Baru2 ini, Puan Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengeluarkan kenyataan untuk mencadangkan penjualan hartanah kepada warga China dan Hong Kong khususnya, dan warga asing, secara am nya. Lalu Puan Zuraida Kamaruddin pun di kutuk secara berjemaah atas sentimen politik, sentimen hak rakyat Malaysia memiliki rumah atau sentimen atas pagar. Kalau di kaji, di perhalusi dan di ambil kira faktor Malaysia My 2nd Home (MM2H) dan Isu lambakan hartanah tidak terjual, ianya sebahagian kecil kepada penyelesaian kepada masalah ekonomi sektor hartanah. Dan penyelesaian masalah itu bagus.
Isu lambakan hartanah tidak terjual, adalah isu pemaju yang ghairah mencipta bandar2 baru, kondo2 bersaiz kecil, harga2 per sqft yang tidak masuk akal, hartanah bertanah yang menghampiri nilai juta, kehendak sebilangan pemain hartanah yang mahukan keuntungan besar, isu keinginan pemaju menjual mimpi dengan projection yang kita masih belum mencapai tahap yang sepatutnya, tanpa mengambil kira kemahuan dan kemampuan sebenar rakyat Malaysia. Juga kelulusan oleh pihak berkuasa tempatan dan kerajaan, yang membenarkan semua ini berlaku.
Mengikut statistik yang di keluarkan oleh Pusat Maklumat Harta tanah Negara (NAPIC),
@Quarter Pertama 2019, 177,200 unit hartanah kediaman di Malaysia tidak terjual,
@Peratusan tertinggi dari Negeri Johor 26%, Selangor 20%, Wilayah Persekutuan 11% dan Pulau Pinang 9%.
@68% adalah hartanah bernilai RM300k ke atas
Iaitu,
29% bernilai RM300k-500K
28% bernilai RM500k-1M
12% bernilai 1M ke atas
@2/3 dari hartanah tidak terjual melibatkan Kondominium, Service Apartment dan Pangsapuri.
Lambakan hartanah tak terjual ini, akan membawa kepada isu pemaju tidak mempunyai kemampuan lagi, untuk membina hartanah2 baru. Penyelesaiannya adalah kerajaan membantu pihak pemaju menjual hartanah2 ini kepada rakyat Malaysia melalui House Ownership Campaign (HOC) dan kepada warga asing melalui MM2H. Dengan terjualnya hartanah2 tidak terjual ini, pemaju mempunyai kapasiti dan kemampuan untuk membina hartanah2 baru yang lebih bersifat mampu milik dan mampu bayar. Tujuan akhirnya supaya majoriti rakyat Malaysia mampu memiliki hartanah sendiri. Kerajaan perlu mengawal projek2 mahal, jadikan projek2 mahal ini minoriti dan ekslusif, dan lebihkan projek2 yang mampu milik dan mesra rakyat.
Berbalik pada isu MM2H, ianya dah di lancarkan sejak tahun 2002. Sehingga sekarang, ada lebih 42,000 orang yang menerima MM2H visa.Mereka bukan dapat taraf warganegara, cuma dapat visa 10 tahun yang boleh di perbaharui. Syarat2nya ketat dan memberi kelebihan kepada pihak kerajaan Malaysia. Duit warga asing, kita pegang, dan mereka dapat beli hartanah bernilai tinggi sahaja di Malaysia. Tak timbul masalah hak beli hartanah warga Malaysia di tindas bila tiada pembeli untuk hartanah2 bernilai tinggi ini. Tak timbul masalah jual kedaulatan dan tanah negara, bila program ini di jalan kan atas program MM2H.
Antara syarat2 MM2H
@ Hartanah yang di beli mesti bernilai tinggi.
RM1M untuk Kuala Lumpur, N. Sembilan, Putrajaya, Terengganu, Johor, Pahang
RM500k untuk Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Perlis, Sabah, Kelantan
RM350k untuk Perak
RM300k untuk Sarawak
@Kena ada Liquid asset bernilai RM350-500k
Gaji RM10k sebulan
Kena letak RM150-300k dalam fixed deposit di bank Malaysia
Dan apa faedah yang kerajaan Malaysia dapat? Pada 2017,bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Dato Seri Nazri Aziz, menyatakan,
@33,000 orang peserta MM2H dari 126 negara yang di luluskan menyumbang kepada 12.8 bilion ekonomi negara
@Anggaran perbelanjaan bulanan setiap seorang dari mereka adalah RM10,000
@RM52M hasil dari bayaran visa
@RM4.9 bilion simpanan dalam bentuk fixed deposit
@RM148M hasil dari pembelian kereta dan hartanah.
Dan kenapa nak di sarankan pada warga China dan Hong Kong? Kerana statistik MM2H menunjukkan warga China berada pada kedudukan no 1 di ikuti Jepun dan Bangladesh dari senarai peserta dan pemohon MM2H. Dan kenapa saya menyatakan penyelesaian kecil sahaja, kerana jumlah 42,000 vs 17 tahun program telah berjalan, puratanya menghampiri 2500 peserta setahun. Kalau tahun hadapan ada 3000 peserta MM2H baru yang membeli 3000 unit hartanah di Malaysia pun, ada 174,200 unit lambakan lagi.
Carian unit HOC di laman REHDA memberikan saya satu contoh lambakan unit sebagai case study. Maisson, Ara Damansara.
@ Siap pada tahun 2017. Harga pemaju sekitar RM700 psqtf. Ada unit studio, satu bilik, 2 bilik dan 3 bilik, dari 500sqft sehingga 1489sqft, dengan harga bermula dari RM360k ke RM1.151M
@ Carian selling price menunjukkan ada unit 1020sqft di jual pada harga RM580k iaitu RM568psqft
@ Carian actual transaction di Brickz memberikan saya nilai terendah RM490psqft untuk unit 1020sqft yang di jual pada harga RM500k.
@ Carian unit lelong Maisson pula memberitahu saya ada 6 unit yang di lelong pada 15 Oktober akan datang dengan nilai terendah RM381psqft, iaitu unit 1128sqft di buka pada harga RM430k
Hah.. dari RM728psqft kini bermula dari RM381psqft. Warganegara Malaysia lebih beruntung. Boleh dapat deal hartanah mahal2 dengan separuh harga dari lelongan awam. Kalau ada yang berminat, boleh hubungi saya. Woohoo…
0 comments: