Friday, December 19, 2008

Kita di Penghujung Tahun.

Salam penghujung tahun untuk semua. Tahun 2008 hampir tiba di penghujung, apa yang telah kita lakukan pada tahun ini, wajar kita lihat semula untuk kita nilaikan pencapaian kita. Tak kiralah, sama ada dalam bidang hartanah atau pencapaian2 lain. Mungkin ada kejayaan dan ada silap langkah yang menjadi pengajaran untuk kita menjadi lebih berhati hati. Mulakan perancangan untuk tahun 2009 untuk kita mencorak kejayaan yang lebih gemilang atau sekurang kurangnya serupa dengan pencapaian tahun ini. Memiliki 3 buah hartanah setahun bukanlah sesuatu yang mustahil, tapi untuk mendapat kelulusan pinjaman adalah sesuatu yang perlu difikir dan dikira secara mendalam, apakah bank boleh meluluskan dan apakah kita mampu mengurus dan membeli sebanyak itu? Bagi aku, secara peribadi, minimum hartanah yang perlu aku dapatkan dalam satu tahun adalah 3 buah. Itu minimum target peribadi aku. Aku akan bermula semula pada tahun 2009 nanti. Nikmatilah saat2 aku tidak membida sehingga hujung tahun ini.. (cess.. ayat berlagak gile.. menyampahnya..).

Untuk tahun 2009 juga, aku akan asingkan cerita hartanah, cerita tentang makan dan cerita peribadi/keluarga dalam blog yang berlainan. Aku mulakan dengan blog baru, cerita tentang makan. Sila lah lawat blog cerita tentang makan sekali sekala untuk mengetahui apa yang aku masak, apa yang aku makan, dan food review. Aku cuba juga untuk menjadikan blog ini lebih professional dengan bahasa yang sesuai, kerana aku ingin maju, dan aku ingin menyampaikan kepada rakyat Malaysia bahawa ada satu kumpulan rakyat Malaysia di sini yang sedang melangkah maju untuk bertapak dalam bidang hartanah, dan mencapai matlamat dalam menjana passive income. Tapi macam susah lah aku nak ubah cara penceritaan aku kepada cara yang lebih serius.. aku sebenarnya lebih sukakan gaya penceritaan yang santai seolah olah aku sedang bercakap dengan kamu semua.. padahal aku cuma bercakap seorang diri di dalam kepala sahaja.. jadi.. lupakan sahaja tentang gaya formal yang aku impikan itu.. hahahaha.. tak kena.. tak kena.. tiada gaya sebagai seorang faris yang korang semua kenal.. (korang kenal aku ke???)

Juga.. aku mengharapkan pembaca2 yang selama ini hanyalah pembaca senyap.. untuk berinteraksi dan memberikan buah fikiran yang bernas untuk kita sama2 maju dan mahir dalam apa yang cuba aku sampaikan di blog ini. Ilmu aku dalam bidang hartanah tak cukup tinggi lagi. Sama2lah kita berkongsi ilmu. Tak baik simpan sorang2 (ayat pancing).

Kepada geng2 PMC, jangan lupa, ada game paintball 28/12 ni. Bertempat di Taman Sri Kenari, berdekatan (lebih kurang 3km) dari Ramal Junction. Tak kenal.. tak boleh geng.. macam mana nak ajak join koperasi PMC (yang masih belum bernama), macam mana nak ajak JV, macam mana nak ajak join projek homestay.. kalau kami tak kenal kamu… permintaan banyak.. tapi kami tak pernah kenal.. dengan hanya letak nama.. belum tentu boleh di terima.. ingat.. ini bukan skim cepat kaya.. geng2 PMC yang aku kenal setakat ini ikhlas berJV, ikhlas bermuafakat dan ikhlas beraktiviti. Kalau kita tak dapat lakukan semua itu dengan ikhlas… aaarrr.. aku tak tau apa nak cakap. Plan Percutian Redang 2009 juga hanya tinggal 12 tempat kosong untuk di isi. Sila mendaftar untuk mereka yang berminat. Esok aku cuti 2 hari.. yeah..

Salam..
Previous Post
Next Post

11 comments:

  1. salam.pakdeen kagum dengan kumpulan pie2020 ni.muda muda lagi dah dapat beli rumah banyak.

    ReplyDelete
  2. baaaeeeekk....hehehehe

    -puding_melo-

    ReplyDelete
  3. bagus tu faris, cadangan yg baik.. kalau kita asingkan benda2 life dgn kerja is too much good.. hehehe.. sbb apa, at least org akan tengok blog kita sungguh berpengetahuan... anyway, aku selalu je baca blog ko.. ada maklumat yg aku tidak aku tahu aku jadi tahu... tq faris...

    ReplyDelete
  4. faris.. syabas.. heh hehe

    ReplyDelete
  5. boring arr citer makan2 kene asing2...hahaha....

    keep up the good work...

    yg lain2, as faris said, ada masa..joinlah PMC....dah kenal2..baru ko bleh bercinta...mcm man n wida ke, dgn syada ke...puding takleh..puding faris punye...ngeh ngeh ngeh

    (tempat komen jer ler aku bleh kutuk2 org lain esp man, man selamba kutuk aku kat blog die, asrimiat pon kutuk aku kat blog die..isy isy isy)

    iallah faris bleh tlg korang, if korang ada pertanyaan apa2 pasal hartanah...(kalau korang lupa bawak duit rm50 utk duti setem pon,bleh pinjam faris,kan pie kan?hehe)ada 2,3 cari faris yg lain dari yg lain, mcm refinance rumah, byr abis dulu utang melancong sebelum melancong.

    -tuah-

    ReplyDelete
  6. @pakdeen: kagum? terima kasih.. kitaorang ni biasa je..

    @elmo: baeekkk..

    @jom2lelong: sebenarnya masa aku buat blog ni dulu.. more to personal.. tapi bila aku dah buat blog.. aku terima beberapa cadangan.. aku mula ubah hala tuju blog ni.. sebab tu aku rasa aku patut asingkan personal dengan property investment ni.. tapi tak la sampai formal sangat.. lagipun ada sebab aku buat 2-3 blog.. heheheh.. takkan 2-3 blog nak cerita benda yang sama.. ni pun aku cuba bereksperimen buat 2-3 blog..

    @tuah: kau gila?? mak elmo tak ngaku dia anak kalau kawin ngan laki orang.. hahahahah sesuka hati cakap elmo aku punya..
    apa yang aku rasa bagus untuk kongsikan.. aku kongsikan la.. at least korang tau kewujudan teknik2 yang aku sampaikan tu..

    ReplyDelete
  7. rajin2 la menaip......otak kalo sentiasa berpikir jarang jadi nyanyuk....

    ReplyDelete
  8. faris, aku rasa ramai silent reader coz buat masa ni ko nyer ilmu lagi tinggi dr diorg..
    insyaAllah lps ni ramai akan bersuara..
    p/s: bila la blog ayam aku nk on ni.. haha

    ReplyDelete
  9. @asruk: banyak benda aku pikirkan setiap hari.. kepala pun dah mula beruban.. masih lagi enjoy umur 30.. tahun depan dah meningkat lagi..

    @ali: kami menunggu blog ayam kau.. hahaha

    ReplyDelete
  10. hambboiiii tuah..x sayang mulot. kena cili baru tau. paintball kao datang ke? kalao kao datang, kao ingat, ko org pertama aku tembak. kalao kao satu team ngan aku pun aku x kira aku tembak kao dulu.

    betul..betul..betull..faris..nanti mak aku sembelih aku.

    -puding_melo-

    ReplyDelete
  11. da mau asing2kan blog erk..ok.. menarik gak idea tuh..
    thn 2009..erm.. kene plan bebetul la thn depan.. banyak benda aku nk bwat tuh..

    ReplyDelete