Tuesday, November 9, 2010

Macam mana nak beli rumah lagi??

70% margin pembiayaan agak tinggi untuk pelabur hartanah meneruskan pembelian hartanah ketiga (yang masih dalam pinjaman bank) dan seterusnya. Aku jangkakan hanya margin 80% yang masih mampu ditanggung oleh kebanyakan orang. Pun begitu, kehidupan perlu diteruskan. Pelaburan perlu di buat. Rumah lelong di tempat yang bagus dengan harga reserve yang bagus, sayang sangat kalau dilepaskan begitu sahaja tanpa melawan. Peluang tak datang selalu. Dah fikirkan how to beat the system? Ya.. aku ada fikirkan beberapa cara. Macam mana tu? Hahahahahah..

Aku cuma dapat fikirkan 2 cara sahaja setakat ini. Itupun untuk mereka yang mahu meminimumkan kos. Kalau pelabur yang boleh keluarkan 30% deposit, tak perlu nak gunapakai cara ini.

1) Cara mudah.
Gunakan nama orang lain untuk pembelian ketiga. Seeloknya, gunalah nama orang terdekat. Suami/Isteri atau adik-beradik. Cuma, kalau kita dah gunakan nama orang lain, aku rasa satu hartanah cukuplah. Nanti dia nak beli untuk diri sendiri lagi satu, masih boleh dapat margin 90%. Tapi, bila dah guna nama orang lain, rasa macam tak sedap nak simpan lama2, baik buat rolling atau flipping.

Cara mudah ini juga, boleh aku katakan boleh digunapakai untuk mereka yang baru ada satu hartanah dalam bentuk pinjaman. Hartanah yang pertama, kita simpan. Hartanah yang kedua, kita beli dan jual. Kemudian kita ulangi proses yang sama. Jadinya, hartanah yang kedua hanya untuk flipping semata2, dalam mempergunakan kemudahan pinjaman 90%. Sampai bila nak buat macam ni? Eeerr.. aku rasa, sampai satu tahap, hasil penjualan yang ke 4 atau 5, kita dah boleh beli cash untuk sebuah hartanah. Dan kemudian kita ulangi lagi teknik flipping, sampai cukup modal untuk membeli sebuah lagi hartanah dalam bentuk tunai. Sampai bila nak macam ni bai?? Hahahah.. sampailah BNM benarkan semula pinjaman perumahan ketiga dan seterusnya boleh dapat 90% margin semula. Tapi untuk flipping, bukan juga satu perkara yang mudah dari segi masa. Boleh dikatakan makan juga 1 tahun, dari proses pembelian kita sendiri dan kemudian proses menjualnya semula.

2) Cara tak berapa mudah.
Pada aku, cara tak berapa mudah ini, kita tak perlu gunakan nama orang lain. Cuma perlaksanaannya agak memakan masa, dan terdapat faktor2 lain yang perlu diambil kira. Pun begitu, cara kedua ini pun, kita hanya akan mempunyai 2 pegangan hartanah dengan margin of finance 90%. Idea secara kasar aku dah ada, Cuma perlu buat perkiraan dari segi kos dan masa, berapa lama dan kos yang diperlukan untuk pembelian hartanah ketiga dalam bentuk loan dengan margin of finance 90%. Kalau kena caranya, orang yang ada 4-5 hartanah pun masih boleh membeli hartanah seterusnya dengan margin 90%. Tapi.. itulah.. macam aku kata, akan melibatkan kos tertentu dan melibatkan masa. Kalau nak mula dari sekarang, kena lah cepat bertindak. Cara pertama dan kedua sebenarnya boleh dikatakan menggunakan konsep yang sama. Cuma yang berbeza, Cara pertama, kita masih belum cukup kuota 2 hartanah dalam bentuk loan, manakala cara kedua, kita telah melepasi kuota 2 hartanah.

Perlaksanaannya boleh buat sendiri, atau One Solution boleh keluarkan satu pakej baru untuk cater market yang memerlukan servis sebegini. Nanti aku buat sessi brainstorm dengan Bri dulu.

Cerita Lelong

Minggu lepas kita ada menang beberapa unit lagi untuk client. Sebelum perlaksanaan margin 70% oleh BNM. Harga2 yang kita menang juga agak berbaloi dan murah. Macam Farhan yang dapat beli satu unit di Sri kembangan dengan harga 29k dan Wakif yang dapat beli satu unit di Puchong dengan harga 100k. One Solution baru nak start masuk lelong semula hari Jumaat dan sabtu ini.

Sementara itu, minggu lepas juga aku dah settlekan ops buka rumah untuk unit2 yang client dah menang. Juga ops buka untuk unit subsale yang Encik GPS Bergerak (Hanan) beli 2 tahun yang lalu. Ya.. 2 tahun yang lalu dia beli satu unit pangsapuri di Bangsar, dan baru minggu ini dia dapat kunci. Tak semua urusan subsale berjalan lancar dan menemui kesudahan yang baik. Macam unit yang hanan beli ini, lawyer tak benarkan hanan masuk rumah awal, apatah lagi untuk disewakan dalam masa 2 tahun ini, walaupun unit tersebut kosong. 2 tahun yang lalu, masa dia tengok unit tersebut, tak ada banyak benda yang perlu dibaik pulih. Bila Hanan cuba masuk semalam, kuncinya salah, lalu Hanan pun bertindak buka sendiri sahajalah. Setelah 2 tahun unit kosong, rupanya anai2 sudah bersarang dan memakan pintu dan frame pintu. Kos dah bertambah untuk baik pulih semula unit ini. Tapi, dengan kadar sewa sekitar RM800.00 sebulan.. apa de hal kan bro… hahahaha
Previous Post
Next Post

10 comments:

  1. pakej mcm mana tu bro faris?
    menarik2....
    wpun quota 90% aku masih lahgi available.. hehehhee

    ReplyDelete
  2. Yasin : Perlaksanaannya, kita tengok balik asset yang kita ada. Pada pendapat aku, tak semua orang boleh buat teknik kedua tersebut. Tapi bagi yang tiada hartanah langsung, yang penting, hartanah pertama yang di beli. Itu boleh melancarkan proses seterusnya.

    Sebenarnya aku dah fikirkan teknik ketiga. Cuma teknik ketiga tak melibatkan margin of finance 90%. Itu untuk aku gunapakai sendiri sahaja.

    ReplyDelete
  3. selepas memecahkan otak aku selama beberapa hari, aku dah jumpa 2-3 option untuk terus continue dengan pembelian rumah tanpa perlu memikirkan 70% margin tu.. jangan lupa ikuti entri kat blog aku sepanjang minggu ni..

    ReplyDelete
  4. dimana ada kemahuan disitu ada jalan...:)

    ReplyDelete
  5. dimana ada faris, bri dan AE, disitu ada jalan!!

    brainstrom dulu dgn bri, nnti share ngan aku <--- nak buat keje senang hahaaha

    ReplyDelete
  6. weh aku pun satusolution gak...nnt nak brainstorm jgn lupa ajak aku tau...hehe

    ReplyDelete
  7. minggu2 yg mendebarkan.....semua otai2 kasi keluar jurus.....aku ikut je

    ReplyDelete
  8. Mahu mencuba beli rumah lelong, tapi masih takde sifu yg boleh beri pandangan dan tujuk ajar. Ada saper yang bole jadi sifu saya?

    ReplyDelete
  9. Cik Liza : Boleh contact saya atau Bri. Email boleh, call pun boleh.

    ReplyDelete
  10. Cik Liza : Kalau masih single n available, hubungi saya. Kalau dah married sila jumpa faris... hehe..

    ReplyDelete