Monday, December 15, 2008

Claim refund untuk cukai taksiran & maintenance fee

Untuk pembeli rumah lelong, kebanyakan pembeli risau tentang tunggakan cukai taksiran dan maintenance fee daripada pemaju. Asas yang perlu diketahui adalah daripada Pengisytiharan Jualan yang boleh diperolehi daripada pihak pelelong, sama ada tunggakan tersebut di tanggung oleh pihak bank atau tidak. Untuk makluman, bil api, bil air, bil IWK tidak di tanggung oleh pihak bank. Lain bank, lain cara pengurusan dan jumlah yang di tanggung. Aku sendiri pun ada beberapa kes yang pihak bank tidak menanggung jumlah tunggakan, dan ada yang bank tanggung.




Sekalipun bank menanggung cukai taksiran dan maintenance fee , ini tidak bermaksud bank akan membayar kesemuanya sejurus selepas kita memenangi hartanah tersebut di acara lelongan. Selalunya, apa yang berlaku ialah, kita perlu mendahulukan tunggakan2 tersebut dengan duit kita, dan apabila pihak bank kita menyelesaikan baki kepada pihak bank pelelong, lawyer kita akan bertanggungjawab menuntut kembali jumlah tunggakan tersebut dari pihak bank. Untuk bil maintenance fee dan cukai taksiran ini, kita boleh bayar sendiri di pejabat berkaitan, dan forwardkan bilnya kepada lawyer kita untuk tujuan claim.

Kenapa kita perlu bayar dahulu? Untuk menyelesaikan proses pindah milik nama, pihak pemaju dan Pihak Berkuasa Tempatan mahukan semua bil2 semasa telah dibayar. Untuk kes2 tertentu, kita boleh mohon pihak pemaju menunggu sehingga pihak bank menyelesaikan sendiri tunggakan tersebut, tapi, ini jarang berlaku. Berapa pula kebiasaan jumlah tunggakan? Kalau bernasib baik, tiada tunggakan langsung, Aku pernah dapat! 2 rumah lagi..!! Tapi kebanyakan rumah lelong, adalah rumah yang bermasalah, kalau satu bulan maintenance RM90.00, kalau setahun dah RM1080.00, campur tunggakan cukai taksiran, mungkin 420.00 setahun, lebih kurang RM1500.00 juga kan.. Ada kes yang tunggakan maintenance fee mencecah 15k .. tapi, kalau berbaloi membeli, apa salahnya.




Sekarang, persoalan yang terakhir.. berapa lama pula kita perlu menunggu sebelum pihak bank memulangkan semula duit kita? Yang ini subjektif, bergantung pada pihak bank, dan pihak lawyer yang selalu buat follow up. Aku ada beli hartanah lelong pada bulan November 2007, dan aku selesaikan cukai taksiran dan maintenance fee pada bulan March 2008, tapi sampai sekarang pihak bank pelelong belum released duit claim tersebut. Aku ada beli hartanah lelong pada bulan March 2008, dan aku selesaikan maintenance fee pada bulan July 2008 dan cukai taksiran pada bulan October 2008, dan baru Jumaat lepas pihak bank pelelong fax kan surat kepada lawyer aku, mengatakan cheque akan released minggu ini, tapi hanya separuh bayaran sahaja. Hari ini cheque dah sampai pada lawyer aku, rupa rupanya pihak bank reimburse cukai taksiran aku dahulu, maintenance fee yang aku dah bayar, diorang lupa nak masukkan sekali. Kena tunggu lagi….
Previous Post
Next Post

7 comments:

  1. hehe
    aku selalu klik kat iklan kau..
    tanda support pada blog kau yg padat
    dengan info terkini dan sensasi..

    pada pembaca (esp. silent)
    sila klik pada iklan utk membantu Sifu meneruskan pembangunan insan modal..

    ReplyDelete
  2. hm.. beli umah lelong ni kalau kena gaya memang untung tp kena modal besar sket la kan. kena prepare cash lebih. itu sebab tak semua org dpt beli atau suka beli rumah lelong. especial first time house buyers. kuasa lbh pd org yg lebih berduit dan berpengalaman.

    ReplyDelete
  3. ye.. terima kasih kerana mengelik iklan.. tapi so far.. pendapatan masih kurang memberangsangkan.. sila klik selalu.. terima kasih.. aaa.. cik rohaniah.. betul tu.. tak semua orang sanggup membeli rumah lelong atas faktor2 yang cik rohaniah sebutkan itu.. dan ianya menjadi kelebihan kepada golongan pelabur hartanah.. kerana kurang saingan..

    ReplyDelete
  4. -Yg paling penting..sapa yg ada OD bosar2 tu ..copat2 lah untung dan kayo...telah terbukti dan dibuktikan...dan disahkan oleh sifu..kat blog pie2020..heheheheeee..

    p/s tak caya? join dan turun TT kat RJ..selalu

    -asrimiat-

    ReplyDelete
  5. Aku nak beli tanah lelong..
    Tapi tu le ..
    Duit belum cukup banyak...

    Eh kalau ada kelapangan singgah blog aku ek..

    Blog Ligakampung

    ReplyDelete
  6. Lama jugak ler nk tunggu refund nih yerk. aku bajet 6bulan mcm tuh..nampak nyer ada yg lg lama menunggu..
    So, the best way kena follow up ngan lawyer kita la yerk. kalo lawyer buat dek, susah ar..
    ada tips lain utk cptkan dpt refund?

    ReplyDelete
  7. @zool: nak beli tanah.. dapatkan khidmat nasihat pasal tanah.. boleh refer blog juruukur.. tanah.. rumah.. pelaburan yg bagus zool..
    @carjunk: betul.. kena f/up selalu ngan lawyer.. selalu hantar sms atau call lawyer.. hahaha... tp first choice.. kau boleh cuba mengelak untuk byr dulu.. cuba buat alasan untuk pihak developer boleh tunggu sehingga bank bayar.. kalau tak boleh.. kena bayar dulu la.. then terus suruh lawyer hantar claim...

    ReplyDelete