Wednesday, December 3, 2008

DIY bersama Abang Din

Hari ni abang Din nak ajar semua orang macam mana nak pasang paip. Mula2 lekatkan white tape pada paip, gulungkan lebih kurang 3-4 gulung.

Bila dah siap letak white tape, masukkan kepala paip pada lubang yang berkaitan.


Putarkan ikut arah pusingan jam. Tada.. dah siap.



Nasib baik Din tak panggil Man. Benda cam ni pun nak panggil Man. Nasib baik Tuanbri paksa Din pasang pasang sendiri. Rumah ni tenant nak masuk cepat, tu yang Din kelam kabut nak pasang paip, nak pasang lampu. Kalau aku ada pun aku hangin dengan Din ni, heheh.. Ni sebenarnya Din dengan Tuanbri pergi settlekan rumah Vista Pinggiran Din. Penyewa tak sabar2 nak masuk bulan Dec ni. Harga sewa pun ok. Rumah dah siap dapat penyewa, bila nak makan besar lagi Din..


Monday, December 1, 2008

Beli rumah idaman atau rumah investment?

Beli rumah idaman atau rumah investment?
Aku rasa kebanyakan dari korang semua, ada yang telah mempunyai rumah, dan ada yang masih tercari cari untuk membeli rumah dan ada yang tak tahu, nak beli rumah idaman dahulu, atau nak beli rumah untuk investment dahulu. Sekarang aku bagi lagi satu cara, apa yang kebanyakan investor macam aku buat. Jawapannya, beli rumah samada untuk invest atau beli untuk duduk sendiri, yang murah dahulu. Aku tak beli rumah idaman dahulu. Target akhir kita, mesti nak beli rumah idaman, atau istana idaman, yang mahal, harga 200k, 300k atau 1 juta kan.. Tapi kalau sekarang kita dah habiskan kuota meminjam, sampai full, macam mana kita nak buat pinjaman untuk rumah kedua dan seterusnya. Apa yang aku buat, dengan bertambahnya keluarga, aku nak pendapatan, rumah dan harta aku bertambah dan membesar juga. Kebanyakan contoh yang aku bagi dari mula sampai sekarang pun, semua rumah2 yang bernilai below 100k kan.. sebabnya, kita boleh beli banyak, sebab murah. Aku bagi contoh, kalau kita dah kawin, gaji suami isteri total 10k, dengan komitmen bulanan cuma kereta dan credit card, mungkin dalam lingkungan 2-3k, mungkin kita boleh cari rumah yang berharga lebih kurang 1 juta dengan monthly payment dalam 5k sebulan, atau kalau total gaji suami isteri 6k, kita boleh cari rumah idaman berharga 200-300k dengan bayaran bulanan lebih kurang 1.5-2k sebulan. Lepas dapat rumah idaman, baru kita cari rumah investment, gitu? Tapi dengan komitmen sekarang yang tinggi, macam mana bank nak rlsd loan utk rumah kedua dan seterusnya? Cuba korang tengok contoh Pie.. dia ada beli rumah untuk duduk sendiri tak? Jawapannya takde.. hahahah.. kau tengok anak murid dia yang 2 orang tu, Man dengan Tuah, diorang ada beli rumah untuk duduk sendiri tak? Takde juga.. semua rumah yang diorang ada, yang berjumlah lebih kurang 3 bijik sorang.. ialah rumah investment. 2 anak murid gabung rumah pun tak dapat lawan jumlah rumah Sifu Pie diorang.. Kau tengok aku pulak.. aku ada rumah untuk duduk sendiri, tapi aku beli dari lelong je, tu pun murah, bayar bulan2 300 lebih. Selebihnya, rumah investment juga.. Bila agak2 aku nak beli rumah idaman? Hahaha.. jawapannya.. bila aku dah generate pasif income yang bersesuaian untuk aku start beli rumah idaman dan bayar dari pasif income aku.. dan bila keluarga aku bertambah ramai dan besar.. aku nak banglo idaman….

Thursday, November 27, 2008

Merancang kewangan untuk percutian.

Merancang kewangan untuk percutian.
Bila kita bercakap tentang percutian, apa yang kita boleh kaitkan dengan financial planning? Setiap kali bercuti, mesti kita akan habiskan duit yang banyak kan.. macam aku pun .. setiap kali bercuti, nak kena spend duit untuk hotel, tambang perjalanan, sama ada duit petrol, tol, tiket bas, tiket kapal terbang dan macam2 tiket lagi la.. termasuk tiket feri, entrance tiket,.. dll.. Apa yang aku nak cerita kali ni, macam mana cara aku bercuti. Cara aku tak semestinya perfect.. tapi aku nak kongsikan cara aku bercuti.

Aku tak prefer pembelian kad percutian. Sebabnya.. kad percutian akan mengakibatkan aku tertakluk pada hotel yang berkaitan, dan membataskan pergerakan aku. Walaupun ada free 2D1N atau free 3D2N.. aku still tak prefer.. sebab tarikhnya belum tentu boleh dapat tarikh yang bersesuaian. Dan belum tentu aku akan gunakan kad percutian ni, walaupun dijanjikan diskaun untuk kemudahan bertaraf 5-6 bintang.. adakah itu yang kita perlukan? Apa yang aku perlukan masa bercuti cuma kemudahan bertaraf 3 bintang.. yang merupakan bilik yang selesa, berhawa dingin, breakfast provided dan kolam renang untuk anak2 aku berendam. Selebihnya, aku akan menghabiskan masa diluar untuk kegiatan luar seperti meronda, bershopping, makan, melawat tempat2 menarik dan macam2 lagi la. Bila kita pergi tempat orang, takkan kita nak terperap di bilik hotel sahaja kan..

Kemudahan bertaraf 3 bintang biasanya melibatkan kos 100.00-150.00 satu malam untuk satu bilik, maksudnya satu bilik sudah mencukupi untuk aku dengan wife aku dan anak2 aku yang masih di bawah umur. Kalau tempat yang jauh2 macam Sabah, Sarawak, atau pergi pulau sekalipun macam Pulau Langkawi, aku prefer naik flight sahaja sekarang. Aku prefer mengunakan Air Asia disebabkan, murah, dan aku boleh merancang awal. Dah tiga tahun aku buat percutian cara ni. Caranya, bila Air Asia iklankan tambang murah, freeseat, aku terus pilih tarikh dan destinasi yang sesuai, dan beli melalui kredit kad. Sebagai contoh, masa tahun 2007, aku pergi Pulau Langkawi, promosi free seating untuk 2 orang, bayaran untuk fuel surcaj pergi dan balik, seorang, cuma RM80.00, maksudnya tambang aku pergi Langkawi RM40.00 sehala. Murah tu.. kalau naik kereta, dengan penat lagi, tol, minyak dah berapa ratus. Sampai airport boleh terus ambik kereta sewa dan terus pandu ke hotel. Hotel pulak aku duduk di hotel 3 bintang Aseanea, RM100.00 satu malam, siap ada swimming pool terpanjang di Asia.Total kos flight dengan hotel untuk 5D4N, RM600.00 sahaja. Sewa kereta pulak, RM40.00 satu hari, sebab aku pergi time weekdays. Disebabkan tambangnya murah sangat, aku tak praktikkan cara Installment payment plan. Masa aku pergi Sabah baru aku guna cara Installment payment Plan, sebab mahal sikit. Aku pergi ramai, bawak famili belah wife aku, so semuanya swipe guna kredit kad wife aku. Aku beli masa bulan Sept 2007 kalau tak silap, dan percutiannya pada bulan July 2008. aku suruh wife aku convert pembelian ni kepada 10 months Installment payment plan, dan by the time aku pergi Sabah, semuanya telah siap dibayar. Tahun depan pun aku rancang satu lagi percutian ke Bangkok, bulan July 2009, dan aku guna cara yang sama, beli bulan Sept yang lepas, promosi free seating, Cuma bayar fuel caj dan airport tax sahaja. By the time July nanti, semuanya dah habis bayar. Maksud aku, bila aku gunakan kemudahan kredit kad seperti ini, aku tak perlu menyimpan untuk pergi bercuti, tapi aku akan membeli tiket dari sekarang, mula membayar, dan pergi bercuti setelah semuanya telah aku selesaikan.

Tuesday, November 25, 2008

Modal..

Modal..
Dalam menyediakan modal untuk memulakan pembelian hartanah, aku lebih suka mengekalkan komitmen sedia ada, tanpa ada bebanan tambahan, dan aku lebih suka bermula dengan duit simpanan sendiri. Simpanan sendiri adalah yang terbaik. Kalau kita tak mampu sekarang, kita perlu mula mengumpul dari sekarang dan tetapkan target bila kita akan berhasil untuk mengumpul sekurang2 nya 10k. Tapi pada aku yang paling baik kalau ada 11k, sebab kita boleh buat sijil ASB dan kemudian cagarkan pada RHB untuk mendapatkan RM10450.00 yang bersamaan 95% nilai sijil ASB kita setelah kita OverDraftkan. Sila rujuk entry2 yang lepas untuk pemahaman tentang OD against ASB. Berapa lama jangka masa untuk kita kumpul 11k ni? Kalau kita mampu menyimpan 1k sebulan, ianya mengambil masa 11bulan.. kalau kita mampu menyimpan 500.00 sebulan, ianya mengambil masa 22 bulan, hampir 2 tahun. Itu lebih baik, daripada tiada apa2 cita2 langsung. Jadi, kalau kita mampu menyimpan 500.00 sebulan, setiap 2 tahun kita sudah mempunyai modal untuk memiliki sebuah rumah yang berharga dalam lingkungan 70-80k sebuah, yang boleh merupakan sebuah apt low medium atau medium cost, mencukupi untuk bayaran muka 10% dan duit lawyer fee.

Cara yang kedua adalah melalui pengeluaran EPF. Sekiranya kita adalah pekerja swasta yang mencarum dalam EPF, dan telah bekerja lebih kurang 5 tahun, dengan gaji purata 2k sebulan, dalam akaun 2 kita memang akan ada lebih daripada 10k, dan…secara teorinya, katalah kita telah membeli rumah pertama pada harga 80k, dan dalam akaun 2 EPF kita ada 16k, bermaksud kita boleh keluarkan 16k tersebut dan kita boleh membeli lagi 2 buah rumah yang berharga lebih kurang 80k sebuah. Kalau kita sudah berkahwin? Gunakan rumah yang ketiga tersebut atas nama pasangan kita, dan pasangan kita juga boleh mengeluarkan 16k duit EPF dia, untuk membeli 2 buah lagi rumah yang berharga lebih kurang 80k. kesimpulannya.. daripada modal asal 10k, kita gunakan duit EPF kita dan pasangan kita, akhirnya kita memperolehi 5 buah rumah.. Ooo.. cara ni aku pernah cerita pada mereka yang pernah TT dengan aku.. mungkin pada diorang.. repeated story.. tapi.. ni la hakikat yang korang perlu lihat.. gunakan sumber sendiri… tanpa perlu menggunakan pinjaman peribadi..

Cara yang ketiga.. masih berpegang pada prinsip mengekalkan komitmen peribadi pada pihak bank pada tahap yang sama.. kita cuba lihat apa yang kita ada.. kereta?? Berapa tahun kita dah guna kereta kita?? Berapa nilai market value sekarang dan berapa nilai baki pinjaman?? Contoh, kalau kita membeli proton wira baru pada 5 tahun yang lalu pada harga 42k, dengan pinjaman 7 tahun, pada interest rate 4% setahun, loan 90%.. 37,800.00.. monthly payment 576.00 sebulan. Kalau mengikut kiraan, baki pinjaman di tolak rebet interest, lebih kurang 11k. katalah.. nilai market value semasa proton wira tersebut, 25k.. apa kata kita refinancekan, mungkin margin of finance boleh pergi 85%, bersamaan loan amount 21k, dan di tolak baki pinjaman 11k, ada baki 10k. ditolak processing fees, insurance dll yang mungkin dalam lingkungan 1k, masuh ada baki 9k.. loan amount baru 21k, pada interest rate 5% untuk pinjaman 5 tahun, monthly payment yang baru adalah lebih kurang 440.00 je. Kita dah kurang komitmen bulanan daripada 576.00 kepada 440.00.. kita ada 136.00 extra money bulanan, dan kita ada 9k cash in hands… dan kita akan pakai wira tu untuk 5 tahun lagi. Ada terpikir nak tukar kereta baru ke? Kalau rasa tukar kereta baru lagi penting.. terpulang la.. aku cuma provide cara je. Kalau kita ada rumah sendiri yang kita duduki untuk sekian lama, pun kita boleh refinancekan semula untuk mengumpul modal.

Ketiga2 cara yang aku tunjukkan, adalah contoh.. cara yang praktikal.. dan boleh kita buat dan telah di buat. Banyak lagi cara lain yang terdapat. Ada saper2 nak kongsi cara masing2?

Tuesday, October 28, 2008

TNB matters..

TNB matters..
Untuk pembelian rumah lelong, selalunya memang bank tak cover bahagian bil api, bil air dan bil pembentungan. Untuk bahagian bil api, selalunya juga, tak berapa banyak, dalam ratusan ringgit sahaja. Itu yang berlaku pada kebanyakan rumah lelong aku. Penyelesaiannya, bila aku bawa bil api ke tnb, aku cuma perlu tukar nama kepada nama aku. Aku tak perlu bayar bil lama. Caj yang terlibat cuma deposit RM200.00 dan stamp duty RM10.00. Melainkan rumah tersebut telah lama dipotong bekalan elektrik, melebihi 6 bulan, dan meter telah di cabut, itu memerlukan wireman inspection. Kalau bil api telah di potong, cuma di cabut suis sahaja, kita boleh terus tukar nama, dengan membayar deposit baru. Itu yang berlaku pada aku selalunya. Tapi untuk satu kes rumah aku ni, lain sikit ceritanya. Rumah ni aku dapat bulan mac tahun ni. Dah lama dah. Monthly payment belum start lagi. Dalam bil tnb cuma tunjuk tunggakan beberapa ratus sahaja, dan aku pun cuba tukar nama masa bulan april dulu. Tapi bila tnb officer check dalam system, diorang kata rumah ni ada kes curi elektrik, atau meter yang telah di usik. Jadi, tnb ada kenakan caj/penalty/saman terhadap bill rumah ni, yang berjumlah lebih kurang RM3900.00, yang tidak di masukkan ke dalam bil bulanan.




Jadi, menurut officer tnb tu, aku tak boleh tukar nama selagi aku tak jelaskan pembayaran tersebut. Nampak macam tak adil, sebab bukan aku punya sebab. Aku cuma pembeli rumah lelong. Tapi nampaknya macam aku yang kena tanggung. Aku dah forwardkan request, kalau boleh mintak bank pelelong yang langsaikan tunggakan tersebut, melalui lawyer aku, tapi sehingga kini belum dapat jawapan lagi. Dalam minggu ni bank aku akan buat disbursement kepada bank pelelong, jadi aku try buat tukar nama minggu lepas di cawangan kedai tnb Bandar Puteri, Puchong, tapi masih dapat jawapan yang sama. Aku cuba bagitau yang selama hari ini, aku buat tukar nama, boleh je, sebab aku cuma pembeli baru. Benda ni pun boleh dibuktikan dari kontrak lelong, dan kalau itu tak cukup, boleh tunggu deed of assignment bila dah siap nanti. Itu pun diorang tak bagi jugak. Diorang kata kes ni lain sikit, tunggakan dia banyak, kalau aku tak puas hati, aku kena jumpa officer di tnb Subang Jaya. Hari ni aku nak pergi tnb Subang Jaya.

Wednesday, October 22, 2008

Duit raya anak..

Bagi mereka yang ada anak, hari raya boleh dikatakan masa untuk anak2 menerima bonus tahunan. Apa yang boleh dibuat dengan duit raya ini? Aku teringat masa aku masih menerima duit raya. Di kampung aku, sedara mara aku memang bagi duit raya yang agak banyak, di samping tradisi collection dari rumah ke rumah. Masa hari raya, on average aku boleh dapat RM300-500 duit raya setiap musim raya, dari umur aku kecik sampai la umur aku 21 tahun. Zaman tu aku takde kesedaran tentang kewangan, jadi duit tu aku habiskan untuk shopping selepas raya dengan shopping sakan di JB, Singapore atau di KL. Tapi sekarang, bila aku dah ada kesedaran tentang kewangan, aku mula merancang untuk anak aku juga. Disebabkan anak aku masih tidak mengenal erti duit, segala apa duit yang dia dapat aku akan simpan dalam asb aku, dan setiap resit yang disimpan untuk Noura, aku akan simpan sampailah umur dia 12 tahun, untuk aku bukakan asb untuk Noura. Segala duit Noura akan di transfer kepada asb Noura dan buku asb tu pulak aku akan simpan sampai la Noura cukup dewasa dan matang untuk handle kewangannya sendiri. Buat masa ni, aku rasa itu yang terbaik, tapi aku sedar, satu hari nanti, dia akan kenal duit, dan akan mempunyai keinginan yang sama macam aku masa kanak2 dahulu, iaitu membelanjakan duit raya untuk tujuan selain dari disimpan. Maka, dari sekarang, aku kena fikirkan apa yang aku boleh ajar untuk dia gunakan duit dia. Ada pendapat dari blogger dan kawan2 yang ada anak yang dah besar? Aku nak cari buku yang boleh membantu aku dan anak2 aku merancang kewangan mereka. Hari ini aku ada beli beberapa buah buku, antaranya biskut ajaib (Shamsuddin Abdul Kadir dan Nor’Aini Mohamed Noor), The Economic Naturalist , Why Economics explains almost Everything ( Robert H Frank ) dan Kampung Kaya ( Razzi Armansur ) selain satu pack buku kanak2 yang dicukai oleh Noura. Kalau aku pergi jalan bawak Noura macam tu la, selalu kena cukai dengan dia. Total spending untuk buku hari ini, RM96.00. Bila aku dah habis baca buku2 ni nanti, boleh la aku buat Books Review. Sebenarnya aku nak cari lagi satu buku, Rich kid, Smart kid, tapi dah habis stock pulak kat MPH Subang Parade tu.

Buku aku

Buku Noura

Friday, October 10, 2008

Epf monthly withdrawal

Epf monthly withdrawal

Hari ni aku cuti, tapi sekarang ni, hari cuti pun lagi banyak kerja kena buat. Dari pagi aku bawak noura pergi skin clinic di jalan tar, sachdev skin clinic di sebelah SSF kat jalan tar tu. Sebenarnya noura ada masalah eczema. Dia ada alahan pada certain food terutama telur, which is her favourite. Kalau dia makan telur, it will trigger her eczema dan kulit dia mula menunjukkan tanda2 gatal. So far aku dah pergi dia bawak ke banyak klinik termasuk dermatology specialist di HKL tapi, so far dengan Dr Sachdev ni jugak yang berkesan. Walaupun mahal, sekali visit memang tak kurang dari RM100.00, tapi untuk kesihatan noura, aku tak kisah. Dr sachdev ni pun dah tua dah. Sejak dari zaman kakak aku yang sekarang umur 36 tahun lagi dia dah buka klinik tu. Kakak aku pun masa kecik dapatkan treatment dari Dr sachdev ni. Agaknya umur dia dah 70 tahun lebih kot. Mak aku la yang suggestkan Dr sachdev ni.




Lepas gi klinik, aku jumpa jv partner aku untuk collect docs sebab aku yang akan turun bid sabtu ni. Jumpa fara kejap je, tapi yang bosannya jalan jam tadi. Then aku pergi epf untuk submit monthly withdrawal request. sebenarnya aku dah dapat balance of acc statement daripada bank aku dari 10/9 lagi dan balance of acc statement ni expire within 1 months. Esok due date untuk expiry of the statement, sebab tu hari ni jugak aku kena submit. Sebelum ni pada pemahaman aku, untuk monthly withdrawal epf ni, kalau monthly contribution untuk akaun 2 daripada majikan adalah x amount, kita boleh minta untuk keluarkan x amount jugak. Rupanya aku silap. Sebenarnya, syarat asas untuk monthly withdrawal ni, akaun 2 kena ada minimum rm600.00 dan tempoh minimum untuk pengeluaran bulanan adalah 6 bulan. Jadi, kalau akaun 2 kita ada rm600.00, kita boleh keluarkan rm100.00 setiap bulan, direct debit ke akaun peribadi kita, selama 6 bulan. Dan bila tempoh 6 bulan tamat, kalau dalam epf akaun 2 kita ada balance lagi rm600.00 atau lebih disebabkan ada kemasukan baru dari majikan, baru kita boleh apply lagi sekali untuk pengeluaran rm100.00 untuk 6 bulan seterusnya. Nasib baik akaun 2 aku memang ada lebih daripada rm600.00, jadi, dapatlah aku keluarkan duit epf aku tu. Requirement tak banyak, Cuma perlu dapatkan balance of acc statement daripada bank, dan bank memang ada standard form untuk kita isi. Lepas kita submit pada bank, dalam masa beberapa hari bank akan siapkan surat tu dan kita boleh collect. Kita juga perlu sediakan copy of ic, copy of bank book/bank statement dan juga s&p atau kontrak lelongan. Tadi aku tak bawak kontrak lelongan, tapi disebabkan epf masih ada data kontrak lelongan aku yang aku pernah submit untuk pengeluaran pertama 20%, so nasib aku baik, tak payah balik rumah gi ambik dan buat 2-3 kali kerja. 1-2 minggu lagi baru epf akan creditkan duit ke akaun aku. Urusan die pf petaling jaya, sebelah federal highway ni tak ambil masa yang lama, tak sampai 30 minit dah setel, orang tak ramai pun.




Lepas tu aku gi buat akaun elektrik untuk rumah teratak. Process pun tak lama, tak ramai orang kat TNB jalan klang lama. Tak sampai 15 minit je urusan aku di TNB. Isnin ni TNb akan pasang meter dan sambungkan elektrik ke rumah tu, insyaallah bulan depan dah boleh sewakan. Then aku kuarkan duit kat rhb cawangan puchong lak, sebab aku nak keluarkan lebih, aku kena cashkan cheque di kaunter. Aku malas nak buat bankers cheque di rhb, sebab aku caj 5.00. aku suka buat kat cimb, lagipun boleh jenguk banker di cimb untuk cek loan status. Walaupun aku boleh call je diorang, tapi aku lebih suka gi branch je, lagipun tak menyusahkan aku, semua tu dalam area puchong je. Nampaknya loan aku belum approved lagi. Esok agaknya baru keluar result. Last skali urusan aku, aku gi pejabat lawyer anuar hong, nak mintak refund payment yang aku dah buat untuk rumah pv aku dulu. Rupanya officer in charge tu hospitalized. Kalau ye pun assign le kat officemate, sekarang ni tak tau apa status. Esok aku kena pergi office lawyer tu lagi jumpa lawyer lain. Yang attend aku tadi pun orang baru, baru start keje, gantikan officer yg hospitalized tu agaknya. Nak harapkan diorang yang call aku, takde la jawabnya. Mentang2 la kes aku kecik, diorang buat tak tau je. Noura lak kalau keluar ngan aku memang tak tidur tengah hari atau petang la. Banker aku, lawyer aku, semua dah kenal noura .. kalau aku gi buat urusan kerja ni, memang aku bawak noura. Bila dah setel semua, baru aku balik rumah. Lunch tadi pun makan kat wendy’s puchong je. Tadi ada pulak jemputan open house budak giant, anak buah wife aku. Penat jugak satu hari ni punya kerja. Minggu ni ada jugak aku tengok2 listing auction. Wow.. memang banyak property yang hot n spicy. Korang semua cuba2 lah masuk, mana tau ada rezeki.