Wednesday, October 9, 2019

Beri Margin Pinjaman Tinggi Untuk Pembeli Rumah Pertama


@ Berita Harian 8 Okt 2019
@ Ulasan saya di bawah, selepas berita.

Beri Margin Pinjaman Tinggi Untuk Pembeli Rumah Pertama

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Selangor Dredging Bhd (SDB) mahu kerajaan memperkenalkan dasar yang memberikan pembeli hartanah kali pertama margin pembiayaan yang lebih tinggi dan tempoh pinjaman yang lebih panjang selama 45 atau 50 tahun.

Dalam senarai harapan untuk Belanjawan 2020, syarikat itu berharap kerajaan akan memperkenalkan dasar dan insentif untuk terus memulihkan sektor hartanah tempatan, dengan penekanan diberikan terutamanya untuk membantu golongan muda (mereka yang lahir pada tahun 80-an hingga pertengahan 90-an) untuk memiliki rumah pertama mereka.



Sebahagian daripada “pemimpin masa depan’ ini bergelut untuk memiliki rumah pertama mereka, kata Pengarah Urusan Kumpulan SDB, Teh Lip Kim dalam kenyataan hari ini.

“Bagi mengatasi kesukaran golongan muda dan pemilikan rumah kali pertama, SDB akan melancarkan projek di Subang Jaya pada tahun depan disasarkan khusus kepada segmen itu dan pada harga yang menarik,” katanya.

Lip Kim turut meminta kerajaan melanjutkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) selepas 2019.

Pada Jun, kerajaan melanjutkan kempen HOC untuk tempoh enam bulan lagi dari 1 Julai hingga 31 Disember 2019.

“Susulan daripada itu, pengecualian duti setem untuk pembeli rumah kali pertama HOC juga dilanjutkan hingga akhir tahun.

“Sebahagian daripada pembeli kami menyatakan penghargaan dengan lanjutan kempen HOC kerana mereka dapat menikmati pengecualian duti setem dan insentif lain untuk mengurangkan beban kewangan mereka,” katanya.

Di bawah kempen itu, pembeli rumah kali pertama mendapat pengecualian duti setem ke atas memorandum pemindahan dan perjanjian pinjaman untuk pembelian hartanah berharga tidak lebih daripada RM300,000.



Bagi pembelian antara RM300,001 dan RM500,000, pengecualian duti setem yang sama adalah terpakai (terhad kepada hanya RM300,000 pertama daripada harga rumah), dan terpakai untuk perjanjian jual beli yang selesai antara 1 Jan, 2019 dan 31 Dis, 2020.

“SDB turut berharap garis panduan pinjaman untuk pinjaman rumah yang lebih mudah akan digalakkan.

“Di SDB, kami menemui banyak kes di mana bakal pembeli telah membayar fi tempahan mereka hanya menarik balik kemudiannya berikutan pinjaman rumah mereka tidak mendapat kelulusan,” katanya.

Pemaju itu juga mahu kerajaan memperkenalkan mekanisme perkongsian kos dengan penyedia perkhidmatan yang berkaitan semasa fasa pembangunan.

Beliau berkata pemaju tertakluk kepada membayar kos-kos tertentu kepada pihak majlis tempatan dan pelbagai pihak berkuasa dan agensi.

“Semua kos ini menyumbang kepada kos pembangunan projek yang dicadangkan itu, misalnya, kos berkaitan utiliti, di mana pemaju perlu menyumbang,” kata Lip Kim.

“Bergantung kepada lokasi tanah dan jarak tanah kepada pusat di mana air, elektrik atau pembentungan dapat dihubungkan kepada; kos infrastruktur - paip atau kabel untuk disambungkan dengan perkhidmatan utiliti - pada masa ini ditanggung sepenuhnya oleh pemaju hartanah dan boleh menjadi angka yang besar,” katanya.

Di samping itu, syarikat juga berharap kerajaan dapat memudahkan proses permohonan bagi pelepasan kuota Bumiputera.

Beliau berkata proses untuk pelepasan unit Bumiputera kini dibuat melalui permohonan untuk kelulusan selepas pelbagai peringkat pembinaan.

“Biasanya, proses kelulusan ini mengambil masa berbulan-bulan dan ini bermakna pemaju hartanah tidak dapat menjual (sehingga kelulusan diberikan)

“Oleh itu, kita perlu menjadikan proses pelepasan itu lebih cekap, misalnya (apabila syarat dipenuhi) pemaju hartanah dapat menyerahkan notis pelepasan selepas peringkat yang ditetapkan berbanding permohonan untuk kelulusan (biasanya memerlukan tempoh menunggu yang lebih lama),” katanya.



Memandangkan tahun depan Tahun Melawat Malaysia 2020, SDB turut menantikan dasar pemikiran ke hadapan untuk sektor pelancongan.

-BERNAMA

  ***************************

Ulasan Saya

@ Pemanjangan tempoh dan pengurangan jumlah bayaran bulanan adalah pilihan yang baik untuk anak muda. 45-50 pinjaman, bermakna pinjaman bermula dari umur 25 tahun, sampai 75 tahun.

@ Cara fikir yang lain menghasilkan keputusan yang berlainan, kalau kita fikir hanya untuk beli sebuah rumah pada umur 25 tahun dan tinggal di situ seumur hidup, itulah yang kita dapat.



@ Saya memandang, dengan idea sehingga 50 tahun pinjaman ini, kita boleh dapat beberapa manfaat.
  - penetapan harga minima lebih rendah untuk bayaran bulanan. Kita boleh bayar lebih jika mahu, untuk mempercepatkan penyelesaian hutang, tapi sekurang2 nya, kita dah dapat bayaran bulanan yang paling minima.
  - bayaran bulanan yang lebih rendah
  - +ve cashflow untuk rumah sewa
  - bank bertindak sebagai pemegang gadaian sementara dengan kos bulanan yang lebih rendah untuk pemilik, sebelum di jual kepada pembeli baru.

@ Perbezaan bayaran bulanan tidaklah sangat2 ketara. Contoh hartanah bernilai 300k, kalau pinjaman 35 tahun bayaran bulanannya, RM1,360.00 berbanding 50 tahun, bayaran bulanannya RM1,225.00. Beza RM135.00 sahaja untuk beza 15 tahun pembayaran.

@ Tidak semua orang akan kekal tinggal di rumah yang di beli pertama kali, selamanya. Bila keadaan ekonomi dan bilangan keluarga berkembang, ramai yang akan mencari rumah lain. Dengan penjimatan dan keuntungan bulanan hasil bayaran bulanan yang lebih rendah, kita boleh menabung untuk pembelian seterusnya.

@ Ianya berguna jika dimanfaatkan dengan cara yang betul. Jangan ditokok tambah dengan ilmu mark up, multisub, full loan, cash back yang bakal memberi kesan negatif dikemudian hari. Jika tahu dan berupaya mengawal jurus2 berbahaya ini, silakan mengamalkannya. 

Contoh pinjaman maksimum bilangan tahun atau bilangan umur bank di Malaysia sekarang.

Ambank 30 tahun/umur 65 tahun
HSBC 35 tahun/umur 65 tahun
Public Bank 35 tahun/umur 70 tahun
RHB 35 tahun/umur 70 tahun
Maybank 35 tahun/umur 70 tahun
CIMB 35 tahun/umur 70 tahun
Affin Bank 35 tahun/umur 75 tahun

Previous Post
Next Post

1 comment:

  1. Saya membawa kabar baik kepada Anda semua warga negara Indonesia di platform ini, ALLAH telah sepenuhnya setia kepada saya dan seluruh rumah saya telah bertahan sejak Mei 2019, kesaksian saya dan kabar baik saya berjalan seperti ini, Nama saya Kartin Kiba dari Jl.P .Biak 9 No. 230 Rt.007 Rw.018 Desa Arenjaya, Jakarta Timur Kota Bekasi, Jawa Barat, saya adalah seorang pemasar di perusahaan tempat saya bekerja, Suami saya dan saya ingin menggunakan platform ini untuk menginformasikan semua ini. Platform ini membutuhkan dan mencari pinjaman yang tulus untuk berhati-hati karena internet dan blog penuh dengan perusahaan pinjaman palsu dan penipuan yang hanya ada di sini untuk merobek uang hasil jerih payah Anda.

    Suami saya dan saya memiliki hutang besar dan kami memutuskan untuk mencari pinjaman online untuk melunasi hutang kami dan kami menghubungi perusahaan pinjaman dari Singapura yang pada bulan Desember 2018, dan kami ditipu oleh pemilik perusahaan dengan meminta kami untuk membayar banyak biaya yang kami bayarkan dan pada akhirnya kami tidak mendapatkan pinjaman, kami kehilangan sekitar Rp7.500.000 untuk perusahaan pinjaman palsu di Singapura karena kami mengajukan pinjaman sebesar Rp450.000.000,00 dan dengan semua biaya yang kami bayarkan kami lakukan tidak mendapatkan pinjaman dan suami saya dan saya sangat Frustrasi dan saya dipecat dari pekerjaan saya di perusahaan tempat saya bekerja karena saya juga mengambil pinjaman dari perusahaan tempat saya bekerja dan kami bangkrut dan muak dengan kehidupan.

    Jadi Tuhan itu baik, kami berdoa dan Tuhan mengarahkan kami ke seorang pelayan dan pada hari yang setia ini 20 Mei 2019, saya menjelajah internet ketika saya bisa menemukan kesaksian seorang wanita Indonesia dengan nama Yohanes Hendra Who dari Kota Bandung, bagaimana Tuhan mengubah kehidupan keuangannya melalui perusahaan pinjaman. Dia meminta saya untuk menghubungi ibu Helen dan dia memperkenalkan saya kepada ibu Helen dan dia memberi saya keberanian dan saya mengajukan pinjaman dari ibu dan ibu Helen akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman. di perusahaan dan saya mendapat jumlah persis yang saya ajukan dan saya sangat senang.

    Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk memberi tahu rekan-rekan saya bahwa jika Anda membutuhkan pinjaman asli yang asli dan ingin mendapatkan pinjaman cepat dengan tingkat bunga 2%, cukup mendaftar melalui Ny. Helen Wilson melalui email: (helenwilson719@gmail.com). Anda juga dapat menghubungi saya melalui email ini, (kartinkiba72@gmail.com). untuk informasi lebih lanjut.
    ALLAH memberkati kalian semua! Terima kasih.

    ReplyDelete