Sunday, October 6, 2019

Bagaimana Syarikat Penghantaran Seperti Food Panda dan Grab Food Menjana Keuntungan.



Business penghantaran tumbuh mekar kebelakangan ini, seperti business e-hailing. Dengan permintaan menggalakkan dari pelanggan, ramai pemain2 baru muncul mempelbagaikan perkhidmatan mereka. Wujud peluang kerja part time yang banyak sebagai rider penghantaran, tak kurang juga yang menjadikannya kerjaya tetap. Atas sebab waktu yang flexible, pembayaran yang tinggi, atau sebab2 tersendiri. Kita sering mendengar pendapatan lumayan dari pihak rider dengan skim insentif online, bayaran caj penghantaran dan insentif2 lain yang membolehkan mereka menerima sehingga 4 angka seminggu. Kalau dilihat dari model perniagaannya, hanyalah menghantar makanan, dengan caj penghantaran sekitar RM5.00 satu penghantaran. Bagaimana syarikat2 ini mampu membayar rider2 mereka melebihi caj penghantaran dan apa sumber lain syarikat2 penghantaran makanan ini? 



Berikut adalah sumber kewangan mereka.

Caj Penghantaran
Walau RM2 sekalipun, ianya tetap satu sumber kewangan tetap yang dijana pihak syarikat. Ianya bukan sumber kewangan terbesar, tetapi tetap menyumbang kepada ekonomi syarikat.

Caj Pengiklanan. 
Pengiklanan disini tidak bermaksud mengiklankan produk, kerana produk semestinya termasuk di dalam menu. Cuma susun aturnya boleh dikenakan caj. Sepertimana iklan di Mudah.My, siapa yang membayar iklan, iklannya duduk di muka surat pertama, dan siapa yang bayar lebih, iklannya duduk di atas sekali. Juga iklan2 lain yang boleh dimuatkan di dalam applikasi mereka untuk menjana kewangan.

Caj Komisyen
Ini adalah sumber pendapatan terbesar mereka. Setiap penjualan produk oleh restoran, akan dikenakan komisyen oleh pihak syarikat penghantaran. Ianya sekitar nilai 30% dari harga produk. Mungkin terdapat perbezaan harga bagi sesetengah produk di kedai dengan di dalam applikasi, dan ini adalah sebabnya. Sesetengah restoran boleh menyerap bayaran komisyen ini, terutama restoran2 besar berjenama, jadi mereka kekalkan harga yang sama dengan harga di kedai, bagi restoran2 kecil, mereka terpaksa menaikkan harga untuk membayar komisyen kepada pihak syarikat penghantaran.



Funding
Pelabur yang berminat untuk menyertai syarikat2 ini dalam membuat keuntungan, akan membuat pelaburan jutaan ringgit agar syarikat2 ini membesar dan menerajui pasaran. Wang dari pelabur2 juga adalah sumber kewangan mereka.

Dan syarikat penghantaran makanan ini bijak meneruskan minat pelanggan untuk terus melanggan dan menggunakan perkhidmatan mereka dengan promosi berterusan dari media sosial atau email dari masa ke semasa. Seperti contoh email marketing mereka, pertama kali menggunakan Food Panda, kita akan diberikan diskaun 50% sebagai penggunaan pertama kali. Dan selepas itu, kita akan mula menerima email dari mereka untuk diskaun, kupon dan promosi selanjutnya. Kalau berbaloi, kita akan beli jugakan? 



Begitulah sumber2 kewangan utama yang dijana oleh syarikat2 penghantaran makanan ini. Ada banyak namanya sekarang, FoodPanda, GrabFood, BungkusIt, LalaMove, DahMakan, Mammam dan banyak lagi. Kalau tak untung, tidaklah mereka bercambah. Dari sudut ekonomi peniaga dan rider part time juga, bagus. Sesetengah peniaga yang saya temubual menyatakan memang terdapat peningkatan jualan sejak menyertai rangkaian syarikat penghantaran makanan ini. Apatah lagi rider penghantaran yang boleh jana pendapatan sampingan yang berbaloi.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Previous Post
Next Post

0 comments: