay for almost 6 months. other law firm can do it in just 3 months. people out there, please choose other firm. if not, you are in deep shit!
ReplyDeleteMee too....dah kena :((
ReplyDeletexsettle2 lg pasal rumah ni,dah lah loan gomen mcm2 mintak.lawyer pulak hancur...Anuar Hong ni la
me too.....firm anuar hong & ong mmg x boleh dipercayai langsung...servis lembab.....mmg menyesal pilih....
ReplyDeletefirm anuar hong & ong mmg lembap..i expect die yg advice i and update i any progress or let me know if ade prob...ni kite yg nak kne call die n kne follow up...klau x call x jalan...bile kite call layanan mcm hampeh...mcm nak xnak cakap je ngan kite..mmg xle pkai la...
ReplyDelete