Tuesday, October 28, 2008

TNB matters..

Untuk pembelian rumah lelong, selalunya memang bank tak cover bahagian bil api, bil air dan bil pembentungan. Untuk bahagian bil api, selalunya juga, tak berapa banyak, dalam ratusan ringgit sahaja. Itu yang berlaku pada kebanyakan rumah lelong aku. Penyelesaiannya, bila aku bawa bil api ke tnb, aku cuma perlu tukar nama kepada nama aku. Aku tak perlu bayar bil lama. Caj yang terlibat cuma deposit RM200.00 dan stamp duty RM10.00. Melainkan rumah tersebut telah lama dipotong bekalan elektrik, melebihi 6 bulan, dan meter telah di cabut, itu memerlukan wireman inspection. Kalau bil api telah di potong, cuma di cabut suis sahaja, kita boleh terus tukar nama, dengan membayar deposit baru. Itu yang berlaku pada aku selalunya. Tapi untuk satu kes rumah aku ni, lain sikit ceritanya. Rumah ni aku dapat bulan mac tahun ni. Dah lama dah. Monthly payment belum start lagi. Dalam bil tnb cuma tunjuk tunggakan beberapa ratus sahaja, dan aku pun cuba tukar nama masa bulan april dulu. Tapi bila tnb officer check dalam system, diorang kata rumah ni ada kes curi elektrik, atau meter yang telah di usik. Jadi, tnb ada kenakan caj/penalty/saman terhadap bill rumah ni, yang berjumlah lebih kurang RM3900.00, yang tidak di masukkan ke dalam bil bulanan.




Jadi, menurut officer tnb tu, aku tak boleh tukar nama selagi aku tak jelaskan pembayaran tersebut. Nampak macam tak adil, sebab bukan aku punya sebab. Aku cuma pembeli rumah lelong. Tapi nampaknya macam aku yang kena tanggung. Aku dah forwardkan request, kalau boleh mintak bank pelelong yang langsaikan tunggakan tersebut, melalui lawyer aku, tapi sehingga kini belum dapat jawapan lagi. Dalam minggu ni bank aku akan buat disbursement kepada bank pelelong, jadi aku try buat tukar nama minggu lepas di cawangan kedai tnb Bandar Puteri, Puchong, tapi masih dapat jawapan yang sama. Aku cuba bagitau yang selama hari ini, aku buat tukar nama, boleh je, sebab aku cuma pembeli baru. Benda ni pun boleh dibuktikan dari kontrak lelong, dan kalau itu tak cukup, boleh tunggu deed of assignment bila dah siap nanti. Itu pun diorang tak bagi jugak. Diorang kata kes ni lain sikit, tunggakan dia banyak, kalau aku tak puas hati, aku kena jumpa officer di tnb Subang Jaya. Hari ni aku nak pergi tnb Subang Jaya.
Previous Post
Next Post

11 comments:

  1. salam sifu...


    oo... maksudnya kalau ada tunggakan 2-3 ratus pun... blh terus tukar nama laa... yg tunggakan tu tnb tak tuntut ke?

    tq atas jawapan..

    nbs1205

    ReplyDelete
  2. aku pon dpt tunggakan rm900++ tp juz tukar nama n bayar deposit jerk...

    mmg ade kes curi letrik tp mesti ade bukti yg kukuh n sahih yg mengatakan unit/premis yg kt beli tu mencuri letrik sebelum ni...

    suh TNB tu tunjukkan bukti... (mcm pandai je aku ni. keh3)

    ReplyDelete
  3. macam tuu eekk.. mesti boleh selesai punya..bincang baik-baik dengan TNB..

    ReplyDelete
  4. Pasal kes curi elektrik ni TNB memang ada taskforce untuk tackle benda ni. Pasal bukti biasanya dalam bentuk gambar

    Bincang baik-baik dengan pegawai TNB tue. Insya Allah boleh settle.

    ReplyDelete
  5. Misi gagal. Aku masih tak dapat tukar nama ke nama aku. 2nd option sekarang, aku kena berharap yang bank akan dapat bayarkan. 3rd option, baru aku appeal kepada tnb, dalam bentuk rebate, dan juga dalam bentuk instalment. Option lain, kalau owner asal tu ada akaun lain dengan tn, selain daripada rumah tu, tnb boleh pindahkan amount tu ke akaun yang masih aktif, tapi dia takde akaun lain..

    Nbs.. untuk tunggakan biasa ni, takde masalah, kau memang boleh tukar nama dengan bawa deposit dan stem hasil RM10.00 je. Baki tunggakan tnb akan gunakan deposit owner asal.

    Bling2.. tnb ada bukti la.. diorang memang ada ambil gambar dan ada surat tuntutan untuk benda ni. Aku dah forwardkan surat tuntutan dan surat appeal aku kpd bank supaya bank yg bayarkan..

    ReplyDelete
  6. itu org lama mmg kasi susah org jugak...
    tnb sdh ptg letrik dia kasi curik pulak... haha...

    kos kontigensi/luar jangka...

    ReplyDelete
  7. salam faris, boleh sy dpt kan email atau contact no saudara. saya ingin bertanya mengenai masalah yg saya hadapi setelah membeli rumah lelong. tunggakan maintenance owner lama masih belum disettlekan walaupun saya telah mula membayar loan dan duduk rumah tu. seringkali kena ugut oleh maintenance utk potong air sebab tunggakan beribu. lawyer pulak buat bodoh je bila tanya. What shall i do? this is my email nazrilmohd@yaho.com

    ReplyDelete
  8. nazril, aku dah jawab email kau minggu lepas. dah setel?

    ReplyDelete
  9. faris, ko bace ke comment kt posting yg lame2 ni?

    nak tanye, kenapa tnb shah alam sengal sgt bila nak tukar nama bil eletrik? townhouse aku menang kt shah alam tu ada tunggakan dlm 700, bila nak tukar nama, dia suh aku byr semua skali jgk haha.

    alasan dia bil tu nama owner sebelum owner yg kene lelong ni (org yg kene lelong ni beli subsale dgn owner sebelum tu, xde tukar nama apa).

    btw kita bole pegi tnb lain ke tukar nama? rumah shah alam gi tnb subang?

    ReplyDelete