Friday, October 10, 2008

Epf monthly withdrawal


Hari ni aku cuti, tapi sekarang ni, hari cuti pun lagi banyak kerja kena buat. Dari pagi aku bawak noura pergi skin clinic di jalan tar, sachdev skin clinic di sebelah SSF kat jalan tar tu. Sebenarnya noura ada masalah eczema. Dia ada alahan pada certain food terutama telur, which is her favourite. Kalau dia makan telur, it will trigger her eczema dan kulit dia mula menunjukkan tanda2 gatal. So far aku dah pergi dia bawak ke banyak klinik termasuk dermatology specialist di HKL tapi, so far dengan Dr Sachdev ni jugak yang berkesan. Walaupun mahal, sekali visit memang tak kurang dari RM100.00, tapi untuk kesihatan noura, aku tak kisah. Dr sachdev ni pun dah tua dah. Sejak dari zaman kakak aku yang sekarang umur 36 tahun lagi dia dah buka klinik tu. Kakak aku pun masa kecik dapatkan treatment dari Dr sachdev ni. Agaknya umur dia dah 70 tahun lebih kot. Mak aku la yang suggestkan Dr sachdev ni.




Lepas gi klinik, aku jumpa jv partner aku untuk collect docs sebab aku yang akan turun bid sabtu ni. Jumpa fara kejap je, tapi yang bosannya jalan jam tadi. Then aku pergi epf untuk submit monthly withdrawal request. sebenarnya aku dah dapat balance of acc statement daripada bank aku dari 10/9 lagi dan balance of acc statement ni expire within 1 months. Esok due date untuk expiry of the statement, sebab tu hari ni jugak aku kena submit. Sebelum ni pada pemahaman aku, untuk monthly withdrawal epf ni, kalau monthly contribution untuk akaun 2 daripada majikan adalah x amount, kita boleh minta untuk keluarkan x amount jugak. Rupanya aku silap. Sebenarnya, syarat asas untuk monthly withdrawal ni, akaun 2 kena ada minimum rm600.00 dan tempoh minimum untuk pengeluaran bulanan adalah 6 bulan. Jadi, kalau akaun 2 kita ada rm600.00, kita boleh keluarkan rm100.00 setiap bulan, direct debit ke akaun peribadi kita, selama 6 bulan. Dan bila tempoh 6 bulan tamat, kalau dalam epf akaun 2 kita ada balance lagi rm600.00 atau lebih disebabkan ada kemasukan baru dari majikan, baru kita boleh apply lagi sekali untuk pengeluaran rm100.00 untuk 6 bulan seterusnya. Nasib baik akaun 2 aku memang ada lebih daripada rm600.00, jadi, dapatlah aku keluarkan duit epf aku tu. Requirement tak banyak, Cuma perlu dapatkan balance of acc statement daripada bank, dan bank memang ada standard form untuk kita isi. Lepas kita submit pada bank, dalam masa beberapa hari bank akan siapkan surat tu dan kita boleh collect. Kita juga perlu sediakan copy of ic, copy of bank book/bank statement dan juga s&p atau kontrak lelongan. Tadi aku tak bawak kontrak lelongan, tapi disebabkan epf masih ada data kontrak lelongan aku yang aku pernah submit untuk pengeluaran pertama 20%, so nasib aku baik, tak payah balik rumah gi ambik dan buat 2-3 kali kerja. 1-2 minggu lagi baru epf akan creditkan duit ke akaun aku. Urusan die pf petaling jaya, sebelah federal highway ni tak ambil masa yang lama, tak sampai 30 minit dah setel, orang tak ramai pun.




Lepas tu aku gi buat akaun elektrik untuk rumah teratak. Process pun tak lama, tak ramai orang kat TNB jalan klang lama. Tak sampai 15 minit je urusan aku di TNB. Isnin ni TNb akan pasang meter dan sambungkan elektrik ke rumah tu, insyaallah bulan depan dah boleh sewakan. Then aku kuarkan duit kat rhb cawangan puchong lak, sebab aku nak keluarkan lebih, aku kena cashkan cheque di kaunter. Aku malas nak buat bankers cheque di rhb, sebab aku caj 5.00. aku suka buat kat cimb, lagipun boleh jenguk banker di cimb untuk cek loan status. Walaupun aku boleh call je diorang, tapi aku lebih suka gi branch je, lagipun tak menyusahkan aku, semua tu dalam area puchong je. Nampaknya loan aku belum approved lagi. Esok agaknya baru keluar result. Last skali urusan aku, aku gi pejabat lawyer anuar hong, nak mintak refund payment yang aku dah buat untuk rumah pv aku dulu. Rupanya officer in charge tu hospitalized. Kalau ye pun assign le kat officemate, sekarang ni tak tau apa status. Esok aku kena pergi office lawyer tu lagi jumpa lawyer lain. Yang attend aku tadi pun orang baru, baru start keje, gantikan officer yg hospitalized tu agaknya. Nak harapkan diorang yang call aku, takde la jawabnya. Mentang2 la kes aku kecik, diorang buat tak tau je. Noura lak kalau keluar ngan aku memang tak tidur tengah hari atau petang la. Banker aku, lawyer aku, semua dah kenal noura .. kalau aku gi buat urusan kerja ni, memang aku bawak noura. Bila dah setel semua, baru aku balik rumah. Lunch tadi pun makan kat wendy’s puchong je. Tadi ada pulak jemputan open house budak giant, anak buah wife aku. Penat jugak satu hari ni punya kerja. Minggu ni ada jugak aku tengok2 listing auction. Wow.. memang banyak property yang hot n spicy. Korang semua cuba2 lah masuk, mana tau ada rezeki.
Previous Post
Next Post

4 comments:

  1. min 600 erk?

    aku maseh blur ngan cara ni...
    camne ni? adoi...

    ReplyDelete
  2. Begini ceritanya bling.. katalah situasinya kau ada satu rumah atas nama kau dan monthly paymnt dia RM500.00 sebulan.. dalam akaun 2 kwsp kau ada rm1200.00.. kau boleh keluarkan duit RM1200.00 ni, tapi secara berperingkat, tempoh minimum selama 6 bulan. Jadi, kau ada option untuk keluarkan RM200.00 selama 6 bulan, di kreditkan terus ke dalam akaun bank kau, atau kau juga boleh pilih untuk keluarkan RM100.00 setiap bulan selama 12 bulan. Walaupun setiap bulan, majikan akan masukkan sejumlah wang ke dalam akaun kwsp kau, itu belum boleh diambil kira lagi. Apa yang kau boleh minta untuk pengeluaran bulanan, adalah berdasarkan pada jumlah yang dah sememangnya ada dalam akaun 2 epf kau. Itu yang aku maksudkan minimum tenure 6 bulan, dan minimum yang kena ada dalam akaun 2 adalah RM600.00.

    ReplyDelete
  3. bagus juga kalau loan yang mempunyai kemudahan OD sebab boleh kuarkan..

    terpakai untuk daily rest daily compounded la.epf dan sewaan leh terus masuk dalam tu.then nak kuar boleh nak terus kurangkan principel pun boleh sambil reduce interest..

    ReplyDelete
  4. itu nama nye kwsp jln gasing..tpt gwe bukak acc kwsp..hee

    bleh x kuarkan duit epf bkn tujuan utk byr rumah? selain investment unit trust..

    ReplyDelete