Monday, October 14, 2019

Kaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (Liberation Tigers of Tamil Eelam) dengan Malaysia.


@ Sri Lanka ialah sebuah negara pulau yang terletak di selatan India dengan populasi sekitar 22 juta, dengan majoriti etnik Sinhalese yang beragama Buddha sebanyak 74.9% dan etnik Tamil Sri Lanka yang beragama Hindu sebanyak 11.2%.

@ Merdeka dari British pada tahun 1948 dan menjadi negara republik pada 1972. Pada tahun yang sama, LTTE di tubuhkan oleh Velupillai Prabhakaran




@ Konflik dan diskriminasi kaum yang menyebabkan penubuhan LTTE. Antara yang berlaku, Ceylon Citizenship Act pada tahun 1948 yang mendiskriminasi etnik Tamil Sri Lanka dari memperoleh kerakyatan. 1956, Sinhala Only Act yang mengisytiharkan Sinhala sahaja sebagai bahasa rasmi Sri Lanka, yang di anggap diskriminasi bahasa, budaya dan ekonomi. 1970, Policy of Standardization yang mendiskriminasi kemasukan etnik Tamil ke universiti tempatan. Juga pengharaman pengimportan bahan media bahasa Tamil dan pemilihan Buddha sebagai agama rasmi Sri Lanka. Masyarakat Tamil Sri Lanka kecewa dengan dasar kerajaan Sri Lanka, terutama dari belia Tamil.

@ Tujuan utama penubuhan LTTE adalah untuk mendapatkan kemerdekaan dari Sri Lanka, di bahagian utara dan timur Sri Lanka, di mana tinggalnya majoriti etnik Tamil Sri Lanka. Mereka mahu menubuhkan negara Tamil Eelam.




@ LTTE terkenal dengan pengebom berani mati, merekrut askar kanak2 dan wanita. Mereka mempunyai skuad udara, air dan darat.

@ 32 buah negara, termasuk Malaysia mengklasifikasikan LTTE sebagai sebuah pertubuhan pengganas dan menyokong nya adalah satu kesalahan. Antara serangan berprofil tinggi mereka yang terkenal, pembunuhan Rajiv Ghandi, Perdana Menteri India pada tahun 1991 melalui pengebom berani mati dan pembunuhan Ranasinghe Premadasa, Presiden Sri Lanka pada tahun 1993 melalui pengebom berani mati.

@ Sentimen bangsa menjadi modal LTTE untuk meraih dana dari etnik Tamil yang menetap di Kanada, United Kingdom, India dan Malaysia. Selain penculikan, juga melalui dana2 pertubuhan amal yang di wujudkan, menjadikan LTTE sebuah pertubuhan pengganas yang kaya. Dalam laporan pada tahun 2008, Congressional Research Service menganggarkan kutipan tahunan LTTE berjumlah $200-300 juta USD




@ Tahun 2009, kerajaan Sri Lanka melancarkan perang ke atas LTTE dan berjaya menewaskan mereka serta membunuh ketua mereka, Velupillai Prabhakaran. Tamil National Alliance sebagai parti politik etnik Tamil terbesar di Sri Lanka menggugurkan tuntutan kemerdekaan mereka dari Sri Lanka. LTTE dikatakan telah terkubur pada tahun 2009 itu.

@ Pada sidang akhbar tahun 2009, Setiausaha Hal Ehwal Sri Lanka menyatakan LTTE mendapatkan dana dari Malaysia, dan senjata dari sempadan Malaysia-Thailand.

@ Report of Financial Documents World Tamil Movement of Ontario yang disediakan oleh polis Canada menyatakan C$1.9 juta dipindahkan ke akaun bank di Kuala Lumpur untuk disalurkan ke LTTE. Gerakan Tamil Sedunia (WTM) berpangkalan di Toronto dituduh membayar gaji gerila LTTE. Laporan kewangan itu juga menyatakan penyokong LTTE mengumpul wang di Kanada bagi membeli senjata untuk LTTE.




@ Sejak 2012 Parti Naam Tamilar Katchi dari Sri Lanka mula menjalinkan hubungan dengan kumpulan dan individu ternama di Malaysia dalam mempromosi usaha menghidupkan agenda LTTE. Bagi mencapai sokongan masyarakat Tamil antarabangsa, NTK turut memperjuangkan kepentingan bahasa Tamil.

@ Dikatakan majlis memperingati pahlawan yang terkorban dalam perjuangan LTTE menjadi sebab 12 individu ditahan pihak Polis. 12 individu ditahan di bawah akta SOSMA yang memberi kuasa kepada pihak Polis menahan mereka selama 28 hari

@ Pihak Polis juga mengesan transaksi kewangan dalam jumlah yang besar untuk gerakkan LTTE susulan penahanan 12 individu terbabit. Transaksi kewangan ini dipercayai untuk membiayai kegiatan mempromosi, merekrut serta menggerakkan program LTTE di negara ini. Polis juga menemui bahan seperti bendera, poster dan buku berkaitan LTTE ketika melakukan penggeledahan dari individu yang ditahan.

@ Pihak Polis percaya ada badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai cawangan seluruh negara aktif mengumpul dana untuk LTTE. Follow my blog with Bloglovin
Previous Post
Next Post

2 comments: