Tuesday, November 25, 2008

Modal..

Dalam menyediakan modal untuk memulakan pembelian hartanah, aku lebih suka mengekalkan komitmen sedia ada, tanpa ada bebanan tambahan, dan aku lebih suka bermula dengan duit simpanan sendiri. Simpanan sendiri adalah yang terbaik. Kalau kita tak mampu sekarang, kita perlu mula mengumpul dari sekarang dan tetapkan target bila kita akan berhasil untuk mengumpul sekurang2 nya 10k. Tapi pada aku yang paling baik kalau ada 11k, sebab kita boleh buat sijil ASB dan kemudian cagarkan pada RHB untuk mendapatkan RM10450.00 yang bersamaan 95% nilai sijil ASB kita setelah kita OverDraftkan. Sila rujuk entry2 yang lepas untuk pemahaman tentang OD against ASB. Berapa lama jangka masa untuk kita kumpul 11k ni? Kalau kita mampu menyimpan 1k sebulan, ianya mengambil masa 11bulan.. kalau kita mampu menyimpan 500.00 sebulan, ianya mengambil masa 22 bulan, hampir 2 tahun. Itu lebih baik, daripada tiada apa2 cita2 langsung. Jadi, kalau kita mampu menyimpan 500.00 sebulan, setiap 2 tahun kita sudah mempunyai modal untuk memiliki sebuah rumah yang berharga dalam lingkungan 70-80k sebuah, yang boleh merupakan sebuah apt low medium atau medium cost, mencukupi untuk bayaran muka 10% dan duit lawyer fee.

Cara yang kedua adalah melalui pengeluaran EPF. Sekiranya kita adalah pekerja swasta yang mencarum dalam EPF, dan telah bekerja lebih kurang 5 tahun, dengan gaji purata 2k sebulan, dalam akaun 2 kita memang akan ada lebih daripada 10k, dan…secara teorinya, katalah kita telah membeli rumah pertama pada harga 80k, dan dalam akaun 2 EPF kita ada 16k, bermaksud kita boleh keluarkan 16k tersebut dan kita boleh membeli lagi 2 buah rumah yang berharga lebih kurang 80k sebuah. Kalau kita sudah berkahwin? Gunakan rumah yang ketiga tersebut atas nama pasangan kita, dan pasangan kita juga boleh mengeluarkan 16k duit EPF dia, untuk membeli 2 buah lagi rumah yang berharga lebih kurang 80k. kesimpulannya.. daripada modal asal 10k, kita gunakan duit EPF kita dan pasangan kita, akhirnya kita memperolehi 5 buah rumah.. Ooo.. cara ni aku pernah cerita pada mereka yang pernah TT dengan aku.. mungkin pada diorang.. repeated story.. tapi.. ni la hakikat yang korang perlu lihat.. gunakan sumber sendiri… tanpa perlu menggunakan pinjaman peribadi..

Cara yang ketiga.. masih berpegang pada prinsip mengekalkan komitmen peribadi pada pihak bank pada tahap yang sama.. kita cuba lihat apa yang kita ada.. kereta?? Berapa tahun kita dah guna kereta kita?? Berapa nilai market value sekarang dan berapa nilai baki pinjaman?? Contoh, kalau kita membeli proton wira baru pada 5 tahun yang lalu pada harga 42k, dengan pinjaman 7 tahun, pada interest rate 4% setahun, loan 90%.. 37,800.00.. monthly payment 576.00 sebulan. Kalau mengikut kiraan, baki pinjaman di tolak rebet interest, lebih kurang 11k. katalah.. nilai market value semasa proton wira tersebut, 25k.. apa kata kita refinancekan, mungkin margin of finance boleh pergi 85%, bersamaan loan amount 21k, dan di tolak baki pinjaman 11k, ada baki 10k. ditolak processing fees, insurance dll yang mungkin dalam lingkungan 1k, masuh ada baki 9k.. loan amount baru 21k, pada interest rate 5% untuk pinjaman 5 tahun, monthly payment yang baru adalah lebih kurang 440.00 je. Kita dah kurang komitmen bulanan daripada 576.00 kepada 440.00.. kita ada 136.00 extra money bulanan, dan kita ada 9k cash in hands… dan kita akan pakai wira tu untuk 5 tahun lagi. Ada terpikir nak tukar kereta baru ke? Kalau rasa tukar kereta baru lagi penting.. terpulang la.. aku cuma provide cara je. Kalau kita ada rumah sendiri yang kita duduki untuk sekian lama, pun kita boleh refinancekan semula untuk mengumpul modal.

Ketiga2 cara yang aku tunjukkan, adalah contoh.. cara yang praktikal.. dan boleh kita buat dan telah di buat. Banyak lagi cara lain yang terdapat. Ada saper2 nak kongsi cara masing2?
Previous Post
Next Post

26 comments:

  1. sangat menarik topik nie, nnt aku mau tanye lanjut...

    -tuah-

    ReplyDelete
  2. tips yg bagus sekali. semoga semua mendapat manafaat.


    kayzen

    ReplyDelete
  3. ko nak juall persona ko kee tuahh. . hehehehe

    ReplyDelete
  4. en faris..kalu tanah leh tak refinance...

    ReplyDelete
  5. menarik betul.....

    tapi kebanyakan or bila beli rumah pertama tak pikir camni... biasanya bila buat pengeluaran epf tu... memang joli nak renovate rumah la, pasang kitchen cabinet memahal la, macam-macam.... termasuk la aku sendiri... tapi dulu laa... sekarang ni Alhamdulillah... semenjak bersahabat dengan blog korang-2 semua... cara aku berpikir dah banyak berubah...

    ReplyDelete
  6. aku nak suruh abah aku refinance van abah aku la..biar mengamok org tua tuh...hakhak

    ReplyDelete
  7. camner cara nak kuarkan epf tu sifoo faris??
    kanker rumah pertama jer yg bleh kluarkan EPF tu... tolong jelaskan

    ReplyDelete
  8. yeah loan aku dah approve...

    haah kan, simpan la 1k sebulan leh
    beli umah tiap2 tahun... :)

    ReplyDelete
  9. betul2..melainkan kalau leh buat pinjaman tanpa interest..

    ReplyDelete
  10. Yoo.. aku suka topik nii.. tq sifu faris.. terjawab sudah.. teknik nak dapatkan modal

    ReplyDelete
  11. terjawab sudah ke fizal? ahhaha.. ni baru sikit.. teknik cara aku je.. sebab aku suka kekalkan komitmen pada bank pada tahapsedia ada.. senan nak mohon housing loan lagi.. kau pulak cerita teknik ayam kampung kau... hahah..

    man.. kau refi la perodua murano kau tu.. hahah..

    kalau ada tanah.. boleh cagarkan untuk dapatkan overdraft..

    ReplyDelete
  12. pengeluaran epf yang aku maksudkan disini.. adalah untuk pengeluaran pertama.. sebab tu aku ada mention.. rumah yang pertama.. kita keluarkan epf kita.. rumah yang kedua atau yang ketiga kita gunakan nama pasangan kita untuk rumah tersebut, supaya kita boleh sebat epf dia untuk pengeluaran pertama bagi akaun epf pasangan kita.. bila ada duit lagi dalam epf.. keluarkan untuk mengurangkan baki pinjaman.. lebih elok kalau loan akaun tersebut berbentuk flexi.od facilities.. boleh kita keluarkan semula..

    ReplyDelete
  13. Topik yg menarik. boleh digunakan.take note. TQ!

    din:bile mau kasi sewa rumah?keje wiring kena apply kat pej maint. Nanti cian Man tak leh masuk buat keje. hehe

    ReplyDelete
  14. akhirnya.. topik yg ditunggu.. tenkiu bro..
    lepas ni mesti ramai ikut cara sifu faris ajor ni..dl ms jupe sifu faris mintak gak tips camni.. die bgtau secara kasar saje.. kali ni.. lagik clear.. jelas.. baik punyer..trimasih bebanyak

    ReplyDelete
  15. syok akuu.. terjawab sudah.. boleh gak aku apply cara nii.. heh hehe.. tq sifu faris

    ReplyDelete
  16. Gud...Faris..
    info cantik...jalannya menarik..
    kesedaran tahap gaban niih..
    kompom,..kelab niih akan cepat berkembang...
    geng kaya passive income baruu..
    tahniah...

    orang yang tiada epf atau benda nak re-fi...sabau jer la...
    kayuh tetap kayuh..

    ReplyDelete
  17. awakk tak perlu refinance diverr...
    cash dah bykk .. tak tauu nak buat apa ....
    lagi pun umur dah lanjuttt ... hehehehe .. juall jee asset yg ada ... carii orang rumahh baruu ...hhehehehe

    ReplyDelete
  18. Chisss Pie...
    ini suda libe..mau kasi fire stone pulak..
    kita, kalau nak tambah,..declare kat orang rumah..
    senang nak cerita kalau (ter) ditangkap..he..he..

    tak macam member kawan sorang tuu..
    ada ati, walau duit banyak,
    tak leh cakap,..tak seronok juga..ha..ha..

    >> kawan plan, tak mau anak2 kerja berat cam bapanya..
    supaya dia orang ada masa nantinya...
    nak temankan bapanya pegi makan angin dengan girl friend..

    ReplyDelete
  19. woww ape cite tambah tp x leh cakap ni??!! harharhar...

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Entri yang bagus dan menarik.. thanks Faris!!

    ReplyDelete
  22. Tambah lagi ilmu aku pasal property investment.

    Aku dah terbeli umah aku nak duduk Rm 300K - Denai Alam, Shah Alam. nasib baik aku sempat beli aprtment sebelum aku beli umah aku duduk.

    So, dah terbeli nie, duduk je la ..

    Baru nak tambah lagi umah untuk investment. Terima kasih Faris & Pie....bukak minda aku.

    Note : baru je dapat duit refinance umah apartment aku...:D
    Bleh start le tak lama lagi..

    ReplyDelete
  23. sama2 aziz..kebanyakan dari korang semua kat sini macam tu la.. rumah sendiri dah ada.. duit pun ada lebih sedikit sebanyak.. daripada duit tu di simpan atau di belanjakan.. baik mulakan sesuatu untuk menjana passive income..

    ReplyDelete
  24. bagus2..tapi mostly blum cukup utk kaedah ke 2 n ke 3..huhu..

    mekaseyy..aku siap kira epf acc 2 lg..tgk2 ciput je lg..hahaa

    ReplyDelete