Wednesday, October 28, 2009

Haih.. Masalah rumah lelong lagi..

Aku pernah hughlightkan isu ini sebelum ini, dan nampaknya aku terpaksa hightlightkan sekali lagi. Aku tak pasti berapa lama aku kena ulangi isu yang sama.. aku harap semua orang dapat faham, pembelian rumah lelong memang ada risikonya. Kes2 terbaru banyak menunjukkan masalah yang pelbagai corak. Sama ada masalah dengan owner lama, masalah dengan loan atau masalah2 lain. Tapi aku harap semua masalah2 tersebut dapat kita jadikan iktibar supaya kita tidak mengikut jejak ke arah menghadapi masalah yang sama. Dan kalau pun kita terjebak dengan permasalahan yang sama, pastikan kita nampak jalan keluar supaya masalah dapat dirungkai.




Classic kes aku, yang aku rasa kebanyakan orang aware dari awal aku berblog yang pernah aku ceritakan, (Bid sampai menang.. yeah!!) loan aku tak lepas setelah aku membuat pembelian yang ke x. Selang seminggu aku buat dua pembelian rumah lelong yang berharga 80k dan 54k setiap satu. Kedua2 pembelian tersebut telah buat pengiraan dan telah aku consult banker aku untuk kepastian berapa kelayakan pinjaman aku. Di atas kertas, banker mengesahkan aku masih layak buat pinjaman untuk kedua2 unit tersebut, tetapi bukan banker tersebut yang meluluskan pinjaman. Dia hanya mampu membuat pengiraan, dan hanya mampu submit dan dapatkan approval dari branch. Last stage adalah untuk pihak HQ yang luluskan, dan disahkan aku tidak layak. Komitmen terlalu tinggi. Walau telah aku buat rayuan, tetap gagal. Bukan satu dua bank yang aku cuba.. 5-6 juga yang aku cuba, gagal kesemuanya. Next step taken adalah, menyusun strategi untuk menyelesaikan baki pembelian secara tunai. Walaupun payah.. telah pun berjaya dilakukan. Sebelum pembelian tunai dilakukan, aku minta tempoh dari pihak bank, dan mereka memberikan kerjasama untuk meluluskan extension. Bank yang terlibat adalah UOB dan Affin Bank. Sebelum extension dilakukan juga, telah aku consult lawyer aku untuk mendapatkan pandangan dan menyusun strategi. Apa yang penting, communication antara banker, lawyer dan kawan2 yang faham situasi kita perlu kita lakukan. Banyak kepala lebih baik dari takde kepala. Banyak pendapat dapat di zahirkan. Kita pilih yang mana terbaik, keputusan akhir tetap di tangan kita.




Atas dasar serik, dah lama aku tak buat loan atas nama sendiri untuk menstruktur semula kewangan aku untuk kembali meneruskan pembelian dan melakukan pinjaman atas nama sendiri. Selepas kes classic aku, ada lagi kes2 seperti kes aku muncul dan kini muncul kembali. Aku harap kes2 seperti ini tidak muncul lagi selepas ini dan aku harap semua orang akan membuat homework sebelum melakukan pembelian2 yang ke 4-5 atau yang ke berapa2 sekalipun. Bukan senang kita nak keluarkan deposit untuk membeli rumah. Aku pernah refinance kereta aku, keluarkan duit epf selain traditional method, savings. 8-10k atau berapa jumlah sekalipun, memerlukan masa, tenaga dan pengorbanan untuk dikumpul. Plan kan betul2 sebelum melakukan pembelian untuk mengelakkan masalah. Kalau boleh jangan salahkan orang lain atas tindakan kita. Kita cuba merebut peluang yang ada, tak salah bersikap tamak dalam situasi pembelian rumah lelong. Modal deposit kita ada, modal repair, kos lawyer dan kos2 sampingan kita ada. Mungkin fund mencukupi untuk 5-6 buah hartanah, tapi bila kelayakan pinjaman sangkut, kita perlu fikirkan masalah itu sejak awal2 lagi sebenarnya. Tak salah kalau kita melakukan satu pembelian demi pembelian setelah pembelian sebelumnya telahpun selamat disburse, selamat beroperasi selama beberapa bulan dan selamat disewakan untuk beberapa bulan. Sekurang2nya ada track record kemasukan duit sewa sebagai supporting income. Tapi.. masalah setiap orang tak sama. Aku tak dapat rumuskan semua orang ada masalah dan penyelesaian yang sama. Yang penting.. kita bertanya pada yang pakar, dan kita dapatkan jawapan yang pasti. Kalau main agak2.. susah bai..




Lawyer aku pun menghadapi masalah bila di katakan tidak cekap membuat kerja. Sesuatu yang mereka tidak dapat tolong, seperti masalah loan tak lepas, atau masalah owner lama tak nak keluar, takkan nak salahkan lawyer? Rasa2nya, patut tak lawyer dipersalahkan bila loan kita tak lepas? Beberapa bank yang aku tahu modus operandinya, ada yang boleh approved loan walaupun completion date dah tinggal sebulan, tapi dengan syarat kena dapatkan extension dari pihak bank pelelong. Memang susah berhadapan dengan situasi seperti ini. Bank main tarik tali, nak tolong approved tapi kena dapatkan extension dari pihak lain, dan pihak lain pula kata boleh bagi extension tapi kena dapatkan loan approval dari pihak lain dahulu. Apebenda ni?? Haih.. Rakan2 kita pun ada yang dah terkena macam ini, dan berjaya melepasi permainan tarik tali ini walaupun terpaksa top up cash untuk hartanah yang dinilaikan tidak senilai dengan harga pembelian. Risiko.. risiko.. itu juga sesuatu yang tak dijangka bila kena top up amount.




Maka.. dengan itu.. Mrs Junny dari Ram Reza & Muhammad akan mengadakan sessi bersama investor/bakal pembeli rumah. Bertempat di pejabat Satu Solution, akan di buat pada bulan November yang akan datang ini. Kemungkinan besar akan di buat pada hari Sabtu pagi. Terbuka kepada semua yang mahu hadir untuk sessi soal jawab atau sessi mendengar taklimat. Tarikh akan di beritahu kemudian. Tempat tak terhad, tiada bayaran dikenakan, selagi muat office Satu Solution, datang sahaja. Berminat?? Nyatakan sokongan anda.. Banyak benda yang semua orang boleh kemukakan nanti. Apa2 aspek legal tentang pembelian rumah, boleh ditanyakan nanti.




Esok pagi dan petang.. aku dan Bri akan ke Megan Avenue II untuk acara lelongan MBSB dan BSN. Boleh tahan banyak hartanah yang perlu kami bida esok.. Nantikan kejayaan kami.. Yeah!! Haih.. dulu Casa Subang 150k takde orang take up. Sekarang harga RP137k, kita nantikan sahaja berapa ramai yang akan masuk gelanggang. Tak boleh nak samakan kes aku dapat RP dengan keadaan sekarang.. Sekarang competition nak dapatkan hartanah lelong tinggi.
Previous Post
Next Post

22 comments:

  1. Habis lah korang...
    MachaFaris dah mengamuk!
    siapa punya kes dah ni....

    aku still tak dapat lagi dividen 1/2 year..hehehe..cam ASB lak..

    Siapa nak register nama, nantikan tarikh untuk sessi soaljawab bersama Pakar Perundangan.

    tuanbri.com

    ReplyDelete
  2. mana ada mengamuk mach.. ingat aku macam kau ke nak mengamuk-ngamuk??

    ReplyDelete
  3. wow ada sesi bersama lawyer..saya mesti piley..x penah jumpa lawyer junny walaupun selalu dapat surat cinta dari dia..hehe..anyway masuk free ke bayar?kalau bayar pun xde hal nak tuntut ilmu kan..asalkan berbaloi-baloi

    ReplyDelete
  4. oops x perasan dah tulis tiada bayaran..cayalah SS

    ReplyDelete
  5. agak2 bulan Nov tu hujung bulan ka..awal bulan bro??

    ReplyDelete
  6. lelongan MBSB macam menarik..for macha gomen hanya 2% deposit dan balance diselesaikan 180 hari..bagus gila..

    bro,ko tau x untuk MBSB ni boleh apply gomen loan x?sbb MBSB ni semi gomen kan..

    ReplyDelete
  7. Anonymous ni mesti JaiWM kan?

    aku dah agak dah...drpd dulu lagi nak buat kecoh kat sini...

    ReplyDelete
  8. makin bagus penulisan. boleh jadi ahli politik ni

    ReplyDelete
  9. aku suka yg part settle kan cash tu....ya2 sama2 kita cukupkan cash sebagai backup planning jika loan sudah menghampiri max/max/xapprove

    ReplyDelete
  10. ada lg masalah rumah lelong. harap dpt dijadikan iktibar.
    kalo ada cash mmg best. leh setel cash in case loan problem.. :P
    Agak2 bile sesi bersama lawyer tuh yerk? kalo ada masa lapang,berminat nk joint

    ReplyDelete
  11. aku nak joint la sesi sial jawab tu.
    pastu apa kata main cashflow game board tu sekali. nak try la main dgn korang.. hehehe

    ReplyDelete
  12. kalo dekat mau jugak aku pegi.....update la info2 yg dapat membantu beginner cam aku nie....

    ReplyDelete
  13. sy mau ikut kursus tu..macam mane nak register?

    ReplyDelete
  14. hmm...

    mmg classic case, just nak share jugak...

    aku punye loan rejected 2 kali dari bank yg same and approve lepas hantar appeal kali ke-3,timing tinggal sebulan jer, skang kena mintak extension dari bank, nasib baik bank yg same, so ble extend lagi sebulan...

    huhuhwaa...hehehe

    ReplyDelete
  15. aku pon nak join jugak..
    Faris, aku masih bermasalah dgn valuer tu.. dah bengang aku nih, tiap kali call, citer benda yang sama ajer..

    ReplyDelete
  16. Hahahaha.. algu.. algu.. nasib baik dia tak call aku dah..

    ReplyDelete
  17. esok aku nk hilite pd bos dia lak..
    ada ker aku bayar service dia, dia suh aku cari pelan tuuu.. hangin aku..

    ReplyDelete
  18. tiap kali faris "mengamuk", sure menarik topicnya...so far, alhamdulillah, ok lagi aku buat loan, cuma dah max out giler2 and about time to strategize move to loan under company plak...lama nk kasi bank percaya ni

    so tuan faris, bila nak buat tt on property, nak mintak pandangan on how to manipulate this property business one or two step further...nak rely on auction/rental/flipping je, rasa dah penat teNNo buat balik kuang nie (sesapa baca comic cina paham la ayat ni haha). tapi nak contribute during tt, tak tahu nak contribute apa sebab aku pun merangkap pun tersembam2 lagi, tapi mungkinleh share idea on how to make split second stupid decision during auction kot - this is my specialty!! hehe

    tt ngan lawyer...aku sure dtg nanti kalau ada kat kl...sebab kalau tak katam bab2 ni, silap2 bukan knock-for-knock deal nanti.....

    minggu ni...as usual...teNNo kalah bid seperti selalu...nak stop la kejap lepas ni

    ReplyDelete
  19. Cun...cun...tq tuan rumah cdgnan yg bagus.....mulai skrg sy akan kumpulkan soalan2 utk sebarang pertanyaan nanti.....

    ReplyDelete
  20. algu,
    valuer mane?
    meh cni aku sound dia...

    ReplyDelete
  21. x baik nak disclose kat sini.. kalo jumpa, aku ckp..
    aku dah sound dah kat bos dia ari khamis last week..
    terus ari ni siap report..
    pantas betul..

    ReplyDelete