Tuesday, October 28, 2008

TNB matters..

TNB matters..
Untuk pembelian rumah lelong, selalunya memang bank tak cover bahagian bil api, bil air dan bil pembentungan. Untuk bahagian bil api, selalunya juga, tak berapa banyak, dalam ratusan ringgit sahaja. Itu yang berlaku pada kebanyakan rumah lelong aku. Penyelesaiannya, bila aku bawa bil api ke tnb, aku cuma perlu tukar nama kepada nama aku. Aku tak perlu bayar bil lama. Caj yang terlibat cuma deposit RM200.00 dan stamp duty RM10.00. Melainkan rumah tersebut telah lama dipotong bekalan elektrik, melebihi 6 bulan, dan meter telah di cabut, itu memerlukan wireman inspection. Kalau bil api telah di potong, cuma di cabut suis sahaja, kita boleh terus tukar nama, dengan membayar deposit baru. Itu yang berlaku pada aku selalunya. Tapi untuk satu kes rumah aku ni, lain sikit ceritanya. Rumah ni aku dapat bulan mac tahun ni. Dah lama dah. Monthly payment belum start lagi. Dalam bil tnb cuma tunjuk tunggakan beberapa ratus sahaja, dan aku pun cuba tukar nama masa bulan april dulu. Tapi bila tnb officer check dalam system, diorang kata rumah ni ada kes curi elektrik, atau meter yang telah di usik. Jadi, tnb ada kenakan caj/penalty/saman terhadap bill rumah ni, yang berjumlah lebih kurang RM3900.00, yang tidak di masukkan ke dalam bil bulanan.




Jadi, menurut officer tnb tu, aku tak boleh tukar nama selagi aku tak jelaskan pembayaran tersebut. Nampak macam tak adil, sebab bukan aku punya sebab. Aku cuma pembeli rumah lelong. Tapi nampaknya macam aku yang kena tanggung. Aku dah forwardkan request, kalau boleh mintak bank pelelong yang langsaikan tunggakan tersebut, melalui lawyer aku, tapi sehingga kini belum dapat jawapan lagi. Dalam minggu ni bank aku akan buat disbursement kepada bank pelelong, jadi aku try buat tukar nama minggu lepas di cawangan kedai tnb Bandar Puteri, Puchong, tapi masih dapat jawapan yang sama. Aku cuba bagitau yang selama hari ini, aku buat tukar nama, boleh je, sebab aku cuma pembeli baru. Benda ni pun boleh dibuktikan dari kontrak lelong, dan kalau itu tak cukup, boleh tunggu deed of assignment bila dah siap nanti. Itu pun diorang tak bagi jugak. Diorang kata kes ni lain sikit, tunggakan dia banyak, kalau aku tak puas hati, aku kena jumpa officer di tnb Subang Jaya. Hari ni aku nak pergi tnb Subang Jaya.

Wednesday, October 22, 2008

Duit raya anak..

Bagi mereka yang ada anak, hari raya boleh dikatakan masa untuk anak2 menerima bonus tahunan. Apa yang boleh dibuat dengan duit raya ini? Aku teringat masa aku masih menerima duit raya. Di kampung aku, sedara mara aku memang bagi duit raya yang agak banyak, di samping tradisi collection dari rumah ke rumah. Masa hari raya, on average aku boleh dapat RM300-500 duit raya setiap musim raya, dari umur aku kecik sampai la umur aku 21 tahun. Zaman tu aku takde kesedaran tentang kewangan, jadi duit tu aku habiskan untuk shopping selepas raya dengan shopping sakan di JB, Singapore atau di KL. Tapi sekarang, bila aku dah ada kesedaran tentang kewangan, aku mula merancang untuk anak aku juga. Disebabkan anak aku masih tidak mengenal erti duit, segala apa duit yang dia dapat aku akan simpan dalam asb aku, dan setiap resit yang disimpan untuk Noura, aku akan simpan sampailah umur dia 12 tahun, untuk aku bukakan asb untuk Noura. Segala duit Noura akan di transfer kepada asb Noura dan buku asb tu pulak aku akan simpan sampai la Noura cukup dewasa dan matang untuk handle kewangannya sendiri. Buat masa ni, aku rasa itu yang terbaik, tapi aku sedar, satu hari nanti, dia akan kenal duit, dan akan mempunyai keinginan yang sama macam aku masa kanak2 dahulu, iaitu membelanjakan duit raya untuk tujuan selain dari disimpan. Maka, dari sekarang, aku kena fikirkan apa yang aku boleh ajar untuk dia gunakan duit dia. Ada pendapat dari blogger dan kawan2 yang ada anak yang dah besar? Aku nak cari buku yang boleh membantu aku dan anak2 aku merancang kewangan mereka. Hari ini aku ada beli beberapa buah buku, antaranya biskut ajaib (Shamsuddin Abdul Kadir dan Nor’Aini Mohamed Noor), The Economic Naturalist , Why Economics explains almost Everything ( Robert H Frank ) dan Kampung Kaya ( Razzi Armansur ) selain satu pack buku kanak2 yang dicukai oleh Noura. Kalau aku pergi jalan bawak Noura macam tu la, selalu kena cukai dengan dia. Total spending untuk buku hari ini, RM96.00. Bila aku dah habis baca buku2 ni nanti, boleh la aku buat Books Review. Sebenarnya aku nak cari lagi satu buku, Rich kid, Smart kid, tapi dah habis stock pulak kat MPH Subang Parade tu.

Buku aku

Buku Noura

Friday, October 10, 2008

Epf monthly withdrawal

Epf monthly withdrawal

Hari ni aku cuti, tapi sekarang ni, hari cuti pun lagi banyak kerja kena buat. Dari pagi aku bawak noura pergi skin clinic di jalan tar, sachdev skin clinic di sebelah SSF kat jalan tar tu. Sebenarnya noura ada masalah eczema. Dia ada alahan pada certain food terutama telur, which is her favourite. Kalau dia makan telur, it will trigger her eczema dan kulit dia mula menunjukkan tanda2 gatal. So far aku dah pergi dia bawak ke banyak klinik termasuk dermatology specialist di HKL tapi, so far dengan Dr Sachdev ni jugak yang berkesan. Walaupun mahal, sekali visit memang tak kurang dari RM100.00, tapi untuk kesihatan noura, aku tak kisah. Dr sachdev ni pun dah tua dah. Sejak dari zaman kakak aku yang sekarang umur 36 tahun lagi dia dah buka klinik tu. Kakak aku pun masa kecik dapatkan treatment dari Dr sachdev ni. Agaknya umur dia dah 70 tahun lebih kot. Mak aku la yang suggestkan Dr sachdev ni.




Lepas gi klinik, aku jumpa jv partner aku untuk collect docs sebab aku yang akan turun bid sabtu ni. Jumpa fara kejap je, tapi yang bosannya jalan jam tadi. Then aku pergi epf untuk submit monthly withdrawal request. sebenarnya aku dah dapat balance of acc statement daripada bank aku dari 10/9 lagi dan balance of acc statement ni expire within 1 months. Esok due date untuk expiry of the statement, sebab tu hari ni jugak aku kena submit. Sebelum ni pada pemahaman aku, untuk monthly withdrawal epf ni, kalau monthly contribution untuk akaun 2 daripada majikan adalah x amount, kita boleh minta untuk keluarkan x amount jugak. Rupanya aku silap. Sebenarnya, syarat asas untuk monthly withdrawal ni, akaun 2 kena ada minimum rm600.00 dan tempoh minimum untuk pengeluaran bulanan adalah 6 bulan. Jadi, kalau akaun 2 kita ada rm600.00, kita boleh keluarkan rm100.00 setiap bulan, direct debit ke akaun peribadi kita, selama 6 bulan. Dan bila tempoh 6 bulan tamat, kalau dalam epf akaun 2 kita ada balance lagi rm600.00 atau lebih disebabkan ada kemasukan baru dari majikan, baru kita boleh apply lagi sekali untuk pengeluaran rm100.00 untuk 6 bulan seterusnya. Nasib baik akaun 2 aku memang ada lebih daripada rm600.00, jadi, dapatlah aku keluarkan duit epf aku tu. Requirement tak banyak, Cuma perlu dapatkan balance of acc statement daripada bank, dan bank memang ada standard form untuk kita isi. Lepas kita submit pada bank, dalam masa beberapa hari bank akan siapkan surat tu dan kita boleh collect. Kita juga perlu sediakan copy of ic, copy of bank book/bank statement dan juga s&p atau kontrak lelongan. Tadi aku tak bawak kontrak lelongan, tapi disebabkan epf masih ada data kontrak lelongan aku yang aku pernah submit untuk pengeluaran pertama 20%, so nasib aku baik, tak payah balik rumah gi ambik dan buat 2-3 kali kerja. 1-2 minggu lagi baru epf akan creditkan duit ke akaun aku. Urusan die pf petaling jaya, sebelah federal highway ni tak ambil masa yang lama, tak sampai 30 minit dah setel, orang tak ramai pun.




Lepas tu aku gi buat akaun elektrik untuk rumah teratak. Process pun tak lama, tak ramai orang kat TNB jalan klang lama. Tak sampai 15 minit je urusan aku di TNB. Isnin ni TNb akan pasang meter dan sambungkan elektrik ke rumah tu, insyaallah bulan depan dah boleh sewakan. Then aku kuarkan duit kat rhb cawangan puchong lak, sebab aku nak keluarkan lebih, aku kena cashkan cheque di kaunter. Aku malas nak buat bankers cheque di rhb, sebab aku caj 5.00. aku suka buat kat cimb, lagipun boleh jenguk banker di cimb untuk cek loan status. Walaupun aku boleh call je diorang, tapi aku lebih suka gi branch je, lagipun tak menyusahkan aku, semua tu dalam area puchong je. Nampaknya loan aku belum approved lagi. Esok agaknya baru keluar result. Last skali urusan aku, aku gi pejabat lawyer anuar hong, nak mintak refund payment yang aku dah buat untuk rumah pv aku dulu. Rupanya officer in charge tu hospitalized. Kalau ye pun assign le kat officemate, sekarang ni tak tau apa status. Esok aku kena pergi office lawyer tu lagi jumpa lawyer lain. Yang attend aku tadi pun orang baru, baru start keje, gantikan officer yg hospitalized tu agaknya. Nak harapkan diorang yang call aku, takde la jawabnya. Mentang2 la kes aku kecik, diorang buat tak tau je. Noura lak kalau keluar ngan aku memang tak tidur tengah hari atau petang la. Banker aku, lawyer aku, semua dah kenal noura .. kalau aku gi buat urusan kerja ni, memang aku bawak noura. Bila dah setel semua, baru aku balik rumah. Lunch tadi pun makan kat wendy’s puchong je. Tadi ada pulak jemputan open house budak giant, anak buah wife aku. Penat jugak satu hari ni punya kerja. Minggu ni ada jugak aku tengok2 listing auction. Wow.. memang banyak property yang hot n spicy. Korang semua cuba2 lah masuk, mana tau ada rezeki.