Friday, December 21, 2012

Lelongan Pertengahan December 2012


18 Dec yang lepas, aku turun semula ke LO Sepang untuk membida 4 lot tanah kediaman yang terletak di area Bangi Lama. Pada harga sekaki lebih kurang RM8.50, 4 lot dengan keluasan sekitar 9,000- 10,000 sqft setiap satu akan di bida untuk member aku Apit. Pukul 8.00 pagi baru aku keluar rumah. Sebelum pukul 9.00 dah sampai LO Sepang. Dari maklumat awal, mungkin ada pembida lain. Hits di Lelongtips tak banyak, tapi ada orang lain yang dah buat carian tanah. Aku dah bersedia nak lawan. Sesampai di bilik lelong, ada 2 unit kediaman dan 5 lot tanah yang akan dilelong hari ini. Ada 4-5 orang yang dah sampai. Mungkin kena lawan juga nampaknya. Bila aku register dengan pelelong untuk 4 lot tanah ini, pelelong kata tiada pembida lain. Lega.. 4 lot di menangi untuk Apit dengan harga reserve 77k, 85k, 85k dan 88k. Misi membawa pulang 4 lot tanah, berjaya. Apit yang masih di London sampai hujung tahun, sanggup call aku nak tahu result. Balik nanti kita celebrate Apit oi.. hahahah

20 Dec pula, secara teorinya aku ada 3 lelongan yang perlu dihadiri di 3 tempat lelong yang berlainan, pada waktu pagi. High Court KL, PAH dan Ehsan. Kaki2 aku yang lain pula, macam Kechik, Yob dan Izwan, tak free. Tinggallah Remy untuk tolong aku. Remy ke PAH untuk lelongan Public Bank, aku ke Ehsan untuk lelongan Bank Islam dan client aku Pn Norfarizan, yang juga adik Samsul Brunsfield, terpaksa ke High Court KL sendiri, walaupun tak biasa pergi lelongan High Court. Petang 19 Dec aku dah check semua unit yang akan dilelong esok, semua masih on. Pagi2 Farizan sms aku tanya mungkin dah called off kot, aku check dalam lelongtips, memang dah marked aborted. Tiada rezeki lagi untuk Farizan. Di Ehsan, tak berapa ramai yang datang ke tempat lelongan. Unit yang paling hot pun di Rawang. Hanya 7 unit yang terjual dengan 5 daripadanya reserve price. Hari ini aku masuk untuk Brader X lagi. Last Brader X menang pada bulan Mei yang lalu. Masa tu aku ingat Brader X akan bercuti panjang dari membeli, mungkin tahun depan baru start balik. Rupanya aku salah. Bulan Oct dia dah roger aku semula untuk masuk lelong untuk abang dia. Ada a few yang dia berminat, tapi semua nya called off. Unit yang aku bida untuk Brader X hari ini, pernah cuba di bida bulan Mac dulu, tapi called off. Bulan Okt yang lalu, masuk lelong semula, pada harga reserve yang sama seperti bulan Mac, tapi Brader X belum nak masuk lagi. Kali ini, masuk dengan budget RP sahaja RM61.2k, dan akhirnya, menang pada harga RP juga. Lelongan di PAH, tewas.

Hari ini, kononnya secara teori, aku ada 3 lelongan di 3 tempat yang berlainan, waktu petang. Satu di PAH, satu di NCM dan 2 di Ehsan. Di Ehsan, Remy punya, jadi, dia turun sendiri. Di PAH dan NCM, Cik Nuzul yang punya, aku kena turun di PAH dan mungkin adik Remy boleh tolong turun ke NCM. Pagi2 aku call pelelong untuk confirmkan status unit yang akan dilelong. Unit di PAH dah called off, jadi, aku akan turun sendiri ke NCM. Unit di NCM ini pun sebenarnya, aku anggap akan called off juga. Rekod dari 2010 menunujukkan unit ini dilelong setiap 4 bulan sekali. Sudah 6 kali dilelong berkesudahan called off, aku dah nampak lelongan kali ke 7 juga akan called off. Cuma ianya called off lambat. Aku dah sampai tempat lelongan baru tahu called off. Lagi pun aku memang nak ke Ehsan untuk collect auction contract, jadi, tak jadi masalah pun kalau called off.

Di Ehsan, aku temankan Remy sahaja lah untuk 2 unit yang dia masuk. Taman Mas Sepang dengan RP 78.8k dan Putra Perdana dengan RP 75k. Semalam Remy turun lelongan Cahaya Auctioneers, untuk unit di Taman Mas, dan tewas. Dari RP 70k naik kepada 93k. Hari ini, unit di Putra Perdana, Groundfloor, dengan RP 75k sahaja, cuma ada 2 pembida sahaja. Agak mengejutkan, bila cuma ada 2 pembida sahaja. Seriously, unit Putra Perdana ini, biasanya ada 8-9 pembida, kadang2 sampai 12 pembida. Harga menang pula, sekitar 95k ke atas dan kadang2 terbabas 110k ke atas juga. Tapi hari ini, 2 pembida sahaja. Dari 75k, pelelong menaikkan ke 77k dan akhirnya, Remy menang pada harga 81k. Unit Taman Mas pula, ada 4 pembida. Tak boleh kawtim. Kena lawan. Dari 78k Remy dan Halim bertarung ganas sampai mencecah 90k. Akhirnya, Halim yang menang pada harga 100k. Remy masih akan bertarung lagi minggu hadapan, diharapkan ada kemenangan lagi.

Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat depan, serta Isnin 31 Dec, aku masih akan turun membida untuk client dengan lebih dari 10 unit lagi di cari untuk belian penghujung tahun. Diharapkan aku akan menang lagi, walaupun dan 8 unit di menangi bulan ini… 

Monday, December 17, 2012

Cerita Lelong Disember 2012


Lelongan bulan Disember untuk aku bermula pada 3 Dec, untuk membida satu unit di Bangi. Unit ini pernah di lelong beberapa bulan yang lalu, dan menurut cerita ,dibeli oleh tuan rumah asal, menggunakan nama wifenya. Pada harga 230k, harga akhir, 340k dengan 18 pembida. Hari ini, aku turun membida lagi dengan budget yang lebih besar dari 340k, dengan harapan boleh menang. Lebih kurang 14 pembida yang turut membida, termasuk Atok. Dari 230k, harga meningkat dengan setiap kenaikan 2k. Dengan budget sekitar 360k, aku kalah pada harga 370k. Last aku angkat 368k.

Sebelum
Lelongan berlangsung
Selepas
4 Dec pula, aku turun ke Sepang Land Office untuk membida sekeping tanah berkeluasan 7500sqft, pada harga reserve RM66,900.00. Di lelongan terdahulu, pada harga 74k, tiada pembida. Aku sampai awal, sebelum 8.30 pagi aku dah sampai. Lelongan bermula pukul 10.00 pagi. Sebenarnya aku tak pernah sampai di Sepang Land Office, sebab itu aku gerak awal. Rupanya, tidaklah jauh sangat, dan jalan pun tak jam. Kalau mengikut POS nya, lelongan di adakan di Bilik Gerakan, dan menurut kaunter pertanyaan, Bilik Gerakan terletak di tingkat satu. Jadi, aku pun usha Bilik Gerakan, dan turun breakfast dulu. Awal lagi. Unit ini aku bida untuk member aku, Apit. Dari maklumat awal, dijangkakan ada pembida lain yang akan turun juga, jadi, Apit nak turun juga tempat lelongan. Sementara menunggu Apit, aku kembali semula ke Bilik Gerakan. Jam baru pukul 9.15 pagi. Sesampai di Bilik Gerakan, ada 2 orang tua yang turut sampai di situ. Dia kata orang lain tak sampai lagi, dan dia ajak aku pergi minum dulu. Rupanya depan Bilik Gerakan tu, ada bilik lain yang menyediakan breakfast. Ada ramai lagi orang tua lain. Tapi, aku tau, ada satu lelongan sahaja untuk hari ini, berdasarkan papan notis di bawah. Takpe, aku get in the crowd, dengar diorang sembang. Cerita pasal parti, pasal calon pilihanraya.. heheh lepas tu diorang ajak aku masuk Bilik Gerakan semula. Wah, ada 10 orang ni, macam mana nak kawtim. Ada sorang pakcik ni ajak aku duduk dengan dia, boleh tengok kertas kerja, gerak kerja untuk minggu ini, katanya. Ah… aku dah salah bilik. Rupanya ini mesyuarat mingguan Tok Penghulu. Patutpun ada breakfast.. heheh.. Aku turun balik ke kaunter pertanyaan untuk bertanya bilik lelongan. Rupanya belakang kaunter pertanyaan je. Ok, tempat dah tahu, dekat2 pukul 10.00 baru ke bilik lelongan dengan Apit, tapi ada satu bidder lain yang dah menunggu. Setelah berbincang, Apit masuk membida untuk menang harga “reserve”.

Awal bulan tak banyak lelongan yang diadakan, jadi, aku pun balik kampong lagi. Hantar si budak Noura yang nak duduk kampong dengan sepupu2 dia. Balik dari kampong, settlekan urusan2 rumah lelong, dan sempat berjumpa rakan2 yang dah lama aku tak jumpa. Macam.. Junny. Dah lama aku tak jumpa Junny. Baru2 ini dia buka office di Subang Bestari, dan jemput aku untuk majlis pembukaan office baru dia, tapi aku  tak dapat pergi, sebab clash dengan majlis adik aku kahwin. Kebetulan hari ini, aku hantar bapak aku ke Subang Bestari, ke rumah kawan dia, so aku pun jenguk la office baru Junny. Belum ada staff lagi, baru start interviewing candidates dan juga bercadang nak ambil Siti ex Ram Reza. Office pun luas dan boleh buat bilik seminar juga. Most of my clients masa 3-4 tahun dulu yang aku introduce pada Junny, still enggage dengan Junny. Good luck to you Junny.


Lepak dengan Bri juga. Kalau aku ada di area Bandar Sri Permaisuri, mesti aku roger Bri. Selalunya dia takde. Ada sekali tu, aku roger dia pukul 9 malam kat Kayu Nasi Kandar, sebab aku jumpa client, pukul 12 malam baru dia roger aku balik, tanya mana aku, dia cari kat Kayu Nasi Kandar takde pun. Pukul 12 aku pun dah balik Bri. So, hari ni dia ada pulak. Banyak yang disembangkan. Perkembangan terbaru masing2. Aku masih main rumah lelong, tanpa ada apa2 perubahan besar, sedangkan Bri dan Junny dah menceburi bidang seminar, JV, Subsale dan lain2 lagi. Untuk aku, kalau sebulan, average number between 40-50 unit yang aku bida untuk mostly existing clients, dan kadang2 boleh cecah 70-80 unit, untuk membeli 10-20 unit untuk client, menceburi cabang lain bukanlah satu option yang bagus untuk aku. I’ve been there, dapat ramai client dan complain pun banyak. So, biarlah aku buat apa yang I’m good at, which is auction property. Bri baru2 ini kena complain lagi, tapi tak bercadang untuk defend diri dia di blog. So, apa yang Bri cerita pada aku, ianya tentang penyewa lama yang menyewa dengan rate lama yang rendah, dan beberapa bulan kemudian keluar. Penyewa baru pula masuk dengan rate yang lebih tinggi. Mungkin owner tak tahu dengan penukaran penyewa dan kenaikan rate sewa ini, dan beranggapan penyewa yang sedia ada, menyewa dengan rate yang lebih rendah. Duit sewa tak masuk lagi, disebabkan Bri nak tolak kos2 berkaitan seperti repair dan lain2. Owner dapatkan no penyewa dari Bri dan berhubung terus dengan penyewa. Owner dapat tahu rate sewa lebih tinggi, dan disebabkan miscommunication dengan Bri, owner ingat Bri bagi sewa yang berlainan untuk dia dan penyewa, dan minta penyewa bayar rate yang lebih rendah, dan berhubung terus dengan owner untuk urusan sewa bulan2 seterusnya. So, pada aku, it’s about miscommunication, bukan sebab isu sublet atau makan duit yang baru berapa ringgit sebulan itu. Bila jadi macam ni, owner pun rugi juga. Bri pun memang tak bercadang nak cerita kat blog, so, let it be. Dah settle dah pun kan..


15 Dec, lelongan Mega CIMB. Dari bulan ke bulan, lelongan Mega CIMB sentiasa dan terus mendapat sambutan hangat. Hari ini aku keluar rumah pukul 8.30 pagi. Lelongan bermula pukul 11.00 pagi dan pukul 3.30 petang baru lelongan tamat. Sepatutnya hari ini ada 8 unit yang patut di bida di Lelongan CIMB dan lelongan Bank Muamalat. Remy dah standby nak pergi bidding untuk client aku, di lelongan Bank Muamalat. Halfway through, aku dapat tahu unit di lelongan Bank Muamalat dah called off. Remy yang dah separuh jalan, tak jadi pergi. Client aku Pn Azleena pun, dah sampai tempat auction, kecewa bila unit yang dia nak masuk pun called off last minute. Di lelongan Mega CIMB pun, ada yang called off last minute, tinggallah 3 unit sahaja untuk di bida. Aku sampai pukul 9.00 lebih sikit dan register dulu. Pukul 10 pagi aku pergi breakfast dengan Rodi. Menghampiri pukul 11.00 pagi baru masuk tempat lelongan. Lelongan Ng Chan Mau bermula pukul 11.00 pagi. Unit2 panas bermula dahulu. Unit2 yang kurang panas di kemudiankan. Aku masuk satu unit untuk Radzuan di area Sri Kembangan. Dengan budget yang agak tinggi, menghampiri 100k, aku yakin boleh menang. Bila tiba giliran aku membida, ada 2 pembida sahaja. Harga reserve bermula dari 55k. Orang sangat ramai dan pelelong juga kesuntukan masa untuk menghabiskan lelongan tepat pada waktunya. Bila nama pembida kedua dipanggil, tiada sambutan. Mungkin tak dengar atau dah lari ntah kemana mana pembida lagi satu itu. Pelelong tidak dapat menunggu dan memberikan kemenangan kepada aku, pada harga 58k. Kira ok la tu. Nasib baik yang tidak dijangka.



Kelakar tak tempat auction ni? 

Sementara menunggu lelongan PAH yang bermula pada pukul 1.00, aku layankan dulu lelongan2 lain. Ramai kawan2 lain yang datang pada hari ini. Shahril Sidek, Rodi, Zam Lokman turut sama turun ke lelongan ini. Bila lelongan PAH dimulakan, unit2 panas bermula dahulu. Unit paling panas adalah Vista Komanwel. Unit ini pernah terlelong dahulu, pada harga 370k dan kini terlelong semula pada harga reserve yang sama, 145k. Sebelum ini, aku membida untuk client, dengan budget below 300k. Kali ini, Radzuan nak masuk dengan budget lebih sikit dari 300k. Walaupun aku tahu, harapan tu agak tipis, tak salah nak cuba. Kalau sebelum ini pembidanya lebih kurang 40 orang, kali ini, jumlah pembidanya, lebih kurang 45 orang.  Dari 145k, dengan setiap kenaikan 5k, akhirnya harga mati pada 360k. Aku kalah.  Unit seterusnya, lama lagi. Jadi, aku lepak luar dulu, lepak dengan Shahril Sidek dan kawan2. Lepak lebih kurang setengah jam, masuk balik bilik lelongan pun, unit yang aku nak bida, masih jauh lagi. Kali ini untuk Hafizie. Unit di Shah Alam dengan harga reserve 40k. Bila lelongan unit ini bermula, ada 8 pembida. Pelelong terus letakkan harga 47k untuk bidaan pertama dengan 1k setiap kenaikan. Aku sambut. Pembida lain angkat untuk 48k, aku sambut lagi untuk 49k, bila harga dah cecah 50k, aku tak sambut lagi dah. Akhirnya harga mati pada 57k. Jadi, hari ini, menang satu lagi, yang boleh dikatakan bernasib baik.



Esok, aku turun ke lelongan pejabat tanah untuk membida 4 lot untuk member aku Apit, lagi. Apit yang sedang bercuti di London untuk 2 minggu, memberikan tugas berat untuk aku laksanakan esok. Kita tengok, berjayakah aku membawa balik kesemua 4 lot tersebut untuk Apit, esok.. 

Wednesday, December 12, 2012

Cerita Lelong Bulan Nov 2012



Lelongan hartanah diadakan hampir setiap hari kecuali Ahad. Itu standard. Tapi pernah juga lelongan diadakan pada hari Ahad, masa zaman ekonomi gawat, sampaikan pelelong terpaksa adakan lelongan hari Ahad, disebabkan terlalu banyak hartanah yang dilelong. Kalau bukan di pejabat pelelong, lelongan akan diadakan di Pejabat Tanah atau Mahkamah. Aku jarang turun lelongan pejabat tanah atau Mahkamah. Kadang2 lupa procedure dan ada juga perubahan procedure. Juga disebabkan aku jarang menang di lelongan Pejabat Tanah dan Mahkamah. Macam, lelongan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kalau kita beli pada harga lebih dari harga reserve, lebihan tersebut, kita tak perlu bayar masa itu. Lebihan tersebut akan dimasukkan kedalam jumlah baki harga pembelian, dan boleh dijelaskan 120 hari kemudian, bila kita nak jelaskan baki harga pembelian tersebut.

Lelongan bulan November untuk aku bermula pada 3 Nov. Lelongan CIMB Mega Auction. Kebiasaannya diadakan pada Sabtu pertama setiap bulan. Lelongan CIMB Mega Auction adalah sesuatu yang sesuai dengan namanya, Mega. Kehadiran ramai orang, sangat ramai. Selain dari pembida yang ingin membeli rumah, ada acara lain yang dinamakan Home Fiesta, dimana ada speaker jemputan yang memberikan talk secara percuma, dan booth2 penganjur yang terlibat secara tidak langsung dalam bidang  hartanah, seperti floor depot, majalah hiasan rumah, kedai perabot dan lain2. Dari segi pengiklanan, pun agak mega juga. Selain di hoskan oleh pelelong yang terkenal, Ng Chan Mau dan Property Auction House, pihak CIMB sendiri pun meletakkan flyer di branch dan medium pengiklanan lain. Jadi, suasana agak berbeza sedikit dengan lelongan hari biasa. Dari segi harga reserve vs harga menang, memang jauh berbeza jika dibandingkan lelongan hari biasa di pejabat pelelong. Sebagai contoh, unit di area Puchong, tingkat 4 (atas sekali) yang dilelong pada harga sekitar 20k+, kalau lelongan hari biasa dipejabat pelelong, kebarangkalian untuk dapat pada harga reserve agak tinggi. Tapi, di CIMB Mega Auction, dah lebih dari 3 kali aku tengok, termasuk hari ini, harga naik melebihi 40k. Yang harga reserve 26k atau 17k, sama sahaja, semua naik ke 40k. Yang paling hot hari ini, satu unit di USJ 15, Apt Goodyear, dari 135k dengan 80 pembida. Naik kepada 280k. Unit2 lain dengan jumlah pembida melebihi 10 orang, juga banyak. Kebarangkalian dapat pada harga reserve price, memang rendah. Contoh lain hartanah yang mempunyai lebih 10 pembida, dan harga naik tinggi, seperti Pangsapuri Seri Puteri, Taman Ukay Perdana, dari 108k naik kepada 148k. Taman Desa Tasik, dari 90k naik kepada 158k. Taman Bukit Angkasa, dari 78k naik kepada 138k.

Dilelongan CIMB ini, aku masuk 4 unit. 3 kalah 1 menang. 1 menang tu pun, diperolehi dengan harga yang lebih tinggi, tapi masih di bawah harga pasaran. Flat di Taman Desa, dari 50k naik kepada 78k. Untuk Cengkok, aku bida 2 unit untuk dia. Apt Di Balakong dari 65k naik kepada 85k, kalah. Dan Taman Bukit Angkasa dari 78k kepada 138k, kalah juga.

9 November pagi, aku dah gerak ke JB sebab esoknya, adik aku kahwin. 10hb hari majlis adik aku kahwin, ada juga kawan2 yang datang. Sempat jumpa Zulkipli dan Jeguk yang datang sama2. Dah lama tak jumpa diorang. Bukan diorang je, geng2 lain pun yang main property since 2007, dah lama aku tak jumpa. 14 November sempat balik KL untuk turun auction lagi. Untuk Hafizie dan Zulkipli. Untuk Hafizie satu unit di seksyen 24 Shah Alam, dan untuk Zulkipli, satu unit di Larkin, JB yang dilelong di KL. Both sempat register, tapi masa tengah tunggu lelongan bermula, unit di Larkin called off pulak. Cuma tinggal satu unit, di Seksyen 24 Shah Alam, dari 67.5k, naik kepada 78k. Kalah. Aku sambung cuti, untuk ke Utara pula, ke majlis belah lelaki di Parit Buntar, dan seterusnya aku ke Penang untuk bercuti. Lepak di Hydro Hotel Batu Feringghi sampai Sabtu, kemudian balik kampong wife aku di Sungkai.

Minggu berikutnya, banyak called off, sampailah ke hujung bulan. Jadi, dari lebih kurang 30 unit yang patut dibida, kebanyakannya called off. 27 Nov, aku turun ke Wisma MPL untuk membida satu unit di Cyberia, dengan harga reserve 198k. Menariknya, cuma dua pembida sahaja, aku dan Izwan Latiff. Well, muka2 pembida lain di Cyberia dah takde agaknya. So, kata sepakat di capai, untuk memberikan kemenangan kepada Izwan. Kawan2 tak payah lawan.. Esoknya, 28 Nov, aku turun untuk membida satu unit di Seksyen 15 Shah Alam, untuk Cengkok dengan harga reserve 90k. Aku jangkakan, ada saingan. 90k.. murah.. saingan sebelum ini, kalau tak cecah 100k, tak sah, tapi, another luck untuk Cengkok, unit ini dimenangi pada harga reserve, 90k. Heheheh..

Sampai ke 30 Nov, unit2 lain yang patut dibida, semuanya called off. Jadi, bulan Nov, aku cuma berjaya menang 2 unit sahaja untuk client aku. It’s better than nothing. Dah menghampiri separuh dari bulan Disember, baru satu kemenangan dicatatkan. Lelongan berikutnya, 15 Dec ini, Lelongan Mega CIMB dan banyak lagi starting 18 Dec ini. Dijangkakan, aku boleh menang 4-5 unit lagi untuk bulan ini. Itu nanti aku cerita, bila dah menang.

Tuesday, November 6, 2012

Cerita Lelong 11 Okt - 31 Okt 2012

11 Oktober lepas, aku gerak ke Kuching untuk cuti 4 hari. Expectation cuaca masih lagi panas. Rupanya musim hujan dah tiba. So, nothing interesting yang aku buat disana. Tetapi, 11, 12 dan 13 Oktober pula ada lelongan yang perlu dihadiri. Ini semua cerita kelam kabut. Biasalah, kalau aku pergi bercuti, time tu lah ada banyak auction. Cerita 11 Oktober, ada lelongan Maybank pukul 10.30 pagi di Jalan Riong. 10 Oktober malam Cengkok  bagi confirmation nak masuk. Itu standard untuk client dan kawan2 aku, buat decision last minute.. heheh. Aku tak kisah.. asalkan sempat.. aku ok. So, Remy tolong aku. Masalahnya, Remy ada problem dengan phone dia, dan dia dapat message aku pagi 11 Okt. Aku dah ada kat airport. Nak buat bank draft memang tak sempat, Remy gamble bawa cash sahaja. Flight aku 9.45am, sampai pukul 11.30am. So, aku tak tau apa yang bakal terjadi, disebabkan lelongan bermula pukul 10.30am. Rupanya, Tancorp tak terima cash, kena sediakan bank draft juga. Untuk lelongan 12 dan 13 Oktober pula, nasib baik dapat tahu awal, called off.

16 Oktober pula, aku ke Pro Auction House di Jalan Raja Laut. Selalunya, kalau Pro Auction House buat lelongan, akan dibuat di Jln Riong, Bangsar. Ini pertama kali aku ke tempat lelongan Pro Auction House. Kononnya nak bida 4 unit, tapi 3 called off. Hanya tinggal 1, di Sepang. Situasi hartanah di KL, makin lama makin mahal dan banyak saingan. Dari kawasan KL, pelabur beralih ke pinggir KL dan semakin menjauhi KL. Ini untuk mencari market baru dan kurang saingan. Unit di Sepang yang dilelong ini, ada ceritanya juga. Bulan Feb yang lalu, ianya telah terlelong dan dibeli oleh member2 juga. Pun begitu, loan tak lepas dan terpaksa redha yang unit akan dilelong semula. Dalam masa yang sama, selepas dibeli bulan Feb lalu, unit telah pun disewakan. Jadi, kalau client aku menang, aku tau lah nak cari siapa. Ok, dalam menentukan siapa nak masuk lelong pula, ada client aku, ada Yob dan ada adik Remy. Disebabkan client aku dan Yob adalah kawan, maka Yob tak jadi masuk. Dan, disebabkan pada 17 Okt pula ada satu lagi unit yang akan dilelong lebih murah dari hari ini, adik Remy pun tak jadi masuk. Ok, hal dengan kawan2 dah selesai, hal dengan pembida lain pula. Disebabkan ini first time aku turun Pro Auction House, boleh aku katakan game yang dimainkan disini adalah tak senonoh. Semua orang nak buat duit cara mudah dengan menjadi ulat, dan semua dilakukan secara terang-terangan. Faruqy yang stick to first deal, bernasib baik tidak ditipu oleh ulat2. Untuk lelongan ini, Faruqy membawa pulang sebuah apartment dari harga 58.4k dengan satu kenaikan, kepada 60k. Esoknya pula, adik Remy yang membida untuk unit yang rp nya lebih rendah, tidak berjaya, bila lebih ramai yang membida, dan harga naik lebih dari 60k. Dari 54k epada 64k. Member aku, Aziran yang tewas beberapa hari sebelum ini, masuk bertarung semula untuk unit dikawasan yang sama di Penang, dengan harga reserve yang lebih tinggi, 75k. Kalau nak tunggu harga reserve 60k++ boleh, tapi….. bersedia untuk bertarung dengan pembida lain. Jadi, Aziran ambil keputusan masuk membida untuk harga 75k ini, dan menang pada harga reserve. Cayalah An.

Keadaan semakin sibuk dari hari ke hari. Dari 16 Oktober sehingga 31 Oktober, dianggarkan lebih kurang 50 hartanah yang perlu dibida, kalau tak called off. Malangnya, banyak yang called off. 18 Okt, pagi, sepatutnya ada 2 unit yang perlu di bida di dua tempat yang berlainan, di waktu yang sama. Aku ke Pejabat Tanah Hulu Langat dan Remy ke Ehsan. Pagi2 pukul 7 pagi, jumpa Remy untuk pass bank draft, kemudian aku gerak ke Bangi. Tapi, sesampai aku di Pejabat Tanah, baru berjumpa dengan client, Pn Maria dan Iziddin, bila nak register untuk bidding, hartanah dah called off. Lalu, aku pun gerak ke Ehsan untuk membida. Sempat sampai, sebab lelongan pukul 11.00pagi. Unit yang nak di bida ialah sebuah landed di Putra Perdana dengan harga reserve 83k. Kalau cerita 4-5 tahun dulu, boleh dapat harga reserve sahaja. Tapi Putra Perdana dah banyak berubah terutama dari segi harga. Dari 83k, harga mati pada 148k. Tewas.

Jumaat 19 Okt, aku masuk membida 2 unit Sri Penara untuk member lama, Hafiz Apani dan client, Cik Azizah. Untuk Cik Azizah, dah banyak kali mencuba, tapi belum berjaya. Hari ini, budget boleh dikatakan tinggi. 2 unit Sri Penara dengan harga reserve 60k, kedua-duanya dibida pada harga 89k. Satu aku menang untuk Cik Azizah dan satu lagi aku kalah kepada Encik Ahmad. Belum ada rezeki untuk Apis lagi. Jumpa client lama, Manaf yang masuk membida area Seksyen 15, dan dari harga reserve 90k, beliau menang pada harga 101k. Isnin 22 Okt pagi, aku ada auction di High Court KL. Samsul Brunsfield yang decide last minute, lalu aku buat bank draft hari Ahad di KLCC. Itu bukan masalah besar, yang jadi masalah besar, boleh menang ke tak boleh menang. Budget dah ok, tengok past record, semua orang menang pada harga sekitar 80k. Lelongan kali ini, unit di Subang ini di buka pada harga 85k. Harapan aku tinggi, boleh dapat reserve price. Aku sampai awal di High Court. Letak bank draft dan turun breakfast. Bila aku naik semula, hancur harapan nak dapat rp, bila aku tau dah ada 5-6 pembida lain. Buat kawtim bersyarat, sebab ada pembida lain yang taknak kawtim. Dengan budget 105k, Samsul Brunsfield kalah pada harga 110k. 



22-24 Okt, banyak yang client aku nak masuk, tapi called off. Cuma 24 Okt aku masuk unit Sri Penara untuk Apis. Dari harga 70k, dengan 4 pembida, pelelong terus naikkan kepada 80k. Budget aku untuk Apis dapatkan Penara, tak sampai 80k, so, kalah la untuk hari ini. 25 Okt pula, aku masuk unit di Putra Perdana untuk Aiman. Dengan harga reserve 65k dan budget lebih kurang 80k, keyakinan aku untuk menang agak tinggi. Tapi, hari ini adalah mega auction Citibank. Auction hall Ehsan yang kecil, memang padat dengan pembida. Unit Tasik Heights 160 dan 180k  pun ramai pembida dan orang sapu pada harga 250k. 250k untuk Tasik Heights… ppeerrgghh. Unit landed di Putra Perdana dengan harga reserve 125k pula, naik sehingga 200k.. ppeerrgghh jugak.. Dan.. unit yang aku nak bida, rupanya ada 3 pembida. Dari harga 65k, mati pada 83k. kalah lagi..




Sekembali dari cuti Raya Haji, hari Isnin 29 Okt, konon2 nak bida 3-4 unit la.. sekali semuanya called off last minute. 30 Okt pula, aku turun membida satu unit di Cyberia untuk member Cengkok, dengan harga reserve 225k. Ada 2 unit Cyberia yang dilelong. Satu pada harga 190k, dan 225k. Kenapa pilih yang 225k? Cyberia ni agak hot juga. Dalam beberapa percubaan sebelum ini, tahun 2009 aku pernah dapatkan Zulkipli unit di Cyberia, pada harga reserve 179k. Lepas pada itu memang 200k keatas, dan awal tahun, harga lelong yang orang menang sekitar 250k. Jadi, kononnya, unit 190k akan ada banyak pembida, berbanding 225k. Apa yang terjadi adalah satu keajaiban, bila both unit dimenangi pada harga reserve. Izwan yang masuk untuk clientnya, menang pada harga reserve, sama macam aku. Miracle bai.. miracle..





Untuk hari terakhir bulan Oktober, lelongan sesi pagi, di Ehsan ada 2 unit yang perlu di bida. Sri Alam Kondo dan unit landed di Bangi. Lelongan pertama kali oleh Bahagian Pinjaman Perumahan. Harga yang agak rendah juga. Tapi menarik ramai pembida. Unit Sri Alam, dengan 8 pembida, harga reserve 198k mati pada 260k. Bangi, dari 170k, naik kepada 240k. Kalah semuanya. Ada satu landed di Seksyen 20, low cost landed, dari harga 125k, naik kepada 221k. Jadi, semua yang dimenangi, pada harga yang tinggi. Petangnya pula, ada 2 auction di dua tempat yang berlainan. Satu di Tancorp dan satu di PAH. Di Tancorp, cuma bida satu unit di Damansara untuk Samsul Brunsfield, setelah Cengkok goyang untuk masuk Cyberia RM234k. Dia goyang, sebab kawan2 lain boleh dapat harga rendah, yang ini pula RM234k, masih tinggi. Rupanya ada orang lain masuk dan dapat pada harga reserve juga.  Aku pass pada Izwan untuk tolong bida sementara aku ke PAH. Di PAH, percubaan untuk mendapatkan hartanah landed di Bangi, gagal lagi. Called off. Juga unit yang Samsul Brunsfield nak masuk juga, di Subang Bestari, juga called off last minute. Lalu aku patah balik ke Tancorp. Boleh tahan ramai pembida di Tancorp. Unit low cost di Taman Connaught, yang buruk gila, menjadi hot property hari ini, bila naik kepada 120k. Pangsapuri Tioman juga, cecah 120k, dari harga reserve 60k+. Untuk unit yang aku bida, ada miscommunication tentang kawtim, yang akhirnya lawan, dari 49k naik kepada 56k. Masih murah lagi. Izwan pula menang harga reserve untuk clientnya di area Kelana Jaya. Bulan Oktober kira power juga la hasilnya, disebabkan banyak yang aku masuk.

Sambung cerita lain kali untuk lelongan bulan November pula. Minggu depan, aku cuti lagi, lebih kurang 1 minggu. Adik perempuan aku nak kahwin. Aku buat invitation terbuka, kalau ada sesiapa yang free hari Sabtu ini, 10 November 2012, boleh la datang ke Hotel Sri Malaysia JB, waktu tengahari. Aku pun balik JB, tak balik rumah kot, tidur di Hotel Sri Malaysia 2 malam. Lepas tu 15 November ke Penang pula.

Hari tu aku ada call Tuanbri. Dia ajak buat tt. Ada sesiapa nak join tt ke? Dah lama tak buat tt ramai2. Biasa aku tt dekat2 rumah aku je. 

Wednesday, October 10, 2012

Cerita Lelong


Cerita lelong, lebih kurang sama jalan ceritanya. Sebab tu aku malas nak update cerita lelong. 26 Sept, aku ke NCM untuk membida bagi pihak Radzuan. 3-4 hari sebelumnya, sebelum Radzuan buat bank draft, aku dah check unit, masih on. Semalam check, masih on. Pagi tadi check, masih on. So, lepas ambil anak aku, si budak Noura, balik sekolah, terus ke tempat lelong. Aku sampai awal. Lelong start pukul 4.00 petang, pukul 2 petang aku dah sampai. Masa aku register, ada sorang mamat lain nak register juga, untuk 3 unit sekaligus. Kalau banyak2 ni biasanya agent. Tapi aku tak pernah tengok muka dia sebelum ini. Salah satu unit yang dia nak masuk, aku ada suggest pada sorang client aku, tapi dia tak minat. Harga murah, 23k sahaja. cuma, ianya shop apartment. Area dekat2 Desa Mentari.

Lepak2, sembang2 dengan agent lain, sambil tu aku tegur mamat ni. Nama dia Jack. Datang dari Kelantan. Semalam baru turun KL naik AirAsia, terus pergi survey unit yang dia nak masuk, dan since ketiga2 unit yang dia nak masuk masih on, dia terus ke tempat lelongan. First impression aku, agak power mamat ni. Dia dah biasa main lelong di Kelantan, tapi market Kelantan dengan KL lain. Dia nak try main KL pulak. Tapi takde kaki yang dia kenal. Kebetulan berjumpa dengan aku, boleh jadi satu permulaan yang baik. Tengah sembang2, aku dapat call dari pelelong Ng Chan Mau. Unit yang aku baru register dari, baru je called off. Hahahahah…. Harammmm..

Kalau masih on, memang ramai yang register. Tapi aku ada sedikit keyakinan untuk Radzuan menang, since budget dia agak power juga. Since tiada apa nak buat, aku tunggu Jack punya lelongan. Dari 3 yang dia masuk, satu yang kena. Lagi 2 tewas bertarung. Shop apt 23k tersebut, dari 23k, dengan 9 pembida, Mr Foo terus naikkan kepada 30k, dan harga mati pada 40k.

Esoknya, 27 Sept, aku ke MNP Auction, juga di Megan Avenue. Ada a few yang menarik untuk dibida, tapi banyak yang called off. Aku datang dengan Khairi yang ingin merasai suasana lelong. Khairi masuk unit di Nilai, dan aku mewakili Fizie (bukan Joefizie, rival mungkin..) untuk masuk area Seksyen 7 Shah Alam, dengan harga buka 65k. Kami sampai awal, lebih kurang pukul 1.40 petang di MNP, tapi dah ramai yang sampai dulu. Aku register untuk both unit, dan sambil lepak, mencari2 pembida yang masuk unit yang sama, jumpa. Cuma 2 pembida sahaja yang masuk unit di Nilai ini. Sedang berbincang2 langkah seterusnya, ada agent lain bagi isyarat pada aku, unit Nilai dah called off. Macam haram.. dah banyak kali dah terkena. Jadi, aku hanya membida unit di Seksyen 7 sahaja. Fizie dah set limit untuk lawan dan limit untuk kawtim. Total ada 3 pembida termasuk aku. Tiada persetujuan dicapai untuk kawtim, maka, lawan tetap lawan. Fizie menang pada harga 75k. Fizie adalah sebahagian dari rangkaian kawan2 Bird, Engku Farhan, Adi Fahmie, Hafiz Keramat and the gang. A good influence and a good friendship. Membawa kawan2 ke dunia haratanah.

Di penghujung September, banyak juga hartanah yang sepatutnya dibida, tapi called off last minute, typical scenario. Awal Oktober, bermula dengan Kechik, yang membida satu unit landed di Seksyen 17, Shah Alam. Dengan harga reserve 97k dan lelongan sebelumnya 100k++ tiada pembida, ditambah dengan budget Kechik yang mampu melepasi harga 170k, dirasakan peluang Kechik cerah. Lelongan diadakan di High Court Shah Alam. Aku temankan Kechik, yang baru first time masuk lelongan mahkamah. Dari survey awal, lebih dari 5 pembida yang akan masuk. Typical scenario juga. Masa harga 100k++ tiada pembida nak masuk, bila dah 97k, ramai yang nak masuk membida. Lebih kurang 11 pembida yang berdaftar. Kechik masuk ke tempat lelongan, aku tunggu luar. Kechik keluar hampa, bila harga, dari 97k, dengan 5k sekali bidaan, akhirnya jatuh pada 182k. Hahahaha.. almost double from the reserve price.

Petangnya, sepatutnya ada 3 hartanah yang perlu di bida di 2 tempat yang berlainan. Satu di PAH, dan satu di RS Maniam. Mengikut perancangan awal, aku ke PAH dan minta tolong Remy ke RS Maniam. Tapi, 2 hartanah di PAH dah called off. Tinggal di RS Maniam sahaja. Aku yang akan pergi. Hartanah di RS Maniam ini, adalah sebuah lot di Plaza Kelana Jaya. Di bida untuk peguam aku. Ceritanya, a few weeks ago, peguam aku bagitau, mereka kena pindah dari officenya sekarang, disebabkan hartanah disitu telah dijual kepada sebuah hotel. Notis untuk mengosongkan premis diberi sehingga hujung tahun ini. Dia tanya, kalau ada lelong area Kelana Jaya, dikawasan yang sesuai untuk dia buat office, dia nak beli. Aku bagi 2 tempat yang bakal dilelong. Kelana Centre Point, atau Plaza Kelana Jaya. Last minute decision, pukul 12 , di hari lelongan, baru decide, nak masuk membida. Aku tiada masalah. Dia prepare bank draft, dan aku collect. Pukul 1.00++ baru bank draft siap. Terus gerak ke RS Maniam di Jalan Kampong Baru. Menang harga “reserve”. Jadi, by new year mereka akan ada office baru lagi.

Sabtu lepas pula, aku ke CIMB Mega Auction. Seperti biasa, kehadiran memang ramai. Unit yang aku masuk pula boleh tahan hot. Dengan harga reserve 105k, lebih dari 10 orang yang masuk membida. Kalau dulu, harga menang sekitar 120k++ dan Hafiz Keramat pernah dapat pada harga 118k, hari ini aku rasa harga akan naik lebih dari 120k. Berapa banyak dia punya lebih, hahaha.. sampai 174k. 

Hari ini, aku tak masuk lelong. Cuma selesaikan beberapa perkara di bank dan dengan peguam. Kawan2 ada masuk lelong. Remy yang explore area lain, dapat sebijik pada harga reserve pagi tadi. Member aku di Padang Serai, Aziran, yang masuk membida di area Penang, pulang kecewa, bila satu hartanah dengan harga reserve 56k, dengan lebih 20 pembida di High Court Penang, kalah pada harga 90k++.

Esok pagi, aku nak gerak ke Kuching, cuti 4 hari. As usual, percutian budget dengan Air Asia. Esok dan Sabtu ada lelongan menarik yang aku wakilkan pada Remy untuk pergi. Bermula minggu depan sampai hujung bulan Oktober, aku akan sibuk kembali. Begitu banyak hartanah yang menarik yang perlu dibida, selain perlu di survey juga. Jadi, sambung cerita minggu depan.

Sunday, October 7, 2012

Kos2 Tambahan Disebalik Pembelian Hartanah Lelong


Bila kita membeli hartanah lelong, kita perlu memastikan kita mempunyai tabungan yang mencukupi untuk membiayai perbelanjaan2 tambahan apabila kita telah berjaya membida hartanah yang diidamkan. Kos asas yang kebanyakan orang ramai tahu adalah deposit 10% dan kos lawyer fee. Jadi, apa lagi kos lain yang boleh terlibat sama menghabiskan duit kita?

Deposit.
Kebanyakan orang, yang belum ada rumah atau baru memiliki satu rumah, masih boleh menikmati margin of finance 90% dari bank. Tapi, bila melibatkan komitmen yang tidak dikira dengan betul / tepat, atau bank melihat dari sudut lain yang perlu bank tanggung, kadangkala bank tak dapat bagi 90% financing, walaupun ini rumah pertama atau rumah kedua. Kadang2 terjadi, bank tidak dapat memberikan financing 90%, tetapi boleh memberikan 70-80% financing, atau, dalam satu kes, pihak bank boleh meluluskan pinjaman 90% dengan syarat, peminjam perlu meletakkan safe deposit bernilai 20% dari harga rumah, sama tempoh dengan pinjaman perumahannya.

Tukar nama TNB
Ini tak banyak, kebiasaannya tak sampai seribu. Kecuali kalau kena kes owner lama curi elektrik, itu dah boleh kena 3-5k. Kebiasaannya, hanya sekitar 300.00 sahaja.

Valuation Report.
Dari tahun ke tahun, makin meningkat. 4-5 tahun dulu, sekitar 400.00 dan makin mengingkat, tahun 2012 ni dah mula cecah 600.00. Itupun untuk hartanah yang biasa2. Lagi mahal harga rumah, boleh meningkat juga harga valuation report. Tapi, ada juga bank yang tak perlukan valuation report.

Late Fee / Penalty Interest
Kalau kita beli rumah lelong, bank akan bagi 90/120 hari untuk menyelesaikan pembayaran harga hartanah. Hal tukar nama boleh buat kemudian, yang penting bayar bagi settle dulu. Bagi majority pembeli, iaitu yang buat loan, hal bila loan nak disburse perlu di beri perhatian. Kena selalu check dengan lawyer. Bank pelelong, selalunya tiada masalah untuk memberikan extension atau masa tambahan untuk pihak kita menyelesaikan urusan sebelum boleh minta pihak bank kita keluarkan cheque untuk menyelesaikan baki pembelian. Yang menjadi masalahnya, bila bank pelelong mengenakan penalty di atas masa tambahan ini. Selalunya, lawyer kita memerlukan masa yang pendek, mungkin sekitar 1-2 minggu masa tambahan. Dan kadang2, tiada penalty dikenakan. Tapi, dalam kebanyakan kes, penalty tetap dikenakan dan pembeli kena bayar. Macam kes aku dulu, beli dengan RHB Bank, satu unit berharga 85k, lawyer aku hanya memerlukan lebih kurang 2 minggu sahaja, masa tambahan. Kalau 2 minggu, rate penaltynya baru sekitar 300.00. Tapi… bank kata, kalau nak extand, ambil 3 bulan terus. Disebabkan terpaksa extand, ambil sahajalah 3 bulan, terus kena bayar 1800.00. Dalam kes terbaru, member aku, Brader X, yang beli satu unit berharga 369k, juga memerlukan 2 minggu untuk menyelesaikan baki pembelian. Tapi, bank pelelong (RHB Bank juga) kata, nak ambil extension, ambil 3 bulan terus, so, dengan kiraan 10% per annum, terus kena lebih kurang 8k.

Maintenance fee, Cukai tanah dll
Kalau kita check POS dan COS, kita akan tahu bank akan cover atau tidak. Kalau tak cover, memang akan jadi kos tambahan. Kalau cover pula, kena tengok juga situasi, perlu bayar dulu atau boleh tunggu bank bayarkan.

Baikpulih Rumah
Bergantung pada tahap kerosakan. Kadang2 dapat rumah baru yang tidak pernah diduduki, jadi, perlu keluarkan kos pasang lampu, kipas, grill, dan mungkin juga grill. Selalu aku set aside lebih kurang 2k untuk baik pulih.

Saguhati pada owner lama
Ini jarang berlaku. Tapi ada juga dikalangan pembeli yang sanggup keluarkan duit sikit, maybe 1-2k, untuk mempercepatkan owner lama keluar dari unit tersebut.

Bayaran Agent
Ada orang suka buat sendiri, macam aku buat dulu. Agak skeptical dengan agent, sebab most agents yang aku tanya, mengenakan bayaran hanya untuk bidding, sekurang2nya 1k. Ianya market bebas. Ada yang caj ikut percentage, ada juga fix amount. Ada yang tak caj langsung.

Kesimpulannya, buat kira2 untuk kemungkinan2 perkara di atas yang boleh berlaku. Most of the cases, it’s a calculated risk. Cuma, kadang2 kos tambahan yang tak dijangka boleh berlaku pada anda. 

Friday, September 21, 2012

Isu Tunggakan Hartanah Lelong


Bila kita bercakap tentang hartanah lelong, antara isu utama kebimbangan bakal pembeli adalah tentang isu tunggakan owner lama dengan bil2 berkaitan maintenance dll. Kita sedia maklum, memang akan ada yang tertunggak, sama ada sikit atau banyak, jika lelongan hartanah tersebut diteruskan. Yang kita pelik, bila tiada tunggakan langsung, itu ada kemungkinan unit akan called off, atau mungkin penyewa yang bayar.

Jika tunggakannya sikit (2-3k ke bawah dianggap sikit pada aku), atau tunggakannya masih didalam budget kita sebagai pembeli, mungkin tiada masalah besar. Tapi kalau tunggakan puluhan ribu, mungkin itu masalah, kalau kita kena bayar dulu. Masalah utamanya, kalau kita bayar dulu, kita tak tahu berapa jangka masa yang bank akan proses untuk reimburse semula pada kita. ianya dalam lingkungan 6 bulan, selalunya. Tapi semua orang bersetuju, kalau bank boleh bayarkan terus directly kepada pihak yang terlibat.

Mula2 kita semak, tunggakan apa yang terlibat, dan adakah bank akan cover tunggakan2 tersebut. Tunggakan2 biasa yang bank cover (tak semestinya, ini cuma contoh) adalah

Maintenance fee
Cukai tanah
Late fee
Insurans kebakaran
Sinking funds
Cukai taksiran

Manakala, standard bill yang bank tak cover adalah

Bil api
Bil air
Indah water

Dari senarai yang bank cover, kita cuba jumlahkan berapa kesemuanya. Selalunya, aku tolak part cukai taksiran, sebab itu hal yang paling kemudian perlu diselesaikan. Cukai taksiran adalah dengan pihak berkuasa tempatan. Itu, memang aku akan minta pihak bank bayarkan terus. Ok, dari 5 bill yang bank cover tadi, berapa jumlahnya. Katalah bagi unit low cost, selalunya tunggakan2 tersebut dalam lingkungan 3k dan bagi apartment pula dalam lingkungan 6k.

Seterusnya, selepas kita menang lelongan hartanah, katalah contoh mudah, unit low cost yang tidak berpenghuni, tunggakan 3k, air dah kena clamp. Isunya sekarang, kalau nak buka air, pihak maintenance minta kita jelaskan bayaran tertunggak. Ok, kalau kita ada budget, kita bayar dan claim dengan pihak bank. Kalau tiada budget kena guna cara lain. Kenapa perlu buka air? Sebab rumah tiada orang, kalau kita masuk terus dan sewakan, boleh terus dapat hasil. So, kalau kita tiada budget, atau saja nak berjimat, kita boleh slow talk dengan pihak maintenance, secara verbal, yang pihak bank akan bayar tunggakan berkaitan, dan kita cuma akan bayar apa yang bank tak tanggung. Kadang2 cara ini berkesan, kadang2 tidak. Kalau tak berkesan? Kita teruskan dengan next step.

Next Step ni aku cerita kemudian. Cuba korang bagi buah fikiran korang dulu, apa yang biasa korang buat dalam hal macam ni.  Esok lusa, atau bila aku rajin (last time aku rajin, 3 months ago.. heheh) aku akan bagitau. Step ini aku akan bagi di ruangan komen nanti.

Secara teorinya ini yang aku praktikkan. Semestinya, bila kita berhadapan dengan situasi sebenar, mungkin lain jalan penyelesaiannya. Ini salah satu cara yang aku praktikkan, dan kadang kala berjaya, kadang2 tidak. Kalau tidak berjaya, ada lagi cara lain yang biasa aku guna, cuma tak secemerlang cara inilah. Sebab cara yang aku nak ceritakan ini, kita tak perlu bayar dululah. Cara lain, sedikit sebanyak, kena bayar juga.

Thursday, September 20, 2012

Meter Pukal atau Meter Syabas


Ramai orang yang tinggal di flat atau apartment di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur yang sibuk berdemo hal Janji Kerajaan Selangor untuk memberikan meter Syabas bagi menggantikan meter pukal (Tujuan politik, of course). Pada aku, ada pro dan kontra dalam hal ini, dan sebelum bercerita lebih lanjut, aku nyatakan pendirian aku, lebih pihak JMB  atau pihak pengurusan di berikan kuasa ke atas meter (sama ada meter Syabas atau pukal), dengan beberapa hal yang di tambah baik untuk kebajikan pengguna. Lambat laun, meter pukal akan bertukar kepada meter Syabas juga akhirnya, cuma masa yang menentukan lambat atau cepat.

Cuba kita lihat di kebanyakan flat, apa kemudahan yang paling diperlukan. Pada aku, yang paling penting tanpa mengikut turutan atau keutamaan adalah,  lif dan penyelenggaraannya, lampu koridor, pengawal keselamatan, kebersihan sekitar koridor dan sekeliling flat/apt, kawasan riadah atau taman permainan kanak2, surau, dan penyelenggaraan bangunan (cat dll).

Hal yang aku sebutkan diatas, memerlukan duit. Dari mana datangnya duit, kalau bukan dari caj maintenance bulanan. Berapa peratus pula penduduk yang bayar on time caj maintenancenya? Atau kalau tidak on time sekali pun, sekurang2nya membayar caj maintenance? Dari kajian rambang yang aku buat, sekitar 40-50% penduduk yang ada kesedaran bayar on time. Selebihnya, bayar  tapi masih ada tunggakan atau bayar bila air kena potong dengan maintenance. Pihak pengurusan selalunya memberikan garis panduan, tunggakan tidak melebihi 3 bulan atau tidak melebihi 500.00 sebelum bekalan air di potong.

Kadang2 kita baca tentang masalah penghuni flat, tentang lif selalu rosak, ada 2-3 lif, tapi cuma satu yang berfungsi, itupun tak berapa nak elok. Macam di Flora Damansara dulu, kes air kena potong oleh pihak Syabas, lampu koridor, takde sebab TNB potong bekalan elektrik. Punca terjadi semua ini, disebabkan pihak pengurusan tiada duit nak bayar bill2 tersebut. Selalunya, pihak JMB/pengurusan akan paparkan jumlah hutang Syabas dan bekalan elektrik sebelum tindakan diambil. Selalunya, bil tunggakan cecah puluhan ribu atau ratusan ribu. Penghuni tak bayar caj maintenance, tuan rumah pun tak bayar. Jadi, macam mana nak menggalakkan penghuni atau tuan rumah bayar? Pada aku, pihak pengurusan perlukan sesuatu untuk memegang pihak penghuni atau tuan rumah, untuk mereka terus membayar. Sesuatu itu kalau dalam kes apartment, boleh jadi, potong bekalan air, atau pass card tak boleh guna dan penghuni kena parking luar. Kalau dalam kes rumah flat, potong bekalan air sahaja lah. Kalau nak sambung semula bekalan air, kena bayar maintenance fee. Jadi, pihak pengurusan perlu mempunyai kuasa ke atas bekalan air, untuk memastikan penghuni membayar caj maintenance.

Biasanya, pihak pengurusan akan caj minima sekitar RM6.00 jika tiada pengunaan atau penggunaan air di bawah paras minima. Syor aku, pihak pengurusan perlu mengikut apa yang pihak Syabas berikan kepada pemilik meter Syabas yang lain, iaitu penggunaan 20m padu yang pertama free, dan penggunaan berikutnya baru dikenakan caj mengikut  caj Syabas. Pihak pengurusan tak perlu mengenakan caj yang berlainan untuk mengaut keuntungan. Pihak pengurusan boleh kenakan caj pengurusan yang dipersetujui semasa mesyuarat tahunan. Lagipun, pihak pengurusan sekarang, kebanyakannya diterajui oleh JMB (Joint Management Body) yang mengambil alih urusan pengurusan dari pihak pemaju, selalunya 2-3 tahun setelah flat/apt diduduki. JMB adalah dikalangan penduduk sendiri. Takkan mereka sendiri nak kuatkuasakan peraturan yang bukan2 untuk tempat yang mereka sendiri duduk.

Bayangkan, kalau flat yang luas dan ramai penduduk, macam Flora Damansara contohnya, ada 4 lif, ketinggian 24 tingkat,dan, katalah, meter dah tukar meter Syabas, caj maintenance bulanan 30.00 dan sinking fund 3.00, total RM33.00 sebulan sahaja. Katalah satu floor ada 20 unit, dengan 2 blok, total pungutan sepatutnya lebih kurang 30k sebulan atau lebih kurang 380k setahun. Tapi bila ada orang tak nak bayar maintenance, pihak pengurusan sukar nak bertindak. Air tak boleh nak clamp, parking memang takde system pass card, apa yang pihak pengurusan boleh buat? Susah. Jadi, sebab itu, pada aku, ideal, kalau pihak pengurusan boleh control meter air penduduk.

Kesimpulannya, bagi aku, yang ideal, kalau masih meter pukal, kemudahan yang sama dinikmati oleh pemilik meter Syabas, iaitu percuma 20m padu yang pertama, dan caj penggunaan berikutnya adalah sama dengan rate Syabas. JMB/Pengurusan mempunyai kuasa untuk clamp meter air kalau penduduk tak bayar maintenance dan bekalan air. Bagi flat/apt yang dah bertukar ke meter Syabas pula, pihak JMB/pengurusan boleh memikirkan satu mekanisma untuk clamp bekalan air, kalau penduduk tak bayar maintenance, walaupun bekalan air di bayar kepada Syabas tiap2 bulan.

Kalau nak fikirkan cara lain, mungkin ada. Macam, kuatkuasakan system pass card untuk rumah flat. Kalau tak bayar, tak boleh parking dalam. Tapi, bukan semua rumah flat sesuai buat cara ini, apatah lagi melibatkan kos tambahan. Lagipun, sesetengah orang, tak kisah pun parking luar. 

Sunday, May 6, 2012

Cerita Lelong Bulan April 2012

Aku belum bermula untuk lelongan May. Sekarang cuma preparation loan document dan kerja2 post auction untuk rumah2 yang dimenangi bulan Feb sehingga April dan kerja2 survey.  Lelongan bulan April, aku bermula pada 5 April dengan membida satu unit landed property di Taman Bunga Negara dengan harga reserve 200k. Lelongan di High Court Shah Alam. Bila sebut High Court Shah Alam, ramai agent yang mengeluh, disebabkan setiap kenaikan adalah tinggi. Kebiasaannya begitulah sekarang. Macam unit yang aku bida ini, walaupun harga reservenya 200k, bidaan pertama bermula dari 230k dan setiap kenaikan adalah dalam gandaan 20k. Gila.. Tapi yang lebih gila, bila terdapat 13 pembida, dan pada bidaan pertama, seorang agent terus membida pada harga 300k. Penyudahnya, tiada orang lain yang nak bida, dan harga mati pada 300k. Kalau tengok pada condition rumah, memang banyak yang nak kena repair. 300k dikira tidak berbaloi pada kebanyakan pembida. Petangnya pula, aku ke Ng Chan Mau untuk membida satu unit servis apartment di Shah Alam yang di buka pada harga 200k. Mulanya aku ingat aku single bidder. Tak ramai yang turun di Ng Chan Mau pada 5 April, disebabkan terdapat banyak lelongan lain, seperti di Jalan Riong yang terdapat lebih banyak property yang menarik. Bila lelongan bermula, rupanya 2 bidder. Dari 200k, setiap kenaikan 2k, Brader X kalah lagi, pada harga 234k. Market value sebenarnya, lebih kurang 280k. Agak rugi juga, bila cuma ada dua bidder dan masing2 melawan dengan kenaikan yang agak banyak. Kalau dapat tahu lebih awal, mungkin kenaikan tak tinggi.

7 April pula aku ke Lelongan Mega CIMB. Sudah kedengaran rungutan dari agent2 lain yang tidak menyukai lelongan Mega CIMB. Sebabnya, walaupun harga reserve yang ditawarkan adalah rendah, tetapi.. ya.. ada tetapinya di sini.. tetapi.. harga belinya tinggi. Tinggi yang menyamai harga pasaran dan kadang kala melebihi harga pasaran. Antara factor penyumbang masalah ini, pada aku.. factor lelongan yang di buat pada hujung minggu, boleh menarik pembida sendiri ke tempat lelongan. Juga, promosi yang dilakukan oleh CIMB dan agent juga. Aku cuma masuk satu unit sahaja untuk Brader X. Unit di Desa Pandan, lelongan oleh Ng Chan Mau. Aku datang pukul 11 pagi sebab lelongan Ng Chan Mau bermula pukul 11.30 pagi. Terdapat 2 unit di Desa Pandan yang di lelong. Tingkat 1 dan Tingkat 4. Aku bida unit tingkat 4, kononnya tiada pembida lain dan boleh dapat harga rendah. Unit di tingkat 1, terdapat 4 pembida, dan harga dari 120k naik kepada 153k. Unit tingkat 4 pula, pada mulanya terdapat 2 pembida. Pembida seorang lagi, berbudget rendah. Aku bersetuju untuk buat kawtim bersyarat. Rupanya 3 pembida. Dari harga 100k, naik kepada 108k. Tidak lah tinggi sangat, tapi sebenarnya dah menghampiri market value. Kalah. Unit paling hot pada hari itu, landed di Taman Sri Kenari, Kajang. 16 pembida, dari 190k, naik kepada 272k.

Hari2 seterusnya banyak unit yang called off sehinggalah 14 April, aku masuk membida untuk 3 unit. Satu untuk Brader X, satu untuk Norman yang turut hadir, dan satu untuk Husaini yang hadir juga. Lelongan Bank Muamalat yang di adakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, bersama Ehsan dan Ng Chan Mau. Lebih kurang 120 unit yang di lelong, tetapi tidak ramai yang hadir. Ini di sebabkan, tidak banyak property yang hot, apatah lagi a few property yang hot seperti landed di Bangi yang sudah called off. Untuk Brader X, bernasib baik apabila berjaya mendapat satu property di Puncak Alam pada harga reserve 19.3k sahaja. Kemudian tiba giliran Norman pula untuk membida unit di Puchong. Norman sebenarnya dah lama tahu tentang hartanah lelong. Aku pernah berjumpa dengan dia sekitar tahun 2009 lagi. Tapi baru sekarang nak menceburkan diri. Pertama kali masuk lelong, membida sendiri, dan survey pun aku survey sekali dengan dia. Sebelum ini, kawasan yang sama, aku pernah bida untuk Brader Yob, tapi tewas pada harga 118k. Aku expect harga akan naik melebihi 115k juga kali ini. Ye la.. market value dah melebihi 140k, unit pun kosong tak berpenghuni. Rupanya dapat pada harga reserve, 97k. Beginner’s luck. Husaini pula, terpaksa membida dengan 6 pembida lain, untuk satu low cost flat yang terkenal di Pantai Dalam. Dari harga 75k, naik kepada 99k. Tidak bernasib baik pada percubaan pertama.

Minggu berikutnya, aku bercuti 4 hari ke Langkawi sempena tiket Air Asia RM15.00 yang aku beli tahun lepas. Pun begitu, masih ada lelongan yang perlu di hadiri, lalu aku wakilkan pada Brader Remy dan Brader Kechik. Tewas kesemunya.. hahahah.. Kalau cukup waktu untuk berbuat sesuatu, dan situasi yang tepat, mungkin Brader Asyraf, Cengkok dan Brader X boleh menang.

23 April pula, aku turun ke Cahaya Auctioneer untuk membida satu unit untuk Brader Husaini. Husaini mencuba nasib untuk kali yang kedua. Satu unit low cost di area Jln Klang Lama. Suasana di Cahaya Auctioneer agak meriah juga. Ramai. Aku budget ramai yang masuk Unit di Ampang. Unit yang aku pernah cerita masa bulan January yang lepas. Masa bulan January yang lepas, unit2 di Ampang ini, baru dapat kunci. Dalam masa yang sama, unit2 untuk dilelong pun mula keluar. Batch pertama lelong menunjukkan harga beli dari lelong sekitar 120-130k. Masuk bulan February sehingga kini, trend harga semakin meningkat. Di lelongan Cahaya ini, dengan lebih 20 pembida, dari 90k naik kepada 150k. Untuk unit di Jln Klang Lama pula, aku check market value, sekitar 85k. Mulanya, ada lebih kurang 6-7 pembida, yang aku dapat tahu. Bila lelongan bermula, rupanya ada 13 pembida. Bidaan pertama pun, ada seorang agent dah angkat pada harga 85k. Aku tak angkat pun. Harga terus meningkat, dengan setiap bidaan dalam gandaan 5k. Harga melepasi 100k.. dan mendapat tepukan gemuruh. Dari 100k.. naik melepasi 110k.. melepas 120k.. melepasi 130k.. gila apa low cost nak bida lebih 130k.. ahh.. memang gila. Harga mati pada 140k sebenarnya, untuk unit ground floor, low cost apartment di Jln Klang Lama. Belum ada rezeki untuk Brader Husaini untuk lelongan yang kedua ini. 

24 April sehingga 30 April, sambung lain kali pula.



Tuesday, April 24, 2012

Cerita Lelongan 24 Marh - 29 March 2012.

Lelongan Ambank pada 24 March yang lalu, menyaksikan 70 hartanah low cost di buka untuk lelongan dengan harga yang sangat murah, reserve price bermula antara 10k ke 27k sahaja. Sambutan yang di terima sangat2 hebat, dan venue di Ehsan di lihat tidak sesuai untuk menampung crowd yang sebegitu ramai. Auction Hall Ehsan penuh sesak. Dari 70 yang di lelong, lebih dari 50 unit terjual, dan kebanyakannya mempunyai lebih dari 2 pembida. Purata 4-5 pembida satu property. Beberapa hartanah di prime location pula, mempunyai lebih dari 10 pembida. Sesetengah pembeli atau agent, membida banyak property untuk client atau diri sendiri. Ada yang masuk 10, ada yang masuk 12, dan, aku pula, membida untuk client aku Farhan untuk 4 property. Sepatutnya 5, tapi 1 dah called off. 4 property hanya untuk Farhan seorang, setiap satu dengan harga reserve 18k dan 25k sahaja.

Untuk lelongan Ehsan, seperti biasa, yang banyak bidder akan di mulakan dahulu. Untuk hari ini, Encik Hamid menetapkan, untuk unit yang mempunyai lebih dari 3 pembida, harga akan dinaikkan 5k terus. Sebenarnya, bukan untuk hari ini sahaja, Encik Hamid atau Encik Rahim sudah meneruskan cara kenaikan ini. Ini sebenarnya salah satu cara membendung kawtim/deal/sendiket. Unit pertama yang di lelong, hartanah di Seri Kembangan, Pangsapuri Putra, Bandar Putra Permai, harga reserve 15k sahaja. Bidaan pertama terus kepada 20k, dan dengan saingan sengit, akhirnya harga menjadi 43k. Jadi, walaupun harga reservenya murah, disebabkan saingan, akhirnya kesemua hartanah yang terjual, naik sekitar 30k++ malah ada juga yang naik melebihi 40k.

2 unit pertama yang aku bida, adalah unit di Batu Caves. Dengan harga reserve 25k sahaja, 11 orang masuk membida unit ini. Dengan budget Farhan sekitar 30k, tewas kedua-dua unit tersebut. Sebelum lelongan, sebenarnya ulat2 dah sibuk cari siapa nak masuk. Kononnya unit ini cuma ada 3 pembida. Dengan crowd yang sebegitu ramai, aku tak yakin 3 pembida sahaja. Betul tekaan aku. Akhirnya dari 25k naik kepada 45k untuk kedua-dua unit yang aku bida.

Setelah lama menunggu giliran, akhirnya sampai unit ketiga dan keempat yang aku nak bida. Unit low cost di Klang, dengan harga reserve 18k. Budget asal Farhan sekitar 29k, dan aku inform unit di Batu Caves dah tewas.  Unit ketiga untuk aku bermula dari 18k terus kepada 23k dengan 7 pembida dan dari budget asal 29k aku up sikit kepada 31k (sebab aku dah biasa buat untuk Farhan, bukan suka2 aku naikkan budget), itupun tak cukup bagus bila tewas untuk harga 32k. Aku rasa kalau aku angkat untuk 33k, ada harapan menang. Kemudian baru aku perasan sms Farhan suruh up budget. Dalam keadaan suasana ramai, aku kadang2 tak dengar dan tak perasaan bunyi hp, atau vibrate atau sms masuk. Tak pelah, tinggal unit last untuk di bida. Cuma ada 3 pembida. Juga harga dari 18k naik kepada 23k terus. Naik perlahan2 dan akhirnya menang juga, pada harga 31k.

Sementara menunggu selesai, layan orang lain menang harga reserve. Ada sorang brader ni, Encik Mahdi, masuk 10 unit dan menang 8, dengan harga 17k setiap satu. Dia kata, dah check dengan pihak bank, boleh buat loan lump sum untuk kesemua property tersebut. Nak tunggu sign kontrak pun lama, sampai kena buat meja tambahan di dalam office Ehsan. Lepas pukul 1 tengahari baru aku boleh sign kontrak.

Pada 27 March pula, aku turun ke Ehsan lagi untuk membida. Sepatutnya 3, tapi 1 dah called off awal, unit di Seksyen 15. Tinggal 2. 2 inipun, ada kemungkinan, 1 akan called off. Farhan nak masuk unit di Seri Kembangan dengan harga reserve 130k. Dia dah survey dan jumpa dengan owner. Owner kata dah settle tunggakan dengan bank. Pagi sebelum auction aku dah call pihak bank, dan di beritahu 2 unit yang aku nak masuk, masih di buka untuk lelongan.Sesampai aku di Ehsan, unit Seri Kembangan telahpun called off. Tinggal satu, unit di Seksyen 15, dan aku dapat tahu cuma 2 bidder, antara aku dan seorang lain. Bila lelongan bermula, ada seorang mamat yang toleh kebelakang, dan itu mamat yang aku kenal. Brader Zoehairi yang yang kini aku rasa dia aktif semula masuk membida rumah lelong. Dia kebelakang jumpa aku, dan tanya unit mana aku nak masuk. Rupanya dia juga nak masuk Seksyen 15. Sekarang antara aku dengan Brader Zoehairi sahaja. Dan kami dah tetapkan siapa yang akan menang. Kawan2 punya pasal.. tak payah lawan. Bila lelongan unit kami bermula, bidding card dipanggil, tiba2 lawyer pihak bank maju ke depan berbisik dengan pelelong. Rupanya unit telahpun called off. Awal2 taknak bagitau..

28 March pula.. ada 2 tempat di sesi pagi, dan satu tempat di sesi petang. Aku kena minta tolong Brader Kechik pula untuk tolong bidkan. Aku ke Wisma MPL untuk lelongan Heritage Auctioneer untuk Affin Bank. Sebelum itu aku dah jumpa Brader Kechik dan pass bank draft. Sampai di Wisma MPL menghampiri pukul 11.00 pagi. Sempat lagi register. 2 orang lain yang juga masuk unit yang aku nak bida untuk Brader X, di Seksyen 13. Izwan Latiff dan seorang agen lain. Mungkin boleh kawtim, ada possibility. Izwan dan agen seorang lagi, dah register. Sedang aku register, registration clerk macam puzzled dan berfikir2, kemudian bagitau aku, unit ni baru je called off. Hahahaha.. macam haramm..lalu aku terus ke Ehsan semula.

Unit yang boss brader Cengkok nak masuk, di Bandar Saujana Putra. Sebelumnya dia minta aku tengok unit tersebut, kalau sempat. Kalau kosong, masuk lelong. Kalau ada orang, cancel. Sebab dia bagitau nak masuk on 26 March, aku cadang nak tengok on 27 March, tapi memikirkan aku ada auction pagi dan petang on 27 March, aku gerak tengok unit on 26 march lepas maghrib, lepas jumpa client petangnya. Sebenarnya aku tak pernah sampai Bandar Saujana Putra. Kalau ikut highway memang pernah lalu. Tapi tak pernah masuk dalam tengok areanya macam mana. Kalau ikut highway, aku tau jalannya. Aku tengok google map, macam boleh sampai, kalau aku ikut jalan belakang rumah aku. Dari Puchong Permai rumah aku, terus ke Puchong Prima, lalu Taman Putra Prima, lalu Taman Mas Sepang, dan aku Nampak signboard Bandar Saujana Putra. Tapi berpusing2 area Taman Mas Sepang dan Taman Putra Prima, aku tak jumpa jalan. Ikut instinct, aku ikut jalan kampong sebelah Taman Mas Sepang. Ada la 2-3 kereta yang lalu jalan tersebut. Lebih kepada jalan batu dan jalan tanah sebenarnya. Hari dah malam, jalan macam track Camel Trophy, dan aku Nampak signboard Bandar Saujana Putra lagi. Tapi aku gagal sampai ikut jalan kampong tersebut. Patah balik dan ikut jalan highway lagi senang. Ikut jalan highway terus sampai ke pangsapuri yang di cari. Tak sangka aku, parking full, dengan double park. Menunjukkan ramai orang yang duduk situ, boleh kata fully occupied. So, rumah pun kosong, Cuma, macam tak pernah diduduki, pintu dah rosak, dan tingkap pun banyak yang dah tiada. On the way balik, sebelum masuk highway semula, aku nampak ada simpang Jln Kampong Lombong. Macam best nak try, lalu aku masuk jalan tersebut. Bad moves again. Dengan suasana yang gelap gelita, jalan tidak bertar, laluan aku memang bersebelahan tasik yang tidak berpagar, dan tiada kereta lain yang ikut situ, tak sampai 500 meter aku dah patah balik ikut highway lagi senang. Kalau siang mungkin aku teruskan juga.

Berbalik kepada cerita lelong di Ehsan, Hartanah dimenangi pada harga reserve. Apa yang aku baru tahu, hartanah tersebut telah meningkat harga pasarannya sekarang, dan harga sewa pun boleh tahan bagus. Sekitar 500-600.00. Selesai lelongan sesi pagi, aku jumpa Brader Farhan dan Samsul Brunsfield untuk urusan lain, dan kemudian gerak ke PAH untuk lelongan sesi petang pula.

Di PAH, lelongan RHB, tidak begitu banyak unit yang dilelong. Aku masuk unit Seksyen 15 lagi untuk Brader X. Brader X memang misteri orang nya. Tak mahu dikenali. Mulanya, ada 5 pembida sahaja untuk unit ini. Brader yang menang pada harga 125k yang lepas masuk membida juga. Aku sempat angkat sampai 119k dan angka terus menaik. Dari rekod 131k sebelum ini, rekod harga lelong di Seksyen 15 ini dipecahkan lagi dengan harga tertinggi yang baru, 136k.  

29 March pula, aku ke PAH lagi untuk lelongan sesi pagi. Membida untuk Samsul Brunsfield, untuk unit di Kota Damansara. Hartanah di sekitar Kota Damansara mula melonjak naik semenjak 2 menjak ini. Dengan harga reserve 90k sahaja, unit ini menarik 12 pembida. Dari 90k, pertarungan bermula laju shingga ke angka 130k. Melepasi 130k, pertarungan mula slow sikit.. sehinggalah harga mati pada 142k. Aku dah stop pada angka 132k lagi.

Semenjak dua tiga menjak ini, aku banyak cerita tentang lelongan yang aku hadiri sahaja. Banyak artikel yang aku cuba siapkan, belum siap2. Malas dan kurang masa. Awal bulan biasanya slow.. bila masuk 10hb ke atas, acara lelongan mula rancak sampai kadang2 aku kena minta tolong orang lain juga. Minggu ini.. dah sibuk semula. Dari Isnin sampai Jumaat ada masuk lelong. Ini pun curi masa sikit sementara nak sesi lelongan pukul 3.00 petang di Ehsan. Pukul 3.30 petang pun ada lelong lagi di Ng Chan Mau pula.

Saturday, April 7, 2012

Cerita Lelong 10 March -21 March

10 March yang lepas, aku turun ke lelongan CIMB Mega Auction untuk membida 4 unit. 2 unit untuk brader x, 1 untuk brader Kechik dan satu untuk Puan Zurina. CIMB Mega Auction kali ini memang menarik ramai pembida. Aku sampai awal.. awal gila. Aku cuma masuk lelongan untuk unit2 di Ng Chan Mau, yang sepatutnya bermula pukul 10.30 pagi, tapi pukul 8 pagi aku dah sampai. Sebabnya, aku hantar bapak aku ke Kem Sungai Besi dulu untuk perasmian Persatuan Bekas 1RAMD pukul 7 pagi, kemudian terus aku ke Hotel Istana. Lepak2 merokok, tunggu sampai pukul 9 baru aku masuk Hotel Istana. Brader X dan Kechik belum sampai, membawa bank draft masing2, dan aku registerkan untuk Puan Zurina dulu. Unit di Sri Kembangan. Unit di Sri Kembangan ini, kalau mengikut history nya, pernah terlelong pada harga 32.6k dan terjual pada harga 37k. kemudian unit tersebut terlelong semula, tapi mengikut harga jual terdahulu, iaitu 37k. Pada harga 37k pula, tiada pembeli, dan kini dilelong pada harga RM33.3k. Mengikut rekod pembelian juga, harga jual tidak pernah melebihi 41k. jadi, pada hari ini, aku setkan target paling tinggi pun 42k. Sambil menunggu Brader X dan Kechik, aku lepak sebelah meja buffet. 4 kali tambah. Asal replenish je, habis, tapi sebab aku memang duduk sebelah meja buffet, aku sempat makan.

Bila lelongan di mulakan, Mr Foo mulakan dengan unit yang mempunyai ramai pembida. Lebih dari 10 unit yang mempunyai lebih dari 10 pembida. Hampir kesemua unit yang mempunyai pembida juga, mempunyai sekurang2nya 2 pembida. Ada lah 2-3 unit sahaja yang dapat pada harga reserve.

Antara unit2 yang hot,

Taman Melawati. Dari 600k naik kepada 860k.
Vista Millenium 850sqft. Dari 121.5k naik kepada 141k. 2 pembida sahaja.
Taman Miharja Low Medium Cost Apt, 799sqft. 30 bidder. Dari 95k naik kepada 174k.
Sri Meranti Low Cost Flat, Ddr Sri Damansara. 65k naik kepada 87k.

Brader X memulakan bidaan untuk unit Pusat Komersial Shah Alam. Dari harga 145k, dengan 4 pembida, brader X kalah pada harga 170k. Kemudian Kechik pula membida untuk satu unit low cost di PJ, dengan harga reserve 72k, 2 pembida sahaja. 72k sebenarnya dikira agak tinggi, tapi.. kalau nak tunggu harga jatuh 64k, akan menarik lagi ramai pembida. Namun, Kechik tewas juga pada harga 81k. Kemudian Brader X pula membida sekali lagi untuk satu unit di Shah Alam dengan harga reserve 65k. Hari yang bertuah, disamping ada kemungkinan kena speed trap sebab nak cepat sampai ke tempat lelongan, tak sia2 Brader X datang. Menang pada harga reserve. Penutup untuk aku pula, unit di Sri Kembangan, dengan harga reserve 33.3k rupanya ada 2 pembida. Tewas lagi untuk Puan Zurina, harga naik kepada 43k.

Selasa yang lepas pula, 20 March, aku dan Brader Cengkok ke PAH untuk membida 2 unit di tempat yang sama dia menang bulan lepas. Kali ini, 2 unit dengan harga reserve 134k dan 156k. Dari risikan awal, dengan ulat2. Kononnya unit 134k ada 3 pembida dan unit 156k ada 4 pembida. Rupanya dia dah masukkan portion dia. Sebenarnya unit 134k 2 pembida sahaja. Dan Brader Cengkok boleh deal, berat kepada nak rumah, dan sanggup bayar. Tapi, pembida seorang lagi, Din, yang aku familiar mukanya, sebab pernah jumpa sebelum ini (katanya pernah jumpa aku dan Tuanbri), nak juga rumah tersebut, adiknya nak duduk. Jadi, Cengkok pun terpaksa bagi pada Din. Unit 156k pula tak dapat deal, terpaksa lawan, dan tewas juga, bila harga naik kepada 182k. Area pinggiran KL pun hot juga.

Hari Rabu 21 March pula, aku turun ke Cahaya Auctioneer, untuk lelongan RHB Bank. Aku sampai kira awal juga lah. Lelongan bermula pukul 2.30 petang, pukul 1.45 petang aku dah ada. Orang agak ramai. Semakin lama semakin ramai. Walaupun tidak lah banyak mana unit yang dilelong, orang semakin ramai. Unit yang di lelong hari ini hot2 belaka. Yang paling hot adalah Taman Pinggiran Cyber. Aku rasa dekat2 atau mungkin lebih 40 bidder untuk unit ini. Aku tak masuk unit ini, walaupun ada orang yang berminat. Sebabnya, bulan lepas, unit lain di Taman Pinggiran Cyber ini pernah dilelong dengan harga reserve 120k dan terjual pada harga 255k. Aku jumpa Izwan Latiff yang masuk unit ini untuk clientnya. Hari ini, harga reservenya 118k dan menarik ramai pembida juga. Urusan pendaftaran untuk unit ini memakan masa, urusan lelongnya juga memakan masa. Unit ini terjual pada harga 220k.

Salah satu unit yang Brader X nak masuk, telah pun called off. Unit di Suria Avenue. Tinggal 2 sahaja lagi. Unit di Seksyen 15 untuk Brader X, dan unit di Senawang untuk Brader Cengkok. Kalau sebelum ini, 28 Feb yang lepas, unit di seksyen 15 telah menarik 13 pembida, dan dari harga 80k naik kepada 131k, hari ini juga tak kurang hebat. 10 pembida untuk unit Seksyen 15. Dari harga reserve 80k, akhirnya jatuh pada harga 125k. Boleh tahan tinggi. Kalah lagi. Unit Senawang pula, dari harga 100k, ada 15 pembida. Juga tewas, harga jatuh pada 132k.

Bukan senang nak menang. Brader X dan Cengkok hanya 2 nama selain client2 aku yang lain, yang selalu masuk lelong, tapi jarang menang. Dari sepuluh yang masuk, kadang2 satu pun belum berhasil. Khamis 22 March pula, konon2 nya Brader X nak masuk satu unit di Sri Mahligai 160k. Tetapi.. terdapat tunggakan 41k, yang ditanggung oleh pihak Ambank. Angka 41k cukup besar, walaupun ditanggung oleh pihak Ambank, Brader X tetap risau. Walaupun bank draft dah siap, tak jadi masuk. Aku ke JTR petangnya, untuk membida satu unit di Seksyen 15, untuk Brader X juga.

Sembang dengan agent lain, diorang bagitau, unit Sri Mahligai terjual pada harga 220k dengan 14 pembida. Boleh tahan.. Di lelongan JTR, hanya 25 unit untuk di lelong dengan beberapa unit telahpun called off. Yang menarik hari ini, ada satu unit di Kepong yang di lelong pada harga 157.5k. Terdapat 6 pembida untuk unit ini. Pelelong memulakan lelongan dengan kenaikan 2k dan 1k setiap kenaikan. Bidaan pertama 159.5k tidak bersambut. 6 bidder, sorang pun tak angkat. Unit di kiv kan dahulu untuk memberi laluan kepada unit lain. Bila tiba semula untuk unit Kepong ini, pelelong menetapkan harga permulaan 156.5k pula. Masih tidak bersambut. Kemudian permulaan harga reserve pula. Juga tidak bersambut. Akhirnya unit tersebut tiada pembeli. So, apa cerita 6 orang yang dah register ni? Aku pun tak faham… Tapi buat2 faham sendiri.

Tidak ramai yang masuk bidding unit Seksyen 15 ini, hari ini. Maksud aku tidak seramai seperti lelongan sebelum ini. Akhirnya, berjaya juga Brader X membeli unit di sini. Cuma, pembelian untuk Brader X masih belum tamat. Ada a few more properties yang mahu di beli lagi.

Itu cerita lelong sehingga 22 March. Sabtu 24 March dan hari2 berikutnya sehingga penghujung bulan March juga mempunyai cerita2 menarik juga. Esok, 7 April, aku ke lelongan CIMB.

Friday, March 23, 2012

Cerita Lelongan Bulan Feb

Bercerita tentang aktiviti lelongan aku, memang sibuk. Kadang2 aku kena minta tolong orang lain pergi bidding sementara aku ke tempat bidding lain, kalau clash 2 atau 3 tempat pada hari dan waktu yang sama. Tapi itu lah, nak dapatkan kemenangan, bukan senang. Jadi, hari ini aku ceritakan 3 unit yang client aku menang bulan lepas. Dari total lebih kurang 40 unit yang aku masuk, untuk 14 client yang berlainan, 3 menang untuk 3 client yang berlainan. Unit pertama yang dimenangi, untuk Puan Azian. Satu low cost flat dekat dengan rumah aku. Percubaan pertama masuk lelong setelah a few unit di survey. Puan Azian bernasib baik dapat pada harga yang baik, RM43k sahaja. Penilai hartanah telah meletakkan nilai 75k untuk unit di kawasan ini.  Unit kosong, telah lama tidak berpenghuni. Jiran2 pun tak tau kalau ada masalah dengan unit ini. Nampak dari luar memang ok. Setelah unit dimenangi, beberapa hari kemudiannya, aku pun buat ops pecah rumah. Tiada masalah besar, kerana unit hanya menggunakan kunci gril biasa, tidak berpad lock, dan kunci pintu jenis mortise lock. Cuma air dah kena potong sebab bil tertunggak 1k++ , elektrik masih ada, dengan tunggakan RM70++. Cuma masalah besarnya, terdapat leaking yang agak parah di bahagian atas, bahagian dapur. Tiada penghuni yang menduduki unit di tingkat atas, menurut pejabat pengurusan, penyewa agak baru juga mengosongkan unit diatas. Aku dah dapat no telefon pemilik tingkat atas, Dah call dan maklumkan pada pemilik atas, cuma belum set appointment untuk berjumpa. Kerja2 baik pulih terpaksa ditangguhkan sementara untuk mendahulukan baik pulih leaking tersebut. Dengan harga beli 43k, bayaran bulanan sekitar 200.00 sahaja. Kalau dapat sewa sekitar 400.00 pun ok. Dalam masa 2 tahun lagi, dijangkakan sewa bakal melonjak naik.

Unit kedua yang aku menang untuk client, adalah dikawasan yang sama. Cuma, dari harga reserve 43k, ada pulak orang lain yang berminat juga. Disebabkan lelongan hari Jumaat di PAH dan hari tersebut jalan agak jammed selepas solat Jumaat, apatah lagi Pas ada buat demonstrasi depan kedutaan AS, aku sampai ngam2 dekat2 pukul 3. Tak sempat nak cari siapa lagi yang masuk unit ini, walaupun aku berharap dapat menang harga reserve juga. Aku turun dengan pembeli, sang suami yang menggunakan nama isterinya. Pembelian untuk duduk sendiri, dan dari perbincangan awal, dia budget harga reserve sahaja, disebabkan aku dah bagitau ada banyak lagi unit disini yang akan dilelong, dengan harga lebih kurang sama. Sebenarnya, budget awal aku nak masukkan Puan Azian untuk unit ini, tapi unit ini masih diduduki oleh pemilik asal, dan itu tidak kena dengan criteria Puan Azian. Dalam masa yang sama pula, brader Shamsul yang berkawan dengan budak2 Giant Puchong (tempat wife aku kerja), berminat nak beli unit disini. Disebabkan aku dah survey dengan dia sekali, untuk unit ini, dan dia pun berminat dengan unit ini (corner lot), dari budget asal 43k, terbabas pulak ke harga 53k, disebabkan ada orang lawan. Sebelum lelong aku dah jumpa dengan wife pemilik unit ini, dan dia nampak rela kalau ada orang lain beli unit ini. Pasrah. Dan selepas lelong, aku ke sana lagi, tapi owner tiada juga, kerja. Jadi aku akan ke sana lagi once loan buyer dah approved.


Unit ketiga pula untuk brader Cengkok. Pada hari lelongan, sebenarnya ada 4 unit yang nak di bida, tapi disebabkan called off, tinggal 2 sahaja. Satu di PAH untuk untuk landed Bangi 230k dan satu lagi di area Selayang/Rawang . Aku ke PAH bersama brader Zaidi sementara aku minta tolong brader Remy untuk ke Ehsan. Di PAH, suasana agak ramai dengan banyak juga unit2 hot yang menjadi taruhan. Antaranya, Pelangi Indah, Apt di Sg Long dan landed house di Bangi ini. Untuk landed house di Bangi ini, terdapat lebih kurang 17 bidder. Dari harga 230k akhirnya naik kepada 330k. Brader Zaidi tewas. Sementara di Ehsan, Remy memberitahu unit ini dapat pada harga reserve. Yang menariknya, brader Cengkok belum tengok unit lagi. Dari survey yang telah dibuat, harga reserve 130k memang murah, berbanding harga jualan asal pihak pemaju 160k dan harga pasaran antara 200-250k. Jadi, untuk meredakan kerisauan, selepas menang, brader Cengkok ajak aku tengok unit tersebut. Terus aku gerak ambil Cengkok dan tengok unit. Unit kosong dan masih belum diduduki. Masalah utama adalah kunci jenis europrofile cylinder. Kunci jenis mahal dan susah nak buka, macam jenis di Tiara Beach Resort atau di kebanyakan kondo. Kalau setakat cylindrical, deadbolt atau mortise lock, mungkin lebih senang. Kunci jenis europrofile cylinder ni, biasa aku pakai power drill pun, ambil masa 1-2 jam untuk buka. Jadi, aku dan Cengkok akan datang lain hari untuk buka unit ini. 



Beberapa hari kemudian, aku dan Cengkok datang semula ke sini, untuk buka unit, dan untuk survey 3 unit lagi di tempat yang sama yang akan masuk lelong. Solution yang aku gunakan, adalah panjat bumbung, terus nak ke balkoni dan buka pintu balkoni. Mula2 aku nak panjat dari tempok pagar dan melompat atau melangkah ke bumbung. Jaraknya tidaklah jauh sangat dan tidak juga dekat sangat. Kerisauan aku, kalau atap bumbung tu pecah. Jadi, sedang aku duduk atas tembok pagar tu berkira2 dan mencongak nak panjat ke bumbung, jiran sebelah dah usha2, apa mamat ni nak buat. Aku dengan Cengkok pun ceritalah, kita nak buka unit ni. Cerita punya cerita, aku minta kebenaran nak panjat dari balkoni rumah dia, terus ke balkoni rumah Cengkok. Dia setuju. Lalu aku pun memanjatla. Boleh tahan power juga la skill buka rumah kali ini. Dah sampai balkoni rumah Cengkok memang tiada masalah la. Pintu balkoni pun tak kunci. So, aku turun bawah, buka dari dalam. Nak tukar kunci europrofile cylinder lock, memang senang. Dia cuma ikat menggunakan satu screw panjang sahaja. 



Selesai tukar lock, ambil gambar, sembang2 dengan jiran, aku dan Cengkok pun pergi lah mengusha unit2 lain yang bakal dilelong. Cengkok sebenarnya dah mula iklankan unit ni, dan sambutan yang diterima agak luar biasa. Sebab itu dia nak masuk 2 lagi unit yang akan di lelong. Setelah unit2 tersebut disurvey, memang sesuai untuk masuk lelong. Pada Selasa 20 march yang lepas, aku pun turun la membida bersama dengan Cengkok, untuk 2 unit tersebut. Itu cerita kemudian…




Itu cerita menang la. Antara cerita kalah,

-Aku ke Pejabat Tanah Gombak untuk membida satu unit apartment, dengan harga reserve 59.5k. Dengan setiap kenaikan 5k, walaupun market value sekitar 90k, harga melonjak ke 100k. Last aku angkat 90k. Terdapat 5 bidder. Di tempat yang sama juga, satu unit banglow di batu caves dengan harga reserve 800k, terjual dengan harga 1M. Mengikut rekod, market value sekitar 900k.

-Lelongan unit Sri Tioman II dengan harga reserve 53k sahaja. Akhirnya melonjak ke angka 96k.

-Cyberia Condo dari harga reserve 173k dengan 5-6 pembida, naik kepada 245k. Terdapat tunggakan lebih kurang 30k dan pihak bank hanya menanggung 17k sahaja. Beberapa hari kemudian, unit lain dengan harga reserve 190k, terjual dengan harga 268k.

-Flat 650sqft Seksyen 7,  Shah Alam dari 55k naik kepada 89k.

-Casa Riana dengan harga reserve 100k, yang biasa terjual pada harga sekitar 130k, dengan 17 pembida, naik kepada 181k. Keesokan harinya, unit lain dengan harga reserve 130k, juga terjual dengan harga 181k.

-Unit di Seksyen 15, Shah alam yang selalu aku bid kan untuk Joefizi, kali ini dengan harga reserve 80k, telah menarik 13 pembida. Harga melonjak 131k. Biasa? Biasanya 2-3 pembida sahaja.. dan harga boleh dapat below 120k.

Itu cerita bulan lepas. Bulan ini, selepas mengharungi lebih 20 unit lelongan, dan bakal mengharung 20 unit lelongan lagi sehingga hujung bulan, banyak cerita2 menarik. Sama ada aku rajin atau malas nak update je.. heheh..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com