Isu Tanah Kg Baru: RM850 sekaki persegi itu sesuai atau terlalu murah?
Fakta Penting
@ Bancian tahun 2010 , memberikan angka seramai 18,372 orang penduduk.
Kerajaan mensasarkan 160,000 orang penduduk menjelang 2050
@ Jumlah kediaman sekarang sekitar 3500 - 4000 unit.
Kerajaan bercadang membina sehingga 45,000 unit kediaman, dengan pecahan :
50% unit mampu milik
Bersamaan 22,500 unit kediaman di bawah harga RM300k
30% unit berharga RM300-500k bersamaan 13,500 unit kediaman.
15% unit berharga RM500-700k bersamaan 6,750 unit kediaman.
5% unit mengikut harga pasaran bersamaan 2,250 unit kediaman.
@ Tanah Kampung Baru berstatus Rizab Melayu.
Kerajaan akan mengekalkan statusnya sebagai Rizab Melayu.
Hal2 lain termasuk pembinaan dan penambahbaikan :
@ Ruang perniagaan, ruang runcit dan pejabat
@ Lot parking
@ Food Street
@ Dataran Kampung Baru dengan padang bola sepak dan kemudahan lengkap.
@ Pusat Kesenian, Persembahan dan Kebudayaan Melayu
@ Kompleks Warisan
@ Taman Warisan Melayu
@ Sungai
@ Saloma Link
@ Menara Mercu Tanda
@ Jaringan dan struktur perhubungan jalanraya yang lebih baik
Ulasan saya.
Isu tanah Kampung Baru ini dekat di hati orang Melayu kerana tanah ini berstatus Malay Agricultural Settlement dan penyelesaian oleh pihak kerajaan mesti, mempunyai penyelesaian yang melebihkan kepentingan dan nasib orang Melayu, sama ada pihak pemilik lebih 5700 lot tanah Kampung Baru atau pihak2 yang bakal mendapat keuntungan dari pembangunan ini. Ya, pihak seperti pembeli lot2 perniagaan, lot2 kediaman, peniaga, kontraktor pembinaan dilantik dan pihak2 berkaitan lainnya.
Majoriti orang Melayu tidak mahu melihat arus pembangunan dan labanya dinikmati oleh bangsa lain, kerana tanah Kampung Baru milik orang Melayu. Melalui Pelan Pembangunan Kampung Baru ini, secara teorinya, saya melihat usaha ini patut disokong kerana memberi manfaat besar kepada orang Melayu.
Kita sedia maklum beberapa hari kebelakangan ini, banyak pihak membandingkan harga tanah di kawasan sekitar, dengan angka2 sekitar RM300 ke RM3000 sekaki persegi. Dan kalau boleh pemilik lot2 tanah Kampung Baru di berikan harga RM3000 sekaki persegi tersebut. Pada saya, penyelesaian pada angka sekitar RM850 sekaki persegi ini adalah pada harga patut, untuk memastikan perbelanjaan pembelian tanah, tidak menjadi terlalu mahal, dan pelan untuk menyediakan majoriti rumah mampu milik dapat direalisasikan. Kalau di lihat harga unit2 kediaman di Bukit Bintang, yang menjadi penanda aras kenapa harga tanah Kampung Baru patut dijual pada harga RM3k sekaki persegi, purata nilainya adalah melebihi RM1 juta ke atas. Farenheit 88, Dorsett Residensi atau yang lebih dekat dengan Kampung Baru, Sky Residence contohnya, purata nilai hartanahnya adalah RM1juta. Dan kalau unit2 kediaman di Kampung Baru, di jual pada harga purata RM1 juta, mampukah majoriti orang Melayu membelinya? Kita tahu jawapannya.
Majoriti pembeli, tak kira orang Melayu atau bukan, mencari unit2 mampu milik bernilai RM300k ke bawah. Sebab itulah terdapat lambakan hartanah untuk unit2 bernilai RM300k ke atas. Dengan harga pembelian tanah yang tidak terlalu mahal, kerajaan mampu membina rumah mampu milik untuk orang Melayu sahaja, di Kampung Baru. Dan 22,500 unit mampu milik itu adalah jumlah yang besar. Seperti ada 10 kompleks perumahan rumawip dengan 2,000 unit setiap kompleks. Pemilik2 lot tanah Kampung Baru, dengan status quo yang ada sekarang, walaupun ada yang kaya, tetapi dengan pelan pembangunan baru ini, dengan pertambahan 10 kali ganda penduduk berbanding sekarang, menjelang 2050, tidakkah mempunyai peluang perniagaan yang memberikan 10 kali ganda pelanggan? Pertambahan 10 kali ganda penduduk menambahkan peratusan pemilik perniagaan untuk bertambah kaya.
Penyelesaiannya mudah, berikan kelebihan untuk pemilik lot2 tanah Kampung Baru dan peniaga sedia ada untuk memiliki lot2 kediaman dan perniagaan di Kampung Baru. Mereka akan memiliki kelebihan sebagai pemilik dan pengusaha asal, untuk mereka hadapi pertambahan dari 20,000 kepada 160,000 kuasa membeli dalaman, tidak termasuk kuasa membeli dari pekerja, pengunjung dan pelancong dalam masa 30 tahun ini. Kuasa pelancong, juga faktor utama yang perlu di ambil kira. Pada saya, Kampung Baru sekarang bukan destinasi pelancong utama di Kuala Lumpur berbanding KLCC, Petaling Street, Batu Caves, Little India atau Jalan Alor. Dengan pelan pembangunan Kampung Baru ini, pasti, menjadikan Kampung Baru sebagai destinasi pelancong utama di Kuala Lumpur. RM850 sekaki persegi sekarang, infiniti kuasa membeli 30 tahun dari sekarang. Selamat Berjaya kepada orang2 Kampung Baru.
0 comments: