Sunday, September 29, 2019

Isu Lambakan Hartanah : Permintaan Pemaju Kepada Kerajaan

Isu Lambakan Hartanah : Permintaan Pemaju Kepada Kerajaan

3 berita yang keluar dalam waktu yang berlainan, dari wakil pihak pemaju, yang berkait antara satu sama lain. Endingnya kita terpaksa tunggu 11 Oktober 2019. 


Berita yang pertama. Dari pengasas dan pengerusi Kumpulan Sunway Tan Sri Jeffrey Cheah. Beliau mahukan, 

@ Perubahan pada dasar hartanah negara, untuk menarik minat pembeli hartanah, warga asing terutamanya. Untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dengan Singapura katanya.

@ Kesukaran mendapatkan pinjaman bank, dikatakan menjadi antara punca lambakan hartanah.



Berita yang kedua dan ketiga pula, dari Presiden REHDA yang juga bekas CEO IJM Corp , Soam Heng Choon. Beliau mahukan,

@ KWSP menaikkan kadar simpanan akaun 2 daripada 30% sekarang, kepada 50% untuk tujuan pengeluaran pembelian hartanah.

@ Pembayaran dibayar terus kepada pemaju, berbanding cara sekarang, pembeli bayar dahulu dan claim dengan KWSP. 

@ Juga menyalahkan pihak bank atas kegagalan pihak pembeli mendapatkan pinjaman.



Ok, ulasan saya.

Pemaju macam dah terasa bahang lambakan hartanah, yang di buat secara usahasama oleh mereka, pihak pemaju dan pihak berkuasa tempatan dan kerajaan, yang meluluskan projek. Sekarang ni, pihak pemaju dah mula bagi cadangan bukan2 untuk penyelesaian yang memihak kepada mereka. Pihak kerajaan pula bagi penyelesaian yang tak menyeluruh. Dengan lambakan hartanah mahal, nak ditolak kepada warga asing, melalui MM2H, secara statistik pun, tak sampai 3000 peserta setahun. Lambakan hartanah ni ada banyak, mencecah ratusan ribu. Macam mana pun, kerajaan kena galakkan rakyat Malaysia sendiri yang membeli. HOC yang disasarkan pada pembeli rumah pertama, hanya sesuai untuk menyelamatkan hartanah bernilai RM500k ke bawah, atau majoritinya RM300k ke bawah. 

Kenapa kita nak dahulukan warga asing dari membeli hartanah2 di Malaysia, sedangkan rakyat Malaysia pun nak beli juga, kalau harga dan bayaran bulanannya sesuai dengan poket kita. Dasar hartanah negara di gubal, untuk memastikan kebanyakan rakyat Malaysia memiliki rumah. Rumah mampu milik. Itu yang di gubal untuk tempoh 2018 sehingga 2025. Bukan memastikan semua rumah2 yang di buat oleh pemaju terjual, tak kira oleh rakyat Malaysia atau warga asing. Kalau pembelian oleh warga asing melalui MM2H, saya masih bersetuju, kerana ianya menguntungkan pihak kerajaan.

Saranan menaikkan simpanan akaun 2 KWSP  kepada 50% pula, hanyalah saranan yang akan berpihak kepada pemaju semata2. Kerana ayat seterusnya, disarankan pihak KWSP membayar terus kepada pemaju. Bermakna ini untuk membantu projek pemaju, bukan pembelian subsales atau lelong. Walaupun nampak macam bersifat nak membantu pembeli, membeli hartanah yang lebih mahal dengan kuasa pertambahan duit 20% KWSP akaun 1, sudah terang lagi bersuluh, cadangan ini berpihak kepada pemaju. 

Dalam keadaan ekonomi sekarang, pihak bank memang patut berjaga2. Takkan la dalam ekonomi yang suram, banyak perniagaan2 besar yang tutup cawangan, nilai ringgit menyusut di kebanyakan negara kecuali negara seperti Indonesia, bank senang2 pula nak lepaskan pinjaman bernilai tinggi. Asas nya, bank akan bagi pinjaman kalau peminjam layak dan mampu. Bukan peminjam yang memerlukan dan tak berapa mampu. Masih ramai lagi peminjam yang layak dan mampu, cuma  layak dan mampu membayar ansuran bulanan, bukan dari segi deposit. 

Dari cadangan2 oleh pihak pemaju, mereka masih nak mengekalkan penjualan pada harga yang sama, dengan mengharapkan pihak kerajaan memberikan bantuan, agar unit2 mereka sold out. 

Penyelesaian mudahnya, 

@ Pemaju kena turunkan harga jual. Diskaun 20% ke 30% boleh membantu penjualan. Daripada pemaju bayar komisyen yang lebih tinggi kepada agent untuk dapatkan pembeli, lebih baik di turunkan harga, supaya pembeli yang mendapat untungnya, bukan agent.

@ Kerajaan, melalui bank negara, kena hapuskan margin 70% untuk pembelian rumah ketiga, untuk segmen bernilai RM300k ke atas. Ramai lagi rakyat Malaysia nak melabur, tapi tak sanggup keluarkan 30% deposit. Ini bukan teknik multisub, jangan di salahgunakan untuk multisub pula. Sekarang pun bukan zaman spekulasi hartanah yang mana kerajaan nak kawal pembelian hartanah. Sekarang, zaman kerajaan nak pastikan unit2 lambakan terjual.



Dua penyelesaian ini pun dah cukup bagus kalau dapat di laksanakan. 11 Oktober tarikh pembentangan belanjawan 2020. Sekarang ni pemaju masih sempat nak melobi untuk mendapat keuntungan dari belanjawan 2020. Kerajaan kena lah memastikan kebajikan dan hak rakyat majoriti lebih di utamakan dan terbela. Yang ada kuasa membeli, rakyat, bukan pemaju. Biarkan pemaju dapat untung sedikit, daripada tiada langsung.
Previous Post
Next Post

0 comments: