Wednesday, October 9, 2019

Didian Platform Jualan Hartanah B2B Pertama Malaysia


@ Berita Harian 8 Oktober 2019.
@ Ulasan saya di bawah. Selepas berita.



Didian Platform Jualan Hartanah B2B Pertama Malaysia

Oleh Nora Mahpar
noramahpar@bh.com.my

PETALING JAYA: Didian Realtor Sdn Bhd, firma teknologi hartanah (proptech) memperkenalkan platform pasaran hartanah B2B pertama di Malaysia, Didian, sebagai usaha meningkatkan jualan dalam sektor hartanah.

Pengarahnya, Chow Nam Kit, berkata platform yang boleh didapati dalam versi aplikasi mudah alih dan web ini mampu menyokong ekosistem hartanah dengan menghubungkan ejen dan projek hartanah yang sedang dibina atau yang bakal siap.

Katanya, sebanyak sembilan projek oleh lapan pemaju terkemuka sudah dilancarkan di dalam platform ini, dengan menawarkan inventori hartanah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) hampir RM1 bilion kepada ejen dan perunding hartanah di seluruh negara.

“Platform digital kami membenarkan proses jualan dalam kalangan ejen dan perunding hartanah kepada produk hartanah sedia ada di hujung jari, sekali gus mempercepatkan proses jualan kepada pemegang kepentingan kami.

“Ia adalah tumpuan utama dalam perniagaan kami dan akan menjadi enjin pertumbuhan untuk kami terus kekal berdaya tahan,” katanya berucap pada majlis pelancaran platform Didian di sini, hari ini.



Dibangunkan hasil maklum balas pemaju dan ejen hartanah tempatan, sistem ini menawarkan penyelesaian yang komprehensif kepada ejen-projek hartanah.

Nam Kit berkata, bagi ejen dan perunding, Didian menawarkan tujuh hari bayaran skim komisen daripada tarikh perjanjian pembiayaan dan SPA ditandatangani.

“Jika sebelum ini, perunding perlu menunggu antara tiga hingga enam bulan untuk menerima komisen mereka, kini dengan hanya tempoh seminggu semuanya selesai,” katanya.

   ********************************
Ulasan Saya.

@ Pertama kali melihat tajuknya, saya sangkakan applikasi yang dibangunkan ini bertujuan untuk kegunaan pembeli hartanah dan agent hartanah, secara bersama. Rupanya saya silap, ianya khas untuk agent hartanah sahaja, mengetahui projek2 hartanah undercons dan menjualnya melalui applikasi. Informasi di dalam agak lengkap dengan jumlah baki unit, lokasi unit, lokasi projek. Serta status2 selepas pembelian. Tapi, ianya hanya untuk kegunaan agent hartanah.

@ Saya mengharapkan sistem applikasi projek hartanah undercons yang menghimpun dan mengkompilasikan kesemua projek undercons seluruh negara. Ianya memang diperlukan. Data dari laman web REHDA tidak cukup lengkap. Senarai projek2 HOC yang terlalu panjang dan terpaksa di klik satu persatu nama pemaju dan nama projek dan jenis projek nya amat meletihkan, dan tiada tanda harga di letakkan.



@ Pengguna mahukan sesuatu yang memudahkan pencarian. Lokasi, jenis rumah, spesifikasi rumah, harga dan no contact agent. Dan agent juga mahu memudahkan urusan mereka dan pembeli.

@ Applikasi ini baru di lancarkan, dan baru dimuat turun oleh 100+ orang sahaja. Harapan saya, supaya ada kolaborasi dari pembangun applikasi, dengan kesemua pemaju hartanah undercons, atau di bangunkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, satu applikasi kompilasi kesemua projek undercons seluruh negara, yang berupaya membuat carian berdasarkan median harga, lokasi, jenis rumah dan butiran lain yang dirasakan penting. Ianya jauh lebih baik dan berguna, untuk menyelesaikan masalah lambakan rumah tidak terjual, berbanding membuat applikasi carian tandas awam yang di lancarkan baru2 ini.

Sekian ulasan kecewa saya.
Previous Post
Next Post

0 comments: