Isu Food Panda nak tukar skim upah per jam kepada skim upah per penghantaran, bukan lah isu yang patut diselesaikan oleh kerajaan. Ianya adalah isu yang sudah di jangka. Penarikan insentif berkala. Sama seperti start up bisnes seperti grab dan uber. Gig dan hype yang di buat untuk beberapa tahun pertama adalah masa untuk promosi. Wang di tabur untuk menarik masyarakat sama ada menjadi rider, atau menjadi pelanggan. Kiraan2 menunjukkan berbaloi menjadi rider food delivery berbanding menjadi mat despatch atau kerja di fast food, yang rata2 gajinya bawah RM2k. Dengan menjadi sebahagian dari rider Food Panda, sebulan boleh buat lebih dari RM2k sebulan dengan hanya bekerja 6 jam sehari. Tak selamanya boleh dapat banyak macam itu. Pada akhirnya, kita kena fikirkan juga, bagaimana sebenarnya Food Panda menjana keuntungannya sendiri, kalau begitu banyak dibayar kepada rider. Sudah lah di beri gaji per jam, setiap penghantaran di beri kan upah, dan kalau cukup waktu jam bekerja tertentu, di berikan bonus lagi.
Bila kerajaan campur tangan dan minta Food Panda kekalkan skim lama, sampai ke akhirnya, Food Panda tidak akan menjana keuntungan. Sekarang masa untuk gig dan hype yang pertama dah tamat. Sudah masuk babak baru. Dan babak2 akan datang, insentif akan dikurangkan lagi. Pada akhirnya, yang bekerja dan yang mendapat pesanan penghantaran lah yang mendapat upahnya. kalau sampai ke sudah Food Panda tidak menjana keuntungan dan sentiasa memberi lebih banyak dari menerima, Food Panda boleh collapse dan hilanglah terus satu sumber pendapatan rider.
Kerjaya seperti rider Food Panda, pemandu Grab dan seumpanya yang berdasarkan gig dan hype menarik masyarakat untuk satu insentif yang tinggi pada permulaannya, tidak sesuai dijadikan kerjaya utama. Ia patut kekal sebagai kerja part time sementara masih panas dan hangat. Masuk sebagai pioneer, bila masuk babak baru pemotongan di sana sini, sudah mula tidak menguntungkan, masa itu kena lah cari kerjaya part time lain. Atau bertahan selagi masih ada untung, walaupun sedikit.
Terlalu banyak contoh dari masa ke semasa dan semua bisnes model seperti ini berevolusi. Masa tengah panas dan hangat, menguntungkan.
Model yang Food Panda gunakan dah lama digunapakai oleh Grab. Di awal kemunculan, pemandu2 tayang duit, sebulan boleh dapat lebih RM10k. Insentif lebih banyak dari tambang. Online dan cukupkan trip dah boleh dapat hampir RM3k seminggu. Tapi sekarang memang mengharapkan pada tambang penumpang. Insentif nak capai makin di persusahkan, sebab matlamat Grab pada akhirnya nak suruh orang bawak teksi dan dia nak makan komisyen dari tambang. Dia penyedia applikasi, pemandu pakai applikasi Grab untuk dapatkan penumpang. Itu bisnes model tradisionalnya. Insentif2 lebih daripada upah tambang ni, gig dan hype awal sahaja.
Seperti Airbnb, zaman awal kemunculannya semua orang nak cuba jadi operator dan jadi pelanggannya. Mula bercambah dari masa ke semasa. Ada juga sifu2 yang mula buat kelas bagaimana nak set up airbnb. Pemaju2 perumahan mula iklankan hartanah2 mereka sesuai buat airbnb. Bila semua dah full force, berlakulah lambakan dan tak ramai lah pelanggannya. Yang semata2 beli rumah nak jadikan airbnb sumber income utama, mengalami kerugian. Kalau yang memang dah ada rumah, cuma nak ubah angin dari sewa bulanan kepada sewa harian, tidaklah mengalami kejutan bila airbnb mula dingin.
Seperti juga trend makanan viral, beratur panjang, konon dari serata ceruk pelusuk datang nak cuba makanan viral, akhirnya bercambah di seluruh pelusuk negara juga, dengan sistem dan resepi yang lebih kurang sama, masuk setahun dua, sepi semula. Banyak contoh kan, burger bakar, ice cream pasu, kopi thailand, pau cendawan, banyak lagilah. Kena cari idea makanan viral baru. Untuk beberapa minggu ini, mungkin boba tea la kot masih hype terbaru untuk ramai peniaga kaki lima menjual di gerai masing2.
Untuk anak2 muda, kesimpulannya, kerjaya tradisional asal seperti di fast food contohnya, ada peningkatan dari segi gaji, pangkat, pengalaman kerja, dan boleh membawa ke aras lain dalam kerjaya. Walau bermula dari RM1k sebulan, 3 atau 4 tahun kemudian dah ada peningkatan jawatan dan gaji. Boleh berhijrah ke syarikat lain. Berbanding kerjaya seperti rider Food Panda, yang memang mampu menarik ramai anak muda sertai, pendapatan tak tentu. Job security tiada. Nak dapatkan pinjaman perumahan, kereta, dan lain2 susah. Bukan lah tak boleh, tapi leceh. Kekalkan buat part time, tak payah nak minta bantuan kerajaan tetapkan harga gaji untuk rider, ini open market. Majikan yang tentukan gaji pekerja, bukan kerajaan tentukan. Teruskan dengan kerjaya utama tradisional seperti kerja pejabat, fast food dan lain2. Kurang2 kan lah minta tongkat dari kerajaan. Bina kerjaya anda.
Baca juga,
Baca juga,
Thanks for share infonya,.
ReplyDelete