Sunday, October 13, 2019

Perlukah Food Panda Diboikot? Amukan Rakyat Terhadap Food Panda


Rentetan dari isu pengenalan skim insentif baru kepada rider yang tidak dipersetujui segelintir rider membawa kepada kenyataan Sayantan Das, Pengarah Urusan Food Panda Malaysia yang di katakan angkuh, bermulalah sentimen bmf, kesian pada rider, racist dan pelbagai sentimen lain, yang pada akhirnya, membawa kepada kempen #boikotfoodpanda dan #deletefoodpanda. Rating apps di apps store yang pada asalnya 4.4 ,1.1 semalam 12 Okt 2019, dan hari ini naik semula kepada 3.5 bintang akibat di berikan penarafan 1 bintang secara berjemaah oleh rakyat Malaysia, di samping komen2 yang tidak membina serta di uninstall kan sekali. Dan ramailah yang mula menyarankan sokongan untuk Bungkusit, satu produk bumiputra, sebagai ganti. Apakah benar Bungkusit boleh memberikan khidmat seperti Food Panda dan adakah pengguna akan memberikan sokongan terhadap Bungkusit? Kita selami facts & figure nya dahulu.




Bungkusit

@ Bungkusit adalah perkhidmatan penghantar barang dari point A ke point B. Atau point2 seterusnya jika ada pertambahan point.

@ Apps yang simple dan straightforward, menghantar barang dari point A ke point B dan berapa upahnya. Kita lah yang kena tahu nak makan apa, nak beli apa, beli di mana, berapa harganya, apa nama makanannya, apa nama kedainya dan sebagainya.

@ Tiada ketetapan caj. Caj paling minima bermula dari RM5. Untuk jarak lebih kurang 2km mamak terdekat dengan rumah saya, caj penghantarannya bernilai RM9.00. Untuk jarak 5.7km dari Domino's Pizza ke rumah saya, caj penghantarannya RM10.70.

@ Pelanggan perlu tahu spesifikasi barangan yang hendak di beli beserta anggaran harganya dan lokasi kedainya. Tiada menu atau tanda harga barangan.

@ Boleh melakukan penghantaran jarak dekat sehingga maksimum 30km

@ Tiada perbelanjaan besar dari Bungkusit, kerana sumber kewangan di jana dari caj penghantaran sahaja. Tidak perlu mengeluarkan kupon diskaun kerana tiada kolaborasi kerjasama dari kedai.

@ Tiada mark up harga barangan kedai. Pembayaran secara tunai sahaja.




Food Panda

@ Food Panda adalah perkhidmatan pembelian dan penghantaran makanan dengan rangkaian kedai makan yang bekerjasama dengan Food Panda.

@ Melalui applikasi Food Panda, pelanggan dapat mengetahui kedai makan, menu, harga dan delivery charge yang berada didalam radius pelanggan. Perkhidmatan di bayar tunai atau kad debit/kredit atau online banking.

@ Food Panda mendapat sumber kewangan dari komisyen yang di caj pada pengusaha kedai makan, dan dari delivery charge kepada pelanggan (sangat minimum)

@ Terdapat perbezaan harga makanan dan minuman di dalam menu Food Panda berbanding harga walk in, untuk sesetengah kedai, untuk pengusaha menampung komisyen Food Panda.

@ Delivery charge serendah sifar jika minima harga belian dicapai atau RM2-5.00 untuk perkhidmatan dengan radius sekitar 6km. Supaya sasaran masa penghantaran sekitar 30 minit dicapai.

@ Perkhidmatan dengan radius sekitar 6km dan hanya kedai makan yang berkolaborasi dengan Food Panda sahaja. Nampak macam limited, tapi sebenarnya banyak pilihan. Semakin ramai pengusaha kedai makan yang berkolaborasi dengan Food Panda. Warung Goreng Pisang, Warung Air Soya, pun ada.

@ Kerapkali memberikan kupon dan diskaun untuk menggalakkan pelanggan terus berurusniaga dan menggunakan perkhidmatan mereka. Diskaun ini boleh mengkontrakan perbezaan mark up harga apps dengan harga walk in. Pelanggan rasa untung.

@ Food Panda masih dalam fasa rugi kerana pembayaran gaji rider yang tinggi berbanding kadar delivery charge kepada pelanggan.

@ Pada waktu2 yang sibuk, rider boleh buat lebih kurang 4 penghantaran dalam masa 1 jam.




Kedua2 perkhidmatan ini ada kelebihan dan kekurangan masing2. Cumanya, Food Panda lebih banyak memiliki kelebihan. Dari segi model perniagaan, harga caj perkhidmatan, harga makanan, diskaun, gaji rider, kemudahan memilih makanan, Food Panda mendahului Bungkusit.

Food Panda memiliki kaum pemodal besar dari luar negara yang menyuntik modal. Kelebihan sekarang berada pada peniaga, rider dan pelanggan. Peniaga memiliki saluran penjualan baru, diiklan kan di dalam apps, walk in customer juga tahu berdasarkan sticker Food Panda di tampal di kedai, jadi pelanggan boleh menggunakan Food Panda untuk tempahan akan datang tanpa perlu ke kedai. Rider memiliki peluang menjana pendapatan melebihi harga caj penghantaran, malah dilaporkan rider mampu memperoleh setinggi RM1500 seminggu. Food Panda masih dalam fasa menabur duit untuk pelanggan dan rider, walaupun dikatakan pendapatan rider bakal terjejas. Fasa sekarang lebih memberikan peluang menjana pendapatan untuk rider yang benar2 mahu bekerja dan mengambil tempahan. Tiada lagi rider2 manja yang mengharapkan gaji berdasarkan waktu online sahaja. Dan pelanggan menikmati caj penghantaran yang rendah, dan diskaun setiap masa.

Model perniagaan Bungkusit tidak Kompleks. Tidak perlu berkolaborasi dengan pekedai, diskaun, tak perlu sediakan menu atau tanda harga, jadi kos pengurusannya jauh lebih rendah. Wang di jana dari harga caj perkhidmatan yang di berikan semata2. Tiada pengiklanan dan pengiktirafan untuk pekedai. Hanya bergantung pada market pelanggan yang sudah mengetahui sahaja. Simple.




Disebabkan simplenya sistem dan model perniagaan Bungkusit, ianya tidak dapat menyaingi Food Panda atau Grab Food. Kerana ianya memberi pelanggan lebih beban kerja untuk berfikir, berbanding model perniagaan Food Panda yang memberikan banyak pilihan tersedia didalam apps. Tinggal pilih dan bayar sahaja. Dan Bungkusit patut menuju ke arah model perniagaan Food Panda untuk lebih berjaya meraih dan mengekalkan perniagaan. Buat masa sekarang, Bungkusit menerima limpahan pelanggan berdasar sentimen #BMF. Kalau diperkirakan dari sudut penjimatan, model perniagaan Food Panda yang akan meraih pelanggan setia.

Disebabkan kelebihan Food Panda yang memberikan kelebihan kepada golongan peniaga, pelanggan dan rider, kenapa Food Panda harus di boikot? Yang bersalah dan memberikan komen dan kenyataan yang tidak sepatutnya adalah Pengarah Urusannya. Yang patut di hukum adalah Pengarah Urusannya. yang patut diboikot adalah Pengarah Urusannya. Tapi sekarang, yang terhukum adalah rider yang tak boikot, peniaga, dan pelanggan.

Rider2 manja perlu dididik pengiraan asas kira2 untung rugi. Kita ambik median tengah2 caj penghantaran RM3 x 4 penghantaran sejam, RM12, di campur gaji sejam RM4. Sejam RM16. Kerja 10 jam RM160.00, untuk 6 hari seminggu, RM960.00. Kalau rider dapat RM16 sejam, dari caj penghantaran RM12, bermakna tiada untung untuk syarikat di situ. Ditarik dari keuntungan komisyen bersama kedai makan, dan bila di beri diskaun, keuntungan makin menipis. Sampai bila nak berterusan. Sebab itu syarikat dah masuk fasa kedua, skim gaji ikut jam di tarik, di ganti dengan skim penghantaran. Fasa pertama untuk menarik ramai rider, fasa kedua untuk mengekalkan rider yang benar2 berminat untuk menjadi penghantar makanan. Yang sanggup ambil semua tempahan yang masuk supaya dapat gaji lebih. Ianya masuk akal dan model bisnes yang bagus.




Bagus untuk rider yang mahu menjana pendapatan tambahan, bagus untuk kedai makan yang tidak hanya menunggu pelanggan datang, bagus untuk pelanggan yang tidak perlu ke kedai, tetapi membayar harga yang sama atau lebih rendah disebabkan diskaun, dan bagus untuk penyedia perkhidmatan yang menyelesaikan masalah ketiga2 pihak tadi. Selayaknyalah penyedia perkhidmatan juga menjana keuntungan. Bukan keuntungan untuk rider semata2. Kalau faktor keselamatan, kesian, berpanas berhujan diambil kira, grab food dan bungkusit dan lain2 pekerjaan rider pun sama juga.

Kesimpulannya, kita kena fikir baik buruk sebelum menyertai sesuatu kempen. Bukan ikut ikutan disebabkan ramai buat. Sebagai contoh, kempen #BMF, itu suatu kempen yang bagus. Memberi manfaat kepada ramai peniaga muslim. Pada saya, Food Panda tak perlu di boikot. Bungkusit juga patut di sokong.

Terima kasih.
Previous Post
Next Post

0 comments: