Monday, September 26, 2011

Cerita TNB : Penyelesaian Konon..



Cerita TNB bersambung lagi.
Sepatutnya kisah 2 dalam Cerita TNB sebelum ini dah selesai. Aku dah jumpa pegawai akaun cawangan tersebut dan persetujuan di capai, untuk RM178.00 yang di bayar tersebut, RM156.00 di kira bayaran tunggakan selepas unit dimenangi dari lelong, dan RM22.00 di pindahkan ke akaun baru sebagai surplus. Itu persetujuan minggu lalu, Cuma aku tak bawa bil RM178.00 tersebut. Aku terpaksa datang hari lain untuk bawa resit RM178.00 tersebut, kemudian baru boleh tukar nama.

Hari lain aku datang semula membawa resit. Pegawai akaun TNB dah semak resit dan bagi pengesahan. Aku ke kaunter perkhidmatan untuk urusan tukar nama. Bila pegawai terbabit nak tukar nama sahaja, baru dapat tahu ada satu kes berlaku bulan January yang lalu. Kes kecurian arus elektrik, dan pemilik akaun dikenakan saman RM4,000.00. Nampaknya kes belum boleh selesai. Hampir semua permasalahan digabungkan dalam kes ini.

Macam aku beritahu sebelum ini, ini kes terpencil. Memang sangat jarang kita akan jumpa. Sejak aku berkecimpung dalam arena rumah lelong ini, baru 3 kes seperti ini yang aku ketahui. Ya.. aku ceritakan 3 kisah lagi.. seperti sebelum ini.

Kisah A
Unit beli bulan Mac 2008. Bulan April berikutnya pemilik baru dapat notis pemotongan bekalan elektrik dengan tunggakan sebanyak RM324.00. Seperti biasa pemilik baru nak buat tukar nama di TNB. Deposit cuma RM240.00 sahaja. Daripada pemilik baru bayar RM324.00, baik bayar RM240.00, account pun 0, bil pun atas nama pemilik baru. Tapi tak boleh. TNB tak bagi. Sebabnya, pada tahun 2006, pihak TNB telah mengeluarkan satu surat tuntutan sebanyak RM3945.26 terhadap pemilik asal rumah untuk kes pengusikkan meter TNB. Pemeriksaan dilakukan pada bulan November 2005 dan TNB mempunyai bukti kukuh terhadap pengusikkan meter tersebut. Ya.. pengusikkan dilakukan pada November 2005, April 2006 TNB keluarkan surat tntutan. Setahun kemudian, April 2007 TNB mengeluarkan surat peringatan terhadap surat tuntutan terbabit. Setahun kemudian, Mac 2008 pemilik baru beli rumah tu daripada lelong. Bulan April 2008, tunggakan RM324.00 dengan notis pemotongan. pemilik baru nak tukar nama tak boleh, nak minta waive tuntutan tersebut tak boleh dan kes adalah beberapa tahun sebelum pemilik baru beli rumah tersebut. TNB bagi option untuk pemilik baru selesaikan secara ansuran, sebulan RM1k atau bayar tunggakan RM324.00, bekalan disambung semula, tapi tuntutan tetap kekal dalam rekod. Pada masa itu, katanya TNB tak dapat nak transfer tuntutan tersebut ke atas nama pemilik asal, kerana pemilik asal tidak mempunyai akaun TNB lain. Penyelesaian untuk pemilik baru, takde pasal nak bayar RM4k kos tambahan. pemilik baru bayar RM324.00 sahaja dan bekalan masih ada sehingga kini. Kes adalah di bawah TNB Subang.

Kisah B
Dari entry blog aku tentang Cerita TNB, pembaca blog aka client aku, Khairi juga berkongsi kisah yang sama. Unit di beli pada bulan December 2010. Bulan May pemilik asal telah mengosongkan unit. Bila Khairi nak tukar nama TNB baru dia tahu, bekalan elektrik sebenarnya telah dipotong dari tahun 2004 dan TNB telah bilkan lebih kurang RM3,000.00 untuk penggunaan selama 7 tahun (RM35.00 sebulan eh?). Sedap betul pemilik asal ni kan. Pakai elektrik free 7 tahun lepas tu Khairi tolong bayarkan. Jika tidak di bayar, dalam masa 2 bulan, bekalan akan di potong semula, menurut Khairi. Jadi, Khairi pun bayarlah secara ansuran RM1k sebulan. Katanya, mengalir air mata membayarnya.. heheh. Kes adalah di bawah TNB Kajang.

Kisah C
Kesinambungan kepada Kisah 2 dari entry Cerita TNB. Aku yang dah jumpa pegawai akaun untuk transfer tersilap bayar yang dibuat ke akaun lama, ke akaun baru, bila nak tukar nama baru dapat tahu ada notis tuntutan RM3,000.00 juga. Aku dikehendaki berjumpa dengan pegawai TNB lain untuk penjelasan kes. Dari perjumpaan aku dengan pegawai terbabit, sebenarnya bekalan telah di potong pada akhir 2010. Pada 24 Dec 2010, pihak TNB mendapati terdapat sambungan haram ke atas bekalan elektrik. Bulan January 2011 notis tuntutan dikeluarkan. Pemilik baru tidak dapat menukar nama, terpaksa membayar kesemua tunggakan owner lama berjumlah RM378.00 dan kes akan diselesaikan kemudian. Buat masa sekarang, bekalan elektrik disambung semula, tetapi notis tuntutan masih kekal, sehingga penyelesaian dicapai. Pegawai terbabit memberitahu, jika dapat menyediakan surat2 berkaitan dan bukti yang pemilik baru belum menduduki unit terbabit pada bulan December 2010, ada kemungkinan untuk waive tuntutan RM3k itu ada, tapi kena berjumpa dengan pengurus kawasan. Kes adalah di bawah TNB KL Selatan.

Kesimpulan cerita.
Memang kes terpencil. Dari ratusan kes lelong yang aku pernah handle, cuma 3 je ada kes kecurian elektrik atau pengusikkan meter. Tapi tak salah kalau kita nak take precaution measurement. Buat semakan dulu dengan TNB. RM3-4k bukan sedikit. Apatah lagi kalau bekalan telah dipotong, dan bila kita minta TNB sambung, dia suruh kita bayar dulu tuntutan tersebut. Kalau rajin buatlah semakan. Kalau malas.. hahahahah…

Friday, September 23, 2011

Cerita Tentang Percutian : Minimakan Risiko Bila Membeli Tambang Penerbangan Murah


Topik percutian adalah topic hujung minggu blog aku bila aku rajin. Cerita santai bagaimana mahu bercuti mengikut pengalaman aku. Boleh juga dikatakan percutian budget, kerana selalunya aku memperuntukkan lebih kurang RM1000.00 atau kurang untuk tambang perjalanan dan penginapan, dan selalunya tempoh percutian aku 5H4M atau 4H3M. Aku bukan Travel Agent dan belum ada cita2 ke arah itu lagi. Dalam 3 hari yang lepas, sejak Air Asia buat promosi tambang murah, blog aku ada kena tempias sikit dari traffic yang mencari info tentang AirAsiaGo dan Air Asia. Jadi, aku rasa aku akan teruskan cerita tentang percutian sikit2.




Dari apa yang aku ceritakan dari topic yang lalu, selalunya pembeli2 tambang murah Air Asia membeli tiket penerbangan antara 5-12 bulan sebelum penerbangan. Macam sekarang, beli sekarang untuk penerbangan bulan May sehingga Oktober 2012. Ada banyak kebarangkalian yang boleh berlaku sebelum kita akan pergi bercuti. Sebagai contoh, pernah berlaku demonstrasi jalanan yang hebat di Bangkok sehingga mengakibatkan rusuhan dan penutupan airport Survanabumi. Juga wabak H1N1 menular di seluruh Asean. Pernah berlaku letusan gunung berapi di Indonesia, dan Bandung turut merasa kesannya. Sanggup tak kita pergi bercuti kalau tempahan sudah di buat? Atau kisah biasa, dah booking tapi tak dapat cuti, mungkin berlaku sesuatu di tempat kerja sehingga percutian di batalkan, atau mungkin baru bertukar kerja dan tak dapat cuti, atau mungkin juga, tarikh percutian sangat hampir dengan tarikh due untuk bersalin. Pelbagai lagi situasi boleh wujud di mana kita boleh membatalkan percutian kita, lantas menghanguskan duit yang telah di bayar untuk percutian kita. Jadi, bagaimana cara mudah untuk kita kurangkan risiko duit hangus atau meninimumkannya kalau tak dapat bercuti tapi tempahan telah dibuat?





Begini caranya.. meh abang nak cerita.
Pertama sekali yang akan kita tempah adalah tiket penerbangan. Tiket penerbangan yang aku tempah sekarang adalah basic, tanpa ada apa2 add on. Hanya flight ticket semata2. Sekiranya anak di bawah umur 2 tahun, juga aku tidak akan tempah dahulu. Tempahan untuk anak dibawah umur 2 tahun di kira add on, kerana tidak melibatkan seat. Buat masa sekarang, aku akan tempah 4 tiket dengan tempat duduk. Bila sudah hampir dengan tarikh penerbangan, barulah aku akan add on benda2 lain, seperti tempahan untuk anak di bawah umur 2 tahun (RM50.00 one way), bagasi (RM25.00 untuk 15kg), makanan (Diskaun 20% kalau tempah awal dan confirm dapat) atau lain2 add on yang difikirkan sesuai, seperti booking nombor seat, insurance, fast lane dan lain2. Katakan booking basic ke KL-JB bulan May 2012 untuk 4 orang pergi balik, RM140.00. Kalau tak jadi pergi, kita rugi RM140.00 sahajalah. Tapi kalau kita dah booking flight campur hotel itu ini, dah bayar semua lebih kurang RM600.00, sekali tak jadi pergi, hangus lah duit kita. Cerita refund atau cancel hotel booking aku tak pernah buat lagi. Tapi aku pasti, akan melibatkan sedikit kerenah birokrasi bila nak dapat refund. Aku cuma pernah minta refund dari Hotel Berjaya Redang sebab double charge aku. Aku dah bayar online sebelum pergi, tapi kat sana diorang kata tak received, itu cuma nak confirmkan sahaja, diorang tak tolak account aku, jadi di sana sana aku bayar lagi. Aku tanya kalau betul double charge, berapa lama process nak dapat refund, katanya 2 minggu sahaja. Balik KL memang betul double charge, dekat 2 bulan baru dapat refund. Itupun aku collect cheque sendiri di BTS.


Kedua, bila kita dah confirm pergi, dan dah beli add on pada tiket penerbangan kita, baru kita tempah hotel. Sepanjang masa, apa yang aku lihat, dari masa ke semasa, akan ada promosi hotel2. Kita cuma perlu target lokasi mana yang kita nak pergi, specifically, hotel2 yang berdekatan, harga yang ditawarkan dan buat perbandingan harga hotel tersebut melalui website hotel tersebut (kalau ada), telefon atau emailkan pertanyaan harga, dan semak dari AirAsiaGo, Latestays.com dan Laterooms.com. Dari situ kita tahu julat harga. Dari masa ke semasa, bila kita dapati harga sangat murah untuk tarikh percutian kita, masa itulah kita buat tempahan. Sebagai contoh, Hotel di Bangkok, aku akan pilih menginap di Sukhumvit Road, kerana mudah mendapatkan makanan halal dan memudahkan pergerakan (hampir dengan stesen MRT). Antara hotel yang menjadi pilihan aku adalah Woraburi Sukhumvit yang terletak di Sukhumvit Rd Soi 4. Semakan untuk tarikh 25 Sept 2011 menunjukkan harga dari website hotel sendiri RM105.00, AirAsiaGo.com RM113.98, Latestays.com RM117.50 dan di Laterooms.com RM107.61. So benchmark yang aku letakkan, harga untuk satu malam adalah RM105.00. Tapi aku pernah booking di sini dengan rate RM65.00 satu malam, dan aku booking 2 minggu sebelum bercuti. Di Langkawi pula aku akan menginap di Pantai Cenang. Harga satu malam kalau direct booking atau walk in terus untuk Aseania Hotel adalah RM175.00-RM225.00, tapi paling murah aku pernah dapat RM100.00 satu malam.




Jadi, kesimpulannya, kalau ikut langkah yang aku buat di atas, kita dah kurangkan risiko dan juga dapat berjimat. Hal2 transportation dan makanan adalah bergantung pada skill google masing. Aku selalu google untuk dapatkan maklumat2 berkaitan, supaya tidaklah terpinga2 sangat bila dah sampai di tempat orang. Cuma ada risiko lain pula. Harga add on untuk Air Asia boleh berubah. Harga untuk bagasi 15kg 2 tahun dahulu RM20.00 tapi setahun yang lalu dah naik menjadi RM25.00. Itu kenaikan kecil, tak jadi masalah besar. Risiko lain, kalau kita bersikap tunggu dan lihat, sebagai contoh nak tempah hotel di Woraburi Sukhumvit, kadang2 disebabkan kita nak tunggu betul2 murah, kadang2 kita tak booking2 sampai last minute. Sekali hotel penuh, ataupun dah 3-4 hari lagi nak pergi, harga masih tak mencapai seperti apa yang kita harapkan, habis bila nak booking?? Hahahah.. pernah jadi pada aku sebenarnya. Nak booking Hotel di Cihampelas, Bandung, dah dapat harga murah, tapi aku tak booking2 lagi. Akhirnya promosi tamat atau pun hotel dah penuh, harga jadi mahal balik. Terpaksa aku booking hotel lain. Itu cerita lain. Nanti2 aku cerita.




Nota tambahan untuk tempahan di Laterooms.com
Bila melakukan booking, sila semak terms and condition. Ada yang diletakkan tanda advance purchase, ada yang tidak. Bila diletakkan tanda advance purchase, bermakna bayaran penuh diperlukan. Semak juga cancellation policy. Ada yang dinyatakan ‘Your reservation is an advance purchase rate and a credit card is required to charge full pre-payment at the time of booking. This is non refundable and non transferable’. Sebab ada kes pembeli tak semak syarat2, dan sebenarnya dia buat test booking sahaja sebab dia ingat boleh cancel kemudian, tiba2 dapat email dari pihak Laterooms.com yang payment tak dapat di tolak dari credit card dan kemudian pihak Laterooms.com juga menelefon pembeli untuk confirm tempahan dan confirmkan payment. Tapi dalam kes ini, nasib baik tempahan boleh cancel punya. Jadi, Selamat bercuti.

Wednesday, September 21, 2011

Sambungan Cerita TNB : Penyelesaian


Sebelum ini aku pernah cerita bagaimana untuk menguruskan hal penukaran nama TNB untuk kes rumah lelong. Diringkaskan cerita :

- Kebanyakan cawangan TNB tidak akan mengambil kira tunggakan pemilik lama apabila penukaran nama dilakukan setelah rumah lelong dimenangi.
- Dokumen yang di perlukan hanyalah Copy IC, Copy Kontrak Lelong dan Borang penukaran nama.
- Bayaran yang dikenakan selalunya untuk deposit, stem hasil dan caj perkhidmatan.

Terdapat kes2 terpencil yang jarang berlaku :

- Perlu appoint kontraktor TNB untuk inspection bila meter telah ditanggalkan melebihi 6 bulan.
- Perlu bayar tunggakan/saman pemilik asal bila berlaku kes dispute seperti kes kecurian elektrik dan pemilik lama tiada akaun TNB lain untuk di pindahkan kompaun atau denda.
- Perlu bayar tunggakan pemilik lama untuk beberapa cawangan TNB.

Tetapi ada scenario baru yang berlainan dari kes2 di atas seperti 3 kisah yang aku cerita sebelum ini.

Penyelesaian kisah 1.
Dari tarikh unit dibeli sehingga urusan tukar nama dilakukan, tanggungjawab sudah terletak atas pemilik baru. Disebabkan jumlah keseluruhannya mengikut bacaan meter adalah RM236.00 atau purata penggunaan sebulan adalah RM23.60, maka pemilik baru perlu membayar kesemua tunggakan tersebut, berserta deposit baru. Sekiranya penggunaan untuk 10 bulan tersebut adalah di bawah RM200.00,

maka pemilik baru tidak perlu membayar disebabkan penggunaan purata di bawah RM20.00. Masalah utama di sini TNB sudah menutup akaun ini, (Tapi bekalan elektrik masih ada) dan mempunyai bacaan meter sebelum akaun ditutup, lalu pengiraan dibuat dari bacaan meter terdahulu sehingga sekarang dan dibahagi secara purata berapa bulan. Dalam kes biasa, memang TNB mempunyai bacaan dan mempunyai jumlah penggunaan bulanan pengguna.

Penyelesaian kisah 2.

Dari tarikh unit di beli sehingga sekarang, penggunaan elektrik adalah RM156.00. Pemilik baru bayar RM178.00. Dan total bil adalah RM378.00. Aku minta TNB ambil kira RM156.00 sahaja dan RM222.00 dikira bukan tanggungjawab pemilik baru. Disebabkan pemilik baru bayar RM178.00, tolak RM156.00, bakinya RM22.00. RM22.00 ini akan dimasukkan kedalam akaun pemilik baru sebagai surplus, atau terlebih bayar. Maka, untuk urusan pindah milik nama, kena bayar deposit baru sahaja, dan bawa resit pembayaran RM178.00 tersebut sebagai bukti.



Penyelesaian kisah 3
Sebenarnya memang alamat pada rekod TNB untuk unit ini adalah 2/18 berbanding alamat sebenar unit 3/18. Dari No Siri yang aku ambil dari meter menunjukkan akaun adalah untuk unit 3/18. Di sebabkan tanggungjawab pembeli baru bermula selepas tarikh unit dimenangi dan tunggakan selepas unit di menangi dari lelong adalah RM247.00, pemilik baru terpaksa membayar nilai RM247.00 tersebut, berserta deposit baru. Cuma dalam kes ini, jumlah deposit baru dapat di kurangkan kepada RM150.00, berbanding deposit RM500.00 atas nama pemaju sebelum ini.

Kesimpulan cerita.

Tanggungjawab pemilik baru atas akaun TNB bermula dari tarikh unit di menangi dari lelong. Kadang2 kita tidak menukar nama TNB segera disebabkan unit masih diduduki sama ada oleh penyewa atau pemilik asal, dan kita rasa kita tidak mahu bertanggungjawab atas penggunaan elektrik mereka. Sekiranya akaun up to date dan sentiasa di bayar, tiada masalah. Tapi jika penghuni tidak menjelaskan tunggakan, pemilik baru yang akan kena bayar. Untuk memudahkan urusan, pada aku, sekiranya unit yang dimenangi dari lelong masih berpenghuni, lebih baik urusan tukar nama dilakukan segera. Jika berlaku kes penghuni taknak keluar rumah, kita boleh batalkan akaun dan cabut meter.

*Promosi tambang murah Air Asia telah bermula pukul 12.00 malam tadi. Aku tak decide lagi nak pergi mana. Traffic agak heavy. Kalau korang dah dapat booking, jangan lupa tempah hotel dengan Laterooms.com.

Saturday, September 17, 2011

Cerita Tentang Percutian

Cerita Tentang Percutian
Aku letak banner Laterooms.com bukan saja2. Sebabnya, aku akan mula bercerita tentang topik2 percutian. Laterooms.com atau Asiarooms.com adalah dari company yang sama dan ianya salah satu favourite site untuk aku booking penginapan bila bercuti. Boleh cuba masukkan data pada Instant Hotel Search di sebelah, untuk ketahui senarai hotel yang available pada tarikh yang diingini, berserta harganya pada destinasi yang di tuju. Cuma tukarkan currency daripada Pound kepada Ringgit Malaysia pada Total Price Stay setelah memasuki site Laterooms.com.

Percutian selalunya melibatkan kos penginapan, tambang perjalanan (sama ada dengan kereta, bas, keretapi, feri, kapal terbang atau lain2), petrol, tol, makan minum, bayaran2 lain seperti entrance fee, parking, bayaran perkhidmatan, shopping dan banyak lagi la. Secara umum, itulah kos yang perlu kita bayar. Sejak berkahwin dan beranak-pinak, setiap tahun aku akan pergi bercuti. Semasa aku kerja bank, setiap tahun aku dipaksa bercuti untuk 2 minggu straight. Untuk bank call centre staff, ini sesuatu yang normal. Daripada duduk rumah tak buat apa2, baik pergi bercuti. Maka aku menghabiskan percutian di sekitar Malaysia dan Negara Asean.

Masa baru2 kawin, kalau aku pergi bercuti, aku suruh adik aku bookingkan hotel. Adik aku kerja di Hotel Seri Malaysia JB sebagai salah seorang pengurus di sana. Masa tu aku jarang online. Laptop pun tiada. Kadang2 pergi bercuti main terjah jadi walk in customer, takde booking2 dulu. Kadang2 nasib tak baik, takde bilik. Selalunya ada. Bila aku kerja di OCBC tahun 2006, aku mula rajin online dan kerap tengok site Air Asia lalu aku booking percutian ke Sarawak menggunakan AirAsiaGo, untuk tempahan pakej penerbangan beserta tempat penginapan. Sejak itu setiap tahun aku bercuti naik Air Asia. AirAsiaGo masih menjadi tempat rujukan aku untuk tempahan bilik hotel, tapi aku juga mula menggunakan site2 lain. Tahun 2007 aku tempah tiket penerbangan sahaja menggunakan Air Asia manakala tempat penginapan aku gunakan Latestay.com. Pada masa itu Latestay.com hanya menerima tempahan untuk tarikh kurang dari 2 minggu sebelum menginap.

Tahun 2008 aku ke Sabah, dan menginap di Tune Hotel, tempahan di lakukan direct dari website Tune Hotel. Masa tu One Borneo baru buka dan Tune Hotel buat promosi RM0.10. Tune Hotel memang tak sesuai untuk aku bercuti sekeluarga. Tahun 2009 aku ke Bangkok dan mula kenal Asiarooms.com. tapi masih menggunakan Latestay.com juga. Tahun 2010 dan seterusnya aku masih kekal dengan AirAsiaGo, Latestay.com dan Asiarooms.com. Ada pro and contra untuk ketiga-tiga site ini dan site2 lain, tapi yang aku paling kerap guna sekarang, Asiarooms.com atau sekarang ni Laterooms.com sebab kedua2nya dari company yang sama.

Banyak pilihan hotel yang AirAsiaGo sediakan dan harga berpatutan. Dari segi harga AirAsiaGo memang murah dan boleh challenge Latestay.com dan Laterooms.com. Cara aku buat tempahan, selepas masuk kan detail destinasi dan tarikh, aku akan pilih option sort by: price- lowest. Dengan cara itu aku akan dapat harga dari yang paling murah hingga yang paling mahal. Sebagai contoh, destinasi Langkawi akan ada hotel dari RM70.00 ke RM1,000.00 satu malam. Harga yang dipaparkan pada page ni, sudah termasuk tax dan charges lain. Itu yang aku suka. Sebagai contoh, Langkawi, Federal Villa Beach Resort RM255.56 satu malam dengan breakfast. Yang aku selalu buat, check beberapa kali sebelum booking. Sebabnya tarikh percutian aku mungkin 5-6 bulan lagi, jadi 2-3 minggu sekali aku akan semak rate untuk tarikh tersebut. Memang akan ada perubahan harga. Pembayaran boleh dilakukan sama ada credit card atau tolak dari bank account. Itu bagus. Takde credit card pun boleh booking. Tapi dia akan tolak terus dari credit card atau akaun bank untuk full amount.

Juga banyak pilihan hotel. Semuanya terpapar dalam satu screen yang panjang untuk senarai hotel yang ada. Sekarang latestay.com bukan lagi terhad 2 minggu sebelum penginapan, tapi sudah boleh booking 3 bulan awal dari tarikh penginapan. Kira okey la… Mengambil contoh yang sama, kalau di latestay.com Federal Villa Beach Resort akan jadi RM168.00 belum termasuk tax, jadi bila kita nak check out dan buat pembayaran, bil sebenar yang akan di paparkan, di masukkan tax dan booking fee. Total penginapan satu malam akan jadi RM197.85. Tak jauh beza. Part yang best sikit, kita tak perlu bayar semua RM197.85 satu malam tersebut. Cuma bayar 15% dari harga penginapan dan booking fee, overall lebih kurang 18% dari total bill tersebut dahulu, atau RM31.35 dan balancenya RM166.50 kita bayar masa di hotel masa check out nanti. Pembayaran menggunakan visa/mastercard sahaja.

Aku paling suka gunakan ini sekarang. Banyak pilihan juga, dan tiada had masa. Federal Villa Beach Resort akan menunjukkan harga RM200.00, sama macam AirAsiaGo, semua dah termasuk tax. Pembayaran menggunakan visa/mastercard dan selalunya, unless stated, laterooms.com akan ambil detail credit card sahaja, dia tak tolak apa2. Pembayaran akan dilakukan di hotel. Dia cuma akan tolak pembayaran sekiranya berlaku no show. Itupun boleh dielakkan kalau kita cancel booking mengikut procedure, seperti 2 hari sebelum tarikh menginap etc.

Jadi, ketiga2 site ni ada pro and contra masing2. Aku masih gunakan ketiga-tiganya untuk booking, tapi berat kepada laterooms.com la. Ada final checking sebelum aku teruskan transaksi booking. Check website hotel yang kita nak booking tersebut. Sebagai contoh Federal Villa Beach Resort, booking direct dengan Federal Villa Beach Resort, dia akan bagi rate RM205.00 sahaja, tapi without breakfast. Itu harga untuk bilik sahaja, dan pembayaran juga menggunakan visa/master dan akan di tolak terus dari credit card. Untuk contoh Federal Villa Beach Resort yang aku bagi ni, aku gunakan tarikh 25 Sept 2011. Banyak lagi site2 lain seperti Hotelscombined.com, Agoda.com, Booking.com dan bermacam-macam lagi, tapi so far 3 site yang aku sebutkan diatas masih menjadi pilihan.

Thursday, September 15, 2011

Cerita TNB

Cerita TNB
Assalamualaikum.
Wah.. lama betul aku tak update blog. Tak ada alasan lain. Malas.
Sebagai pembuka cerita, aku nak cerita pasal TNB. Ada 3 kes rumah lelong dan 3 kes TNB yang berlainan. Penceritaan tentang kes rumah lelong, tapi focus utama ialah masalah TNB.

Kisah 1
Apartment di Serdang ini di beli lebih kurang 10 bulan yang lalu. Unit kosong, pernah di huni tetapi telah di tinggalkan. Setelah unit di masuki, tak banyak yang perlu di repair. Beberapa fius DB Box telah tiada. Lampu kipas pun tiada. Tak dapat nak check elektrik ada lagi atau tidak. Setelah Fius DB Box di pasang, unit disiapkan dari segi lampu kipas, kebersihan dan lain2. Kemudian unit disewakan. Beberapa bulan berlalu, penyewa tidak pernah mendapat apa2 bil dari TNB. Setelah unit di beli dari lelong juga, memang tak pernah nampak bil dalam pos box. Penyewa risau, kalau sekali dapat bil kena bayaran yang tinggi, atau mungkin bekalan dipotong disebabkan penyewa tidak pernah membayar kepada TNB walaupun mendapat bekalan.

Bila di semak di TNB, aku diminta ambil gambar meter sebagai bukti dan submit borang tukar nama. Meter hanya terletak di luar rumah. Bil untuk 10 bulan tersebut lebih kurang RM236.00 sahaja.
Soalan aku : Apa yang berlaku dan apa penyelesaian dari TNB?

Kisah 2
Pangsapuri di desa Petaling ini di beli lebih kurang 8 bulan yang lalu. Unit masih di huni, tetapi penghuni adalah penyewa yang ada kena mengena dengan pemilik asal, dan penghuni jarang ada di rumah. Selalu outstation luar KL. Urusan pemilik baru dengan penghuni dilakukan sendiri oleh pemilik baru. Hampir 4 bulan kemudian, bila loan hampir disburse 1 atau 2 minggu lagi, unit masih tidak dapat dimasuki pemilik baru. Penghuni memberikan pelbagai alasan. Akhirnya pemilik baru membuat keputusan buka rumah. Aku dan pemilik baru ke unit tersebut pada suatu pagi Jumaat. Sebelum buka tengok dulu, ketuk pintu, bagitau jiran2 sebelah rumah, sembang2 dengan jiran, kemudian buka.

Setelah unit di buka, masih ada barang2 penghuni. Ada beberapa kerosakan pada tiles dan kerosakan kecil lain. Sebenarnya tujuan aku buka, adalah untuk tukar kunci. Bila kunci dah tukar, penghuni mesti call. Ini kerana penghuni dah tak jawab talipon lagi semenjak 1-2 minggu. Rupanya, berdekatan dengan unit tersebut, tinggal salah seorang saudara kepada pemilik asal. Dia sudah report sama pemilik asal yang rumahnya sudah kena buka. Pemilik asal datang bersama abang dan kakak iparnya. Aku dan pemilik baru pun explain tujuan kami. Dia tak puas hati sebab loan belum disburse dan isu2 lain. Setelah perbincangan dilakukan, kami serahkan semula kunci rumah kepada pemilik asal.

4 bulan berlalu, penghuni masih lagi tidak keluar dari unit tersebut. Panggilan tidak dijawab dan pemilik asal juga masih tidak membenarkan kami take over unit tersebut. Hasil tinjauan pemilik baru, unit dikatakan telah di kosongkan. Sebelum pergi membuka rumah tersebut sekali lagi, kami ke balai polis untuk membuat laporan. Pihak polis tidak menggalakkan kami membuka rumah tersebut, sebaliknya meminta kami mendapatkan nasihat peguam dan mendapatkan perintah mahkamah. Court Order sekali lagi?? Oh tidak… disebabkan kami tahu unit tersebut telah kosong, kami teruskan niat asal untuk membuka rumah tersebut. Bila rumah di buka, memang telah di kosongkan. Kerosakan tiles yang dahulunya nampak sedikit, rupanya banyak. Lebih kurang 200 kaki persegi. Satu lagi yang mengejutkan, tingkap bilik tidur utama dan tingkap di bahagian hall telah tiada. Tingkap jenis frame aluminium, bukan jenis tingkap naco. Dengan framenya pun telah tiada. Banyak juga kos nak membaiki rumah. Pemilik asal menghubungi pemilik baru melalui telefon tetapi tidak di jawab. Kami tahu saudaranya yang report. Selesai urusan di unit terbabit, kami ke rumah saudaranya untuk serahkan police report. Ada isu yang cuba dibangkitkan nya tetapi tidak relevan.

Beberapa hari kemudian, bila handyman datang rumah nak repair, dia perlu sambungkan elektrik dahulu. Bekalan elektrik telah di potong beberapa bulan dahulu. Total tunggakan adalah RM378.00 dan penggunaan sejak dari tarikh pembelian dari lelong sehingga sebelum bekalan di potong adalah RM156.00. Handyman check dengan pemilik baru, apa yang perlu di buat, adakah perlu bayar semua RM378.00 atau bagaimana. Pemilik asal kata tak kisah, dan handyman pun bayar RM178.00 dahulu dan baki akan di bayar beberapa hari lagi. Secara kebetulan handyman buka cerita dengan aku yang dia dah bayar RM178.00 tapi elektrik belum sambung lagi.

Soalan : Apa penyelesaian isu ini? Maksud aku adakah pemilik baru kena bayar RM378.00 dan dapat bekalan elektrik dengan menggunakan nama pemilik asal? Adakah kita boleh tukar nama tanpa bayar apa2 tunggakan, dan hanya bayar deposit baru?

Kisah 3

Unit di beli tahun lalu. Usahamengeluarkan pemilik asal agak sukar, bila pemilik asal kerap berjanji akan keluar tapi tak keluar2 walaupun loan dah disburse. Akhirnya pemilik asal keluar juga, itupun tanpa pengetahuan aku. Katanya sebelum keluar nak bersihkan rumah dan bagi aku kunci. Rupanya keluar senyap2. Banyak benda nak kena repair. Bekalan elektrik masih ada lagi walaupun pemilik asal dah keluar. Baru2 ini, bekalan elektrik telah pun di potong. Ada surat merah di hadapan pintu rumah dengan bil tertunggak RM247.00 dan bil atas nama pemaju, bukan atas nama pemilik asal (kadang2 boleh berlaku, bil elektrik atas nama pemaju). Walaupun alamat di Selangor, tapi mengikut kawasan TNB, urusan tukar nama dilakukan di KL. Aku ke KL untuk buat urusan tukar nama dan serahkan surat merah dan borang tukar nama kepada pegawai TNB. Setelah semakan di lakukan, menurutnya, unit ini tidak pernah didaftarkan bekalan elektrik kepada TNB. Surat merah yang aku bagi tu, rupanya untuk alamat di tingkat bawah, tingkat 2, sedangkan unit yang aku settlekan ini tingkat 3. Semakan kali kedua di lakukan, menemui jalan buntu juga.

TNB minta aku ke unit terbabit untuk semak, ada meter atau tidak. Ambil gambar sebagai bukti. Disebabkan aku memang nak ke sana, aku setuju. Lantas aku gerak ke Kondo terbabit. Sesampai di management office, aku tengok staff lain pula. Semalam ada India dan Cina, hari ini ada Melayu sahaja. Setelah aku terangkan tujuan aku, staff terbabit pun buat panggilan ke maintenance guy. Ada 2 orang lain yang di pejabat maintenance tersebut, lalu aku tegur dan cuba bersembang. Rupanya dia chairman JMB di Kondo terbabit, dan berpangkat Dato’ serta aktif berpolitik. Dia serahkan calling card nya, dan menerangkan apa yang akan di buat dan telah di buat untuk Kondo terbabit. Itu cerita lain. Esok aku jumpa dia lagi. Bila maintenance guy datang, dia bawa aku ke meter room untuk aku semak meter unit tersebut. Kalau jenis meter kat luar rumah senang cerita. Tapi sebab meter terletak dalam bilik berkunci bersama meter air, sebab itu aku kena minta tolong orang maintenance. Rupanya meter ada, cuma fius yang di tanggalkan. Aku pun ambil gambar dan ambil no siri meter tersebut. Hari lain nak kena datang TNB KL lagi, buat urusan tukar nama.

Soalan : Apa kejadahnya TNB cuba buat pada aku ni??

Tamat 3 kisah tentang TNB. Cuba fikirkan penyelesaian sebelum aku bagi jawapan di hari lain.