Bila kita bercakap tentang hartanah lelong, antara isu utama
kebimbangan bakal pembeli adalah tentang isu tunggakan owner lama dengan bil2
berkaitan maintenance dll. Kita sedia maklum, memang akan ada yang tertunggak,
sama ada sikit atau banyak, jika lelongan hartanah tersebut diteruskan. Yang
kita pelik, bila tiada tunggakan langsung, itu ada kemungkinan unit akan called
off, atau mungkin penyewa yang bayar.
Jika tunggakannya sikit (2-3k ke bawah dianggap sikit pada aku), atau tunggakannya masih didalam budget kita sebagai pembeli, mungkin tiada masalah besar. Tapi kalau tunggakan puluhan ribu, mungkin itu masalah, kalau kita kena bayar dulu. Masalah utamanya, kalau kita bayar dulu, kita tak tahu berapa jangka masa yang bank akan proses untuk reimburse semula pada kita. ianya dalam lingkungan 6 bulan, selalunya. Tapi semua orang bersetuju, kalau bank boleh bayarkan terus directly kepada pihak yang terlibat.
Mula2 kita semak, tunggakan apa yang terlibat, dan adakah
bank akan cover tunggakan2 tersebut. Tunggakan2 biasa yang bank cover (tak
semestinya, ini cuma contoh) adalah
Maintenance fee
Cukai tanah
Late fee
Insurans kebakaran
Sinking funds
Cukai taksiran
Manakala, standard bill yang bank tak cover adalah
Bil api
Bil air
Indah water
Dari senarai yang bank cover, kita cuba jumlahkan
berapa kesemuanya. Selalunya, aku tolak part cukai taksiran, sebab itu hal yang
paling kemudian perlu diselesaikan. Cukai taksiran adalah dengan pihak berkuasa
tempatan. Itu, memang aku akan minta pihak bank bayarkan terus. Ok, dari 5 bill yang bank cover tadi, berapa jumlahnya. Katalah bagi
unit low cost, selalunya tunggakan2 tersebut dalam lingkungan 3k dan bagi
apartment pula dalam lingkungan 6k.
Seterusnya, selepas kita menang lelongan hartanah, katalah
contoh mudah, unit low cost yang tidak berpenghuni, tunggakan 3k, air dah kena
clamp. Isunya sekarang, kalau nak buka air, pihak maintenance minta kita
jelaskan bayaran tertunggak. Ok, kalau kita ada budget, kita bayar dan claim
dengan pihak bank. Kalau tiada budget kena guna cara lain. Kenapa perlu buka
air? Sebab rumah tiada orang, kalau kita masuk terus dan sewakan, boleh terus
dapat hasil. So, kalau kita tiada budget, atau saja nak berjimat, kita boleh
slow talk dengan pihak maintenance, secara verbal, yang pihak bank akan bayar
tunggakan berkaitan, dan kita cuma akan bayar apa yang bank tak tanggung.
Kadang2 cara ini berkesan, kadang2 tidak. Kalau tak berkesan? Kita teruskan
dengan next step.
Next Step ni aku cerita kemudian.
Secara teorinya ini yang aku praktikkan. Semestinya, bila
kita berhadapan dengan situasi sebenar, mungkin lain jalan penyelesaiannya. Ini
salah satu cara yang aku praktikkan, dan kadang kala berjaya, kadang2 tidak.
Kalau tidak berjaya, ada lagi cara lain yang biasa aku guna, cuma tak
secemerlang cara inilah. Sebab cara yang aku nak ceritakan ini, kita tak perlu
bayar dululah. Cara lain, sedikit sebanyak, kena bayar juga.