Saturday, December 27, 2008

Cerita pasal ulat lelong

Aku tukar template blog aku lagi. Sila komen pendapat anda tentang template baru ini. Semalam ada TT. Ramai yang turun TT semalam. Geng2 yang jauh dari Rawang pun ramai. Antara yang datang TT semalam.. aku, Pie, Hanan, Al Husni, Juru ukur, Tuanbri dan adik iparnya, Bling2, Kayzen, Peruzz, Roslan, Azmi, Azlan, Zaid, Khalil, Ganurianz dan kawannya, Zerouseven dan kawannya, Abbas dan kawannya dan jugak bunga tunggal yang datang, Syada (yang sesat jalan sebab tak pernah sampai RJ). Memang banyak cerita yang keluar.. cerita pasal rumah lelong Roslan yang di baiki pulih nya sendiri, cerita pasal rumah Pie, rumah lelong punya cerita memang biasa la.. topik wajib. Pukul 8 malam aku dah datang, memang awal gila aku datang, sebab aku baru balik kerja, terus pergi RJ, nak makan dulu. Sambil2 tu aku layan listing lelong sorang2. Pukul 9 baru la sorang2 mula datang.. Pukul 3.30 pagi baru kita orang balik. Macam biasa la, muka2 yang balik paling last, aku, Pie, Juru ukur, Peruzz dan Tuanbri. Ada kisah menarik dari Tuanbri yang baru menang auction 23 Dec yang lepas. Cerita pasal ulat…


Begini ceritanya…


23 dec yang lepas, Bri ada turun auction. Sesampai di sana, dia ada jumpa kawan kepada kawan Bri, yang merupakan seorang agen hartanah. Bri pernah lepak sekali dengan mamat ini dahulu, bersama dengan kawan Bri tersebut. Lepak minum2, jadi .. secara tak langsung, Bri sudah kenal dengan mamat ini. Bila Bri sampai di tempat lelongan tersebut, mamat ini approach Bri, untuk mengetahui unit yang Bri ingin bida. Bri yang agak percaya dengan mamat tersebut pun bagitau, unit mana yang Bri akan masuk, pada listing lelong yang di tunjuk oleh mamat tersebut. Tiba2 mamat ini bagitau unit itu pun dia nak masuk untuk client dia.. Jadi.. sekarang kena buat deal. Satu kebiasaan di acara lelongan, salah satu cara untuk mengelak kerugian besar membida pada harga lebih tinggi, kita boleh deal supaya salah seorang boleh tarik diri. Tapi dalam kes ni, mamat ini mintak 2k supaya dia tarik diri, dan Bri boleh dapat unit tersebut pada RP. Bri rasa tersangat mahal dan Bri sanggup deal 500.00 sahaja. Mamat ini mulanya seperti tidak bersetuju. Tak pernah ada orang nak deal bagi 500.00 katanya.. tapi akhirnya terpaksa setuju juga sebab Bri sanggup deal sebanyak itu sahaja. Cerita belum selesai lagi.. permainan baru bermula.. Sekarang masa untuk Bri bertindak balas.


Sekarang kalau Bri yang tarik diri pulak macam mana.. berapa pulak agak2 mamat ini sanggup nak bayar pada Bri? Rupanya mamat ni pun sanggup bagi 500.00 sahaja, disebabkan Bri pun cuma offer 500.00 sahaja. Masing2 diam sejenak.. berfikir strategi selanjutnya dalam pertarungan minda ini. Mamat ini bersuara dahulu. Takpe.. dia suruh Bri pergi daftar dahulu. Dia akan bagitau client dia yang rumah ni dah called off. Sambil itu dia bagitau, rumah tersebut dah ada ready buyer, senang2 boleh jual 75k. Berdasarkan RP 55k, boleh untung 20k. Mamat ini cuma mintak 2% komisyen sahaja. Dia pun tunjuk la kira2 dia. Bila Bri tanya penalty fee untuk loan dan lawyer fee, tak terjawab pulak mamat ni. Dia tanya balik, oo ada penalty fee eh.. sambil bertanya berapa jumlah penalty fee dan lawyer fee. Bri yang tak berapa berminat, sebab mamat ini tak berapa tahu tentang semua itu, terus pergi daftar untuk membida.


Selesai mendaftar, Bri tanya balik pada mamat tu, deal masih on ke.. dan mamat ini memberitahu, deal masih on sebab dia dah bagi laluan pada Bri. Bri pun keluar sebentar untuk membuat panggilan telefon, dan kembali semula pada mamat itu dan memberitahu, abang saya kata dia tak sanggup bayar, sama ada RP atau cuba lagi. Itu sahaja. Hhhmm.. tak puas hati la mamat ini, sebab dia takkan dapat 500.00. Dia kata, nak tak nak kena bayar juga lah, sebab dia dah bagitau client dia rumah tu dah called off, lagi pun kalau lawan bida kita jugak yang rugi, sekali angkat dah 1k, 2 kali angkat dah 2k.. (point yang betul… tapi mesti kena pada tempatnya). Bri pun terpaksa buat2 panggilan telefon lagi.. Tiba2 Bri di hampiri satu mamat lain yang berbadan besar, sambil bertanya kenapa Bri nak call off deal tadi? Bri pun bagitau alasan yang sama, abang dia tak sanggup nak bayar, duit semua abang Bri yang support, cuma pakai nama Bri sahaja. Mamat berbadan besar ni cuba nak bising lagi dengan memberi alas an sekarang dah tak boleh daftar lagi, Bri akan dapat unit tersebut pada RP. Bri yang tak puas hati, terus bawa mamat badan besar ini ke tempat pendaftaran dan bertanya pada counter pendaftaran tersebut, sama ada boleh daftar lagi atau sudah ditutup. Officer di kaunter tersebut memberitahu, masih boleh daftar. Heheheh.. sekarang agak2 macam mana diorang nak cover malu? Senang je.. tiba2 pulak mamat badan besar ini toleh kepada mamat yang pertama tadi, dan memberitahu.. eehh.. masih boleh daftar la.. ye la.. boleh daftar lagi.. (sambil buat2 terkejut).


Bri pun masuk terus ke auction hall, tunggu bidaan bermula, dan akhirnya menang at RP. Keluar dari auction hall, dua2 mamat itu telah tiada. Kesimpulan nya.. mereka cuba buat duit cara mudah. Tak perlu bawa bank draft pun nak jadi ulat. Cuma perlu bawak listing lelong dan tanya orang lain masuk unit mana, dan dia akan cakap dia pun masuk unit tersebut, kalau nak dapat RP bayar duit pada mereka. Senangkan?? Apa pula langkah pencegahan yang kita boleh buat? Kalau betul nak deal.. suruh dia register dulu. Tunjuk bukti dia dah register unit tersebut, baru boleh cerita nak deal atau tidak. Kalau ikut cara aku, aku akan sembunyikan diri dan paddle bid, atau masuk auction hall terus, supaya tidak di ganggu oleh ulat2 sebegini. Tak boleh salahkan Bri. Bri dah anggap dalam mindset dia, mamat ni kawan.. tapi rupanya kawan yang nak makan kawan. Tapi kau kena ingat juga Bri, kau akan jumpa lagi mamat tersebut di pusat lelongan. Hati2.







Previous Post
Next Post

19 comments:

  1. ulat tu, kasi picit2 je.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Mau jadi ulat tapi tak pandai plak..mesti bukan ulat buku..hahaha
    So hati2 la buat kawan2 semua. Jangan deal ngan ulat2 kalo lom pandai.
    Guna jer service kawan2 yg ada.

    ReplyDelete
  3. salam....

    wow... satu catatan pengalaman yg bagus... bagus gak Bri buat camtu.. kalau tak.. free je bagi duit kat diorang tu...

    cam-2 cara org cari duit ye... tq atas perkongsian pengalaman ni... aku baru tau sampai camtu ulat-2 ni blh buat...

    nbs1205

    ReplyDelete
  4. 1st....sakit mata aku cam kontras betul

    2nd....dasat2 ingat jual tiket je ade ulat

    ReplyDelete
  5. mmm...memang aku akan jumpa lagi diaorg tu...

    nasib aa...lepas ni kalau aku pergi auction, aku kena bawak bodyguard...

    lepas ni...jgn harap aku nak buat deal ngan org lain, kalau bukan member. Lawan sampai menang! (motto faris)hehe..

    semoga kisah aku ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua.

    ReplyDelete
  6. tahniah bri dpt RP.. nmpk gaya kita cuma bleh percaya geng kita ni je.. aku bab kwn cuba nk mkn kwn ni mmg buat aku panazz je..

    ReplyDelete
  7. wah berwajah baru..nice!!!

    cam mana nak masok geng nie?...byk ilmu boleh belaja..

    ReplyDelete
  8. ulat memang byk... hati2 le...huhu bagus pengalaman ni boleh bagi panduan kt org ramai...

    ReplyDelete
  9. hmmm.... macam-macam jenis ulat ada... boleh nak jd ulat tapi buat la dengan cara yang betul dan halal... nak suap mulut anak bini, sendiri kalo x ada anak bini lagi, jadi darah daging tu....

    apapun.... dah baya zakat ke kenkawan... hehe, selamat taun baru.. semoga tahun ini lebih baik dr tahun semalam....diberkati, diredhaiNya dan murah rezeki.... Aminnn....

    ReplyDelete
  10. pengajaran yang bagus. thanks pada bri sebab kongsi citer ni and thanks pada faris sebab buat entry ni.

    faris, altho aku tengah carik modal tp aku x de la sanggup nak buat keje ulat nie. tak pe la aku carik slow2.

    -puding_melo-

    ReplyDelete
  11. ooo..ni ke cite bri malam tu..aku dgr dr jauh...tp x paham..ke time tu cite lain?huhu.. tp mcm hampagas je ulat2 ni..kalo cmtu pakai servis pmc je lah nnt..kang kena tipu naya je..

    p/s: bdk sesat baru bersuara..ahah

    ReplyDelete
  12. salam...aku baru menjenguk ko punya blog ni...hehehe...pic aku pon ader...masa pi ramal junction tu...

    si botak baju biru...tuanbri nak tempah jadi bodyguard...RM500...hahahah...

    nice template bro...ok..sbb takder la sakit mata tgok...sblm ni aku tak pernah tgok...so,tak leh compare la...

    huhu...

    pepehal pon...salam kenal..

    ReplyDelete
  13. @cik kiah: ye.. silakan join. nak join TT boleh.. nak join sembang kat shoutbox boleh.. nak join kat bahagian komen ni pun boleh.. kalau kat sini takde orang.. boleh ke blog pie.

    @zattara: ha.. ye la.. lain kali kita org bawak kau jd bodyguard.

    @asrul: kau je yg sakit mata.. hahah

    @elmo: saper pulak yang suruh kau jd ulat ni..

    tahun depan aku akan start offer service untuk membida.. jangan lupa ambik service aku.. terima kasih..

    ReplyDelete
  14. service bodyguard bila nak offer faris? hehe..

    ReplyDelete
  15. pengalaman y menarik.. nasib baik bri pon bijak..

    ReplyDelete
  16. faris..cite skit apa servis ko tu?mcm aku skrg kat penang,berminat dgn umah2 kat sana mcmmana?ko survey,suggest umah mana nak masuk bid.. mcmtu ke atau aku yg pilih mana satu?pasal ulattu..sapa yg 1st time bid lum tentu boleh handle kalau jadi mcm ni..tq sbb kongsi cite.ilmu kena penuh lagi...
    bugee

    ReplyDelete
  17. aku pernah dpt RM2k plg tinggi setakat ni.. huhu

    tp deal cara halal.. bukan ulat yg x register ni.. huhu

    klo korang clash ngan sorang mamat cina gemuk boroi pkai spek nama dia robert... ha, yg tu korang leh deal kaw2 punya...

    tp leh buat geng dia ni..
    jumpe aku tegur...
    siap dia ngutuk pie lg tu.. tu yg aku xtahan nk gelak..haha...
    dia ingat aku xkenal pie.. haha

    *aku xpernah dpt RP.. sume lawan sampai menang.. huhu

    ReplyDelete
  18. @bugee: servis yang aku akan buat, ada beberapa pakej. aku boleh carikan satu rumah di kawasan yang bagus, then kalau kau setuju, aku akan buat report, bidding, submit loan, engange lawyer, f/up kes sampai selesai, pecah rumah, repair rumah, cari penyewa. so.. ada pakej minima, dan pakej lengkap. kerja aku akan melibatkan networking aku dari kalangan banker, lawyer, contractor (yang mana terlibat, mungkin tak semua, berdasarkan pakej). harga, minimum dan murah.

    ReplyDelete
  19. tq faris..saya mesti pilih.2009 punya azam.
    bugee

    ReplyDelete