Saturday, October 12, 2019

Kupasan Belanjawan 2020 : Nilai Hartanah Untuk Pemilikan Warga Asing Diturunkan


Hartanah berstrata Kondominium dan Pangsapuri  di kawasan bandar bernilai minima RM600k kini boleh dibeli oleh warga asing mulai 1 Jan 2020. Kita perhalusi dahulu ulasan saya.




Belanjawan 2020 sektor hartanah, terutama untuk pemilikan hartanah oleh warga asing mendapat reaksi pelbagai dari netizen. Rata2 nampaknya tidak bersetuju dengan point2 seperti berikut :

@ Memihak kepada pemaju
@ Untung menjadi pemaju
@ Melampau
@ Bakal meningkatkan semula harga hartanah akibat kuasa beli oleh warga asing.
@ Mengutamakan warga asing berbanding warganegara
@ Menjual kedaulatan negara
@ Mendahulu pemaju berbanding rakyat
@ Pemaju bakal meneruskan banyak lagi pembinaan rumah2 mewah untuk di jual kepada warga asing





Menurut Lim Guan Eng, hartanah berstrata bernilai minima RM600k dan keatas yang tidak terjual sehingga suku kedua 2019 adalah bernilai RM8.3Bilion. Statistik dari Napic carian saya hanya sehingga S1 2019. Itupun tiada perincian lengkap. Jadi, kita terima kata2 Lim Guan Eng sebagai fakta. Cuma, lebih tepat dan menarik jika dapat dipadankan dengan angka2  berapa banyak jumlah hartanahnya dan fakta2 yang bertepatan dan bersesuaian dengan syarat2 perolehan hartanah oleh warga asing bagi negeri2 di Malaysia. Ini kerana, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Kerajaan Negeri juga mengeluarkan pekeliling untuk syarat2 perolehan hartanah oleh warga asing.

Sebagai contoh, untuk Negeri Selangor, melalui pekeliling tahun 2014 antaranya menyatakan,

@ Kuota jualan untuk warga asing tidak melebihi 10% dari kuota bukan Bumiputera yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

@ Kategori hartanah yang tidak dibenarkan bagi warga asing ialah tanah pertanian, tanah Rizab Melayu dan perolehan dari  lelongan awam serta hartanah jenis landed bagi kategori kediaman

* Boleh buat carian di internet untuk Syarat2 Perolehan Hartanah oleh Warga Asing bagi negeri2 lain. Ada perbezaan syarat mengikut negeri.




Untuk kawasan bandar seperti Shah Alam, Petaling Jaya atau Cyberjaya, banyak menghasilkan Kondominium bernilai tinggi yang tidak terjual. Dengan syarat milikan baru ini, tidak hanya pemaju yang bakal memperolehi penjualan. Pemain subsales juga bakal memperolehi keuntungan. Apatah lagi untuk pemain subsales yang dalam situasi poket berdarah sekarang. Dan untuk segmen lelong, ianya satu kelebihan untuk warganegara yang berkelayakan membeli hartanah lelong, kerana warga asing tidak dibenarkan untuk pembelian dari lelongan awam. Ambil peluang ini, untuk membeli dari lelongan awam yang dalam situasi buyers market ketika ini, untuk turut memperoleh laba atas penjualan kepada warga asing nanti. Jadi, syarat kerajaan ini sebenarnya boleh menguntungkan semua pemain hartanah bernilai tinggi yang pandai mengambil peluang, mempunyai kelayakan dan kemampuan membeli, terutama holding power yang kuat.

Pemaju projek bernilai tinggi memang sedang tenat dan perlukan bantuan kerajaan. Promosi2 yang telah di jalankan sejak dari tahun lepas masih tidak membuahkan pembeli yang ramai. Kalau selamanya tiada pembeli, ianya bakal merencatkan pertumbuhan ekonomi sektor hartanah, yang akan merantaikan kesannya pada sektor lain juga pada akhirnya. Jadi, kerajaan menghulurkan talian hayat, dengan menolong pemaju membuka satu jalan baru untuk merintis kebolehjualan hartanah, dengan membuka ruang kepada hartanah bernilai minima RM600k. Kerajaan tidaklah memberikan full access kepada semua jenis hartanah kepada warga asing. Ini sesuatu yang saya masih boleh terima. Cumanya, ia masih perlu mengikut garis panduan Pejabat Tanah dan Galian Negeri.




Pun begitu, kerajaan mesti memberikan kelebihan dan galakan untuk warganegara  Malaysia membeli hartanah bernilai tinggi ini dengan cara,

@ Memberikan kelonggaran 90% margin pinjaman untuk hartanah2 bernilai tinggi untuk pembelian ketiga dan seterusnya.

@ Penurunan harga oleh pemaju yang tidak tertakluk pada kempen pemilikan HOC 2019 yang akan tamat pada hujung tahun ini. Ia perlu seiring dengan tahun 2020 supaya rakyat Malaysia mempunyai kelebihan membeli berbanding warga asing. Tamatnya HOC 2019 bermakna tamatnya diskaun. Harga hartanah tahun 2020 akan menjadi sama rata untuk warga asing dan rakyat Malaysia memiliki hartanah.

@ Insentif subsidi duti stem oleh pemaju/kerajaan juga wajar diteruskan sebagai kelebihan untuk rakyat Malaysia memiliki hartanah bernilai tinggi ini.

Lagipun, menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, kadar pemilikan hartanah oleh warga asing di seluruh negara, tidak sampai 1% pun. Maksud saya, kadarnya masih rendah dan belum sampai tahap menjejaskan. Jangan fokuskan pada kuasa beli rakyat China atau Singapura sahaja. Warga Jepun, Itali, Korea dan selainnya juga boleh dipertimbangkan.

Berita Harian : Hanya Satu Peratus Hartanah Milik Warga Asing




Kesimpulannya, kerajaan kena juga bantu pemaju, walaupun tidak memberikan kesemua tuntutan pemaju seperti sebelum ini, dan secara tak langsung, masih membuka ruang untuk pemain hartanah meraih keuntungan sama. Susah nak puaskan hati semua orang, ada tempias bantuan sikit pun jadilah. Untuk pemain hartanah lelong yang mempunyai kelayakan dan holding power yang kuat, rebutlah pembelian hartanah lelong bernilai tinggi dengan margin yang sedap masa kini.



* Sementara menanti detail penuh mengenai syarat2 penjualan kepada warga asing, ini adalah kupasan awal saya, yang masih bersetuju dengan kerajaan untuk penjualan hartanah kepada warga asing.

@ Update 13 Okt 2019.
Lim Guan Eng mengesahkan penjualan unit2 kondominium dan apartment bernilai RM600k dan ke atas, hanya untuk unit2 lambakan yang telah siap di bina sahaja. Tidak termasuk unit yang akan di lancar kan atau lebih jauh, unit2 subsale. Maka dengan itu, pada pendapat saya, unit2 lambakan ini tidaklah memberikan impak besar pada sektor hartanah. Laporan Q1 2019 hanya memberikan angka 12,526 unit bernilai RM500k ke atas yang berstatus lambakan. Jumlah ini merangkumi semua jenis hartanah kediaman, termasuk landed. Jadi, kondominium dan apartment bernilai RM600k ke atas, di dalam kawasan bandar, tidaklah begitu banyak. Tidak semua spekulasi saya di atas boleh di gunapakai lagi.
Previous Post
Next Post

1 comment:

  1. KESAKSIAN BAGAIMANA SAYA MENDAPATKAN PINJAMAN SAYA DARI PERUSAHAAN PINJAMAN DAN TERPERCAYA. Saya bernama Theresia Widiyasari dan saya tinggal di Australia, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman agar berhati-hati karena ada penipu di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu saya tegang secara finansial, dan karena keputusasaan saya, saya dibohongi oleh beberapa pemberi pinjaman online dengan nilai Rp75.890.000. Saya hampir kehilangan harapan sampai seorang teman saya yang merupakan seorang polisi merujuk saya ke sebuah perusahaan pinjaman yang sangat andal bernama DONNAHALL FUNDING LLC yang meminjamkan saya pinjaman tanpa jaminan sebesar Rp950.000.000 dalam 24 Jam tanpa tekanan. Jika Anda membutuhkan pinjaman apa pun, cukup hubungi mereka sekarang melalui email: (donnahallfundingllc@gmail.com). Saya menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman karena saya melewati di tangan para pemberi pinjaman palsu.
    Jika Anda memiliki pertanyaan, hubungi saya: {theresiawidiyasari@gmail.com}

    ReplyDelete