Aku tak prefer pembelian kad percutian. Sebabnya.. kad percutian akan mengakibatkan aku tertakluk pada hotel yang berkaitan, dan membataskan pergerakan aku. Walaupun ada free 2D1N atau free 3D2N.. aku still tak prefer.. sebab tarikhnya belum tentu boleh dapat tarikh yang bersesuaian. Dan belum tentu aku akan gunakan kad percutian ni, walaupun dijanjikan diskaun untuk kemudahan bertaraf 5-6 bintang.. adakah itu yang kita perlukan? Apa yang aku perlukan masa bercuti cuma kemudahan bertaraf 3 bintang.. yang merupakan bilik yang selesa, berhawa dingin, breakfast provided dan kolam renang untuk anak2 aku berendam. Selebihnya, aku akan menghabiskan masa diluar untuk kegiatan luar seperti meronda, bershopping, makan, melawat tempat2 menarik dan macam2 lagi la. Bila kita pergi tempat orang, takkan kita nak terperap di bilik hotel sahaja kan..
Kemudahan bertaraf 3 bintang biasanya melibatkan kos 100.00-150.00 satu malam untuk satu bilik, maksudnya satu bilik sudah mencukupi untuk aku dengan wife aku dan anak2 aku yang masih di bawah umur. Kalau tempat yang jauh2 macam Sabah, Sarawak, atau pergi pulau sekalipun macam Pulau Langkawi, aku prefer naik flight sahaja sekarang. Aku prefer mengunakan Air Asia disebabkan, murah, dan aku boleh merancang awal. Dah tiga tahun aku buat percutian cara ni. Caranya, bila Air Asia iklankan tambang murah, freeseat, aku terus pilih tarikh dan destinasi yang sesuai, dan beli melalui kredit kad. Sebagai contoh, masa tahun 2007, aku pergi Pulau Langkawi, promosi free seating untuk 2 orang, bayaran untuk fuel surcaj pergi dan balik, seorang, cuma RM80.00, maksudnya tambang aku pergi Langkawi RM40.00 sehala. Murah tu.. kalau naik kereta, dengan penat lagi, tol, minyak dah berapa ratus. Sampai airport boleh terus ambik kereta sewa dan terus pandu ke hotel. Hotel pulak aku duduk di hotel 3 bintang Aseanea, RM100.00 satu malam, siap ada swimming pool terpanjang di Asia.Total kos flight dengan hotel untuk 5D4N, RM600.00 sahaja. Sewa kereta pulak, RM40.00 satu hari, sebab aku pergi time weekdays. Disebabkan tambangnya murah sangat, aku tak praktikkan cara Installment payment plan. Masa aku pergi Sabah baru aku guna cara Installment payment Plan, sebab mahal sikit. Aku pergi ramai, bawak famili belah wife aku, so semuanya swipe guna kredit kad wife aku. Aku beli masa bulan Sept 2007 kalau tak silap, dan percutiannya pada bulan July 2008. aku suruh wife aku convert pembelian ni kepada 10 months Installment payment plan, dan by the time aku pergi Sabah, semuanya telah siap dibayar. Tahun depan pun aku rancang satu lagi percutian ke Bangkok, bulan July 2009, dan aku guna cara yang sama, beli bulan Sept yang lepas, promosi free seating, Cuma bayar fuel caj dan airport tax sahaja. By the time July nanti, semuanya dah habis bayar. Maksud aku, bila aku gunakan kemudahan kredit kad seperti ini, aku tak perlu menyimpan untuk pergi bercuti, tapi aku akan membeli tiket dari sekarang, mula membayar, dan pergi bercuti setelah semuanya telah aku selesaikan.
swipe...wow...syoknyeerr..
ReplyDeleteaku beli tiket 12 bulan..
nak dapat free ticket..
cuma byar fuel charge je ngan airport tax..
lama sangat sampai aku dah lupa dah..
itu cara aku nak saving sambil dapat pergi bercuti
woww mau pegi euro la pasni..buat dr skang 5 tahun lg leh pg euro...hakhak
ReplyDeleteman, "swap" arr kredit kad ko tuh?hak hak hak....
ReplyDeleteyg pasal kad percutian tuh aku sangat setuju, sekali kakak n abg aku terkene.dah subscribe, dapat free duduk kat genting..tgk2 hotel..perghhh....seram giller arr mau duduk...langsung tak jadi duduk
pasal swipe CC dulu, then byr abis installment sebelum percutian sangat menarik..nie menda baru pada aku nie. kire kaedah lain simpan utk bercuti...sangat2 bagus berbanding cuti dulu baru byr...
tq faris!!
-tuah-
Salam,
ReplyDeletecurrently cc yg offer 10 month easy payment ni bank yg mana yer
quote : Tahun depan pun aku rancang satu lagi percutian ke Bangkok, bulan July 2009, dan aku guna cara yang sama, beli bulan Sept yang lepas, promosi free seating,
ReplyDeleteselambe jer sifu g bercuti...
lepas blk dari redang sambung g Bangkok plak... harap mase tu nnt x darurat mcm skang ni...
jeles tul aku...
man, pinjam direct access ko jap... huhu
setahun aku target at least 3 percutian.. satu percutian besar.. naik flight.. budget 2-3k.. ambil masa 4-5 hari.. 2 lagi percutian kecil.. budget bawah 1k.. untuk 2-3 hari.. heheh tu la pasal selain bangkok.. ada pergi redang.. then ada lagi yang lain.. dengan family..
ReplyDeletepok dik.. so far aku pakai cimb credit card untuk convert 10 months payment. bayar processing fee sahaja, 10 months interest free.
ReplyDeleteooo cimb.. tima kasih sdr faris
ReplyDeletepasni nak terus apply
hishh..memula masuk 1st impression cam pirate of carrabean plak...hhehehhe...
ReplyDeletelawa new page ni fariz.....
aku tau kau tak kerja air asia tapi nak tanya jugak..nak book tiket obersee kena ada passport ke? trip tu lama lagi tapi tiba2 ada promotion..camner ah?
ReplyDeletebila kau nak beli ticket air asia.. sama ada kau masukkan ic number atau passport number.. passport kau valid atau tak.. tu dia tak check.. masa kau nak pergi nanti baru check.. so.. utk asean country.. takde masalah walaupun takde passport lagi.. bini aku pun tak buat passport lagi.. tapi.. aku tak pasti macam mana untuk australia, london dll.. sebab .. macam mana dengan visa kan? kalau dah beli ticket.. pastu tak dapat visa? problem gak tu nanti..
ReplyDeletebaguih benor topik ni.. teruja lak aku mau gi cuti2 malaysia nih..nk honeymoon nnti2..leh ikut gak cara ni...
ReplyDeletewa penah gak pk pasal kad percutian tuh.. mmg tak ok ker?? wa penah la dipromote oleh agen2 ni.. cam menarik.. tp tak terbuke lagi mau masuk member kad percutian tuh
tenkiu sifu
kad percutian?-aku reject awal2.hehe.
ReplyDeleteaku tak suka cuti aku dikontrol org. yelah. kena duk hotel terpilih jer.
kalo leh, gi cuti nih nak jalan2. nk makan mknan tmpt tuh. bukan duk hotel semata2.
aku baru tau leh byr bulan2 guna cc cimb. aku dah ada cc cimb. rugi nyer tak guna.hehe.mcm mana nk select byr 10 months installment?kena call cimb ker?
aku dah buat dah faris..mmg syiokkk leh convert installment.. bayagka kalo x convert..bape kene byr int die tuh..
ReplyDeletetp aku x paham kalo dlm mase 10bln tu kalo full settlement kene penalty..padehal kite lah rugi kan??
ye betul carjunk.. once kau dah buat purchase bernilai 1k and above.. kau boleh call cimb untuk convert pembelian tersebut kepada 10 months, 20 months atau 30 months installment without interest, tapi cimb akan charge one time processing fee. aku pakai cimb classic untuk convert pembelian kepada installment, aku tak pasti kalau petronas cimb pun boleh convert.. bini aku pakai direct access.. pun boleh convert. Man.. kalau kau settle early, kau kena charge, sebab.. bank akan hilang peluang untuk buat duit... "peluang" sahaja.. sebab.. bila kau convert kpd installment.. dan kau bayar full amount bila bill sampai.. takde masalah.. sebab takde interest.. tapi kalau bill sampai.. kau bayar minimum payment.. balance dia akan ada interest kan?? tu la "peluang" untuk bank buat duit. contoh.. kau beli barang harga 1k.. convert 10 months... monthly 100.00 akan di caj, tapi kau still boleh bayar minimum 50.00...
ReplyDeleteowhh faham2...mcm tu rupanyaa.. power gile la sifu faris nih... fuhh
ReplyDeletewow.. man sudah beli gitar baru.. next TT boleh la hiburkan kita orang..
ReplyDelete