Wednesday, October 22, 2008

Duit raya anak..

Bagi mereka yang ada anak, hari raya boleh dikatakan masa untuk anak2 menerima bonus tahunan. Apa yang boleh dibuat dengan duit raya ini? Aku teringat masa aku masih menerima duit raya. Di kampung aku, sedara mara aku memang bagi duit raya yang agak banyak, di samping tradisi collection dari rumah ke rumah. Masa hari raya, on average aku boleh dapat RM300-500 duit raya setiap musim raya, dari umur aku kecik sampai la umur aku 21 tahun. Zaman tu aku takde kesedaran tentang kewangan, jadi duit tu aku habiskan untuk shopping selepas raya dengan shopping sakan di JB, Singapore atau di KL. Tapi sekarang, bila aku dah ada kesedaran tentang kewangan, aku mula merancang untuk anak aku juga. Disebabkan anak aku masih tidak mengenal erti duit, segala apa duit yang dia dapat aku akan simpan dalam asb aku, dan setiap resit yang disimpan untuk Noura, aku akan simpan sampailah umur dia 12 tahun, untuk aku bukakan asb untuk Noura. Segala duit Noura akan di transfer kepada asb Noura dan buku asb tu pulak aku akan simpan sampai la Noura cukup dewasa dan matang untuk handle kewangannya sendiri. Buat masa ni, aku rasa itu yang terbaik, tapi aku sedar, satu hari nanti, dia akan kenal duit, dan akan mempunyai keinginan yang sama macam aku masa kanak2 dahulu, iaitu membelanjakan duit raya untuk tujuan selain dari disimpan. Maka, dari sekarang, aku kena fikirkan apa yang aku boleh ajar untuk dia gunakan duit dia. Ada pendapat dari blogger dan kawan2 yang ada anak yang dah besar? Aku nak cari buku yang boleh membantu aku dan anak2 aku merancang kewangan mereka. Hari ini aku ada beli beberapa buah buku, antaranya biskut ajaib (Shamsuddin Abdul Kadir dan Nor’Aini Mohamed Noor), The Economic Naturalist , Why Economics explains almost Everything ( Robert H Frank ) dan Kampung Kaya ( Razzi Armansur ) selain satu pack buku kanak2 yang dicukai oleh Noura. Kalau aku pergi jalan bawak Noura macam tu la, selalu kena cukai dengan dia. Total spending untuk buku hari ini, RM96.00. Bila aku dah habis baca buku2 ni nanti, boleh la aku buat Books Review. Sebenarnya aku nak cari lagi satu buku, Rich kid, Smart kid, tapi dah habis stock pulak kat MPH Subang Parade tu.

Buku aku

Buku Noura

Previous Post
Next Post

8 comments:

  1. setakat nie ape yg aku buat tuk duit raya anak aku...aku masukkan dalam tabung haji...

    ReplyDelete
  2. err aku lak... habis dah aku guna..teruknye... heheh..nanti aku ganti balikla...
    p/s: comelnye buku noura

    ReplyDelete
  3. biskut ajaib & kg kaya ni buku org dewasa eh? macam buku kanak2 aje tajuknya.. bagus spend on books ni actually cuma anak2 aku suka makan buku. ahakkk.

    ReplyDelete
  4. emm....kalo tanya pie..feberet place saya, mesti dia kata shopping complex...hehehe..standardlah kan org pompuan..tapi ader tujuannyer...since dr saya pregnant sampai afrina lahir saya dah ajar dia 'mencintai' buku.. feberet place yg tak pernah miss...MPH..kenapa?....coz saya suka membaca..sekarang afrina akan cari buku sendiri kalo masuk MPH...tapi selalu dia akan cari buka yg ader feberet kartun dia..mickey mouse/pooh....
    duit raye?..masuk akaun didik..wpun dividen dlm 6% tapi jadilah dr duk berkepuk dlm yippie akaun dia...
    lagi satu...sediakan tabung untuk dia menyimpan..ajar dia masuk duit syiling(afrina selalu pow ayah dia duit coz nak masuk dlm tabung)..heheh....

    ReplyDelete
  5. aku mencube untuk imagine bila aku dah ade anak kang...

    huh..susahnya.hee.risau2..em.akan ku bawak dia kemana2..luangkan masa bersama.insyaallah ke tempat2 yang dapat membantu perkembangan dia tentang dunia luar..boleh la guide sket2..

    berbanding dia di guide oleh rakan sebaya (yg baik takpe) dan persekitaran yg kurang baik..bahaya macam2 skang ni..hu.risau2..

    ReplyDelete
  6. fara.. habis dah duit raya anak kau?? hahah.. kelakarnya.. takpe.. nanti mak ganti balik..
    merc.. ganasnya anak kau makan buku.. biskut ajaib tu buku kanak2.. kampung kaya tu buku dewasa..
    hani.. aku pun kena camtu gak.. duit syiling dalam keta.. dalam poket aku.. semua kena kaut dengan noura.. dia kata duit kakak.. heheh.. masuk tabung kakak.. bila dah cukup RM30-50 aku transfer masuk asb.

    ReplyDelete
  7. apsal man x komen topik ni?
    kakct? woww lg ramai... haha

    setakat ni duit alfieras ade dlm 1k aku buh dlm asb aku... hehe...

    semalam syawal yg ke 25 pon dia dpt wit aye lg.. huhu... murah rezki dia... amin..

    noura, nk wit aye uncle x? suh papa awk wat open hos. keh3... kambing panggang black pepper satuuu.... wakaka...

    ReplyDelete
  8. waaahh.. seme cakap bab anak.. tak boleh jadik nih..tak sabo2 lak nk kawin..
    ape lagik.. met..kawin cepat2.. hehehe..met..mau tunda tarikh kawin ker..

    ReplyDelete