Thursday, April 1, 2010

Cerita buka rumah : Satu Keperluan

Listing bulan April dah mula keluar. Boleh di katakan banyak juga yang sedap2 untuk di beli. Aku jarang publish kat blog. Biasa aku shoot by email sahaja, untuk penggemar kawasan2 tertentu. Hari ini aku ke Ehsan dan Bri ke NCM untuk membida bagi pihak client. Semalam petang aku dah check status hartanah, masih available untuk dilelong. Tapi aku tak berapa confident dengan tahap available unitnya. Semenjak aku cuba dapatkan hartanah di Damansara ini untuk client aku, semuanya called off. Tak pernah satu pun berjaya terjual melalui lelong. Itu yang aku hadiri la.. itu pun dah hampir 5-6 kali juga. Lelong jarang, dah masuk lelong, called off pula. Unit ni low cost, tapi market valuenya lebih dari 100k. Untuk hari ini, keputusannya masih sama, called off.. yeehhaaa.. Di NCM pula, tak berapa ramai yang hadir di lelongan Ambank. Sebelum ini ada 3-4 orang yang berminat untuk satu unit di Puchong ini. Harga RP memang murah, 145k sahaja, berbanding market value sekitar 200k. Salah seorangnya E.Farhan yang berminat. Disebabkan isu loan2 sebelum ini perlu diselesaikan dahulu, dia tak jadi nak masuk. Well.. tempat ni tak berapa ramai yang berminat bersungguh-sungguh. Maklumlah.. bukan primary target area mereka. Namun, Brader Nija kita masuk untuk unit ini. Hari tu aku dah pergi usha unit ni. Owner jarang menghuni di sini, secara kebetulan, aku datang weekend, ada orang di rumah. Anaknya sahaja. Dia kata maknya ada rumah lain, takde saper tinggal disini. Dia pun menyewa di tempat lain. Aku tanya, tak kisah ke rumah ni kena lelong, sayang la.. harga RP nya murah. Dia tak kisah katanya.. tapi kalau nak tau lebih lanjut, dia suruh mak nya call aku aje lah. Aku minta no dia/maknya dia tak bagi, jadi.. aku bagi la no aku. Tapi dia tak call pun. Jadi, Brader Nija kita teruskan niatnya membida. Keputusannya, Nija menang. Bri yang masuk bilik lelong, aku dan Palie duduk luar saja. Selesai lelong, lepak dulu dengan Bri, Palie dan Ahmad. Cerita2 biasa.. tentang hartanah, buka rumah dll..




Semalam misi untuk buka 2 rumah, hanya satu yang berjaya di buka. Aku dan Bri ke Belimbing Heights dahulu. Aku tak pernah lagi ke Belimbing Heights. First time. Sebelum ini Bri ada cerita tentang management nya yang sangat strict. Sebelum kita nak masuk buka rumah, kena settlekan outstanding balance purchase price dan outstanding maintenance charges. Semuanya telah diselesaikan 1-2 minggu yang lalu. Hari ini kami bawa resit, document yang berkaitan dari pihak lawyer dan bank, dengan harapan boleh buka rumah. Pukul 12.30 tghr kami sampai di pintu masuk utama. Guard tanya nak pergi mana. Kami katakan nak ke management office, nak selesaikan hal rumah yang telah dibeli. Office tutup, lunch hour katanya, pukul satu baru buka semula, katanya. Nak tunggu dalam pun tak boleh. Dia suruh datang kemudian. Ok. Pukul satu kami datang semula. Macam biasa, dia minta lesen/ic untuk ditinggalkan dan dapat pas pelawat. Kemudian dia follow dengan rotan panjang. Haih.. Nak parking di visitors parking, ada gated area lain. Pak guard di situ kena walkie talkie dulu dengan guard untuk dapatkan kebenaran. Haih lagi.. kemudian lepas parking.. pak guard bawa rotan dah tunggu di depan, nak bawa kami ke office. Masuk office, dia biar kami sembang2 dengan management office officer, sampai officer kata ok, pak guard boleh pergi.. baru lah dia pergi. Dia nak pastikan kami betul2 ke office. Ingatkan dah boleh buka rumah disebabkan kami dah bawa semua dokumen berkaitan, rupanya tak dapat lagi. Katanya, pihak Sales and Management (Di HQ) belum keluarkan satu surat kepada management office untuk memberi kebenaran kepada pemilik memasuki rumah, walaupun kesemua tunggakan telah dijelaskan. Itu procedure mereka. Kesimpulannya, tak boleh masuk lagi.. Kemudian kami ke Nuri Court di Pandan, Unit yang Farid Adam beli 2 minggu sudah. Tiada masalah besar,semuanya selesai walaupun ambil masa sikit untuk buka tombol. Macha Bri ada, apadehal.. semua boleh settle.. heheh Rumah memang dah lama ditinggalkan, agak berhabuk. Api dan air tiada. Kami tak lama di situ, sebab hari pun dah petang. Lepas tukar tombol, ambil gambar sikit, kami pun balik.




Nota dari aku, kenapa aku suka sangat buka rumah lepas menang auction? (Semestinya, rumah kosong, bukan rumah ada orang. Adalah satu dua kes terbuka rumah yang ada orang, tapi itupun akibat salah faham.) Ada beberapa perkara penting yang kita kena ambil tahu. Kita sedia maklum, rumah lelong, kebiasaannya kita tak dapat nak tengok dalamannya. Kalau boleh, kalau rumah kosong, cuba juga untuk masuk dan tengok keadaan rumah, atas sebab:

1)Penilaian awal.
Kalau kita tak dapat nak masuk unit sebelum lelongan, cuba untuk masuk lepas kita menang. Kita perlu tahu keadaan dalaman rumah. Penilaian perlu dibuat. Kita dah ambil risiko dengan membeli tanpa tengok dalaman, jangan tambahkan risiko lagi dengan menyelesaikan kesemua urusan, loan dah disburse, kemudian bila masuk rumah, hancur. A good case study, masa Pak Pandir aka Izwan beli satu unit di Ulu Kelang. 7 orag membida, dari 77k naik kepada 96k. Lepas menang auction, terus buka rumah beberapa hari kemudian. Rupanya kebocoran yang teruk. Kos repair berbelas ribu. Itupun tak menjamin keadaan akan kekal baik, disebabkan tangki air jenis swimming pool di atas rumah, mungkin boleh bocor lagi di mana2. Keputusan Pak Pandir, let go rumah, hangus deposit hampir 5k daripada menanggung biawak hidup selamanya. Bila terjadi kes macam ni, kita boleh buat keputusan untuk back off dari teruskan pembelian, daripada kita meneruskan dokumentasi pinjaman bank, lawyer, yang kesemuanya melibatkan kos.




2)Tindakan lanjut.
Kalau kita dapat buka dan tengok rumah yang telah dimenangi, kita dapat anggar, nilai dan buat pelan tindakan selanjutnya. Sekadar memberi beberapa contoh, kalau ada mayat dalam peti sejuk, kita boleh panggil pihak polis dan selesaikan kes cepat, supaya bila ngam2 bank disburse 3-4 bulan kemudian, kita dah boleh repair rumah, cuci dan tinggal/sewakan terus. Kalau fully furnish, kita boleh lock rumah dan biarkan as is basis. Kita nak protect interest kita juga atas rumah tu. Kita tak nak orang lain apa2 kan rumah tersebut. Secara mudahnya, aku boleh katakan, aku buka rumah ni, sebab nak tukar kunci dan taknak orang lain mencuri atau sebagainya. Kadang2 ada pihak management yang tak bagi kita buka rumah tersebut, tapi takkan sebelum kita beli ada grill, ada pintu, ada lampu dll.. tapi 2-3 bulan kemudian, habis pintu takde, grill kena cabut, lampu kipas kena tanggal dll. Kes benar, memang ada owner lama yang tanggalkan kesemua pintu (akupun tak tau dia nak buat apa dengan ketujuh-tujuh pintu tersebut, termasuk pintu depan), Cabut kesemua grill dan kemudian offer semula jualkan grill2 tersebut pada harga diskaun, dengan siap pasang, dan selalu owner cabut balik semua lampu dan kipas, biarkan rumah togel. Kita taknak kerana dendam owner lama dengan bank yang melelong, rumah jadi mangsa dengan dirosakkan, lubang tandas disimenkan dll..




3) Untuk repair dan sewakan terus!!
Part ni semua orang suka. Kalau rumah dah memang kosong.. takde orang tinggal. Api air masih ada.. repair apa yang patut, cuci kasi bersih, iklankan untuk sewa terus. 3-4 bulan lagi nak bayar monthly payment, tapi duit sewa dah makan dulu. Woohhooo... Ramai pernah alami situasi ini. Aku sendiri pun, tengah sibuk buka rumah, orang tanya berminat untuk sewa.. Itu rezeki masing2.

Kesimpulannya, kalau kau tanya aku boleh ke buka rumah sebelum semuanya selesai? Kena bolehkan jugak. Kalau macam situasi Belimbing Heights ni, Pak Guard follow bawak rotan, memang tak boleh la.. Nak kena sebat?? Hahahah.. Tapi memang penting untuk kita tengok dalaman rumah yang kita dah beli tersebut.
Previous Post
Next Post

18 comments:

  1. Macha Faris,

    takde gambar ke utk belimbing Heights tu?

    tak salah ke kalau buka rumah sebelum Bank Disburse?

    Macha faris, Kenapa nak letak nama machaafaris depan nama Bri ?
    Susah nak faham kalau gabung gabung camtu.

    ReplyDelete
  2. respek la ngan korang.....

    teruskan mengupdate yeee...

    ReplyDelete
  3. aku pon nak follow style korang la..shoot email listing pada specific client je..senang..takyah la aku dok nak study listing pastu post kat blog. penat oo...pastu bukan sumer ada sambutan pn...c

    ReplyDelete
  4. aiyaa..ini 2 org macha...bikin sakit gigi saja...hahaha...nak terkentut gelak..
    bri..salah ka kalo org sewa dulu b4 bank disburse..?
    pakgat belimbing heights memang komited pada tugas...bertanggungjawab..jujur dan amanah...dia hanya menjalankan tanggungjwab yg diberi...

    ReplyDelete
  5. Salam. Dapat nasihat free daripada lawyer, kalau rasa tak pasti nak buka atau tak sebelum tukar nama property, buat laporan polis dulu masa sblm tukar kunci, at least ada cover up.Tak psl2 nanti owner pergi report ada orang pecah rumah sbb legally selagi nama dia blom tukar lg, dia masih ada hak yang sah ke atas rumah tersebut.

    ReplyDelete
  6. bri & faris,

    bila bukak rumah puchong leh cross check against this blog entry...

    or mungkin jadi cerita/pengalaman baru ke lak?

    aku lom penah amik rumah iwner still duduk

    ReplyDelete
  7. Agreed with IRIS. My lawyer pun advise the same thing. Slalunya kalo teman nk beli umh lelong dan tgk umh tu bertutup rapat, apa yg biasa teman buat is pecahkan 1 @ 2 tingkap umah tu sbb teman pnah terbeli umh yg tkde bumbung. Nasib baik le harganya murah, kalo tak mau nangis teman membayonyer..

    ReplyDelete
  8. abangensem ni abang Machafaris ke?
    muka cam sama je...

    laporan polis tidak menghalalkan kita untuk buat Ops Masuk ke dalam rumah tersebut.

    ReplyDelete
  9. Yea.. boleh buat laporan polis sebelum buka rumah.. tapi kalau awal2 dah survey rumah tu, kita dah tau penyewa atau owner yang tinggal.. atau rumah kosong tidak berpenghuni.. api air dah lama kena potong.. itu semua maklumat yang berguna untuk kita determine next action.. sebab itu penting untuk kita survey dan dapatkan maklumat secukupnya.. kalau maklumat tak lengkap.. kita tak pasti ada org ke tidak.. kena fikir plan b,c,d dan sterusnya..

    ReplyDelete
  10. Ilmu terbaekk dari Faris.
    rezeki umah lelong aku xde orang, tingkap terbuka.

    wajb servey.

    konsider gak tingkat paling atas jgn beli

    bali umah yg dh 4 ke 5 tahun. lagi lama daripada tu, kene semak btul2.mana tau dh jadi sarang penagih

    ReplyDelete
  11. pendapat saya, hati2 dgn undang2. sbb belum bayar habis, bermakna rumah tu belum betul2 kita punya lagi. owner lama masih boleh charge ke mahkamah kata kita ceroboh rumah dia... kalau ternasib buruk dpt owner yg particular bab law la...

    ReplyDelete
  12. salam, kalu mcm tuh, contract after menang auction mmg tak properly securekan bidder punya interest walhal dalam contact or POS semua mcm "as-is-basis" lepas hammer diketok. kalau selepas dah menang auction and the next day tuan rumah lama pergi bakar/pecah kan rumah mcm mana?. sbb kalau owner lama buat mcm tuh the day after hammer diketuk dah takde lagila istilah "as-is-basis" tuh. ada law yang bleh kita gunakan utk cover kita punya interest?.

    thanks

    ReplyDelete
  13. ada... law of equity.
    sbb kita ada interest kat rumah tu
    interest sbg org yg dah bayar deposit, bukan sebagai pemilik title rumah lagi
    kalau ni berlaku, cari lawyer la..
    :)

    ReplyDelete
  14. Pendapat lain2 dlm hal nih.Tp yg selalu dengar dan meyakinkan, owner lama still ada hak pasal dia claim property atas nama dia.

    tp carjunk tak berapa setuju gak kekadang. memang nama atas nama dia tp dia tak jalankan tugas membayar pada bank. Masa sign loan beli rumah, ada satu perjanjian antara owner dan bank-kalo owner tak bayar loan, bank berhak lelong rumah. Jadi bank dah amek responsibility. rasa mcm dah hilang hak dia melainkan dia sambung bayar loan ler.

    Yang tak best nyer, owner baru beli kena tanggung risiko rumah rosak. kena tanggung maintenance fee kalo ada. sedangkan owner lama duk rumah tuh free atau kutip sewa bulan2.hehe.

    tp dari segi pengalaman, deal ngan owner lama jer la. bincang baik2. bila ada persetujuan, senang. dua-dua tak rugi.(ada gak kes owner lama suka2 tukar keputusan..hehe)

    -sekadar pendapat-

    ReplyDelete
  15. haku dah terbeli rumah lelong tapi masih ada owner lama kat dalam umah, camane nak halau kakak janda anak tiga tuh kuar erk? bagi idea sikit bro?

    haku ada citer skit dalam blog haku arini:
    http://thunbergia.wordpress.com/

    salamm, nice blog, keep it up

    ReplyDelete
  16. Tadi pagi kat Ng Chan Mau, dua-dua tukang lelong high-light benda ni. Diaorang kata pembeli hanya ada hak ke atas rumah selepas semua jumlah duit dah settle kat bank. Tapi aku rasa pembeli boleh pegi bincang dgn owner lama dulu. Alhamdulillah rumah aku dapat 31/3/10, dah boleh kutip sewa 5/4/10, sambung sewa jer. Btw tadi kalah la hehe
    -Zam-

    ReplyDelete
  17. @Zam : On paper.. sama macam beli rumah baru atau subsale.. kita bayar deposit 10%, kita dah boleh duduk rumah tu ke? Dah boleh dapat kunci ke? Kebiasaannya tidak.. tapi bergantung atas budi bicara dengan penjual. kalau dia benarkan.. kita dah boleh duduk atau sewakan. Tapi kebiasaannya, penjual nak sehingga loan disburse, baru dia serah kunci. Lelong pun macam tu. Tengok situasi.. to play safe.. tunggu sampai loan disburse. But not as safe as it sounds though.. Macam aku cakap.. kalau rumah tu hancur, sedangkan kita dah mulakan pembayaran bulanan pada bank, apa kita nak buat?? Jadi.. aku tetap nak tengok keadaan dalam rumah selepas aku beli.. Satu Keperluan.

    ReplyDelete
  18. Faris - Agreed, semuanya depend kepada nasib dan perbincangan kita dgn owner lama. Setakat ni alhamdulillah, nasib aku masih lagi baik utk dua buah ni. Dua2 boleh kutip sewa sblm loan disburse. Tapi mmg aku keluar modal sikit la bagi kat owner lama. Rumah sebelah rumah aku beli pun kena lelong jugak, tapi owner lama tak nak keluar sampai loan disburse, and then bila owner lama keluar, aku ada chance masuk tgk dlm rumah tu, mmg jadi macam tongkang pecah, tahap sarang penagih dadah jadinya. kesian aku tgk kat akak yg beli rumah tu... dah la dia dpt harga tinggi, nak kena repair lagi...
    -zam-

    ReplyDelete