Sunday, October 20, 2019

Perak Larang Kempen BMF Di Kawasan Masjid


@ Kerajaan Negeri Perak melarang sebarang penganjuran kempen Beli Barangan Buatan Muslim Dahulu (BMF) di dalam kawasan masjid selepas perkara itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

@ Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi berkata, keutamaan diberikan kepada promosi kempen Beli Barangan Halal Dahulu seperti yang sedang dilaksanakan kerajaan.



@ Asmuni berkata demikian sebagai mengulas mengenai pelancaran Buy Muslim First Peringkat Masjid Negeri Perak di Masjid An-Nur Batu 8, Hulu Kinta.

@ Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) diarahkan memanggil ahli jawatankuasa Masjid An-Nur Batu 8, Hulu Kinta untuk memberikan penjelasan kerana membenarkan pelancaran program berkenaan diteruskan.

@ Kerajaan negeri Perak kesal dengan penglibatan Jabatan Mufti Negeri Perak terhadap kempen tersebut.



@ Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim yang dijadualkan merasmikan pelancaran program itu semalam akan dipanggil pada Isnin depan untuk memberikan penjelasan.

@ Asmuni berkata, penganjuran kempen itu bukan sahaja tidak memberi sebarang keuntungan kepada masyarakat Muslim malah dilihat rasis dan bersifat politik.

@ Asmuni Awi adalah Exco Kerajaan Negeri Perak yang memegang portfolio Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Perak, selaku Pengerusi.



@ Kempen BMF negeri Perak dianjurkan oleh NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang aktif mempromosi dan menganjurkan kempen dan karnival BMF di seluruh negara dengan kerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

@ Tiada salahnya kempen Ummah terhadap BMF, kerana BMF adalah kempen untuk mengenengahkan produk muslim, yang halal, supaya dapat bersaing dengan produk halal lain yang gah di pasaran. BMF adalah viral marketing yang membantu peniaga muslim mengembangkan perniagaan mereka.

@ Kenapa perlu di halang kempen yang memberi manfaat kepada majoriti peniaga muslim mendapat kan pelanggan dari kalangan muslim? Kita tidak berkempen kepada non-muslim pun. Kita berkempen untuk memberitahu pengguna muslim, bahawa terdapat banyak pilihan barangan keluaran muslim di pasaran.



@ Dengan kempen2 aktif yang dijalankan secara fizikal di seluruh negara, dan secara aktif di media sosial, capaian yang tinggi dapat menerobos pasaran pengguna muslim. Manfaat besar kepada usahawan muslim. Mereka di bantu oleh kempen secara besar-besaran oleh rakyat Malaysia.

@ Muslim, bukan tanda milik orang Melayu. Ianya bermaksud Penganut Agama Islam. Muslim bukan hanya di kalangan Melayu, tetapi Cina, India dan ramai lagi bangsa lain pun ada yang muslim. Jadi, bahagian mana yang rasis nya kempen BMF ini? Semestinya ramai peniaga BMF ini terdiri dari orang Melayu, kerana orang Melayu adalah penduduk majoriti di Malaysia. Kalau kempen BMF di jalankan di negara China, majoriti peniaganya tentulah orang Cina.

@ Sokonglah BMF untuk melihat lebih ramai usahawan muslim berjaya. Tanpa mengira ideologi politik atau bangsa mereka, kita perlukan produk buatan muslim untuk kita, dan kita perlukan lebih ramai usahawan muslim berjaya.

Genting Jual Kapal Layar Mewah Tranquility



@ Kapal persiaran mewah milik Jho Low, Equanimity dikatakan dibeli pada harga USD250 Juta menggunakan dana 1MDB.

@ Berikutan skandal kewangan 1MDB, Equanimity disita di Bali, Indonesia pada Februari 2018 oleh Kerajaan Indonesia atas permintaan Pihak Berkuasa Amerika dan di serahkan pada Kerajaan Malaysia  pada Ogos 2018.

@ Proses lelongan dimulakan pada November 2018 selama sebulan pada harga USD130 Juta, tetapi tidak berjaya di jual melalui lelongan.



@ Dibeli oleh Genting Malaysia Berhad dari Kerajaan Malaysia pada harga USD126 Juta pada April 2019.

@ USD126 Juta adalah tawaran terbaik yang diterima Kerajaan Malaysia dalam tempoh 5 bulan sejak pengumuman untuk dijual dilakukan pada November 2018.

@ Tawaran dari Genting Malaysia Berhad adalah rundingan terus dengan Kerajaan Malaysia, sekaligus tiada bayaran/komisyen kepada broker/ejen yang menjimatkan USD4.4 Juta.

@ Ditukar nama kepada Tranquility dan mula disewakan pada harga USD1 Juta seminggu. Selebriti popular yang dilaporkan menyewa Tranquility termasuk Kylie Jenner.



@ Asking Price untuk dijual diletakkan pada harga USD200 Juta pada September 2019 menurut broker kapal layar Camper & Nicholsons.

https://camperandnicholsons.com/luxury-motor-yacht-for-sale/tranquility

@ Beli pada harga rendah, di jual semula pada harga yang lebih tinggi adalah amalan biasa perniagaan.

@ Dalam permainan hartanah lelong juga, kita seboleh-bolehnya mahu mendapatkan keuntungan maksima dari setiap pembelian, dengan menunggu penurunan harga dari lelongan pertama, sehingga, mungkin lelongan ke 4 atau lelongan ke 5 atau ke 6 untuk mendapatkan harga sekitar 30-40% di bawah harga pasaran.

@ Tujuannya supaya kita mendapat keuntungan dari sewaan yang mempunyai +ve cashflow, atau penjualan segera yang mempunyai margin keuntungan, bukan margin paper atau future value semata-mata.

@ Dengan margin keuntungan yang besar, di sebab kan pembelian di bawah harga pasaran, kita juga boleh menjualnya di bawah harga pasaran.



@ Genting juga melakukan perkara yang sama, tanpa perlu menjual pada harga USD250 Juta, Genting tetap mendapatkan keuntungan yang bagus pada penjualan harga USD200 Juta.

Pautan berita berkaitan.

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/10/619715/genting-jual-kapal-layar-mewah-equanimity

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/10/19/kapal-persiaran-mewah-berkait-jho-low-dijual-semula/




Saturday, October 19, 2019

Tips Jimat Ke Airport

Untuk mereka yang selalu atau perlu ke airport terutama KLIA/KLIA2,  selain pandu sendiri atau dihantar orang, ada pelbagai pengangkutan awam tersedia untuk ke airport. 



@ Kos menggunakan teksi budget sekitar RM80-125 mengikut jarak, tidak termasuk tol. Dan ianya untuk caj waktu biasa. Caj midnight pula sekitar RM110-175.

@ Kos menggunakan e-hailing budget seperti Grab atau MyCar sekitar RM45-105 tidak termasuk tol, bergantung jarak dan jenis kereta yang dipesan.

@ Kos menaiki ERL pula RM55 seorang dari KL Sentral. RM38.40 dari TBS, RM9.40 dari Putrajaya Sentral dan RM4.90 dari Salak Tinggi. Kalau mahu ke KLIA dari KLIA2 atau sebaliknya, hanya RM2.

@ Sekiranya anda berkereta dan mahu parking di KLIA Long Term Car Park, RM32 sehari.

@ Parking di KLIA2 RM46 sehari untuk 3 hari yang pertama, hari keempat dan seterusnya flat rate RM20 sehari. Atau Park n Ride  di Long Term Car Park KLIA2 RM20 satu hari dan menaiki shuttle bas percuma ke KLIA2.



Kalau boleh berjimat, berjimatlah. Saya berikan tips untuk mereka yang mahu berjimat.

1) Bas
Ada banyak bus operator yang menyediakan khidmat ke airport. Tidak terhad hanya dari KL Sentral atau Terminal Bersepadu Selatan, tetapi juga di stesen LRT dan Shopping Complex tertentu. Sebagai contoh, menaiki bas dari Stesen LRT Putra Heights ke KLIA, hanya RM6 pergi dan RM4 tiket pulang. Kita boleh menaiki LRT sehingga stesen LRT Putra Heights dan terus menaiki Jetbus untuk ke KLIA/KLIA2, dengan menempah tiket bas melalui tempahan online. Harga online dan harga di kaunter adalah sama.

Untuk semakan jadual, harga dan lokasi yang bersesuaian dengan anda sila klik pada link yang saya pautkan di bawah.

Busonlineticket.com


2) Sewa Kereta

Dengan penularan model bisnes gig dan hype  ekonomi, perniagaan sewa kereta juga mengalami pembaharuan approach kepada pelanggan. Walaupun telah bermula sejak tahun lalu, dan sudah semakin kurang promosinya, ia masih murah. Sementara masih murah dan dalam tempoh buang harga, kita nikmati perkhidmatan ini.

Dua syarikat utama yang memberikan penjimatan hebat untuk anda ke  atau dari KLIA one way trip adalah GoCar dan SoCar. Bermaksud anda sewa kereta dari point A dan tinggalkan kereta sewa di KLIA. Atau dari KLIA dan tinggalkan kereta di point B. Sila download applikasi mereka di Google Play untuk rujukan lanjut.

SoCar

@ Booking one way trip sudah semakin terhad. Pick up point terdapat di Damansara Intan, Nadi Bangsar, Mid Valley, Solaris Mont Kiara, KL Sentral, Nu Sentral dan Lot 10. Drop off point untuk one way trip masih banyak, termasuk KLIA.

@ Booking 1/2 jam sehingga sebulan sebelum penggunaan.

@ One way trip ke KLIA ada caj extra RM50. Contoh harga dari Mid Valley ke KLIA, RM13.78 + RM50 one way fee.  Penggunaan 2 jam untuk kereta Axia.

@ Terdapat promosi trip dari KLIA ke drop off point, yang mana, sebenarnya SoCar mahu anda tolong hantarkan kereta sewanya ke drop off point tertentu. Cajnya hanyalah bayaran parking, jika ada, maksima 4 jam.

@ Penyewaan kereta sewa SoCar sudah termasuk bahan bakar, jadi anda tidak perlu mengisi petrol. Cuma bayar tol sahaja, kalau ada.



GoCar

@ Booking one way trip amat terhad sekarang. Kalau Lembah Klang, pick up dan drop off point cuma di Jaya One Centre PJ, Royale Chulan KL, Shell Setia Alam atau KLIA2.

@ Booking 3 hari sebelum penggunaan sahaja. Tak boleh booking untuk minggu depan atau bulan depan.

@ Siapa cepat dia dapat, booking selalu sold out. Contoh harga dari Royale Chulan ke  KLIA2  atau sebaliknya, untuk sewa 2 jam, RM19.80 sahaja untuk kereta Nissan Almera.

@ Penyewaan kereta GoCar tidak termasuk petrol. Anda perlu memulangkan kenderaan dengan tahap petrol yang sama seperti mana anda mengambilnya. Tol juga tidak termasuk.



3) Parking Kenderaan Selain KLIA/KLIA2

Anda boleh berkereta menghantar keluarga anda ke KLIA/KLIA2 dan parking di dua tempat parking terdekat dengan tarif yang lebih murah.

@ Stesen ERL Salak Tinggi
- Parking berbumbung dan open area.
- RM8.00 satu hari maxima.
- RM4.90 untuk menaiki ERL ke airport.

@ Stesen ERL Putrajaya Sentral
- Parking percuma di open area di kawasan ERL Putrajaya Sentral depan Hospital Putrajaya.
- RM6.00 satu hari parking di Park n Ride maxima.
- RM9.40 untuk menaiki ERL ke airport.

Selamat berjimat.
Terima kasih.

Wednesday, October 16, 2019

Tutorial Tuning MyTV untuk Toshiba 32L3650VM Tanpa Dekoder


Assalamualaikum.

Semalam petang majoriti rakyat Malaysia mula menerima kesan perubahan sistem TV analog kepada digital. Majoriti kita kehilangan siaran TV. Saya sudah berkira2 untuk membeli dekoder myTV, tapi disebabkan saya ternampak posting di Facebook mengatakan TV yang ada built in DTV tidak memerlukan dekoder, saya pun memulakan pencarian bagaimana untuk tune TV saya kepada digital channel. Berjaya!! Setelah banyak kali percubaan.




Tutorial simplenya begini.

Saya tinggal di apartment dan menggunakan indoor antenna.


Kita mulakan dengan menekan button yang di tanda kan pada remote, untuk ke menu INPUT SOURCE dan pilih DTV dan tekan OK.






Tekan MENU pada remote, dan scroll ke bawah, untuk ke CHANNEL.


Pilih AUTO TUNING, dan kemudian pilih DVB-T.


Pilih negara MALAYSIA dan tekan OK. Anda akan di bawa ke menu CHANNEL TUNING dan pencarian auto bermula, dari sistem ATV, DTV dan Radio. Biarkan pencarian auto mencari channel.






Lebih kurang 10 minit, pencarian selesai. Anda akan dapat 20 channel. 14 channel TV dan 6 channel Radio. Sekian tutorial simple dari saya. Selamat Berjaya!!






Tak payah beli dekoder. Woohoo.

* Kredit untuk Anas Abdullah di Facebook yang menunjukkan jalan.


Tuesday, October 15, 2019

Penerima BSH Yang Layak Untuk Program Subsidi Petrol Boleh Membuat Semakan Di Talian


2.9 Juta penerima BSH yang layak untuk program subsidi petrol (PSP) boleh menyemak status mereka ditalian melalui laman web psp.kpdnhep.gov.my menurut Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Data penerima PSP di ambil dari data yang diterima semasa memohon BSH, yang di padankan dengan data pemilik kenderaan dari JPJ. Dari situ, berjumlah 2.9 juta orang layak untuk menerima PSP bagi golongan B40.




Bagaimanapun, menurut Dato Seri Saifuddin Nasution, data2 ini masih perlukan penambahbaikan, dan meminta golongan B40 membuat semakan. Sekiranya, ada nama yang tidak tersenarai, mereka boleh membuat rayuan di dalam portal tersebut. Penerima BSH yang baru membuat pembelian kenderaan yang layak untuk PSP juga di minta mendaftarkan kenderaan mereka dengan JPJ dan membuat permohonan untuk menerima PSP. Senarai yang dikeluarkan hari ini tidak termasuk mereka yang layak dari segi kenderaan, tetapi bukan penerima BSH. Golongan ini akan menerima Kad95. Tarikh permohonan untuk golongan ini akan diberitahu kelak.





Untuk kelayakan,
@ Kereta 1600cc kebawah
@ Kereta 1600cc keatas berusia lebih 10 tahun
@ Motor 150cc kebawah
@ Motor 150cc ke atas berusia lebih 7 tahun

@ Penerima BSH untuk kereta menerima RM30 sebulan yang dikredit setiap 4 bulan.
@ Penerima BSH untuk motor menerima RM12 sebulan yang dikreditkan setiap 4 bulan.
@ Pemegang Kad95 untuk kereta menerima subsidi 30sen untuk 100 liter sebulan.
@ Pemegang Kad95 untuk motor menerima subsidi 30 sen untuk 40 liter sebulan.




Langkah Pencegahan Penipuan Macau Scam dan Penipuan Online Lain


Macau Scam, Parcel Scam, Love Scam, Penipuan Online dan seumpamanya adalah imdustri penipuan yang bernilai ratusan juta ringgit di Malaysia. Dengan modus operandi licik yang memperdaya mangsa, kerugian dari ribuan ke ratus ribuan ringgit setiap mangsa di laporkan setiap tahun. Bagaimana mengenali modus operandi mereka?




Modus Operandi Macau Sam

1) Cabutan Bertuah

Mangsa menerima panggilan telefon yang memaklumkan mangsa memenangi sejumlah wang yang besar dari cabutan bertuah. Mangsa di minta membayar sejumlah wang kononnya untuk tujuan cukai dan insurans sebelum wang hadiah boleh dituntut. Setelah transaksi selesai, wang yang dijanjikan tidak diterima, dan pemanggil juga gagal dikesan.

2) Menyamar sebagai Pegawai Polis atau Pegawai Kerajaan

Mangsa menerima panggilan telefon kononnya dari pihak polis atau mahkamah, dann mendakwa mangsa atau akaun bank mangsa terlibat dalam kegiatan jenayah seperti penggubahan wang haram atau kegiatan dadah. Mangsa di minta memindahkan wang ke akaun tertentu untuk mengelakkan akaun dibekukan.

3) Menyamar sebagai pegawai bank

Sama ada pegawai bank negara atau bank swasta, mangsa menerima panggilan berkaitan hutang yang direka, dan diminta membuat bayaran untuk mengelakkan nama disenarai hitam.

4) Tipu Culik

Mangsa menerima panggilan kononnya saudara terdekat mereka diculik dan diminta membuat bayaran tebusan.




Dari masa ke semasa, mereka berevolusi. Mereka manusia2 pintar dan licik dalam menjayakan jenayah kolar putih. Apa yang perlu kita buat untuk menghalang penipuan mereka? Kita boleh membuat senarai semak berikut.

Langkah2 yang perlu di buat sebelum atau semasa menerima scam.

1) Pencegahan awal. Install applikasi caller-identification, Truecaller di smartphone anda. Applikasi ini telah di download sebanyak lebih 500juta kali dan memberitahu anda siapa yang menelefon anda, jika pengguna lain merekod dan melaporkannya. Tanda merah akan keluar sekiranya pemanggil menerima laporan scam dari penerima panggilan sebelumnya.




2) Semakan No Talipon/Akaun Bank dengan rekod PDRM. Semakan ini di lakukan di laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, PDRM.

Link web semakan JSJK
http://ccid.rmp.gov.my/semakmule./?fbclid=IwAR3BheTHeIVdc7MZepA_mr2luRZ05Fa_SzWIBaP2ly0y1IsNq6VIU2AzUfg


Jika no akaun atau no telefon ini telah  dilaporkan mempunyai kesalahan menipu orang ramai, notis amaran akan di keluarkan. Sebagai contoh, no akaun hasil carian di bawah telah 5 kali terdapat laporan penipuan.





3) Buat dummy transaksi ke atas no akaun yang diberikan. Kita boleh masukkan RM1 melalui transaksi online ke atas no akaun yang diberikan. Tujuannya adalah untuk melihat nama pemegang akaun terbabit, untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa. Adalah tidak logik, untuk memasukkan wang ke dalam akaun peribadi untuk transaksi formal bank negara atau bank swasta. Sebenarnya, keldai akaun digunakan dari kalangan peminjam ah long, mereka yang tertipu oleh Macau Scam untuk membuka akaun, atau mereka yang rela akaun mereka digunakan dengan sejumlah upah yang diterima.

Apapun, selepas kita menerima panggilan scam ini,

@ Jangan panik dan terus mengikut arahan mereka. Rujuk pihak polis atau pihak bank atau rujuk saudara atau rakan terdekat.

@ Jangan hubungi mereka semula untuk pengesahan. Sebaliknya, hubungi pihak syarikat atau jabatan yang dinyatakan melalui no rasmi mereka. Anda boleh Google no rasmi mereka di internet.




@ Jangan dedahkan no kad atm, kad kredit, no pin atau no tac anda pada mereka.

@ Laporkan pada pihak berkuasa tentang kegiatan mereka.

@ Maklumkan langkah2 pencegahan ini kepada rakan, saudara, ibu bapa, adik beradik, anak2 dan orang2 yang rapat dengan anda.

Jangan biarkan anda termasuk di dalam statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM.

Tabung Perkahwinan dan Perumahan Untuk Anak Muda.


Cabaran ekonomi masa kini menyaksikan harga rumah agak mahal. Tapi, rumah itu satu keperluan. Sekecil atau sebesar mana, sedekat atau sejauh mana dari tempat kerja, ianya tetap keperluan sebuah keluarga. Dari unit yang kecil, ianya boleh ditukar ganti mengikut keadaan ekonomi sesebuah keluarga, dari masa ke semasa. Rumah mampu milik sekarang di kategorikan pada nilai RM300k ke bawah.




Bernikah dan mengadakan majlis perkahwinan memerlukan belanja besar.  Purata perbelanjaan majlis perkahwinan, dari RM20k ke RM50k bagi orang kebanyakan. Purata umur berkahwin bagi lelaki adalah 29 tahun, dan 26 tahun bagi wanita. Dengan kebanyakan anak muda kini mempunyai taraf pendidikan diploma atau ijazah, yang memerlukan tempoh pengajian sekitar 3 ke 4 tahun, anak muda akan memulakan kerjaya pada umur sekitar 22 tahun. Dari umur 22 tahun, 4 ke 7 tahun kemudian, mereka akan menuju perkahwinan, dan berkira2 untuk membeli rumah.

Jadi, bagaimana anak muda mahu mencapai keduanya, berbelanja untuk perkahwinan dan membeli rumah dalam tempoh sekitar 5 tahun? Dan apa sumber utama untuk perbelanjaan ini?

Boleh kita simpulkan perbelanjaan perkahwinan boleh datang dari 3 sumber.

@ Menabung
Sikit2 lama2 jadi bukit. Mengambil contoh simpan secara konsisten sebanyak RM600 sebulan melalui potongan tetap ke dalam asb, cukup 3 tahun, dengan keuntungan, memberikan nilai sekitar RM24k. Cukup simpanan, belanjakan semua. Hangus RM24k.

@ Pinjaman peribadi
Sangat popular. Mengambil contoh pinjaman bernilai RM30k untuk 10 tahun, dengan kadar faedah 6.9% pa. Bayaran bulanannya adalah RM426.00 sebulan. Tapi, kalau dalam masa 10 tahun ini, pasangan dah mula ada anak, ada beberapa orang anak, anak dah masuk sekolah, nilai RM426.00 sebulan untuk 10 tahun yang telah digunakan semata2 untuk majlis perkahwinan, akan mula terasa beban nya, dengan kos2 perbelanjaan anak mula merobek poket.

@ Tajaan keluarga
Kalau keluarga kita mampu dan mempunyai peruntukan, boleh lah di harapkan dari dari ibu bapa kita. Pun begitu, sepatutnya perbelanjaan perkahwinan patut datang dari poket sendiri, tanpa mengharapkan bantuan keluarga. Ibu bapa kita yang sudah tua, berikan mereka kelebihan untuk menikmati hari tua mereka. Jangan di susah dan di runsingkan fikiran mereka untuk melihat kebahagian anda di majlis perkahwinan anda. Jadilah insan yang bertanggungjawab dan menjadi contoh dan kebanggaan keluarga anda.




Jadi, apa yang boleh kita buat, untuk memastikan tabungan yang kita buat, tidak sia2 hangus, tanpa perlu mengambil pinjaman peribadi, dan tanpa bantuan keluarga? Jawapannya, menabunglah untuk pembelian hartanah yang pertama. Kekalkan konsep tabungan RM600 untuk 3 tahun. Cukup haul 3 tahun, mulakan pemburuan hartanah pertama yang bernilai RM150k ke bawah.

Hartanah bernilai RM150k ini pula, mesti mempunyai ciri2 berikut :
@ 3 bilik tidur
@ Nilai pembelian lebih rendah dari harga pasaran.
@ Kadar sewaan yang memberikan +ve cashflow

Dengan ciri2 yang disebutkan, nilai RM24k  untuk pembelian hartanah bawah RM150k masih realistik dari pasaran subsale dan lelong. 3 tahun yang pertama untuk menghasilkan tabungan berjumlah RM24k, dan satu tahun untuk melengkapkan transaksi  pembelian dan menghasilkan keuntungan atau menggandakan wang tanpa menggandakan perbelanjaan tambahan.




Begini, pada ketika kita mula berkerjaya, kita mungkin sudah mula menyewa bilik sekitar RM200 ke RM300 sebulan, kita menabung RM600 sebulan untuk pembelian hartanah. Dan untuk 2 tujuan ini, kita belanja lebih kurang RM900 sebulan.

Perlaksanaan Gerak Kerja

Mengambil contoh sebuah unit pangsapuri yang di lelong pada harga rizab RM150k dengan kiraan kasar sewa bulanan RM1k, harga pasaran RM250k, dan tunggakan maintenance sekitar RM5k. Kiraan kosnya seperti ini ,

@ Deposit 10% RM15k
@ Bayaran yuran guaman paling minima 3% RM4.5k
@ Bayaran tunggakan yang boleh di tuntut semula RM5k

Jumlah keseluruhan RM24.5k

Dari masa ke semasa, akan ada lagi bayaran2 tambahan. Tetapi seiring dengan masa, wang tabungan RM600 sebulan masih mencukupi untuk perbelanjaan tambahan tersebut. Deposit tnb, syabas, repair rumah dan lain2.

Selesai urusan pembelian dan memulakan bayaran pada pihak bank, kita boleh sewakan pada nilai RM1k sebulan. Mencukupi untuk bayaran bulanan sebanyak RM750 sebulan. Atau kita menetap terus disana, dan perbelanjaan masih di bawah RM900 seperti sebelum ini.




Tapi, asal mula tadi kita sembang pasal nak cari duit belanja kawin kan?? Ok, begini ceritanya.  Kita financekan semula kepada pihak bank lain, setelah dokumentasi pemilikan selesai. Financekan pada harga yang kita mampu bayar atau kadar sewaan yang kita boleh toleransi untung ruginya.  Atau cara yang terakhir, kita jualkan dan beroleh keuntungan, setelah di tolak pembahagian untung 30% untuk rakan kongsi tidur kita, LHDN. Sama ada hartanah mahu dipegang untuk tujuan sewa atau tinggal sendiri, atau memilih untuk jual, terpulang pada keputusan masing2. Dengan duit yang ada dari 2 cara tadi, buatlah keputusan yang bijak.

Realistik dan boleh digunapakai bukan? Bertindaklah untuk menabung dari sekarang. Hubungi saya 3 tahun lagi.