Thursday, November 25, 2010

Macam Mana Suasana Hartanah Sekarang?

Semenjak pengumuman BNM tentang penurunan margin of finance kepada 70% untuk rumah ketiga dan seterusnya, lebih kurang 3 minggu yang lalu, bagaimana suasana pembelian hartanah sekarang? Sebenarnya masih terlalu awal untuk kita melihat dan mentafsirkan, disebabkan kurangnya kes yang boleh diambil kira, untuk di buat rujukan. Daripada lelongan yang telah dijalankan baru2 ini, tempat2 seperti pangsapuri kos rendah di Cheras masih menunjukkan trend pembelian yang tinggi, di mana pembeli masih sanggup membeli pada harga melebihi 75k untuk sebuah pangsapuri kos rendah, dan terdapat rekod baru di pangsapuri kos rendah di Sunway bila harga belian dari lelong melepasi 70k. Ah.. bila harga di situ melepasi 70k, ianya sesuatu yang tidak berbaloi langsung. Ya.. bayangkan 3 pembeli kami berjaya mendapatkan harga di bawah 45k untuk 2-3 minggu yang lepas, tiba2 masuk minggu ini, harga naik melebihi 70k pula. Untuk kondominium di Cyberjaya, masih terjual pada harga melepasi 200k juga, dari harga rizab bermula dengan 189k. Di kawasan Puchong pula, kita bernasib baik mendapatkan satu hartanah untuk En Azhar Zain pada harga 96k, dengan harga pasaran sekitar 140k.

Ada pelabur yang mengamalkan sikap tunggu dan lihat, ada yang masih gigih mendapatkan hartanah lelong dan ada yang berhenti dahulu untuk tahun ini, untuk mengumpul modal. Pelbagai reaksi berbeza dari para pelabur. Bagi aku? Kalau harga dah sesuai, modal dah ada, tak perlu tunggu lagi, masuk bertarung terus. Situasi sebelum pengumuman BNM dan selepas, tidak banyak berbeza dan merubah pasaran lagi. Esok kita akan cuba lagi membida bagi pihak En Azhar Zain untuk kawasan Puchong juga. Tuah En Azhar Zain setelah mencuba beberapa lelongan, nampaknya lekat di Puchong. Kita tengok esok macam mana.

Cerita Lelong.
Minggu ini masa banyak di habiskan untuk membuka dan membaik pulih rumah2 yang telah di menangi. Juga menyelesaikan isu2 dengan owner lama, penyewa lama dan mencari penyewa baru untuk rumah sewa yang telah tamat kontrak. Sabtu yang lepas kita dah dapat satu unit untuk En Azhar Zain. Harga rizab 95k berbanding harga pasaran 140k. Lebih kurang 4 kali aku tengok unit tersebut. Dengan maintenance office pun aku check 2 kali, untuk kepastian. Aku katakana untuk kepastian, disebabkan unit adalah dalam keadaan bersih dari luar, surat2 di pos box tiada langsung, tunggakan maintenance juga terkini, iaitu tiada tunggakan langsung untuk maintenance fee, manakala bil air adalah minimum iaitu RM6.00 untuk 3 bulan terkini, berbanding belas2 ringgit sebelum2nya. Menurut maintenance office, unit diduduki oleh penyewa, yang bekerja sebagai pramugara, dan lebih kurang satu bulan mereka tidak lagi kelihatan. Mungkin dah pindah, kata orang2 maintenance office. Setiap kali aku pergi juga, walaupun siang hari, petang dan malam, unit tidak berpenghuni. Kemungkinan rumah telah pun kosong, memang tinggi, menurut perkiraan aku. Jadi.. setelah unit dimenangi Sabtu lepas, semalam (Selasa), aku dan En Azhar Zain datang untuk membuka unit. Heheheheh..

Sesampai aku di unit, pintu gril dah terbuka. Hmmm.. sebelum ni aku pergi, grill berkunci walaupun tiada mangga. Aku ketuk pintu bagi salam, tak berjawab, lalu aku pun bukalah pintunya yang berkunci dengan menggunakan teknik Macha Bri yang sebelum2 ini memberikan successful rate 90%. Pintu terbuka dan aku dapati rumah fully furnish.. tiba2 nampak seorang lelaki baru bangun tidur, bangkit dari sofa. Heheheh.. dalam keadaan mamai, dia datang ke arah kami. Lalu aku pun explain la kat mamat ni, tujuan aku buka rumah ni. Nasib baik tak kena marah. Tiada insiden yang tidak dikehendaki berlaku. Misi buka rumah dah berjaya.. heheh.. rumah pun dalam keadaan baik. Penyewa sebenarnya tak tahu rumah telah di iklankan untuk dilelong. Bila dia call owner asal, owner asal kata tak tahupun kena lelong, dan dia akan check dengan bank (heheheh.. tak tau konon.. ). Penyewa sebenarnya dah bagi notis pada owner asal untuk keluar dari unit tersebut hujung bulan December. Jadi, by January unit akan available untuk disewa.

Untuk lelongan esok, rumah yang kita akan masuk membida juga, adalah rumah pramugara. Cuma, ni rumah dia sendiri dan dia masih tinggal di situ. Aku tak berkesempatan jumpa dengan dia lagi, dia tiada di rumah. Kalau menang esok baru pergi semula jumpa dengan dia.
Previous Post
Next Post

7 comments:

  1. wahh, interesting read faris. peluru x cukup lagi. tunggu dividen asb keluar...

    ReplyDelete
  2. masa nilah orang yang banyak duit boleh buat lagi banyak duit :)

    ReplyDelete
  3. macha faris..cemana hasil kerja kontraktor si Fuad kita tu.. bagus ke? pada aku..boleh pecaya budak tu..
    busy dia skang ni... aku nak panggil buat kerja..manjang je busy.. buat rumah abg faris katanya..

    ReplyDelete
  4. wah..tak sabar nak cari rumah lelong nie..insyaAllah tahun depan kalau biz emas bertambah masyuk nak join jugak..

    ReplyDelete
  5. Malas betul nak update blog.. InsyaAllah malam ni aku update.

    @ Samsul : Puat kerja ok.. ada pro and cons jugak la.. boleh la nak di harap kan.. aku kat putrajaya dengan si Puat ni.. dia kata nak repair kolam ikan kau pulak lepas ni.. hahah

    @ Sourplum : InsyaAllah minggu depan boleh.

    @ Ikhwan : Usha2 dulu tempat mana nak masuk..

    ReplyDelete